CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, May 31, 2014

kisah driver Li Ka-Shing


,bismillah ;

.driver Li Ka Shing - LKS (Jutawan No 1 di Asia ) telah berkhidmat lebih 30 tahun, telah capai umur bersara .LKS sebagai tanda penghargaan telah memberinya cek bernilai 2 juta tetapi dia menolaknya kerana dia sudah ada 20 juta ditangannya .LKS berasa hairan kenapa dia ada simpanan sebegitu banyak walhal gaji dia cuma 6 ribu sahaja .driver beliau berkongsi bahawa ketika dia membawa kereta, LKS selalu membuat pesanan kepada managernya melalui telefon, membeli tanah atau saham yang mana satu... dia cuma ikut 'bodoh2', beli sedikit sana sini .lama kelamaan, dia berjaya mengumpul dana lebih 20 juta


.intipatinya:
.dalam perjalanan hidup, amat penting untuk kita memilih dengan siapa kita bersama ,bak kata pepatah ;

.cari tandas, ikut lalat
.cari bebunga, ikut lelabah
.cari jutaan, ikutlah jutawan !!
.bersama orang yang rajin, Anda tidak akan malas
.bersama orang bertekad anda tak akan murung
.bersama orang yang pintar, Anda jadi luarbiasa !!
.bersama orang yang hebat, anda pasti berjaya !!!

.driver tu sekarang nak pakai driver tak? haha


.there is a PRICE for change, Yes. 
.that's what most of us fear.
.but there is often a much steeper Price for staying the same.
don't worry. you will make mistakes & you will make progress. don't let fear stop you.


".ikut bodoe-bodoe
.buat gila-gila"

-pesan sifu



Tuesday, May 27, 2014

selamat hari guru #2014


.bismillah ;

aimi : haniii, kami mimpi ampa haritu

hani : Hehe, Aimi Ai mimpi apa ? Rindu lah tuuuu

aimi : ,mimpi kita dua main sukan sesama, rabat bukit, hahaha, kat SMKM, macam bestfriend lah

hani : Hehehe, Bila kita dk rabat bukit aimi, bukit mana ni ? bukit kat padang ka bukit kat aspura ? Ohhh, pandai aimi, mimpi rabat bukit aspura lah ni. Hehehe. Aimi praktikal kat penang kan la ni ? dah jumpa rumah sewa haritu ?

aimi : .bukit kat padang lah, buat pa intai Aspura , haha .mimpi waktu dhuha, kami tidur lepas subuh, pfffft. nope, kami tak jadi keja tu, ada job lain

hani :Hehehe, mana nak tau mimpi pi intai aspura ka, ingat time kat padang ingat everytime masuk lompat tinggi dgn lompat jauh mesti neves setiap kali tengok aimi sebab terror sangat, time lari pun antara best moment gak. wehhh lama dah tinggai sekolah

aimi : sirius rindo sangat melompat,

hani : Hehe, suka sangat lompat tinggi, pi lompat belakang rumah,  hehe aimi dapat keja katna ?

aimi : ,sirius, boleh tak kalau time ada sukan, nak p tumpang lompat sat, hahaha, erm, kami pm ampa job tu

hani : Hehe, dah ada kat sana pi jelah time hari sukan, mintak tumpang lompat. hehee:P. erm. okay
here



.hari yang aimi nak pi sekolah, aimi terbaca status Izzati, dia mimpi pi ambik slip SPM kat sekolah, pakat mimpi sekolah semua, rindu sangat kot. huhu



*melawat sekolah
27 May 2014

Cikgu Fadhil : "hang yang lompat tinggi tu kan? awat hang jadi macam ni?"

aaimi tak pasti ayat "jadi macam ni tu apa yang Cikgu Fadhil maksudkan huhu, mungkin aimi lebih kurus berbanding 5 tahun yang lalu

.Cikgu Fadhil tak mengajar aimi pun masa sekolah dulu, dia kenal aimi sebab 2 perkara ni ja

  1. lompat tinggi
  2. budak yang patah tangan masa nak SPM

hahaha, bapak buas masa sekolah dulu, masa aimi kat hospital pun kawan-kawan kelas bagitau Cikgu Fadhil selalu mai 5ik tanya aimi dah masuk kelas ka tidak, yep masa  tu orang akan tertanya-tanya macam na aimi nak buat SPM sedangkan tangan yang menulis patah, okay tu cerita lama.

;)

.masa Cikgu Rani nampak Aimi dengan Tiqah kat sekolah, dia cakap ingatkan nak hantar kad jemputan kahwin, Allah... nak kawin dengan sapani? bakal suami unknown. kahkahkah. ada suami ka takdak ka, wallahualam.


