CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, August 30, 2011

Kisah Raya di sini..

Kami tau kami hodoh tapi kami best.


Wekkkkk. Kena tipu kena tipu, sibuk-sibuk-sibuk pehal?? Bukak blog I sape suruh! Update ini nak ceritakan kisah pengembala kambing dengan serigala. Pengembala kambing ni suka berbohong. Mula-mula memang best kenakan orang. Lama kelamaan orang dah tak percaya lagi, kan dah termakan diri sendiri. Lepas ni mesti korang dah taknak buka blog Aimi kan.. kesah ke aku? hihihi. Tapi baru 1st time Aimi tipu kan? Pengembala kambing tu 3 kali baru orang dah tak percayakan dia. Lepas ni korang keep hangin on my blog lagi k? hihihihi...Memang nak update raya pun. Tengah kumpul-kumpul pic sekarang ni.

Apa kena mengena cerita raya dengan pengembala kambing?

"Saja nak menipu"

haihhh. Teringat zaman tadika dulu Cikgu Suriani ceritakan kisah ini. Tiba-tiba, hehe. Awak tak tahu ke kisah "Pengembala Kambing dengan Serigala" . Tatau sudaaa. So the moral of the story jangan berbohong lagi lepas ni ye Memi?

Ni post raya lepas hupdet, klik link bawah tOoooo;
http://aimiamiza.blogspot.com/2011/09/aidilfitri-2011.html


,

Sunday, August 28, 2011

Wahai Dirimu...

Wahai dirimu pemain cinta
Penikmat nafsu dunia
Walau dirimu begitu indah
Maaf kau tak pantas bagiku
Direlung kalbu yang terdalam
Getaran asmara masih tersisa
Memang dalam bermain cinta
Kadang kau terlihat sempurna
Eloknya parasmu rabunkan mata batinku
Ku harus berpaling meski kau memohon

; Ada Band , Pemain Cinta..


Wordless Monday

Engkau WW, aku WM !
Ade aku kesah??

Teheeeeeee! Susah kot nak tengok Ryo cenyomm.


Friday, August 26, 2011

Pulau Terindah

Kerana kamu memulau aku, aku tajukkan entri ni dengan 
"Pulau Terindah dalam hidupku" 


Bila diingat ada juga beberapa orang kawan aku yang bertanya ,
“Eh Aimi kau bukan dulu tiga sekawan ke dengan dorang”
Aku terdiam. Aku kelu, aku sendiri tak tahu jawapan kepada soalan tu, takkan aku nak cakap dorang yang pulau aku? Mungkin jugak salah aku, Tak tahu punca kenapa begitu. Tapi jawapannya hanya tersenyum.

Sungguh aku tak tahu.
Aku bercakap, tapi tak diendah.

Hebatlahhh kau, buat aku rasa bodoh. 


Semester satu aku dipulau tanpa aku tahu apa sebabnya. Semester tiga baru aku tahu punca. Aku didatangi salah seorang daripada mereka dan memohon maaf atas apa yang dia dah lakukan. Maaf kerana mendengar kata-kata tanpa menilai.
 Puncanya kawan ke tiga [bukan yang memohon maaf]
memburuk-burukkan aku dengan alasan aku ramai kawan lelaki.


Hebatlah kau, hampir tiga semester buat orang lain buruk sangka kat aku.
 

     Tapi aku yang dimaklumkan dengan alasan aku mempunyai ramai kawan lelaki menjadi sebaliknya kepada insan yang telah memburuk-burukkan aku sehingga aku dipinggirkan. Dia berubah seratus lapan puluh darjah! Dulu kau pulaukan aku dengan alasan aku kawan dengan ramai lelaki, tapi kau sekarang? Pulang ke rumah lewat malam,  menunggang  motosikal bersama dengan lelaki yang bukan siapa-siapa pun untuk kau. Kau yang pulaukan aku dengan alasan itu,
 “Ada pernah aku naik motor tak tahwan ngan mana-mana laki baq ang??”
Takde.

 Paham tak? [Ayat Penang hiihihi]

Maaf, aku takda hak nak cakap gitu , aku pun naik moto ngan laki gak, tapi abang aku laaaaa.


