CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 20, 2012

malu pada burung

 bangun awal harini  :-D
tapi masih lagi malu pada burung kerana ia lebih mendahului.



best tengok burung terbang. 

dari Umar ibn Khattab r.a, ia berkata Rasulullah saw bersabda, "Jika kamu semua bertawakkal kepada Allah seperti seekor burung diberi rezeki. Berpagi-pagi ia pergi dengan perut yang kosong dan pulang dengan perut yang kenyang." (Hadis Riwayat : Imam Tarmizi dan katanya hadis ini Hassan Sahih pada bab Tawakkal kepada Allah)

Berdasarkan hadis di atas, ianya menunjukkan bahawa sifat yang mulia ada pada seekor burung perlu diambil oleh seorang mukmin ialah sifat tawakkalnya kepada Allah, bukan itu sahaja malah ada lagi sifat mulia yang ada pada seekor burung, gambar-gambar di bawah sudah cukup memberi kesan mengenai sifat kasih sayang Allah yang melata bukan sahaja kepada manusia malah juga kepada binatang.


cuba menolong pasangan


namun akhirnya pasangan meninggal dunia


berteriak meminta pertolongan


akhirnya terpaku sedih di sisi jasad pasangan..

;
;

gambaran secebis dari sifat "rahmat" (kasih sayang) Allah yang diberi meskipun kepada binatang yang dibandingkan dengan manusia yang berakal.


dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi saw, beliau bersabda, "Sesungguhnya Allah swt mempunyai seratus rahmat (kasih sayang). Dia turunkan satu rahmat sahaja di kalangan jin, manusia, binatang, dan juga binatang melata. Dengan rahmat itulah seekor binatang liar pun mengasihi anaknya. Dan Allah swt menangguhkan 99 rahmat lagi yang akan digunakan untuk merahmati hamba-hambaNya di hari Kiamat." (Hadis Riwayat : Imam  Muslim)

semoga Allah mencampakkan kepada kita semua secebis dari sifat kasih sayangNya...


bird photos credit to abunawaf.com







untunglah boleh terbang


T_T





,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...