CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, December 23, 2012

I love you for the sake of Allah because...

bismillah.

Bila seseorang pos dekat wall saya atau sesiapa pun yang datang khabarkan yang dia suka baca blog saya, automatik blushing, malu, tersipu-sipu, 
terkupu-kupu.



Tolong. 

Minta tolong.
Kalau suka, pls. Just keep it to yourself. 
Tak perlu beritahu saya, baca senyap-senyap. Hehe.



What a great day! ;)
Thankiu Wan.
#since 2006

Akan ada persamaan pada kami. Sesuatu yang tak diingini berlaku padanya, dan pada masa yang sama, terjadi pada saya juga. Begitu juga sebaliknya, khabar gembira menyapa Wan, khabar gembira juga datang menyapa saya pada waktu yang sama. Hairannya dari zaman sekolah lagi. Mungkin cuma persamaan? Dan persamaan itulah yang buatkan kami lebih serasi semakin bersahabat. :)
Pasti ada sebab kenapa kita bertemu kan...


The day that Mufti Ismail Menk came to TTDI Masjid Taqwa, KL, I'm sho sad that I can't be there. I'm just waiting for trending on Twitter. He says on topic "Shade of the Day of Judgement."


"Give each other a lift towards Jannah by loving on another for the sake of Allah." #MuftiMenk #TTDI



Wan Asma Atikah binti Wan Kamaruddin, 
I love you for the sake of Allah because I wanna meet you again.
#There 

Allahumma Ameen

;)



Sunday, December 9, 2012

Aku hanya ingin menulis


Aku hanya ingin menulis

Tentang apa saja

Tentang aku, keluargaku, dia yang itu-itu saja

Atau tentang perjalanan, tentang pelajaran yang tadi baru aku fahami

Atau tentang hal-hal 'random' yang baru terlintas di kepala

Aku hanya ingin menulis

Apapun bentuknya seperti apa

Apakah puisi, cerita pendek atau hanya satu kalimat

Boleh juga novel atau esei ilmiah yang berat sekali pun

Aku hanya ingin menulis

Siapapun yang membaca

Boleh saja orang yang mungkin tak kukenal

Atau oleh temanku, kemudian dia mengejek

Atau tidak membaca sama sekali

Tak masalah

Aku hanya ingin menulis

Aku hanya ingin menulis



Biarpun ia sebuah impian



#Ameen 
#FutureInTheMaking
#Textgram

Talk to Allah, no bad signal, no pending, all messages sent 

:)

Pesanan Kekasih


1.


2. 
Rasulullah saw bersabda:


 Wahai kaum wanita, bersedekahlah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui bahawa kamu golongan yang banyak sekali di antara ahli neraka..
 (Hadis riwayat Bukhari Ibn Majah)





Thursday, November 29, 2012

A reminder to myself.

bismillah ;

come and come reach to my random post.

it's true that looks can be deceiving. you can't judge a book by it's cover. but i oso tod that innocent-looking people or people who are always judged positively, are reallyy nice or OKAY, problem-free-sorta people, but i was definitely wrong. not all are like that but only a few, and they are hard to find.

from my experience, it's the people who are often judged negatively, are the nicest and most thoughtful people. that's why we must choose our friends, bestfriends and partners carefully.

but then again, it's not fun to play safe all the time. it's always good to experience some hardship. tak gitu kengkawan?


saya selalu termarah dia dengan tak sengaja, 
lepastu termenyesal sorang sorang,
jahatkah saya? 
:(







best enemy. best friend. and she's not my friend. (haha!)
sampai mati pun bukan. 


phewww phewww.



Thursday, November 22, 2012

Tawakkal


bismillah ;





gambar yang disertakan menunjukkan bayi yang baru sahaja lahir berserta kantung air ketuban yang masih dalam keadaan baik. gambar ini berbicara supaya kita semua berfikir bagaimana Allah s.w.t menjadikan lendiran itu sebagai wakil (asbab-pelindung) kepada seorang bayi tatkala ia berada dalam kandungan ibunya, di saat dia tidak punya siapa-siapa melainkan Allah.

seorang ulama pernah mnyebut : Tawakkal seorang bayi sangat tinggi melangit dibandingkan Tawakkal kita kepada Allah. bayi tidak mampu berbuat apa-apa, untuk dibuang, digugurkan, dibunuh dsb. tapi Allah Maha Pelindung. sekiranya berkehendak sebaliknya, maka dihantar malaikat penjaganya.

