CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 14, 2011

Dimana Subuh Kita?


Satu peraturan baru di hostel memestikan kami solat subuh secara berjemaah. Seraya dengan itu jugakk ada yang sampai keluar hostel sebab tak tahan. Aku tak nyatakan nama jadi takde sebab nak terasa okay. Betapa jahilnya aku sebab tak turun berjemaah sebab:

1. Ambil masa yang agak lama.
2. Lagipun ada kelas pagi tu.
3. Aku bangun awal pagi untuk study tetiba jadik takde masa pulak.
(bukan study pun, bangun awal untuk terus tidur) :P

Jadi aku harap lepas ni aku boleh ikhlaskan hati untuk semua nih .
Aku selongkar laman-laman web dan terjumpa eni .

Antara kelebihan solat subuh berjemaah

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.

Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:

"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :

1) dibebaskan daripada api neraka
2) dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"

Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:

"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)

Lelaki Rajin Itu Seksi

jangan nengok ler..maluu i...

Bagaimana pula pendapat wanita mengenai keseksian seorang lelaki? Dimana letaknya seksi seorang lelaki?

•Adakah pada otot dadanya yang bidang?
•Adakah pada bahunya yang lebar?
•Adakah pada warna kulitnya?
•Adakah pada ketinggiannya?
•Adakah pada tebal kumisnya? (Datuk K)

Walaupun ada perumpamaan lelaki idaman wanita sebagai tall, dark and handsome, hakikatnya mata wanita dijadikan Tuhan menilai keseksian seorang lelaki melepasi tarikan fizikal. Secara fitrahnya, kejadian setiap female spesis (termasuk binatang) adalah mencari pasangan yang mempunyai tubuh badan yang sihat (untuk baka), keupayaan untuk mencari makanan dan kemampuan untuk menjaga keluarga.

Sifat rajin adalah satu piawaian yang mampu membantu para wanita mencari pasangan:

•Harta - rajin bekerja (tidak kira latar belakang pendidikan)
•Keturunan - rajin berusaha memperbaiki diri (menambah ilmu dan tidak terlibat dengan anasir negatif)
•Cantik - rajin menjaga kesihatan diri seperti bersenam dan tidak mengambil toksid (termasuk tidak merokok)
•Beragama - rajin ke masjid, majlis ilmu dan menjalankan kerja-kerja kebajikan.

Mungkin ada kaum Adam diluar sana yang beranggapan lelaki rajin adalah nerd, geek atau skema. Tetapi percayalah, dimata 'wanita-wanita seksi', jika anda menjadi seorang lelaki yang rajin dalam segala hal, anda akan dilihat sebagai seorang lelaki yang amat seksi.

Dikesempatan ini, saya mewakili seluruh wanita bujang di Malaysia menyeru supaya lebih ramai lelaki bujang berusaha untuk jadi lebih rajin. Apabila anda rajin, anda tidak rugi ;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...