CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, February 27, 2014

iya. aku tau..

bismillah ;





Tuesday, February 25, 2014

pembinaan istana di syurga bermula di sini

bismillah;

keajaiban dhuha
sharing seorang kawan kepada saya, bercerita tentang youtube 'Ustaz Yusuf Wisatahati' mengenai seorang pengusaha di Indonesia.

"saya mahu bina sebuah istana di syurga. lantas saya istiqomah menunaikan solat dhuha setiap hari 6 rakaat. setiap hari saya akan melakukannya. saya cuma mahu istana di syurga. tetapi Allah swt beri saya 4 buah rumah di dunia."

subhanAllah. masyaAllah.
target akhirat. dapat dunia percuma tanpa diminta.
here.

tapi pembinaan ini untuk mahligai di dunia.



istiqamah dhuha merupakan salah satu amalan yang ganjarannya dijanjikan mahligai di syurga. hidup di dunia tak selamanya, apalah sangat nilainya rumah gah di dunia kelak akan musnah juge.. yukkk! :)

apa yuk yuk?


................................................


golongan yang dijanjikan mahligai di syurga :

ini adalah dari sebuah buku karya Syeikh Muhammad Nuruddin dan Marbu al-Banjari al-Makki yang diterjemahkan oleh saudara Mohd Khairulzahir bin Md. Rawan daripada Madrasah Zubaidiyah, Merbok, Kedah. di dalam buku ini ada menerangkan tentang 16 golongan yang bakal termasuk dalam golongan seperti tajuk yang dinyatakan di atas.


sudah semestinya tidak seperti dalam gambaran.


golongan2 itu adalah:-


1. orang yang membina masjid
jangan risau, bukanlah kita perlu bina sebuah masjid baru Allah akan binakan sebuah mahligai untuk kita di dalam syurga nanti. sebab kalau begitu, maka orang kaya sahajalah yang mampu. Allah itu adil. Walau sekecil mana pun sumbangan kita dalam pembinaan masjid,, hatta 50 sen sekalipun, jika hanya itulah yang kita mampu dan kita ikhlas melakukannya, maka Allah tetap akan kira. atau kalau kita tidak mampu dari segi wang ringgit, mungkin kita boleh membantu dari segi tenaga.


2. orang yang mengeluarkan kekotoran dari masjid
islam sangat menekankan kebersihan dalam setiap aspek kehidupan. apatah lagi jika kita menjaga kebersihan rumah Allah. oleh itu, akan datang kalau kita nampak ada habuk, atau batu, atau tahi cicak dalam masjid, kutip dan buanglah ia ditempat yang sesuai. hanya dengan berbuat begini saja Allah sudah janjikan sebuah mahligai untuk kita di syurga nanti. apatah lagi kalau kita membersihkan tandas masjid, menyental kolam untuk berwudhu, atau menyapu seluruh kawasan masjid. jadi, janganlah kita panggil Tok Siak kalau kita nampak ada kekotoran di masjid. bersihkanlah kalau nak mahligai.


3. orang yang memenuhi ruang kekosongan di dalam saf
antara perkara sunat yang penting dan tidak harus diabai dan dilalaikan ialah melurus dan merapatkan saf ketika solat berjemaah. Sebab itu Umar al-Khattab dulu siap lantik orang yang khusus untuk memeriksa saf. beliau takkan memulakan solat berjemaah selagi saf tak lurus. dan dalam bab memenuhi saf ni, kita kena pentingkan diri sendiri. maknanya, kalau kita nampak ada ruang kosong di depan saf kita, janganlah nak baik hati suruh orang sebelah pergi penuhkan. kita kena dulukan diri kita sebab ini perkara untuk mendekatkan diri kita dengan Allah. lainlah kalau kita beratur untuk makan di majlis rumah terbuka, atau ketika beratur untuk naik bas. kalau kita nampak orang yang tua atau uzur, sunat untuk kita dulukan mereka.tapi bab nak penuhkan saf ni kita kena dulukan diri kita.




4. orang yang memelihara 12 rakaat sunat rawatib
solat sunat rawatib ini ialah solat sunat yang mengiringi solat fardhu. banyak hadith2 Nabi SAW yang menekankan perihal solat sunat ini. ada riwayat mengatakan bahawa perkara pertama yang akan dihisab di akhirat nanti ialah solat. jika didapati solat seseorang hamba itu kurang, akan dilihat pula adakah terdapat solat2 sunat yang dilakukannya dulu, agar dapat menampung kekurangan ini.


5. orang yang memelihara 4 rakaat sebelun fardhu asar
selain subuh, solat asar merupakan solat yang sukar untuk kita lakukan kerana tuntutan kerja. menurut hadith yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi, Allah SWT mengasihi seseorang yang mengerjakan solat sunat empat rakaat sebelum solat fardhu asar.
(aku aimi akui, aku pernah lalui kesukaran untuk asar atas dasar tuntutan kerja.)