Wednesday, November 21, 2012

will you...

there's a place that i can show you
it's not beautiful there and few have ever seen
if i take you there now
will you run away and disappear?
or you will stop and stare
even if it hurts for you to see
even i try to push you out
will you return?
and remind me of who i really am when i'm with you
please remind me who i really am


i'm not a picture perfect


who i was..
and who i should be..
will you love me.. even with my dark side?





Friday, October 12, 2012

pujuk hati.





;)


Friday, September 28, 2012

get trip on life


bismillah ;

i begin this journey. 
only He matters other option don't.




Wednesday, September 26, 2012

syukur


-



macam nak nangis pabila  ;
 buat duck face, ada orang lalu bunyikan hon kereta.





 chOyyy~~




















hanya mampu tersenyum 


kerana segala urusan dipermudahkan.
atas rezeki yang tak putus putus.


syukur. 


apa lagi nak dikata. syukur !



Tuesday, September 25, 2012

Fatin Arina


“Aimi.! Aktif la Facebook balik..”
“Aimi tak updet blog ka?”


takda mood nak aktif la Tin, malam tu belek folder, terjumpa gambar-gambar ni, nak tag Atin tapi takda Facebook, updet blog dengan semua ni harap satu masa Atin buka, Atin dapat updet ni.
:-)

5:55 am : Aimi bangun ..
6:10 am : Aimi, bangun! Subuh..

Terima kasih jaga Subuh saya, walaupun sehari masa Aimi tumpang rumah Atin, Aimi takkan lupa. Aimi ingat lagi masa nak habis LI, kita mesej takut sambung belajar nanti kita tak macam dulu lagi kalau kat kelas kan.. macam ni dah cukup Tin, kalau rapat sangat, takut ada plak yang tak kena, kan. Ada masa kita hang out okay? jangan lupa nak roger. macam ni dah cukup bagus. psssst , Ayat Atin yang ni :

“Atin nak Aimi tau yang Atin ikhlas kawan dengan Aimi”

via SMS, hihi.

;D

seriousley , imiss ADS.









Allah, yang kanan comey, geram tengok .




Tuesday, September 11, 2012

senyum je, duit mana?

kisah senyum by Mr. Drama.

;p

Ada sorang budak darjah 1 ni. Dia selalu senyum kat tabung masjid.

Perilaku budak tu dilihat oleh imam dan imam tu berasa hairan.

Suatu hari imam bertanya kpd budak tersebut

“Kenapa adik senyum kat tabung tu?”

Budak tu pun jawab.

“Cikgu saya pesan, senyum itu sedekah.

saya takda duit nak sedekah, jadi saya senyum jelah kat tabung tu..
 


=)


oke tak cengini? gigi bukan aurat.


;D


Wednesday, September 5, 2012

Aimi Ai.


hey si Gadis yang Maniss.!
















































senyum di bibir terlukisss..


























ambe mohon, jangan tertipu…

:-/



























































Apa Khabar 360 Sendi Saya?


Biasanya, solat dhuha memang sinonim dengan pintu rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Kalau setiap hari dibuat, Insya-Allah, lapang jeh hidup ni.

demi duha;

Pak Hamdal, seorang pencari barang terbuang. Dia hidup serba daif bersama isteri dan dua orang anaknya. Anak gadisnya sedang belajar di pesantren (madrasah Islam) dengan biasiswa, manakala anak lelakinya masih bersekolah menengah. Kehidupannya penuh dengan hinaan dan caci maki dari orang-orang sekeliling dek kerana kedaifannya. Tapi, Pak Hamdal tak pernah lupa untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim. Pak Hamdal menunaikan solat duha setiap hari, tandanya sebagai sedekah kepada 360 sendi tubuhnya.


terpegun dengan kata-kata Pak Hamdal…

“Kita perlu melakukan sedekah, walau terhadap sendi-sendi kita sekalipun… kerana ketika di Padang Masyar kelak, tatkala mulut terkunci untuk berkata-kata… sendi-sendi inilah antara yang akan menjawab persoalan dari Allah… maka dengan itu bersedekahlah kepada setiap sendi-sendi kita dengan melakukan solat Dhuha.