.mai sekolah dengan baju asrama masa form 1, legend tau
guess what? 

.aimi nampak kelibat sorang budak namanya Aimi Amiza sedang berlari-lari kat kawasan tu beberapa tahun yang lalu.

;)


.ada yang dah anak sorang.
,itew belum kawin, wehehe.




.Shafawati anak Cikgu Shaharizan, haha
.dia dari zaman sekolah panggil aimi
"budak takda feeling"

hey gal, hope to see you again, thanks ;)




.kami, 5 tahun yang lalu 


.kami, 2014


-
-
-
-


.selamat hari guru
.back 2 school

.rindu zaman tuuu yang dulu, Dia saja yang tahu rindunya


papaiiii,

adioSss

;)

happy birthday to me #2014


.bismillah ;

.my beday on 26th May, tak screenshot semua pun, karang panjang pulak pos. .thanks! ;)

.kat FB pun private beday, takda yang tahu my birthday, sorang dua wish dekat twitter, pastu berderet pulak wish masuk, semua jadi tau, btw doa  untukku itu pun berbalik kat hangpa, aminnn.

.ada sahabat2 yang istiqamah wish setiap tahun dan setia, hahaha. wish beday pun ada yang istiqamah. itu namanya setia. ;)











hapy beday 

.Aimi Amiza
.Aimi Nadia

hangpa, doa untuk kami dalam hati tau

papaiiii, ai need proper rest


;)




Thursday, May 22, 2014

there's nothing wrong with me



bismillah ;

ALLAH berfirman,
maksudnya: (iaitu) orang-orang yang apabila mereka ditimpa oleh sesuatu kesusahan, mereka berkata: “sesungguhnya kami adalah kepunyaan Allah dan kepada Allah jualah kami kembali.” 
(Al Baqarah 02:156)

“tidaklah seorang muslim mendapat musibah kemudian dia mengucapkan apa yang diperintahkan Allah kepadanya, inna lillahi wa inna ilaihi raajiun. ya Allah, berikahlah pahala atas musibahku dan berikanlah ganti untukku yang lebih baik daripada musibah tersebut. melainkan Allah memberikan ganti yang lebih baik daripada musibah yang menimpanya.”
[ Hadis Riwayat Muslim]

heaven knows I tried

.terima kasih atas kata-kata kebencian itu
.alhamdulillah
.syukur





.my weirdness will make me stronger
.my dark side will keep me whole
.my vulnerability will connect me to the rest of our suffering world
.my creativity will set me free


.and there's nothing wrong with me


;)


Tuesday, May 13, 2014

kawan baik aku nangis sebab aku, heyyyy apa lagi yang laki nak????


bismillah

.kemain emo tajuk aku, jap. macam ada yang tak kena dengan tajuk. laki? hidup bergelumang dengan laki, kahkahkah. erk macam pelik pulak bunyik.

.aku tengah serabut nak siapkan manuskrip beberapa hari ja nak kena submit, otak aku kosong sebab aku dah lama gak la tak membaca sibuk lepak kat kedai mamak. tengah "brainstorming" dapat whatsApp dari kawan baik yang aku sayang yang mana namanya aku sebut di hujung sejadah, dapat bayangkan tak macam mana sayangkan orang tu kalau namanya di sebut di hujung sejadah? aku ingin bersahabat dengannya hingga di sana.


*Rogayah dan Meon bukan nama sebenar.

---------------------------------

Rogayah : Aimi aimi aimi

Aku : yaaa

Rogayah : Nk taw citw sedih x...

Aku : .APA?

Rogayah : Meon suka hg.bkn aku. Tahniah Aimi

Aku : apakebendanya semua ni. Aku takda contax dia

Rogayah : Ok itu ja.bye tapi dari dulu dia suka hg. Aku baru taw

Aku : tu dulu la

Rogayah : kesian dia, sebab terpaksa bercinta dengan  aku dulu sedangkan dia suka hang.

Aku : dia gitau apa kat hang ni?

Rogayah : dia bgtau hg cantik. So hg mmg dah taw la dia suka hang. Aku ingat hg xtaw lagi huhu

Aku : Ang lawa lagi, aku tau dia suka aku, pastu ampa kawan. Aku pun buat taktau jelaaa. Ampa makin rapat, aku suka perapi ang dulu2, aku sayang ang tapi ang asyik pay attention kat dia ja, meluat aku!

Rogayah : sorry sbb aku xtaw lak dia suka kat hg, kalau aku tau, xdak nya aku nak kawan dengan dia.