6. orang yang menunaikan solat sunat awwabin
solat sunat awwabin ialah solat sunat sama ada 4 rakaat dengan 2 salam, atau 6 rakaat dengan 3 salam, yang dilakukan selepas solat maghrib sebelum kita berkata2. namun ada juga hadith yang mengatakan 20 rakaat. sebenarnya kalau bab2 sunat ni, tak kisahlah berepa rakaat pun. sebab ia bukan wajib. lagi banyak lagilah bagus.



nak bina apani? 
bina badan, haha


7. orang yang mengamalkan solat sunat dhuha
ini adalah solat sunat yang boleh dilakukan bermula sekitar jam 7 pagi dan berakhir sebelum zohor iaitu dalam lingkungan pukul 1 tengah hari. namun yang paling afdhal ialah seperti sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “solat dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi). ia boleh dilakukan sekurang2nya 2 rakaat dan paling banyak 8 rakaat. namun menurut sesetengah qaul, i a boleh dilakukan sehinga 12 rakaat.


8. orang yang membaca surah Ad-Dukhan pada hari Jumaat dan malamnya
Ad-Dukhan bermaksud asap. ia dinamakan sedemikian kerana surah ini mengandungi amaran Allah SWT terhadap kaum kafir musyrikin bahawasanya mereka akan ditimpa azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang mengakibatkan kebuluran yang dahsyat kerana menentang Nabi SAW. Ia merupakan surah ke 44 dalam al-Quran dan mengandungi 59 ayat. Antara intipati surah ini ialah:

  • malam al-Quran pertama kali diturunkan.
  • segala perkara yang berhubung kait dengan kehidupan makhluk seperti hidup, mati, rezeki, nasib baik, nasib buruk dan sebagainya
  • bencana kelaparan yang menimpa kaum Quraisy kerana mereka menentang Nabi Muhammad SAW.

sebagai umat islam yang sepatutnya mencintai kehidupan akhirat, amalkanlah membaca surah ini seberapa banyak yang boleh. sebaik-baiknyanya ia dibaca setiap hari.



9. orang yang meninggalkan perbalahan walaupun di pihak yang benar
islam melarang umatnya daripada berbalah di antara satu sama lain sehingga menimbulkan permusuhan. islam juga melarang umatnya menggunakan kekerasan dan paksaan dalam menyampaikan dakwah. Rasulullah SAW memberi jaminan kepada umatnya yang meninggalkan perbalahan yang boleh mendatangkan kemudaratan dan boleh menyebabkan terputusnya tali silaturrahim dengan menjanjikan sebuah rumah di dalam syurga.

akan tetapi, sekiranya perdebatan atau perbalahan itu dibuat dengan tujuan untuk memahamkan atau menjelaskan kebenaran dan dilakukan dengan cara yang baik, maka ia amatlah digalakkan. perdebatan seumpama ini merupakan salah satu cara yang dianjurkan dalam berdakwah.


10. orang yang sembahyang  malam pada bulan Ramadhan
Pada bulan Ramadhan, solat sunat dikira sama pahala dengan solat fardhu. solat fardhu pula akan dilipat gandakan pahala sehingga 70 kali ganda berbanding pada bulan2 lain.


11. Orang yang berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat
Anas bin Malik meriwayatkan baginda Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, akan dibinakan oleh Allah untuknya sebuah mahligai di dalam syurga daripada permata yaqut dan zabarjad. Dan dituliskan baginya kelepasan daripada api neraka.


 12. Orang yang beriman dgn Nabi SAW dan Islam serta berhiirah dan berjihad ke jalan Allah
Fadhalah bin 'Abid (ra) meriwayatkan beliau pernah mendengar Nabi SAW bersabda:

"aku menjadi ketua dan ketualah yang akan membawa masuk ke dalam syurga bagi sesiapa yang beriman denganku serta Islam dan berhijrah, nescaya dibinakan baginya rumah disekitar syurga dan dibinakan rumah di tengah syurga, dan aku menjadi ketua bagi sesiapa yang beriman denganku serta Islam dan berjihad pada jalan Allah, dibinakan baginya rumah disekitar syurga dan dibinakan rumah di tengah syurga dan dibinakan baginya sebuah rumah yang mempunyai bilik yang paling tinggi di dalam syurga, maka sesiapa yang melakukan perbuatan tersebut, dan dia tidak sekali-kali meninggalkan kebaikan yang dituntut dan ia mengelak dari berlakunya kejahatan, nescaya ia akan mati sebagaimana yang ia kehendaki"


13. orang yang membaca surah al-Ikhlas
surah yang juga dikenali sebagai surah at-Tauhid ini sangat banyak fadhilatnya. menurut hadith yang diriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhni, sesiapa yang membawa surah al-Ikhlas sehingga tamat sebanyak sepuluh kali, Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga. oleh itu, rebut dan carilah keberkatan dengan melakukan sebanyak mungkin amal ibadah mengikut kemampuan kita.