Badan yang Aimi pinjam dan sewa dari Allah ni....
apa yang Aimi dah gunakan? untuk tujuan kebajikan? atau sebaliknya. Kesian kat sendi-sendi badan ni. Kalau nak ikutkan, kena buat 360 kebajikan sebagai bayaran kepada sendi-sendi yang kita sewa ni, tapi solat duha dua rakaat sudah mencukupi sebagai sedekah kepada sendi-sendi, Insya Allah.


saja buh gambar ni sebab ada matahari senja tu,
macam sama jeh dengan waktu matahari naik ;
demi dhuha
hikhikhik.
;D

Pak Hamdal bertemu dengan seorang pemuda yang bernama Ilham. Ilham seorang pemuda yang terumbang-ambing hidupnya selepas kematian kekasihnya. Sejak dulu memang hidupnya bebas dan tak kisah halal dan haram, sementelah ibu bapanya juga tidak kisah bab-bab agama terutamanya solat. Sejak Ilham bertemu Pak Hamdal, dia terbuka pintu hati untuk berubah. Dia ambil keputusan untuk belajar di madrasah bersama kawan lamanya, Irham. Di sana, dia jatuh hati pada Marhamah, seorang ustazah yang cerdik pandai dan cantik. Tetapi, dia tidak berani mendekati gadis itu, sedari dirinya tidak layak untuk bergandingan bersama ustazah rupawan lagi bijaksana.

Semuanya berkenaan solat duha.
Yakin dengan Allah, bukan dengan makhluk.
Minta dengan Allah, bukan dengan makhluk.

Soal rezeki semua asalkan kita berusaha dan tawakal, insya-Allah sentiasa cukup. Dalam cerita ni juga, dikatakan doa orang yang teraniaya insya-Allah dimakbulkan Allah. So, beware ye. Hehe, semoga yang teraniaya mendoakan yang baik-baik sahaja. 


Demi Duha
Penulis : Muhammad Makhdlori
Terbitan : PTS


Ada satu babak dalam novel ni, Pak Hamdal terjumpa dompet yang dicuri oleh penyangak. Isteri Pak Hamdal mendesaknya menggunakan duit itu untuk kegunaan mereka. Pak Hamdal serba salah. Dalam masa yang sama, dia teringatkan kekuasaan Allah. Walaupun mereka miskin, tapi janganlah miskin hati. Bukan alasan miskin, untuk dia mencuri hak orang lain. Akhirnya, isterinya mengalah dan kesal dengan kata-katanya. Pak Hamdal ambik keputusan untuk pulangkan dompet tu pada tuan punya. Memang susah nak tetapkan hati, kalau memang takda duit, jumpa pulak duit banyak, tak tahu siapa punya.

Tips untuk murah rezeki juga ialah dengan solat dhuha. tak semestinya murah rezeki dari segi rumah besar, bisnes besar semua. ada juga yang Allah bagi macam tu. Tapi, ada juga yang miskin tapi murah rezeki. Murah rezeki ni luas maknanya - duit sentiasa cukup, makan pun cukup, hati sentiasa gembira dan tenang, keluarga bahagia, sentiasa diberi petunjuk daripada Allah, urusan dunia dan akhirat dipermudahkan. Bukan tertumpu pada duit yang banyak jeh.

Novel ni juga mengajar kita supaya tak berdendam. Apabila kejahatan dibalas dengan kejahatan, maka yang membalas sama saja tarafnya dengan si pelaku..

setiap detik kehidupan lelaki itu berisi penderitaan semata-mata. meskipun miskin harta, Pak Hamdal tidak pernah mengeluh termasuklah ketika dia dan keluarganya dicaci, dianiaya sehingga dia dihukum penjara. namun, pada waktu matahari naik sepenggalah, nikmat solat dhuha membasuh seluruh laranya. menerbangkannya ke puncak penghambaan yang sempurna di hadapan Sang Khaliq. rahsia ketenangan Pak Hamdal yang dikagumi watak lain seperti Ilham dan Tuan Saleh terletak pada kesungguhannya menjaga solat dhuha saban hari.


apa khabar 360 sendi kita? 

;)



Monday, September 3, 2012

kisah malaikat bersama-sama orang yang sabar


bismillah.

Dari Abu Hurairah r.a. .meriwayatkan bahawa, satu ketika seorang lelaki sedang mencerca Saidina Abu Bakar r.a. sedang Nabi saw duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Saidina Abu Bakar r.a. dan Nabi saw terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi saw tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a. menjawab cacian itu. Mendengarkan akan jawapan itu, Nabi saw begitu marah, lalu meninggalkannya. Abu Bakar r.a. menyusul Nabi saw di belakang dan berkata, “Ya Rasulullah saw, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampak marah dan bangun”.

