CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, September 8, 2010

Penunggang motosikal penyumbang tertinggi kematian

KUALA LUMPUR 8 Sept. – Penunggang dan pembonceng motosikal menjadi penyumbang tertinggi angka kematian pada hari kelima Ops Sikap Ke-22 semalam, iaitu seramai 16 orang.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan Ibu Pejabat Polis Bukit Aman hari ini, bilangan keseluruhan kematian sepanjang tempoh itu, adalah seramai 19 orang.

Tiga lagi kematian dicatatkan oleh penumpang kereta iaitu seramai dua orang, manakala bakinya adalah pejalan kaki.

Jumlah tersebut juga menjadikan angka kematian dalam Ops Sikap yang dilancarkan sejak Jumaat lalu meningkat kepada 77 orang. - Utusan


p/s: JANGAN BEGINI JADINYA

JPJ mahu laksana sistem elektronik pantau kesalahan

SETIU 8 Sept. - Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) akan melaksanakan sistem penguatkuasaan elektronik untuk mengesan pesalah lalu lintas, kata Ketua Pengarah JPJ, Datuk Solah Mat Hassan.
Beliau berkata, penggunaan kedah tersebut dilihat lebih bersistematik dan berkesan ekoran semakin meningkat jumlah kenderaan di atas jalan raya di negara ini.

Menerusi sistem ini, sebuah Pusat Panggilan akan diwujudkan yang boleh dihubungi secara terus oleh orang ramai, katanya kepada pemberita semasa turut serta pada sekatan jalan raya di Stesen Penguatkuasa JPJ Air Sejuk di sini hari ini.


“Misalnya pengguna jalan raya boleh menghubungi JPJ di pusat panggilan ini sekiranya mereka mendapati pengguna jalan raya yang lain melakukan kesalahan trafik,” katanya. - Bernama

Umat Islam sambut Aidilfitri Jumaat

KUALA LUMPUR, 8 Sept — Umat Islam di negara ini akan menyambut Hari Raya Aidilfitri pada Jumaat, demikian diumumkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja, Engku Tan Sri Ibrahim Engku Ngah malam ini.

Pengumuman itu disiarkan menerusi Radio Televisyen Malaysia (RTM).
“Bagi menyempurnakan titah perintah Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, setelah diperkenan oleh Duli-Duli Yang Maha Mulia Raja-Raja, dengan ini saya mengisytiharkan tarikh Hari Raya Puasa bagi negeri-negeri seluruh Malaysia telah ditetapkan pada hari Jumaat, 10 Sept 2010,” katanya.
Tarikh Hari Raya Aidilfitri ditetapkan oleh Penyimpan Mohor Besar Raja-Raja berdasarkan rukyah dan hisab menerusi 30 tempat pencerapan di seluruh negara. — Bernama

Kontraktor kecil asing ancam rezeki kontraktor kecil Malaysia

08/09/2010 5:29pm
KUALA LUMPUR 8 Sept. - Ramai pekerja pembinaan asing kini melakukan kerja-kerja pembinaan dan pengubahsuaian kecil yang mengancam sumber pendapatan kontraktor tempatan yang sah kerana mereka mengenakan harga yang rendah, kata Persatuan Pemborong Binaan Malaysia (MBAM).

Para pekerja asing itu kebiasaannya diambil melalui syarikat kecil yang sukar dilakukan pemantauan, kata persatuan itu dalam satu kenyataan hari ini.

“Banyak masalah muncul apabila banyak aduan diterima mengenai kerja-kerja yang tidak sempurna, yang sekali gus memburukkan imej kontraktor kecil dan pakar pengubahsuaian yang sah,” katanya.
Terdapat juga kebimbangan bahawa para pekerja berkenaan, yang kebanyakannya terdiri daripada rakyat Indonesia, boleh menggantikan kontraktor kecil tempatan kerana mereka memberikan saingan serius kepada kontraktor Malaysia yang terlibat dalam perniagaan itu. - Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...