14. orang yang mengamalkan solat dua rakaat selepas Isyak pada waktu tengah malam
anda pasti terasa betapa berat dan sukarnya untuk kita bangun tengah malam untuk bersolat sewaktu orang lain sedang nyenyak tidur. nak ambil wudhu pun sejuk. namun jika kita mampu melakukannya, maka sebuah mahligailah untuk kita di syurga nanti. kerana waktu malam yang hening dan tenang merupakan waktu yang paling baik untuk kita mendampingi Allah.


15. Saidatina Khadijah binti Khuwailid
yang ni bukan golongan sebenarnya, yang ini khas untuk Ummul Mukminin ini yang terlalu besar jasanya terhadap Rasulullah SAW dan Islam. untuk beliau dijanjikan Allah sebuah mahligai yang diperbuat daripada mutiara di syurga nanti.


16. Saidina Umar al-Khattab
yang ini juga bukan golongan. ini khas untuk Amirul Mukminin. beliau dijanjikan Allah sebuah Istana yang diperbuat daripada emas di syurga nanti. jasanya kepada Islam tidak ternilai. hidayah yang Allah berikan kepada beliau untuk memeluk agama yang dibawa oleh Rasulullah ini telah menjadikan Islam kuat dan berani, dan membolehkan Islam berkembang. kehebatan umat tiada taranya sehinggakan Iblis pun takut untuk mendekati beliau.






klik untuk tumbesaran yang lebih dahsyat.




Monday, February 24, 2014

sentap terus


bismillah ;


TANDAS 20SEN

==========


suatu hari ketika seorang warga emas masuk ke dalam sebuah tandas awam untuk membuang air, dia ditegur oleh seorang pemuda yang menjaga tandas tersebut.

"pakcik, kalau nak masuk tandas bayarlah dulu,
dua puluh sen..jer." sapa pemuda tersebut.

tiba-tiba bercucuran air mata warga emas tadi tersentak dgn teguran yang diterimanya....teguran yang membuatkan hatinya juga turut menangis.

ini membuatkan si pemuda yang menjaga tandas tadi jadi serba salah.

"errrmmmm, janganlah menangis pakcik, kalau pakcik tarak duit tak mengapalah, masuk je lah, tak payahlah menangis..." kata pemuda itu.

sambil mengesat air matanya, warga emas tadi berkata "nak...aku bukan menangis kerana tiada duit untuk masuk ke dlm tandas ini, tp krn aku terfikir jika tempat jijik seperti ini perlu dibayar, bagaimanakah pula dengan syurga Allah nanti ?"

"berapakah bayaran yang perlu aku sediakan untuk memasukinya?"

https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4007736007856&set=a.3286646301064.1073741825.1714887183&type=1



final destination.


Sunday, February 23, 2014

sundate with gegurls


bismillah,

rindu.


harini dikejutkan siti tru phone call pada pukul 7:48 a.m *jejoget. ahahah. aku dah kunci jam pukul 6:00 a.m tapi snooze. bak kata pepatah arab. "you snooze, you loose." kami plan nak keluar daripada rumah pada pukul 7:00 a.m tapi macam ni jadinya. wella, seriously bila aku sebagai perempuan sedang uzur, disiplin aku memang ke laut. sebab aku fikir aku tak boleh solat, aku tidur suka hati, tak kisah pukul berapa. and i feel like i lost myself, i miss the quran. sepatutnya disiplin tidur awal tu bukan hari boleh solat saja, badan juga perlu rehat yang cukup. cuba.  lagi satu, when i can't recite my favourite surah, aku suka hidangkan jiwa aku dengan lagu yang melekakan, sedar-sedar dari lamunan, jiwa aku kosong sangat. apapun, aku sentiasa cuba elak perkara macam tu... aku tak sepatutnya hidangkan jiwa dengan makanan yang leka.

:)

siti cakap' "takpa hang siap lekas kami tunggu"
baiknya kawan aku, bila tau aku belum breakfast, dorang bawak aku breakfast dulu sebelum dorang kembali ke klinik pakar kulit untuk tunggu turn, huhu.

o Allah, terima kasih pinjamkan aku orang baik-baik. hehe. 


leha : "aimi tu buat muka kesian dia ingat orang nak bagi makanan kat dia?, mai ambik sendiri la.!"

pic atas tu muka sebelum makan, pic bawah dah kenyang, takda beza kan. padanlah orang cakap aku takda perasaan. so leha, kata lagi kat aku. kan aku dah buat betul-betul. hihihi.

.picnic. .sundate. .heaven.


hey am not ready. 
.sundate. .ggl.

selekeh gila aku, entahla. kekadang aku rasa aku lawa, 
kekadang aku rasa aku tak lawa. ahahahah. 

huhu. aku cuma nak lawa di hadapan-Nya.



kawan yang baik tutttttttttttt. haha

.


kat sini aku nak share tips bahagia, ada kena mengena ker dengan tajuk entri? 


eh sukahatilah blog aku.

tips ni aku tersermpak kat FB sorang businesswoman. 