Nabi saw menjawab, “Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihak kamu, tetapi apabila kamu menjawab semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan, oleh kerana itu aku meninggalkan kamu”.  (Hadis Riwayat Ahmad)


“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar”. (Surah Al-Anfal, ayat : 46)



*Semoga kisah ini dapat mengajar kita untuk mengawal kemarahan.


;)

Thursday, August 23, 2012

takkan pernah


bismillah.

kalian yang pernah mesra
yang simpati , yang pernah baik padaku
tegaklah ke langit luas dan awan yang mendung

kita tak pernah menanam apa-apa
...kita takkan pernah kehilangan apa-apa



dan apabila

bismillah


dan apabila lelaki temankan perempuan shopping tudung...
bagaimanakah tahap kesabarannya...
just asking...

uptown Perda, 
11:00 pm, 2 hari sebelum Raya



Eau Thermale Avene Thermal Spring Water

bismillah.


Hmmm, it says for "sensitive skin" 

I've been updating my skincare, getting more into searching for great products, especially as everyone seems to be, French Pharmacie products. They seem to be much more suited to my skin which can be often sensitive. I have seen many people recommending using spring water before applying powder foundation, and when reapplying make up. However, I never tried it until I got this bottle of Eau Thermale Avene Thermal Spring Water.

I have not been a fan of 2-way cake foundation, because I somehow just could not get the powder nice and sticking to my face without looking cakey. Then, now, I spray this spring water on my face first before applying 2-way foundation. To my surprise, the powder sticks to my face comfortably without looking cakey at all.

And my make up lasts longer than usual without feeling oily. I am going to buy another bottle of this to carry it everywhere I go. A 50ml bottle priced at RM18.90, sometimes you see promotions at Guardian where twin bottles are cheaper!

;)


weeee~

Wednesday, August 22, 2012

hari raya kedua ; 2012

Raya ke-dua dengan baju kuliah,
janji ada baju nak pakai.
:3

-
-
-


hai, saya Mimi,
raya ke dua atas titi





jangan nak lalu sangat.! 
letak duit raya dulu..


Sunday, August 19, 2012

berdiri sendiri


jangan pegang langkahku, kuingin bergerak
jangan genggam tanganku, biarkan terbuka
hingga waktu tak terkira, sampai hati tak bergetar
bebas kemana pun takkan terluka, terserah ini aku
TAKKAN TERLUKA...






selamat malam, namamu tetap dalam doa


;)


Lebaran Ini



indah suasana dalam senyuman
seluruh alam turut raikan
mengucapkan salam lebaran
daripada kami anak-anak Adnan

;)



salam Aidifitri daripada saya, 
Preity Zinta dan Arjun Rampal..


-2012-









ada orang beritahu, ada yang cakap something bad tentang Aimi.
Aimi maafkan, 
sudah sudahla fikir kisah orang.

maafkan kesalahan, kebodohanku.

:)


Thursday, August 16, 2012

Aku Bukan Malaikat

bismillah.


dari dwilogi Aku Bukan Malaikat , 
Aku Bukan Malaikat adalah keluaran pertama disusuli Dia Bukan Nabi ;)

Rentetan kisah hidup seorang lelaki bernama Qimiel yang penuh dugaan. Akibat personalitinya, dia hidup bergelumang dengan cercaan dan penghinaan.
Pola hidupnya tidak pernah lari dari pengkhianatan. Dia bergelar suami dan ayah tanpa diduga. Dia bergelar duda sebelum merasai nikmat rumah tangga. Namun dia pasrah dengan segala ketentuanNya.
Aku Bukan Malaikat sebuah kisah yang sarat dengan pertembungan jalan hidup yang berbeza. Menjelaskan Allah itu Maha Adil. Memberi dugaan pada hambaNya tanpa mengenal pangkat, darjat dan keketurunan. Namun, yang pasti Allah tidak akan memberi dugaan yang melampaui batas kemampuan hambaNya



Aemy Ammelia

bismillah.

sebelum ni ada post pasal Amy nak kahwin
http://aimiamiza.blogspot.com/2012/03/sayang-sayang-amytapi.html



kenangan~




Amy ngandung baby kembar, weeeeeeeeee~

ehh kenapa orang lain yang excited ni. 


