CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Wednesday, November 1, 2023

Strategi ZiOnis

Dalam ucapan terkini Abu Ubaidah, beliau ada menyebut bahawa rejim penjajah Zionis sedang menggunakan "strategi bumi hangus" ke atas Gaza.


"Strategi bumi hangus" ialah satu strategi tentera yang melibatkan pemusnahan segala benda untuk melumpuhkan pihak lawan dari terus bertahan, termasuk air, makanan, manusia, haiwan, tumbuhan, dan sebarang alatan serta infrastruktur.

Dalam erti kata rejim penjajah Zionis sedang memusnahkan Gaza keseluruhannya supaya ia tidak boleh lagi didiami manusia dan melumpuhkan segala kemampuan penduduk dan para pejuang di Gaza.

Seterusnya strategi ini akan disambung dengan pemindahan rakyat Gaza ke Semenanjung Sinai, Mesir yang membolehkan Gaza dijajah sepenuhnya oleh Israel untuk membina wilayah baharu penempatan haram Zionis.

- Ahmad Nu'man Mazlan


Kisah Briged Al-Qassam dan Kurma

Kisah Al Qassam dan Kurma,

Peperangan Israel - Palestin 2014 di Gaza merupakan di antara peperangan yang paling dahsyat dan paling panjang, berlanjutan sehingga 40 hari.

Sekumpulan 23 anggota mujahiddin al Qassam yang berjihad di bulan Ramadan telah hilang dan terputus hubungan kerana pintu masuk dan pintu keluar terowong di antara Gaza dan Israel (Palestine-1948) terkambus setelah dibom Israel.

Mereka semua disangkanya telah syahid kerana terputus hubungan selepas terperangkap di dalam terowong.

Selepas gencatan senjata di permulaan aidil fitri, penggalian mencari jenazah syuhada' dimulakan.

Namun ditakdirkan Allah, kesemua 23 mereka dijumpai hidup sihat biar pun terkepung selama 13 hari.

Apa yang menakjubkan,

1- Mereka menerima bekalan air daripada sebuah mata air di terowong tersebut, kedalaman 25 meter bawah tanah.

2- Mereka hanya makan sebiji kurma sehari, separuh kurma untuk bersahur dan separuh lagi untuk iftar Ramadan.

Kisah dari Perang Gaza 2014,

via Prof Zainur Rashid Z


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...