.

*jadilah diri kita sendiri 

motibasi iman 8 - sepuluh sebab hati tidak tenang (siri 1)
pada kesempatan kali ini kita akan membincangkan mengenai 10 sebab kenapa hati tidak tenang. Ini kerana, sedar atau tidak sebenarnya, ramai orang yang hilang ketenangan hatinya sekalipun duduk di rumah yang besar, berpangkat besar, kereta besar dan mempunyai isteri atau suami yang besar.

saya banyak bertemu dengan berbagai golongan, dari yang kaya hingga yang biasa. perkara yang sering ditanyakan ialah:-

"ustaz, hati saya rungsinglah, tak tahu sebab apa"

kadang-kala mereka meluahkan,

"saya ni semua ada, tapi tak tahu lah kenapa hati saya tak tenang, ustaz ada nasihat tak?"

ini ayat-ayat yang sering saya jumpa. InsyaAllah, kita akan membahaskan kenapa hati tidak tenang. semoga Allah memberikan saya dan pembaca sekelian ketenangan hati, satu perkara yang tidak dapat dibeli dari kedai sekalipun kita mempunyai jutaan wang.

ada 10 sebab kenapa hati tidak tenang.

sebab pertama

hati tidak tenang kerana seseorang itu merasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia lain.

bagaimana perkara ini boleh berlaku? perkara ini boleh berlaku apabila seseorang suka membesarkan keaiban dirinya kemudian membandingkan kebahagiannya dengan orang lain.

hari ini, Allah telah berikan berbagai nikmat padanya. tetapi dia merungsingkan jerawat yang timbul di mukanya. dia malu pada jerawat dimukanya. sedangkan jika dia mengeluh ia tidak merubah apa-apa. dia malu seolah-olah jerawat itu menghilangkan hidungnya, matanya., dagunya. dia besarkan keaiban yang ada pada dirinya. akhirnya hilang ketenangan pada diri. kemudian dia bandingkan pula dengan muka-muka artis yang ada pada majalah. ahh.. tertekan dengan jerawat.

hari ini, seseorang malu dengan umurnya telah lanjut, mukanya yang telah berkedut, rambutnya yang telah beruban, kakinya tak cantik, kukunya pecah. untuk apa kita malu dan besarkan perkara itu. kita usaha perbaiki tapi jangan rungsing dengan perkara itu. Ia hanya akan membuatkan kita hilang ketenangan.

hari ini dia kena berhenti kerja, dia malu jika orang lain tahu. sebab apa? sebab sebelum ini agak sombong dengan kedudukan yang ada. untuk apa malu, terima sahaja hakikat dan usaha semaksima mungkin. berhenti kerja tidak menyebabkan kita mati. masih banyak lagi usaha yang boleh dibuat.

hari ini kereta kena tarik, rumah nak kena lelong. kenapa malu? itukan harta kita. kita nak beli atau kita dah tak mampu nak bayar itukan hal kita. jangan rasa rendah diri. Allah beri kita rumah itu awal untuk rasa selesa sekejap. hari ini dia tarik untuk kita lebih hargai nikmat itu. nanti kalau beri lagi alhamdulillah, kita akan lebih bersyukur. jangan sebab rumah nak kena lelong hilang ketenangan diri.

hari ini kita mungkin berpisah dengan isteri, dengan suami, untuk apa malu? itukan telah berlalu. bina semula dan jangan rasa rendah diri terhadapa apa yang berlaku.

kenapa kita selalu rasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia? kerana kita membandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain.

jangan sekali-kali kita bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain. orang lain ada rumah besar, kita bandingkan rumah kita yang kecil. walaupun dia ada rumah yang besar, dia juga ada masalahnya sendiri. mungkin rumah sahaja besar, tetapi isterinya sering merungsingkannya, mungkin anaknya yang selalu tak balik, mungkin masalah kesihatannya yang teruk.

semua orang ada masalah, kesamaannya ialah masalah itu menghimpit hati, bezanya ialah bentuknya. jadi jangan kita rasa rendah diri pada keduniaan terhadap orang lain. orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang kita tidak tahu.

satu ketika, seorang sahabat telah dileteri oleh isterinya. dia sangat sedih dan ingin mengadukan perkara ini kepada Saidina Umar r.a. dia rasakan Umar selaku pemimpin negara sudah tentu dapat menyelesaikan masaalahnya.

kenapa sahabat ini sedih, kerana dia cuba membayangkan dan membandingkan keadaannya dengan Saidina Umar.

ketika sampai di rumah Saidina Umar, dia mendengar dari luar rumah, Saidina Umar sedang dileteri oleh isterinya.

cepat-cepat dia berpaling dan meninggalkan rumah Saidina Umar. ketika itu Saidina Umar nampak dan menegurnya dan Umar menasihatinya mengenai rumah tangga.

