CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, January 31, 2014

fleet management

bismillah ;

kawan-kawan tanya update  aku, buat apa sekarang? kenapa senyap kalau tak, kecoh kat FB. yup. dulu masa aku kecik-kecik semua aku taruk FB, sekarang dah makin besar walaupun tak besar mana, dah rasa takda apa nak kongsi, semakin takda rasa nak kongsi, segan pun ada. hihihihi. ini update aku letak sinilah semua, anggap je aku tulis sorang-sorang takda sapa pun baca ok.


aku sorang perempuan yang kerja dengan mekanik, yang sorang lagi perempuan kat sini bahagian HR. dua orang je perempuan kat tempat kerja.

harini meeting aku kena marah bos sebab arrange servis untuk bas dengan van sampai 'rush' mekanik. mekanik jadi teruk la sebab kena servis van dengan bas yang banyak tu. aku ikut arahan dia untuk siapkan cepat sebelum semua mekanik cuti CNY. bila jadi masalah, bos salahkan aku, dia cakap aku tak ikut arahan, bos memang terkenal dengan caranya yang pandai putar belit cerita untuk tutup kesalahannya. dia betul, dia bos. okay dia tak boleh salah.



lepas tu, masa balik aku mesej mekanik cakap 
'sorry, my mistake arrange servis macam tu sampai dorang kena rush' aku gitau la yang aku ikut arahan bos tapi bos dah putar belit cerita untuk tutup salah dia bila timbul masalah.

mekanik terus telefon, cakap dengan aku, you noe what, mekanik cakap ngan aku :

"jangan nangis, bos memang macam tu semua orang dah faham, ang nangis tak? ang nangis tak?"

tanya aku sampai macam tu.
aku cakap, aku tak nangis

"semua orang yang urus sebelum ang mesti nangis, kalau ang tak nangis, ang menang"

pastu aku dengar orang laki duk gelak gelak kat belakang, geng-geng depa la tu, hahaha, geram betul. erghhh. 






aku tipu. aku tipu.

:)

aku nangis sebenarnya tapi alhamdulillah air mata tu mengalir atas sejadah. aku takmo nangis kat orang, mungkin sebab aku tak reti tunjuk kat orang. aku nangis bimbang kerana kelemahan aku, aku susahkan orang lain. thankiu Allah, sebab hadirkan rasa ini, ini yang aku nak bila ada masalah, crying to Him like a baby. aku nak nangis kat Dia, bukan manusia. thankiu Allah, walaupun aku dapat  kerja yang sangat pressure tapi dari sudut lain Dia bagi orang-orang yang memahami, yang selalu dan selalu back up aku kat tempat kerja, aku tak dibiar sorang-sorang. :)

maaf yang selalu foloe blog aku, aku selalu ulang ayat ni, dah memang ayat ini selalu ada kaitan dengan hidupku...


Fa inna ma'al 'usri yusroo.
Inna ma'al 'usri yusroo.

94:5
94:6

Allah mengulangi 2x berturut-turut dalam satu surah : 
dalam kesusahan disertakan kesenangan 
(jadi jangan putus asa)
-Fedtri Yahya-






dulu aku belajar estimate building kot, sekarang aku kerja dengan mekanik. apa kaitan? letih, memang letih. dah tak peduli dah kawan merajuk tak reply whatsApp / mesej segala. i'm so dead. jaga hati sendiri. pls. jangan harap orang okay? aku bukan kawan yang baik, aku tak selalu ada masa untuk kawan  aku.

:)


hidup ni memang satu proses pembelajaran, hari- harinye pun aku mesti ada perkara baru yang aku belajar, bersahabat dengan spanar segala spare part sekarang, hahaha.


atas kelemahan aku, aku ceritakan pada Yan, roomate aku semester akhir.


introvert itu aku, kadang-kadang aku rasa aku bodoh.



30012014


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...