CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, September 3, 2012

kisah malaikat bersama-sama orang yang sabar


bismillah.

Dari Abu Hurairah r.a. .meriwayatkan bahawa, satu ketika seorang lelaki sedang mencerca Saidina Abu Bakar r.a. sedang Nabi saw duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Saidina Abu Bakar r.a. dan Nabi saw terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi saw tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a. menjawab cacian itu. Mendengarkan akan jawapan itu, Nabi saw begitu marah, lalu meninggalkannya. Abu Bakar r.a. menyusul Nabi saw di belakang dan berkata, “Ya Rasulullah saw, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampak marah dan bangun”.

Nabi saw menjawab, “Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihak kamu, tetapi apabila kamu menjawab semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan, oleh kerana itu aku meninggalkan kamu”.  (Hadis Riwayat Ahmad)


“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar”. (Surah Al-Anfal, ayat : 46)



*Semoga kisah ini dapat mengajar kita untuk mengawal kemarahan.


;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...