cuba lihat, ketika kita membanding kebahagaian kita dengan orang lain, maka kita akan membesarkan keaiban diri kita, kita akan menjadi malu, kita akan tertekan, kita rasakan orang lain cukup bahagia.

sedangkan orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang mungkin lebih menekan hidupnya. kalau bukan sama seperti kita, pasti dalam ruangan yang lain.

oleh itu, hati tidak tenang apabila kita membesarkan aib diri kita dan bandingkan dengan orang lain.

kita perlu perbaiki keadaan diri kita tetapi jangan sampai ia membuatkan hati kita hilang tenang.

ketenangan inilah kebahagiaan. saya, anda dan semua orang mahukan ketenangan ini, tetapi tidak semua orang berjaya mendapatkannya.

kerana apa? kerana sebab yang pertama, selalu mengukur kebahagiaan diri dengan orang lain.

jadi, terimalah hakikat diri kita sebaiknya, baiki keadaan, terima kekurangan diri, jangan berpura-pura pada orang lain, jangan bandingkan kebahagaian dengan orang lain dan nanti anda akan keluar dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan.

tarik nafas panjang-panjang hari ini, doa agar Allah beri kita kekuatan untuk menerima hakikat diri dan beri jalan keluar pada permasalaan kita. mudah-mudahan Allah yang empunya ketenangan, akan menitiskan ketenangan ke dalam hati-hati kita.


....................................



23022014

:)



Wednesday, February 19, 2014

a-dha skin care


bismillah ;

ingin wajah mulus, cantik tanpa pakai bedak? a-dha skin care menawarkan perawatan wajah secara semulajadi.

a-dha beauty care merupakan produk farmasi yang telah lulus uji di Lab UI dan Lab Sucofindo dan dinyatakan aman dan tidak berbahaya. sudah dipatenkan di HAKI (Hak Kekayaan Intelektual) dan saat ini sedang dalam proses sertifikasi kosmetik aman dari Depkes, sertifikasi halal dari LPOM MUI.


a-dha pink
untuk ( usia 20 tahun ke atas )

RM110 semenanjung
 RM120 sabah / sarawak
1 krim siang
1 krim malam 
1 sabun wajah
1 serum vit



 a-dha hijau
untuk ( usia 40 tahun ke atas )

RM110 semenanjung
 RM120 sabah / sarawak 
1 krim siang
1 krim malam
1 sabun wajah
1 serum vit


''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


hal-hal yang perlu diperhatikan :
usaplah wajah dengan lembut saat menyapu cream, jangan digosok-gosok pada saat mencuci wajah dengan sabun. selama awal perawatan tidak diperbolehkan memakai kosmetik seperti bedak tabur / compact powder. hindari wajah dari terdedah kepada matahari terlalu lama. tidak berenang selama awal perawatan.
pada masa adaptasi (1 minggu) jika kulit memerah dan terasa gatal adalah normal kerana kulit wajah sedang mengalami pengangkatan sel kulit mati. kulit sensitif, gunakan sabun terlebih dahulu selama 3 hari untuk membersihkan. selanjutnya, gunakan cream siang selama 1 minggu. setelah itu, boleh gunakan keseluruhan produk mengikut aturan. kulit berjerawat, bersihkan wajah dengan sabun lebih sering.

1 paket cream a-dha algae herbal tahan sebulan tapi bergantung pada pemakainnya, jika boros 3 minggu saja boleh habis, hehe.

serum berfungsi memudahkan regenerasi kulit.

:)


.................................


reaksi yang mungkin timbul
gatal, kulit agak merah, dan terasa kering (reaksi normal) kerena saat itu kulit sedang proses penggantian dari sel kulit yang lama dengan sel kulit yang baru. kulit mengelupas, ini merupakan penggantian sel kulit yang lama (mati). pengelupasan ini disebut pengikisan, karena prosesnya tidak segera dan memerlukan waktu yang agak lama (sampai 1 bulan). yang pernah perawatan di klinik kecantikan yang mahal pasti mengerti fasa ini. muncul jerawat, merupakan proses toksifikasi atau pengangkatan racun yang terdapat pada jaringan kulit disebabkan oleh pemakaian kosmetik, polusi atau pun zat-zat kimia lainnya yang sudah mengendap lama di dalam jaringan kulit. ;)

efek terhadap matahari
untuk awal perawatan, tidak dibolehkan terkena sinar matahari terlalu lama. jika pekerjaan menuntut untuk di lapangan, disarankan memakai topi dengan pelindung yang besar (topi golf), sehingga wajah terlindung, karena saat itu kulit wajah kita sedang tipis dan sensitif diakibatkan penggantian sel kulit lama dengan yang baru. namun jika masa perawatan telah selesai, aman-aman saja jika terkena matahari lebih lama. tetapi kalau bisa tentu saja dihindari.










persis Fathia Latiff. :)



...............................................


sabun :
sabun a-dha berguna sebagai peneutral wajah dari pemakaian make up sebelumnya dan sesuai juga untuk mengurangi timbulnya jerawat, mengangkat kotoran pada wajah sehingga wajah lebih bersih dan cerah, tidak membuat kulit kering dan mencegah timbulnya jerawat dan sesuai untuk semua jenis kulit.