   
“ Jangan meludah ke langit’’
Aku kenal kau lebih lama daripada yang telah memohon maaf. Zaman sekolah menengah lagi. Tapi apa yang kau dah buat kat aku? Terima kasih untuk kenangan itu, sekurang-kurangnya aku dapat tahu pandangan kau terhadap aku. Mungkin aku dapat betulkan yang salah. Tapi dengan sejujur-jujurnya. Aku senang berkawan dengan lelaki. Mungkin aku :


-Dah biasa dengan perangai abang aku yang kadang-kadang pelik.

Aku dah flexible dengan laki tu dari zaman purba aku lagi kot, aku terbiasa.

Sampai sekarang. 

Perlu ke pulau aku kawan dengan laki? Oh takde laki yang nak kawan dengan kau kan.. Fineeeeeeeeee.

-Jarang jumpa lelaki yang hasad dengki
-Berterus terang walaupun percakapan mereka kasar, no biggie..Chill jyeah, hahaha.
-Bersifat melindungi. Betul, selama aku kenal abang aku 19 tahun.

Aku belum lagi ada Romeo. Kau untung ade BF, tu pun nak sangat pulau aku.
Best kan pulau orang?
Yang pasti, kau pulau aku, kawan aku lagi ramai kot, bertukar group lain and you see ramai kawan aku yang excited suruh aku publish post ni..
;] 
Berterima kasihlah pada orang yang telah mengkhianati mu.. kerana dia telah melatih kesabaran dan menguji kesetiaan mu..
Berterima kasihlah pada orang yang mengecewakan mu.. kerana dia telah melatih mu untuk lebih ikhlas..
Berterima kasihlah pada orang yang menjaga dan mengerti semua keadaan mu.. kerana di situlah Rahmat Allah ada bersama mu..
Ya, salah aku.
:(

Tiga

Klik untuk tumbesaran yang lebih dasyat.


Atas permintaan beberapa orang kawan aku iaitu Jannah, Ayu, Hafiz dan Lyka.
[Ayu dan Jannah dah baca dah pun dalam draft tapi nak jugak baca kat blog lagi kan.]
Dengan ini aku haruslah cepatkan update aku kali ni. Cececece, bajet howt, hahaha. Annoying tak? Sila abaikan aku.


Kita fokus, jyeahhhhh....




Dah siap dowhh, cuma tak publish je, awat Lengai sangat taktau!


So cikedaud~
Opsss ada yang nama Daud kat sini ?

KLIK SINI lah !



Thursday, August 25, 2011

Those were yesterday's feelings..and you..

"Wanita yang matang biasanya bijak menguruskan perasaan. Keyakinan diri adalah kekuatan dirinya yang menjadi santapan emosi. Wanita matang tidak akan membiarkan diri larut dalam tekanan perasaan hingga mengorbankan kredibiliti peribadinya. Sesungguhnya kebahagiaan itu hadir setelah kesusahan."


Tuesday, August 23, 2011

Can't wait any longer for...


25th of August 2011.
 
 
Pic raya 2010.
Ungu Abang aku sedondon dengan GF dia. Kuning aku pulak sedondon dengan ehemm.. Kami cinta variasi ;p

Aku rindu sanad lowh. Sepanjang aku kat sini, korang.Baru sekali aku balik rumah dan.
Yang sebenarnya aku busan dan malas nak jawab soalan kawan-kawan aku.

“Duk Penang je pun, asal kau tak balik”
“Kau ni pelik, semua orang nak balik, kau tak nak balik, kenapa hahh”
“Ada apa kat rumah kau sampai tak nak balik!!” –Hazmi Fly. 

Actually takde ape pun dan soalan yang bertubi-tubi tu buatkan aku lagi tak tahu nak jawab pape. Aku kan blur!

Abang aku pulak, 
“Awat kakak tu tak mau balik rumah dah ka!”
Sebenarnya banyak benda-benda remeh yang membuatkan aku tak ambil kisah, akukan simple. Dan ini mungkin boleh dijadikan alasan;

Lama-lama sekali balik, baru rindu mendalam ;p
[Sambil memikirkan lagi alasan yang munasabah]



Sister.Friend.Enemy.
Dekat. Perang dasyat.
Jauh. Cakap rindu.
Apakah?



Ammar, takkan terlepas daripada dicium.

1.       Muhammad Amir
3         Aimi Nadirah
4         Aimi Nadia
5         Ammar Hakim

Kutahu hidup kalian takkan sempurna tanpaku.
Dan maafkanku kerana membuatkan kalian terpaksa menghirup embun rindu.
Nanti,

nikmati keindahan Aidilfitri dengan kehadiranku mencorakkan
warna pelangi paling indah ;]
hihihi.