Aku : eh, aku takda perasaan pun kat dia

Rogayah : Aku baru taw,  nak tau punca kami break sebab apa?

Aku : nak

Rogayah : Sbb aku bkak fb dy tgk dy stalk hg ja.. smua tntg hg.so xdk mkna la kn klu aku still troskn prhubungan kmi.. so aku mntk ptus.. bru2 ni Meon msj aku blik.aki mntk dy tros terang n dy mgaku mmg dy stalk hg.aku tny la sbb apa dy selamber ja ckp sbb hg cntik.sje suka2 cuci mata .. klau hg jd aku apa hg nk buat? ?? Aku dh benggong sgt2 skrg..hg kwn baik aku.Meon lak seseorg yg aku prnh syg sgt2. Aku perlukan pendapat, aku dh blur

Aku : ya Rabbi sampai macam tu mamat nl. camna leh detect? Ang jangan nangis k

Rogayah : aku dah puas nangis. Dh puas mendrita. Aku cuma nak pendapat dari hg ja

Aku : kawan baik aku nangis sebab aku... what is this feelink

Rogayah : Aku hrp sgt org yang Meon suka bukan kawan aku...tpi...len jd... pelik cinta ni

Aku : ang syg dia g tak? kalu sayang pun mesti ang rasa nak tumbuk muka aku lepasni

Rogayah : Bkn slh hg pn...knp nak tumbuk hg...tpu la klu aku x sakit hati... Aku sayang dua2.. Aku syg hg, dia pun aku syg... so aku  pun tak tau apa aku kna buat.. kan bagos kalau aku blh ignore ja perasaan aku tu,,,sng ..x menyusahkan org len

Aku : kalu putuskan, masih sayang, take yur time laaah

Rogayah : ??

Aku : fikir dulu sebelum buat keputusan, jangan risau aku mang takda perasaan at dia tapi aku paham hati ang dah dicalar

Rogayah : Mmg hg xdk perasaan. Tpi dia ada perasaan kat hg. Xpala hg bkn fhm apa aku rasa.. sorry bye

Aku : hurm. sorry. aku minta maaf. Tidur la, nangis puas2 harap ang lega



---------------------------------------------


Meon ni seingat aimi, dia pernah ekori aimi nak beli kasut lepas balik dari tuisyen 2008, tak sangka sampai sekarang dia stalk. dah 6 tahun berlalu...


.idk, banyak sad story today.

.lepastu Rogayah dah tak eply whatsApp aimi, whatsApp group dia eply jer , huhuhuhuhuhu .hilang marka aimi tak kisah. hilang kawan yang disebut di hujung sejadah, itu perit.

;'(

.nvm , let she takes her time

.astaghfirullah
.sorry my dear, ai leviyu for sure





Monday, May 12, 2014

hidup di dunia...


Innalillah.

Al-fathihah.
One of my best friends passed away around 230am. Aizat Afid
He got 10A's in SPM 2013. With his Excellent result , we believe he had a bright future.
But then , who knows He will facing Allah SWT this morning.
I'm totally shocked ! and Sad  As being a Muslim , we only can donated Al-fatihah and pray for his next life in hereafter.
I'm not his best friends but he's too friendly .Last year during SPM examination , we studied together and teaching each other.

Dear My Friends who still breathing.Who still can see this beautiful world. Who still alive.

REMEMBER , our achievement for Dunya is NOTHING.
The important are our achievement for the Hereafter !
So , it is compulsary for us to stay FOCUS about "akhirah". Dont left it behind. Yes, we do strive for Dunya and at the same time , we do STRIVE for "akhirah" too.

#STAY_FOCUS_AND_STIVE_FOR_HEREAFTER_TOO.

Dear friends, all the best and good luck in Future. #Ameeen #InsyaAllah —




here


.bismillah ;

.nak share pos ni, subuh tadi adik aimi dikejutkan dengan berita kawannya yang pergi bertemu pencipta-Nya. when srolling down the timeline, saya terbaca pos ini, saya tersentak, apa pun yang kita usahakan di dunia, semoga itu jambatan kita untuk kehidupan yang kekal abadi. jangan bila kita ingat

"alaaa, hidup di dunia tak lama, buat apa aku kaya?''

.jadikan kekayaan itu satu platform untuk kita, sumbang kepada pembangunan ummah, jadikan kekayaan itu satu jambatan untuk meraih redha-Nya. doa. kaya dunia dan akhirat. why??

.sebab kita semua tak tahu bila kita akan dijemput-Nya.