serum vitamin c & e + collagen :
merupakan serum perawatan kulit yang berguna memperlambatkan proses penuaan dini dan menyamarkan kedutan atau lebam di bawah mata..

kandungan:
azelaic acid, bete hidroxyacid, corbomer, aqua D,M, sodium metabisulphite, ethoxydiglicol, disodium EDTA, methylidbromo, glutaronitril, phenoxyethanol, octaxynol-11, polysorbate 20, hyaluronat sodim, vitamin c, d-phantenol.

cara pmakaian :
titiskan 2-3 titis cerum pada telapak tangan, kemudian usapkan pada kulit wajah yang berjerawat. untuk pencegahan jerawat, serum dapat digunakan pada seluruh wajah.


boleh ke vitamin c serum ni mencerahkan kulit muka?
dengan adanya fungsi whitening/lightening effect yang diperoleh dari kolagen, sememangnya vitamin c serum sangat membantu.

betul ke vitamin c serum boleh merawat masalah yang terdapat pada kulit muka?
sedia maklum vitamin c serum berupaya untuk merawat kulit muka yang bermasalah, kulit kusam dan tidak sekata agar wajah menjadi tampak lebih putih dan sekata.
selain itu, vitamin c serum juga mempunyai bahan anti oksidan ataupun anti-aging yg boleh mencegah radikal bebas seperti debu, asap serta melambatkan proses penuaan pada kulit. this serum also can reduce eye bags.

kalau nak nampak awet muda sentiasa, dapatkan serum vitamin c ni dan pakaiiii selalu, penggunaannya haruslah teratur. jangan kejap pakai, kejap tak… hihi


........................................................................


kandungan krim siang / malam :

malaleuca alternifolia
berfungsi sebagai bahan aktif untuk pengelupasan kulit secara semulajadi. berfungsi sebagai agen anti bakteria dan acne. untuk mengelakkan jerawat yang di sebabkan oleh bahan comedogenic. mengeringkan jerawat dan menghilangkannya dari wajah. bekerja sebagai antibiotik yang sebenar. mampu membunuh banyak bakteria dan virus.

hammamelis virginiana
berfungsi sebagai anti oksidan yang sebenar. memiliki kesan menenangkan anti iritasidan anti inflamasi, dan mengurangkan luka bakar yang dirasakan atau kemerahan yang di sebabkan oleh exfoliating kesan / pengelupasan.untuk radang kulit dan mencegah infeksi. membantu mengencangkan pembuluh yang lebar dan mengembalikannya ke struktur normal. meredakan ketegangan mata, menghapuskan kerutan /eye back/ garis halus di sekitar mata

ganoderma lucidum
sejenis keluarga cendawan, sering disebut sebagai "raja cendawan" (cendawan lingzhi) sudah dikenal ribuan tahun lalu sebagai nutrisi terbaik untuk memperbaharui sel-sel di dalam tubuh dan boleh mencegah penuaan




crystal clear~~


kandungan bahan utama :
mineral oil : pelembab semulajadi yang membantu melembutkan dan melenturkan kulit, juga sebagai zat yang membuat kulit fresh sepanjang hari.


ini penting :
saat ini cream a-dha algae herbal yang asli masih dalam tahap pendaftaran BPOM, reseller kami dapat menunjukkan SCAN Sertifikat Aman Sucofindo. ragukan apabila ada yang mempunyai produk sejenis dengan menyertakan BPOM. hati-hati dengan produk palsu yang sudah banyak beredar.
silakan minta info sejelas-jelasnya sebelum membeli produk kami.



terus order kat aimi

sms / whatsApp

012-4033922

:)






Friday, February 14, 2014

tips : teguh iman qiyamullail


bismillah ;

kenapa kita dianjurkan bangun malam?

persoalan ini akan terjawab jua~~
jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri~~

qiyamul-lail merupakan media seorang muslim dengan RabbNya. dia akan merasakan manisnya berdoa, beristigfar, memuji dan bermunajat kepada sang penciptanya. dengan demikian, ia akan mendapatkan kemudahan dari Allah dalam setiap aspek kehidupannya, baik pribadi, keluarganya, masyarakat maupun negara. begitu juga dalam aspek dakwah, pendidikan, ekonomi, sosial, budaya, dan politik.

orang yang istiqomah mengerjakan qiyamul-lail pasti dicintai dan dekat dengan Allah Subhanahu Ta'ala. dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam ahmad bin Hambal Rasulullah bersabda: " Lazimkan dirimu solat malam, karena solat malam adalah tradisi orang orang solih sebelummu dan dapat mendekatkan diri kepada Allah, menghapus dosa dan menolak penyakit dan mencegah dari dosa".