Mulut boleh tipu tapi hati?






Friday, August 19, 2011

Ini semua salah kau.




Kaulah punca aku jadi begini!
Salah kau!

Wednesday, August 17, 2011

Aimi Aimiza



Wakil Kelas          :  Mohamad Fauzan bin Mohamad Fauzi
Pen. Wakil Kelas : Aimi Aimiza binti A____
                                   Amiza !!!
Nampak nama aku yang tak berapa nak betul dieja tu, aku rasa panas bagai Syaitan memasuki badan.

Tidak !

Syaitan MC.

Dah lah sem dua aku dah buang tugas penolong.
Sebabnya.
Aku tak suka tolong Fauzan.
Bukan.
Aku memang tak suka tolong orang.
Tapi kenapa korang DUB3A undi aku lagi untuk sem tiga?

Korang memang.
Tidak peduli dengan rajukku.

 Dahlah rembat beg aku !

Sunday, August 14, 2011

Solat je jaga tapi mulut macam P****!

Aku terbaca status ni kat Facebook. Ya. Aku kenal orang yang update status tu. Apa pendapat korang? Bagi aku, macam-macam perangai orang, dia dah jaga solat dia janganlah kau pertikaikan dengan mulut dia yang tak terjaga tu. Sebabnya dia better lagi daripada kau sebab jaga solat dia. Kau yang tulis status tu sangatlah bodoh kerana kau buka aib kau sendiri yang kau tak solat. Hanya sebab lack kat mulut dia aje kau cakap dia macam tu tapi kau.

     Ade tak kau cerminkan diri kau yang keluar tengah-tengah malam dengan jansantan. Sanggup kau pinggirkan parents kau demi laki tu Sekarang dengan kesalahan orang tu dekat mulut dia kau agung-agungkan sifat kau, pastu nak kaitkan dengan solat bagai, HAR HAR HAR. Sungguh. Menunjukkan ketidakmatangan dalam melepaskan kegeraman.

       yang sebenarnya..

                   dengan status tu orang dah boleh nilai siapa kau.







Friday, August 12, 2011

Haihhhh gila Doodle pulak !

Tapi tak reti, haha. Yang sebenarnya aku nak buat blog ni blog yang jenis macam mana?

Entah.
Semua aku nak. Gila tamak aku weYy. Mungkin sebab aku ni cepat busan kot sebab tu aku suka tukar-tukar gaya blogging aku.

Kadang-kadang.


Aku tunggu cuti raya nanti balik Penang boleh lah Cik Lina GGL ajarkan aku nak buat doodle.

Doodle yang tengah bergayut tu memang dia entrikan khas buat aku 
Tank q Lina, haha.





Comei laaa doodle depaaa , rasa macam nak cubit je pipi doodle tu.

Sebelum aku akhiri entri aku pada kali ni , jom kita tengok blog doodle yang berjaya Ain Zulaikha.

Camna ? Terpikat?


Thursday, August 11, 2011

Astaghfirullahalazim.. Istighfar banyak-banyak.

1. Cuba Anda Buka Mana- Mana Blog
Kawan Anda ....

Contoh : zzzzz. blogspot. com

2. Kemudian , Buka Semula Blog
Kawan Anda Itu, Tapi Dengan
Membuang Huruf 's' Pada Perkataan
Blogspot

Contoh : zzzzz. blogpot.com
 
Agenda Tersembunyi :
Mega Site of Bible studies and information!!
Blog kau pun!! Buang huruf 's' saja!

 

Tuesday, August 9, 2011

Selamat tinggal .




















Jangan rindu-rindu. 






Wednesday, August 3, 2011

Satu

Tak perlu aku diingatkan

Kerana

20 jam sehari dalam ingatan
Sesal jangan diungkap

Sesak

Sungguh aku masih cuba bertahan
,

Tuesday, August 2, 2011

Pengumuman ! Pengumuman ! #2

Aku dah buang iklan . Dah buang. Nuffnang, Amazon.com, tapi kalau ada yang melekat below post tu ignore saje lah okay. Kenapa? 

I love the blank look like Nishikido Ryo. 


Kan Ryo kan? Nama manja yang aku panggil kat dia hihi. Tengoklah kalau aku rajin aku pasang lagi okay. haha. 
,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...