.kekayaan bukanlah satu dosa dan kecantikan bukanlah satu kesalahan, jika anda memiliki kedua-duanya janganlah anda lupa pada Maha Pemberi.





brothers #2

bismillah ;


futuras 

;)


kisah pembuat roti yang sentiasa beristighfar


bismillah ;

banyakkan istighfar ketika kita buat kerja.


pada suatu masa,ketika Imam Ahmad bermalam dirumah pembuat roti itu,imam Ahmad melihat si pembuat roti itu bekerja sambil beristighfar,lalu imam ahmad pun bertanya,apakah engkau perolehi dari amalan istighfar mu?

pembuat roti itu menjawab,semua yang aku minta pada Allah,semua Allah tunaikan kecuali 1

bertanya lagi imam Ahmad kepada si pembuat roti itu,apakah permintaan kamu yang belum Allah tunaikan?

maka si pembuat roti itu menjawab, aku masih belum berjumpa dengan Imam Ahmad.

Imam Ahmad pun menjawab, sesungguhnya Allah s.w.t telah pun menunaikan permintaanmu.. lalu si pembuat roti itu pun menangis dan terus memeluk Imam Ahmad



Tuesday, May 6, 2014

selamat tinggal facebook


bismillah

"improve your secret and private life and Allah will improve your public and social life. make matters well betwen you and Allah and Allah will make matters well between you and people. work for the Hereafter, and Allah will be enough for you and your worldy corncerns.


selamat tinggal fesbuk, baru nak ucap, padahal dah lama aku berhenti update. ingat lagi zaman dulu, dalam sehari mesti kena ada status, paling kurang kena ada satu status, kejar apa entah.

sini blog, aku tulis blog pun aku rasa macam aku tulis pastu aku yang baca sendiri, tulis bodo bodo pun takpa, haha. kekadang kat blog aku bahasakan diri 'Aimi', update lain bahasakan diri 'aku' pulak, suka hati hang lah aimi. berapa hari tak cukup tidur ni, sekarang dah nak masuk subuh. bila tak tidur macamni, keesokan hari mesti rasa nak pengsan kan. ketahuilah anda bahawa letih guna otak dan letih guna tenaga ternyata dua letih yang berbeza. dapat job lagi, alhamdulillah. ini bukan pasal untung tapi ini rezeki untuk sumbangkan sesuatu. :)



hey Achap, macam mana lah hang tergerak nak ajak aku,
benda benda tak senonoh pandailah aku mengarang


.banyak job datang tapi tak semua boleh buat serentak, terpaksa tinggalkan kerja untuk fokus apa yang saya pilih. #setiabook dan _______ tettttt, susah ni, moga dipermudahkan :)


"selama ni memang susah dah, why not susah teruk teruk sebelum capai kesenangan, jalan terus!"
-pesan sifu




Sunday, May 4, 2014

17 kebaikan zinc shaklee

.bismillah



kenapa badan kita perlukan zinc? 

badan kita memerlukan vitamin zink sebagai suplement untuk aktiviti metabolisme badan, zink memainkan peranan penting dalam sistem imunisasizink memainkan peranan penting dalam aktiviti metaboslisme badan badan sebagai berikut saya listkan 17 kelebihan zink