dari sini dapat kita fahami, bahawa qiyamul-lail, selain dapat mendekatkan diri kepada Allah, juga dapat mencegah kita dari segala penyakit dan mencegah kita dari melakukan dosa. seseorang yang ingin mulia disisi Allah dan disisi manusia hendaknya ia membiasakan qiyamul-lail. tapi hal ini tidaklah mudah dilakukan. tidak semudah apa yang kita bayangkan. kita harus melewati tips tips yang harus kita jalani.

diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu yang berkata, “sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda, ‘Allah Subhanallahu wa Ta’ala akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman, ‘barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan menerima permintaannya dan siapa yang meminta keampunan dari-Ku maka Aku akan mengampuninya’.” (Diriwayatkan Bukhari)

anggun wajahnya,,, mashaAllah...

dalam tafsirnya, Al-Qurthubi menukil perkataan Ibn Abbas mengenai ayat di atas: "iaitu kerana qiyamull lail"

Hasan Al-Basri r.h. pernah ditanya : "kenapa orang yang bertahajjud pada malam hari adalah orang yang paling elok wajahnya?" dia menjawab : "ini kerana mereka menyendiri dengan Allah yang Maha Pemurah di malam yang gelap sehingga Dia memakaikan sebahagian dari cahaya-Nya pada mereka." 


--------------------


Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda:

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الرَّبُّ مِنْ الْعَبْدِ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ الآخِرِ فَإِنْ اسْتَطَعْتَ

أَنْ تَكُونَ مِمَّنْ يَذْكُرُ اللَّهَ فِي تِلْكَ السَّاعَةِ فَكُنْ.

Maksudnya:
saat yang paling dekat di antara Allah dan hamba-Nya adalah pada tengah malam terakhir, apabila kamu boleh menjadi sebahagian daripada mereka yang mengingati Allah pada saat itu maka lakukanlah. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Da’waat, no: 3503.



" katakanlah lagi (kepadanya): "adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"
Al-Zumar (ayat 9)


tips agar mudah qiyamul-lail
dibawah ini adalah tips tips yang harus kita lakukan supaya bisa bangun malam. diantaranya;

--------------------

amalkan surah Ali-Imran ayat 190-194
khasiat (teguh iman qiyamullail)
source.

--------------------

1. tidak banyak makan
sebagian ulama berkata kepada murid muridnya, " wahai murid murid! janganlah kalian memperbanyak makan, karna banyak makan akan menyebabkan banyak minum, banyak minum akan menyebabkan kantuk dan banyak tidur. banyak tidur akan menimbulkan kerugian".

2. tidak melakukan pekerjaan berat disiang hari
Aktifitas padat akan menyebabkan badan menjadi lesu dan lemah. dengan kondisi tubuh yang lemah, kita akan tidur dengan pulas, sehingga akan sulit bangun dan melakukan qiyamul-lail

3. tidur qoilulah
tidur qoilulah adalah tidur sebentar disiang hari, biasanya dilakukan sebelum matahari bergeser kearah barat dari titik istiwa'. orang yang melakukan tidur qoilulah kondisi tubuhnya akan lebih siap untuk melakukan ibadah di malam hari.

4. menjaga hati
Rasulullah bersabda: "ketahuilah, bahwa didalam tubuh ada segumpal daging. Apabila segumpal daging itu baik, maka baik pula seluruh anggota tubuhnya. apabila buruk, maka buruk pula seluruh anggota tubuhnya. ketahuilah, bahwa segumpal daging itu adalah hati".

menjaga hati agar tidak melakukan dosa dan kesalahan harus kita upayakan. karena perbuatan dosa menjadikan hati tidak baik. yang mengakibatkan tubuh kita enggan melakukan ibadah atau kebaikan. kalau kita sudah terlanjur melakukan dosa dan kesalahan maka kewajiban kita adalah bertobat dan berusaha tidak mengulangi kesalahan yang pernah ia perbuat. sebab, satu dosa kecil saja terkadang membuat seseorang tidak bisa melakukan suatu kebaikan selama berbulan bulan atau bahkan tidak melakukan kebaikan sama sekali. Sufyan Ats-Tsauri berkata: "Selama lima bulan, saya mengalami masa masa sulit. saya tidak bisa melakukan qiyamul lail  sebab satu dnsa yang saya lakukan".

5. mengetahui keutamaan qiyamullail
qiyamullail memiliki fadhilah yang sangat banyak, baik tinjauan agama maupun tinjauna medis. Dari tinjauna agama,  orang yang biasa melakukan sholat tahajjud dijanjikan tempat dan kedudukan yang mulia. orang yang biasa mengerjakan qiyamul lail, esok harinya wajahnya akan berseri seri. sedangkan dari tinjauan medis, qiyamul lail dapat membebaskan dari segala penyakit.

6. membaca sejarah orang-orang yang senantiasa menjaga qiyamullail agar lebih termotivasi.


