CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, August 26, 2011

Pulau Terindah

Kerana kamu memulau aku, aku tajukkan entri ni dengan 
"Pulau Terindah dalam hidupku" 


Bila diingat ada juga beberapa orang kawan aku yang bertanya ,
“Eh Aimi kau bukan dulu tiga sekawan ke dengan dorang”
Aku terdiam. Aku kelu, aku sendiri tak tahu jawapan kepada soalan tu, takkan aku nak cakap dorang yang pulau aku? Mungkin jugak salah aku, Tak tahu punca kenapa begitu. Tapi jawapannya hanya tersenyum.

Sungguh aku tak tahu.
Aku bercakap, tapi tak diendah.

Hebatlahhh kau, buat aku rasa bodoh. 


Semester satu aku dipulau tanpa aku tahu apa sebabnya. Semester tiga baru aku tahu punca. Aku didatangi salah seorang daripada mereka dan memohon maaf atas apa yang dia dah lakukan. Maaf kerana mendengar kata-kata tanpa menilai.
 Puncanya kawan ke tiga [bukan yang memohon maaf]
memburuk-burukkan aku dengan alasan aku ramai kawan lelaki.


Hebatlah kau, hampir tiga semester buat orang lain buruk sangka kat aku.
 

     Tapi aku yang dimaklumkan dengan alasan aku mempunyai ramai kawan lelaki menjadi sebaliknya kepada insan yang telah memburuk-burukkan aku sehingga aku dipinggirkan. Dia berubah seratus lapan puluh darjah! Dulu kau pulaukan aku dengan alasan aku kawan dengan ramai lelaki, tapi kau sekarang? Pulang ke rumah lewat malam,  menunggang  motosikal bersama dengan lelaki yang bukan siapa-siapa pun untuk kau. Kau yang pulaukan aku dengan alasan itu,
 “Ada pernah aku naik motor tak tahwan ngan mana-mana laki baq ang??”
Takde.

 Paham tak? [Ayat Penang hiihihi]

Maaf, aku takda hak nak cakap gitu , aku pun naik moto ngan laki gak, tapi abang aku laaaaa.


   
“ Jangan meludah ke langit’’
Aku kenal kau lebih lama daripada yang telah memohon maaf. Zaman sekolah menengah lagi. Tapi apa yang kau dah buat kat aku? Terima kasih untuk kenangan itu, sekurang-kurangnya aku dapat tahu pandangan kau terhadap aku. Mungkin aku dapat betulkan yang salah. Tapi dengan sejujur-jujurnya. Aku senang berkawan dengan lelaki. Mungkin aku :


-Dah biasa dengan perangai abang aku yang kadang-kadang pelik.

Aku dah flexible dengan laki tu dari zaman purba aku lagi kot, aku terbiasa.

Sampai sekarang. 

Perlu ke pulau aku kawan dengan laki? Oh takde laki yang nak kawan dengan kau kan.. Fineeeeeeeeee.

-Jarang jumpa lelaki yang hasad dengki
-Berterus terang walaupun percakapan mereka kasar, no biggie..Chill jyeah, hahaha.
-Bersifat melindungi. Betul, selama aku kenal abang aku 19 tahun.

Aku belum lagi ada Romeo. Kau untung ade BF, tu pun nak sangat pulau aku.
Best kan pulau orang?
Yang pasti, kau pulau aku, kawan aku lagi ramai kot, bertukar group lain and you see ramai kawan aku yang excited suruh aku publish post ni..
;] 
Berterima kasihlah pada orang yang telah mengkhianati mu.. kerana dia telah melatih kesabaran dan menguji kesetiaan mu..
Berterima kasihlah pada orang yang mengecewakan mu.. kerana dia telah melatih mu untuk lebih ikhlas..
Berterima kasihlah pada orang yang menjaga dan mengerti semua keadaan mu.. kerana di situlah Rahmat Allah ada bersama mu..
Ya, salah aku.
:(

Tiga

Klik untuk tumbesaran yang lebih dasyat.


Atas permintaan beberapa orang kawan aku iaitu Jannah, Ayu, Hafiz dan Lyka.
[Ayu dan Jannah dah baca dah pun dalam draft tapi nak jugak baca kat blog lagi kan.]
Dengan ini aku haruslah cepatkan update aku kali ni. Cececece, bajet howt, hahaha. Annoying tak? Sila abaikan aku.


Kita fokus, jyeahhhhh....




Dah siap dowhh, cuma tak publish je, awat Lengai sangat taktau!


So cikedaud~
Opsss ada yang nama Daud kat sini ?

KLIK SINI lah !



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...