CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, March 16, 2010

peranan Perancang Bandar & Wilayah



Di antara proses kerja yang telah dijalankan oleh firma ini ialah perancangan Bandar mengikut akta perancangan Bandar dan desa 1976,akta 172 serta menjalankan kajian-kajian perancangan.
Selain membuat perancangan firma ini menjalankan kerja reka bentuk teknikal ,pengawasan kerja kerja pembinaan , permohonan kelulusan kerja oleh pihak berkuasa.
Perancangan pengankutan dan perancangan landskap juga merupakan kerja yang telah dilakukan oleh firma ini.
Kesemua kerja yang dilakukan adalah mengikut pelanggan.Jika pelanggan swasta biasanya projek hanya dijalankan oleh satu firma tetapi jika melibatkan projek kerajaan ia melibatkan firma lain terutamanya projek yang melibatkan bidang kerja yang berbeza.
Selain daripada merancang firma ini telah menjalankan banyak kajian sepanjang ia ditubuhkan contohnya Rancangan tempatan Bandar kota tinggi,johor pada tahun 1996-1997 iaitu dalam sector guan tanah perniagaan,perindustrian dan pengankutan.mnf juga telah menjalankan kajian mengenai rancangan tempatan Bandar tangkak johor pada tahun 1999 iaitu dalam sector guna tanah.
MNF tidak hanya menjalankan kajian di negeri johor sahaja tetapi melibatkan negeri negeri lain iaitu pada tahun 2007 telah membuat kajian mengenai rancangan tempatan daerah seremban dalam sector guna tanah,pusat Bandar@perniagaan,perumahan dan rangka kerja wilayah.pada tahun 2002 pula mnf telah mengkaji mengenai rangcangan struktur negeri Pahang.MNF juga menjalankan proses perancangan susun atur contohnya cadangan pecah sempadan bagi pembangunan bercampur secara SBKS di antara lot 29,65,79,90,109,dan 1258 di kota tinggi,hak milik ialah taman mawai sdn bhd dan ladang tai tak sdn bhd.kerja kerja perundingan juga telah dijalankan oleh mnf iaitu rancangan tempatan daerah pekan pada tahun 2002-2015 iaitu dalam sector rekreasi dan landskap.

PROJEK MNFSepanjang mnf ditubuhkan mnf telah melibatkan diri dalam banyak projek antaranya ialah projek di seremban.dalam projek ini mnf adalah selaku ketua perunding dan telah dibantu oleh 12 sub perunding mengikut kepakaran masing-masing.12 sub perunding tersebut terdiri daripada firma swasta yang lain.sebenarnya sub perunding bergantung kepada jenis projek jika projek yang melibatkan banyak bidang maka sub perunding akan bertambah dan pembahagian kerja akan di tetapkan oleh ketua perunding.Antara projek lain mnf ialah pembinaan banggunan awam contohnya mnf telah menjalankan kerja kerja membina sebuah banggunan pejabat,cawangan lembah kemajuan.johor tenggara ditaman sri lambal kluang.mnf juga menjalankan projek penyelangaraan dan pembinaan lansdkap contoh kerja kerja lansdkap di Malaysia gas pasir gudang ,johor.PERANAN PERANCANG BANDAR DALAM DALAM MNFMengikut peranan perancang Bandar yang sebenar.
perancang Bandar amat memainkan peranan penting dalam segala aspek perancangan tidak semestinya dalam sector kerajaan malah turut member sumbangan dalam sector swasta.
peranan perancang Bandar dalam firma swasta adalah lebih kepada memajukan sesuatu kawasan.Dalam proses pemajuan tersebuat perancang Bandar akan membuat pelan susun atur.setelah segala pelan susun atur siap ,perancang Bandar akan berurusan dengan kerajaan tempatan untuk memastikan pelan tersebut diluluskan dan untuk mendapat kebenaran merancang.jika pelan tersebut tidak di terima atas sebab tertentu perancang bandar akan memperbaiki setiap kesalahan yang terdapat dalam pelan tersebuat.setelah pelan tersebut diterima baru perancang Bandar akan menyerahkan kepada organisasi lain bagi menjalankan kerja-kerja pembinaan. terdapat akta yang menyatakanBahagian IV Akta 172 mengandungi peruntukkan-peruntukkan bagi menguatkuasakan pengawalan perancangan yang sebenar. Seksyen 18 Akta 172 umpamanya melarang seseorang menggunakan tanah atau bangunan kecuali mengikut rancangan tempatan. Seksyen 19 pula melarang dengan pengecualian-pengecualian tertentu untuk pemajuan dimula, diusaha atau dijalankan tanpa kebenaran merancang. Oleh kerana pihak berkuasa tempatan adalah pihak berkuasa perancangan tempatan yang berkuasa memberi kebenaran perancangan untuk sesuatu projeknya, maka semua permohonan-permohonan untuk membangunkan tanah dan mendirikan bangunan perlulah memohon kebenaran merancang kepada pihak berkuasa perancang tempatan [subseksyen 21(1)].Selain daripada untuk mendapatkan kebenaran merancang,perancang Bandar juga menjalankan proses pindah hak milik tanah ini kerana tidak mahu ada masalah pada masa akan datang contonya bagi kawasan perindustrian mestilah didirikan kawasan perindustrian, sektor lain tidak boleh dibangunkan di kawasan tersebut.Perancang Bandar juga membuat kajian pembangunan untuk memastikan kebaikkan dan keburukkan selepas pembangunan sama ada kepada alam sekitar dan masyarakat setempat.selain daripada itu perancang Bandar membuat kajian mengenai rancangan tempatan daerah dan rancangan kawasan khas.Perancang Bandar juga akan menjalankan kajian mengenai piawaian @ garispanduan.ini kerana pembangunan kerap berlaku dan bagi memantapkan perkembangan berkenaan dari semasa kesemasa kajian terbaru perlu dilakukan bagi memastikan piawaian terkini dan lebih sesuai.FUNGSI JABATAN PERANCANGAN BANDARPENGENDALIAN
PENTADBIRAN AMURUSAN AMPERKHIDMATAKEWANGANLATIHANPRODUKTIVITIPENYELARAS PERANCANGANRANCANGAN PEMBANGUNAN
MENGAWAL PEMBANGUNANUBAH SYARAT/PECAH SEMPADANPELAN BANGUNANPERANCANGAN TAPAK.SIASATAN TAPAK.KHIDMAT NASIHAT.PENYEDIAAN PELAN PEMBANGUNANRANCANGAN STRUKTURRANCANGAN TEMPATANRANCANGAN PEMBANGUNAN DAERAHPUSAT PERTUMBUHAN DESA.PELAN INDUK NEGERI.KAJIAN KAJIAN SEKTORIAL.


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...