CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 19, 2013

bidadari bumi




bismillah, 

1st of all, baca tajuk kan? bidadari bumi. mohon. mohon jangan salah faham gambar kat atas ni. konon-kononya si Aimi tu nak cakap yang dialah bidadari kat bumi ni, ampun. hahaha. jalan sensorang, terserempak dengan Cik Ruhil ni, kawan baik zaman sekolah, dah besar dah dia. dalam plastik yang Aimi pegang tu ada buku tapi bukan "Bidadari Bumi".. beli buku lain dah kenapenye pun tapi nak tulis review bidadari bumi... tak faham betul dengan perempuan ni.
-,-

rasa nak buat review buku ni selepas terbaca sinopsis "Bidadari Bumi" kat Popular sebab lepas baca buku tu, ada persoalan yang timbul. persoalan apakah itu?

baru baca sinopsis, dah terkesan. lepas baca sinopsis rasa saya masih belum mengenali diri sendiri, siapakah diri ini? rasanya saya masih mencari identiti sebenar. diri sendiri pun saya masih belum kenal, kalau ada yang boleh menilai kira hebatlah tu. rasa macam belum tahu apa yang saya kejar, apa yang saya nak kat dunia ni.

=')

back to the top, nak kongsi sinopsis yang membuatkan saya tak kenal diri sendiri.


bidadari bumi.
‘ustazah, aku harap ustazah berkenan menjadi saksi untuk ibuku.’ 
aku mendengarnya dengan lebih serius.
‘saksi untuk apa, wahai anak?’ 
‘selama ibuku hidup, beliau tidak memiliki apapun kecuali dua helai baju. satu dipakai sementara yang satu lagi dicuci. beliau juga hanya memiliki dua helai tudung, telekung sembahyang, sepasang sandal, sebuah sikat, cermin, piring, al-Quran, tasbih dan sejadah. beliau tidak memegang satu sen pun wang, tidak memiliki perhiasan, rumah, barang atau perabot apa pun. semasa tua, beliau tinggal dengan abang sulungku. apabila ada yang memberinya wang, maka pada hari itu juga wang tersebut disedekahkan. Dan ketika beberapa hari yang lalu seseorang memberinya hadiah selembar kain, beliau berkata: 

[jika umurku sampai Ramadhan nanti, jahitkan kain ini untuk pakaian solatku sebagai mengganti telekung yang lama. Namun jika tidak, tolong berikan kepada orang yang lebih memerlukannya sebelum kalian meletakkan jenazahku ke dalam kain kafan.]’” 

anak remaja di hadapanku menunduk. dia menyembunyikan air matanya yang perlahan-lahan menitis sebelum akhirnya kemudian berkata:

“ustazah...” 

panggilnya lirih.

“ibuku meninggal dunia tiga hari yang lalu. aku harap ustazah sudi menjadi saksi bahawa beliau telah berhasil menjalani kehidupan seperti yang diinginkannya..."



------------------------------------------------------------------




"Jika ingin merasakan CINTA AGUNG wanita abad ini kepada Allah SWT dan RosulNya SAW bacalah buku ini. Kita akan mendapatkan keperibadian cinta penuh ruhani dan akhlakul karimah seorang wanita yang kita idamkan"

Muhammad Assegaf




bidadari bumi
: 9 kisah wanita solehah :

by Halimah Alaydrus



Sunday, December 15, 2013

mahu pulang

bismillah ;



separah mana pun sayapnya patah,
sehina apa pun dia,

burung yang patah sayapnya itu
mahu pulang kepada Tuhannya
dengan hati seputih awan...







Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...