-.-'

tengok suami Amy, macam Chinese, Amy pulak cantik. 
mesti anak diorang macam kacukan, heee. 
bahagia Amy, kahwin dengan orang yang dia sayang , 
tak semua yang bercinta akan kahwin dengan pasangan tu. 
ada juga


"bercinta dengan orang lain, 
kahwin dengan orang lain"

apa pun, hakikat

*dear Allah , pls tell me that Your plans are better than my dreams*


;)

tears don't fall


La ilaha illa anta, Subhanaka, Inni kuntu minaz-zalimin...

;)

tablet raya saya

^_^


bismillah.

dunia teknologi sekarang semakin lama, semakin tak terkejar, kalau harini kita mula kumpul duit untuk gajet impian, mungkin bila masa duit tu dah cukup, keluar pulak gajet yang lebih canggih. so tunggu la yang paling canggih okay, memang takkan beli punya .! muehehe..



tak lama sangatlah duk berkenan, once berkenan memang kaji habis function segala, tak pandang yang lain dah. Aimi pulak bukan yang gila gajet, skali beli mestilah nak yang puas hati kan, lagipun bukan nak pakai sehari dua. ada jugak kawan-kawan yang suggest Galaxy Note tapi dah nak Tab jugak, nak buat guano? Tab jugaklahh.. tambahtambah Aimi kalau lama sikit tak update blog, gelisah jadinya. dengan Tab ni, boleh updet blog teruss, phuuUuu. kalau sebelum ni setiap kali balik kelas, Aimi terus pegi Cyber Cafe cek transaksi, Alhamdulillah, sale hari-hari jalan tapi hari postage memang kena hadkan sebab Aimi pun ada kelas, sangat letih terkejar sana sini.


 maaf, ini bukan tab. ini tetttttt~ 
haha... anset biru hat Ilham punya, tumpang glamor sat.








TIBA-TIBA




















OMG! tis is a little piece of heaven, weeeee~

angkat tablet terus.. lagipun, tengok anset yang Aimi guna tu, Cokia ja, nak simpan maklumat memang takkan boleh. satu mesej masuk ja, Aimi akan reply dan terus delete sampai ada customer kecil hati yang dia la yang call Aimi tanya camna nak bankin tapi mesej kedua, Aimi dah tak kenal dia. kebanyakan pelanggan yang guna beli VCO akan repeat order dekat Aimi, ada  yang 3, ada yang 4 kali. kebanyakannya regular customer so memang leceh la setiap kali dorang repeat order, nak kena mintak alamat. kalau 3 kali order, 3 kali la minta alamat. dalam Cokia for sure tak boleh nak keep the conversation.

-.-'


i'm surry. i've learned my lesson ;(

sebelum guna Cokia, Aimi guna model ni ja, Sony, tapi dah sampai 3 kali repair slide, lepas 3 kali tu, memang tak guna sangatlah, guna Cokia jah sebab mesej customer masuk tak henti haritu, buntu dah Sony rosak pi beli Cokia cepatcepat dengan harapan dapat mesej sudahh. tak sanggup nak jual Sony. banyak sangat draft yang tak publish ada dalam anset ni...:)


-
-


so alang-alang membeli biar la.......tutttttt..

Samsung Galaxy Tab yang ada, 7.0, 7.7, 10.1. tengok saiz Tab 10.1 yang gedabak gedempolnya memang sure tak ambik la, kalau tab 10.1, umpama netbook tanpa keyboard, taknaklah besarbesar sangat, biar ‘portable’..pilihan yang tinggal 7.0 dan 7.7. orang cakap fungsi sama ja 7.0 dengan 7.7 ni, tapi processor 7.7 lebih laju (1.4GHz Dual Core) dan skrin Amoled berbanding Tab 7.0 dengan skrin LCD dan procecessor 1 GHz Dual Core. di atas sebab itulah yang membezakan harga Tab 7.0 dengan 7.7. mana-mana pun oke tapi kalau bajet tak cukup boleh je angkat Tab 7.0.


habis cerita sikit pasal ni, ehhh sikit je ceritanya.?



oleh kerana Tab ni , Aimi angkat sebelum raya so inilah tablet raya saya.  
Tab 7.7 yang semestinya akan jadi teman baik Aimi selepas ni.


;D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...