  1.  penjagaan kulit : kajian menunjukkan zink berkesan merawat jerawat, ia adalah lebih berkesan  daripada placebo.
  2. ekzema : juga dikenali sebagai dermatitis atopik adalah gangguan keradangan dan masalah kulit yang kronik. ia adalah disebabkan kekurangan zinc dalam badan, zink memainkan peranan penting dalam menyembuhkan jangkitan kronik
  3. jerawat : mineral ini bertindak mengusir jerawat dari kulit. ia bertindak mengawal selia jumlah testoteron di dalam badan yang memainkan peranan yang dominan menyebabkan jerawat. zinc juga berkaitan dengan sintesis kolagen yang membantu menormalkan jumlah minyak kulit dan mengekalkan kulit yang sihat.
  4. penyembuhan luka : kekurangan zinc menyebabkan lambat peyembuhan luka, badan manusia memerlukan beberapa enzim yang bergantung pada zinc, yang menggalakkkan sintesis kolagen lalu membantu penyembuhan luka.
  5. gangguan prostat : kekurangan zinc menyebabkan pembesaran kelenjar prostat dan menjadikannnya terdedah keepada kanser. dinasihatkan untuk mengambil 15mg zink setiap hari, di bawah pemerhatian rapi perubatan apabila mengalami masalah prostat.
  6. hilang berat badan : zinc memainkan peranan utama dalam penurunan berat badan dan mengawal selera makan.
  7. mengandung / hamil : zinc penting untuk pembiakan dan fungsi DNA. diperlukan untuk pertumbuhan cepat sel-sel dan membangunkan unsur-unsur utama sel semasa kehamilan.
  8. pembiakan : bagi lelaki, zinc membantu dalam spermatogenesis dan pembangunan organ-organ seks. sementara di kalangan wanita ia membantu dalam semua fasa pembiakan, termasuk pringkat kehamilan dan penyusuan.
  9. fungsi biologi : zink memainkan peranan penting dalam banyak fungsi biologi seperti pembiakan, kawalan penyakit kencing manis, tahap stress, rintangan imun, bau dan rasa, pertumbuhan fizikal, selera dan penghadaman.
  10. jangkitan : zink membantu seseorang untuk mengesan rasa dan bau, memberiakan bantuan kepada penyembuhan luka, meningkatkan imuniti dan membantu dalam melindungi daripada  gangguan berjangkit dan jangkitan kulat termasuk paru-paru dan konjunktivitis.
  11. antioksidan : zinc terlibat dalam tindak balas biokimia yang tegas, yang termasuk sintesis protein, fungsi enzim dan metabolisme karbohidrat.
  12. aturan enzim : zink merupakan aturan beberapa enzim yang membantu dalam pertumbuhan sel, sintesis protein, tahap hormon, DNA, mengawal selia transkripsi gen, metabolisme tenaga dan lain-lain faedah kesihatan yang berkaitan dengan zink.
  13. kanser : bagi lelaki, zink memainkan peranan penting dalam kelenjar prostat dan mencegah kerosakan awal yang boleh membawa masalah seperti kanser.
  14. kelesuan kronik : orang yang mengalami keletihan yang kronik, dicadangakan mengambil minyak ikan, kerana ia kaya dengan zink. para doktor tidak mencadangkan mengambil ubat-ubatan yang lain untuk menyembuhkan keletihan kecuali pengambilan minyak ikan yang kaya dengan zink.
  15. botak : pemulihan yang disyorkan oleh doktor adalah pengambilan supplement yang kaya dengan kandungan zinc.
  16. kehilangan tulang : ia adalah penyakit apabila tulang menjadi lemah dan rapuh. zinc adalah komponen hydroxyapatite iaitu garam dan membuat matriks tulang kuat dan keras, oleh sebab itu kandungan zink perlu ditambah dalam pelan diet anda mengelakkan kehilangan tulang.
  17. buta malam : pengambilan kira-kira 15-450 mg zink akan memperbaiki penglihatan. jadi, anda digalakkan mengambil daging lembu, kambing, tiram, ketam kerana ia kaya dengan kandungan zink dan akan memperbaiki penglihatan mata.

berapa banyak zink yang anda perlukan ,sila rujuk jadual di bawah :

birth to 6 months
2mg
infants 7-12 months
3mg
children 1-3 years
3mg
children 4-8 years
5mg
children 9-13 years
8mg
teens 14-18 years (boys)
11mg
teens 14-18 years (girls)
9mg
adults (men)
11mg
adults (women)
8mg
pregnant teens
12mg
pregnant women
11mg
breastfeeding teen
13mg
breastfeeding women
12mg


kenapa harus pilih Shaklee?


.klik untuk tumbesaran yang lebih dahsyat


hubungi saya :

Aimi Ai.

.your Shaklee Independent Distributor
ID : 889289
whatsApp : 0124033922



alhamdulillah, semoga bermanfaat ,aimi dah ngantuk ni, hey there! dun forget to recite al-mulk, nuhnite!




Thursday, May 1, 2014

save you - simple plan

.bismillah 



.take a breath, I pull myself together
.just another step until I reach the door
.you'll never know the way it tears me up inside to see you
.I wish that I could tell you something to take it all away

.sometimes I wish I could save you
.and there's so many things that I want you to know
.I won't give up till it's over
.if it takes you forever I want you to know

.when I hear your voice it's drowning in whispers
.it's just skin and bones, it's nothing left to take
.and no matter what I do I can't make you feel better
.if I only I could find the answer to help me understand

.sometimes I wish I could save you
.and there's so many things that I want you to know
.I won't give up till it's over
.if it takes you forever I want you to know

.that if you fall, stumble down I'll pick you up off the ground
.if you lose faith in you I'll give you strength to pull through
.tell me you won't give up 'cause I'll be waiting
.if you fall you know I'll be there for you

.if only I could find the answer to take it all away

.sometimes I wish I could save you
.and there's so many things that I want you to know
.I won't give up till it's over
.if it takes you forever I want you to know

.I wish I could save you, I want you to know
.I wish I could save you


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...