CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, January 1, 2012

dan bidadari pun mencintaimu


  Abdurrahman Ghozali telah  bertaubat di atas keterlanjurannya selama ini. dia disedarkan oleh seorang perempuan yang bernama Lathifah Jinan Salsabila. dia menjadi seorang lelaki yang beriman dan soleh hingga mempesonakan mana-mana wanita tak kira yang paling jajal hingga paling solehah. 

namun, atas kerendahan hati Ghozali..

dia tak mampu menerima mana-mana wanita kerana menganggap dirinya tidak layak untuk wanita-wanita yang baik, dia menganggap dirinya tidak suci dan tidak bersih untuk dipadankan pada mana-mana wanita baik. namun dihatinya, masih menyukai Khadija Salsabila atau dipanggil Pelangi oleh keluarganya :)

walaupun mencintai, dia tetap merasakan tidak layak memiliki.

Pelangi adalah seorang perempuan yang dilamar oleh ramai putera-putera ternama namun hatinya terpaut pada Ghozali biarpun setelah mengetahui pahitnya masa silam pemuda itu.


 Ghozali berkahwin dengan seorang wanita yang pernah menjadi pelacur akibat terpaksa, namun isterinya telah bertaubat dan ingin hidup dalam keimanan bersama Ghozali. Allah berkehendakan, ketika isterinya melahirkan anak mereka, isterinya kembali ke rahmatullah. dan anak perempuannya diberikan nama Pelangi Jinan Khaironnisa.  

akhirnya Ghozali berjumpa semula Khadija Salsabila di sebuah taman sambil ditemani anaknya Pelangi.

setelah itu
lelaki baik untuk perempuan baik 




Ali Imron El Shirazy



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...