CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, September 8, 2011

Aku malu

Refer tajuk. Aku pemalu? Buat yang mengenali aku, Jangan gelak .

Okay, boleh kita mulakan? 
Kawan-kawan yang nak sangat baca post Pulau Terindah, buat aku rasa terharu. tersipu-sipu pun ade sambil pegang baju pusing badan kedepan ke belakang.  
Yang sebenarnya Memi, kau memang suka kan ada unique visitor, lepastu buat-buat tersipu malu, memang nak kena lempang!

Haritu, masa aku berjalan pulang dari kelas, Doley sempat beralih ke arah  belakang
“kami baca blog hampa, best”

Lain hari plak masa aku teman kawan aku pergi bilik JPP, MedeXx menyapa
“hai blogger”

Tak sangka, ada jugak orang baca blog aku yang picisan lagi hingusan, saya Aimi Amiza binti_____Apa? Nama penuh? Mai doploh sen! Dengan rasa rendah dirinya menyatakan blog saya picisan, Wahhhhh tadi kau cakap aku, sekarang saya pulak, tadi kau, satgi hang pulak.. Biar laaa, blog aku kan, aku dah cakap tadi, picisan .

Kalau nak story orang puji memang aku tak ingat sangat nak karang kat sini, lantaklah! Orang yang kutuk pun ada jugak, sepanjang tempoh aku aktif ni,  
ada yang tuduh aku blogger handalan. Sungguh, aku malu. bermacam-macam lagi tuduhan.


 Sampaikan aku tukarkan website kat personal Account aku. Aku malu.





Ada jugak yang cakap aku tipu notification tu, yang sebenarnya aku cuma bertuah di sini sebab di invite menjadi admin. Itu sahaja, dan tiada unsur photoshop pun kat pic di atas sebab notification tu memang tak terusik. Yang ni cerita page aku di invite. Sekarang dah 50k. berguna sangat kalau kau nak promosi barang2 ke hape ke.




Page blog aku sendiri, 4 sure aku tak aktif langsung kat page ni, aku tersilap daftar page tu dengan nama aku sendiri, sebab tu aku malas nak aktif dengan page ni. Lagipun aku ni bukannya artis pun nak ada page-page sendiri ni. Kau ingat artis je boleh ada page? Dasar kolot.  Liker dah 824, aku sayang nak delete, so biarkan sahaja. Liker page aku memang static sebab aku tak promote pun, yang aku perasan, yang like tu pun sebab singgah blog, sebab tu tak banyak.  Tapi yang tak puas hati tu, kenapa? Page tu memang untuk product, tak kisahlah kau nak publishkan website, jual barang ke, jual badan ke (haha, ade ke yang buat?) Cuma ada tolong kawan promote barang dia je, memang laku kat page 50k tu, Aku sayang nak delete page tu sebab nanti bila aku ada kesempatan nak jual barang aku boleh gunakan. Kau tu kolot sangatlah, page memang untuk promosi, faham?

Apa? Tak? Sila belajar  main Fesbukk lagi.
Kau tak puas hati lagi?
Aku rugi tak?  Tak kan?

“Semua benda nak cerita kat blog, show off doe dia ni”

Tak suka? Sila berambus.





Aku cakap berambus!


Ada blogger buatkan Aimi doodle

 Weeeeeee, shukaaanya.. Awat pasepa? Tak percayakah? Tak puas hati lagi sila masuk link bawah ni;


Kalau korang pun nak jugak boleh la request satu kat Ninie ok? Best kan doodle tu. Sebelum ni ada post Aimi tentang doodle.. Tapi tak berkesempatan nak belajar dengan Cik Lina. Cuti raya seminggu memang tak cukup !! Ditambah pulak dengan assignment yang bersepah-sepah :(
Tapi bawak balik jer assignment, bukan buat punn, HAHA.




Gigi kuning I yang menyerlahhh . HAHA.
Tima kacih Ninie.
Salam Ukhwah fillah :')

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...