-------------


dalil disyariatkan solat tahajjud ini adalah sebagaimana firman Allah subhanahu wa Ta’ala:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

maksudnya:
dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. - al-Israa’ (17) : 79



------------------

tips kuat mental untuk tahajjud

antara ayat wanita salafus soleh :

- "wahai mata, aku hairan engkau ingin tidur sedangkan kau akan tidur selamanya nanti."

- "mengapakah kamu memejamkan mata sedangkan Allah sentiasa berjaga?"

- generasi salafus soleh tak terima tetamu malam kerana tahajjud.


------------------


tip 26
mengetahui betapa sedikit dan asing orang yang mengerjakan solat tahajjud... 

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda yang bermaksud:

“islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” 
[hadith Muslim no. 145]

pada hari ini, syiar solat tahajjud (qiyamullail) menjadi asing di kalangan kaum muslimin. kita berada di zaman langkanya orang yang memerhatikan syiar ini. orang yang menghidupkan syiar ini dalam diri, keluarga dan jiran tetangganya sangat sedikit. apabila syiar ini hampir lenyap dan dilupakan. berbeza dengan rumah generasi salafus soleh yang mulia. qiyamullail menjadi tanda bagi rumah mereka. bahkan, dari rumah mereka selalu terdengar suara al-quran, tasbih dan istighfar, seperti suara dengung lebah. sungguh, sangat jauh perbezaan antara generasi salaf dan generasi khalaf.

dari Abu Muslim, dia berkata : "aku bertanya kepada Abu Dzar r.a., 'qiyamullail manakah paling utama?' Abu Dzar menjawab, 'aku pernah bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w sebagaimana kamu bertanyakannya keepadaku. Baginda menjawab, 'pada satu pertiga malam yang gelap atau pada tengah malam ketika kurang orang melakukannya.'"

ulama kita terdahulu yang mulia mnjelaskan kepada kita keterasingan syiar ini di kalangan generasi akhir agar menjadi motivasi bagi kita untuk menjaga dan bersungguh-sungguh melaksanakannya.

Ibnu Umar r.aa mengatakan : "ibadah yang paling pertama berkurang adalah solat tahajjud pada waktu malam dan menguatkan bacaan al-quran ketika itu."

Abu al-Ahwas r.h. berkata : "apabila ada seseorang (pada masa tabi'in) mengetuk pintu rumah kerabatnya pada malam hari, dia tentu akan mendengar suara berdengung seperti dengungan lebah (kerana solat tahajjud yang merka kerjakan). lalu, mengapa orang-orang yang tidak mahu mengerjakan qiyamullail rasa aman, padahal mereka yang mengerjakan qiyamullail saja selalu rasa takut?"

Fudhail bin Iyadh r.h. berkata : "aku pernah bertemu dengan beberapa orang. mereka berasa malu kepada Allah jika  pada waktu malam tidur panjang. mereka  tidur di  atas pinggangnya. apabila terjaga dari tidurnya, mereka berkata, 'ini bukan bahagianmu. bangunlah dan ambillah bahagianmu di akhirat.'"

saudaraku! manakah orang-orang yang kuat menghidupkan malam? manakah orang-orang yang sama dengan Ibrahim bin Adham dan Fudhail bin Iyadh? meskipun kematian telah mengakhiri mereka, namun pujian telah menyebarkan nama baik mereka. betapa jauh jarak bumi dari bintang di langit. demi Allah, kamu bukan bahagian mereka dan tidak mengetahui siapa mereka. para pahlawan telah  pergi dan yang tertinggal adalah para penganggur. orang-orang yang berjiwa besar telah berlalu, sedangkan oran-orang yang tertinggal adalah orang-orang seperti bangkai.

Ashim berkata : "aku pernah bertemu sekelompok orang. merekamenjadikan malam kemudahan untuk mendekatkan diri kepada Allah."

Abu Hazim Al-A'raj r.h. mengatakan : "sungguh menyedihkan zaman ini. orang-orang soleh susah dicari. mereka bagaikan butiran sesudah dituai."

dari Hasan bin Soleh Hayi r.h. bahawa dia mejual hamba perempuannya. ketika si hamba itu telah berpindah ke  rumah orang yang membelinya, dia bangun pada satu pertiga malam untuk mengerjakan solat, dia membangunkan penghuni rumah itu untuk mengerjakan solat malam dan berkata kepada mereka : "solat! solat!" mereka pun bertanya : "apakah telah terbit fajar?" si hamba bertanya lagi : "belum! apakah kamu hanya mengerjakan solat wajib?" "ya, kami hanya mengerjakan solat wajib," jawab mereka. hamba perempuan itu kemudian kembali kepada Hasan dan berkata kepadanya : "wahai tuanku! engkau telah menjualku kepada orang-orang jahat. mereka tidak mengerjakan solat malam. kembalikanlah diriku kepadamu." mereka pun mengembalikan hamba tersebut kepada Hasan."

menarik di sini :

fadhilat solat tahajjud (2)
tips istiqamah qiyamullail



111 tips, dan buku ini sangat membantu. emotionally.

astaghfirullah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...