CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 4, 2010

Banjir di Kedah makin buruk, Perlis tambah baik.

Tak balik kot. Dari Aidilfitri lagi. Lesen dah booking. Dah berapa lama postpone lesen ? Mase daftar, tengah kerja, bila dah berhenti keja, demam campak pulak, baik je demam campak, dah sambung belajar. Sekarang dah booking, terperangkap di sebuah pulau. Pulau Polimas. Dugaan sungguh lesen ni. hahaha.


SEBUAH taman di Jalan Tan Sri Osman Aroff, Jitra, Kedah ditenggelami air sedalam 4 hingga 5 kaki, semalam


ALOR SETAR 4 Nov. - Banjir yang melanda negeri ini tidak menampakkan tanda-tanda akan pulih malah jumlah mangsa yang dipindahkan kini meningkat kepada 28,569 orang berbanding 25,000 semalam.
Keadaan banjir menjadi semakin buruk di daerah Kota Setar apabila air mula melimpah memasuki kawasan bandar dan taman-taman perumahan yang sebelum ini tidak pernah dilanda bencana alam itu.
Jumlah penduduk yang dipindahkan di daerah berkenaan melonjak kepada 8,184 orang berbanding 1,788 semalam.
Jurucakap Bilik Gerakan Majlis Keselamatan Negara (MKN) berkata, sebanyak 105 pusat penempatan mangsa banjir dibuka dengan Kubang Pasu sebanyak 46 pusat, Padang Terap (35), Kota Setar (15), Pokok Sena (lapan) dan Pendang (satu).
Jumlah mangsa banjir yang dipindahkan turut menunjukkan peningkatan di daerah Kubang Pasu iaitu seramai 15,648 orang dan Pokok Sena (1,824) berbanding hanya 1,259 orang, semalam.
Sementara itu di Pendang, seramai 176 penduduk dipindahkan manakala di Padang Terap banjir mula surut dan hanya 2,737 orang masih berada di pusat pemindahan berbanding 3,105 orang, semalam.
Banjir juga meragut dua lagi nyawa apabila dua kanak-kanak, Nur Irshah Rosli, 9, dan rakannya Awwad Hakimi Rudaini, 7, dikhuatiri lemas setelah terjatuh ke dalam tali air di Tanjung Bendahara di sini.

Ia menjadikan jumlah kehilangan nyawa setakat ini tujuh orang termasuk seorang remaja di Perlis yang masih belum ditemui sejak semalam.
Beberapa jalan utama masih ditutup kepada lalu lintas antaranya Jalan Alor Setar-Kangar, Lebuhraya Sultanah Bahiyah, Jalan Kuala Sungai-Sungai Baru, Jalan Alor Setar-Kepala Batas, Jalan Hutan Kampung-Kepala Batas dan Jalan Pantai Johor-Gunung Keriang.
DI PERLIS, keadaan banjir di bahagian utara negeri itu mula pulih namun air dijangka melimpah ke bahagian selatan khususnya di Kuala Perlis.

Menteri Besar, Datuk Seri Dr. Md. Isa Sabu berkata, jumlah mangsa yang ditempatkan di 46 pusat pemulihan juga semakin berkurangan iaitu seramai 13,773 orang setakat pukul 2 petang ini yang melibatkan 2,524 keluarga berbanding 14,140 orang di 51 pusat pemindahan banjir malam tadi.
"Sebanyak sembilan pusat pemindahan banjir telah ditutup melibatkan tujuh di Padang Besar dan masing-masing sebuah pusat pemindahan di Arau dan Kangar," katanya.
Dalam pada itu, beliau mengakui kerajaan negeri hampir mengisytiharkan darurat di Perlis memandangkan banjir kali ini lebih besar berbanding kejadian pada 2005.

Beliau menegaskan, mangsa banjir di negeri itu pada masa ini amat memerlukan bantuan makanan terutama susu bayi berbanding bantuan kewangan.

"Bekalan makanan berkurangan kerana pembekal makanan amat terhad lebih-lebih lagi pemilik kedai runcit menutup operasi mereka," katanya.
DI KELANTAN, paras air Sungai Golok surut kepada 9.75 meter petang ini berikutan cuaca baik dan cerah sejak dua hari lalu berbanding 10.10 meter petang semalam.
Jurucakap Bilik Gerakan Banjir Pasir Mas memberitahu, buat masa ini hanya tinggal 23 orang daripada tiga keluarga yang masih ditempatkan di pusat pemindahan sementara di Sekolah Kebangsaan (SK) Gual Tok Deh.
Pusat pemindahan sementara di Stesen Keretapi Lama Rantau Panjang dan Sekolah Kebangsaan Gual Tinggi ditutup pada pukul 2 petang ini.
DI TERENGGANU, Bilik Gerakan MKN memaklumkan tiada sebarang laporan banjir diterima di kesemua daerah di negeri ini ekoran cuaca baik sejak beberapa hari lalu.

Bagaimanapun sembilan mangsa daripada lima keluarga yang terdedah ancaman ombak besar di kawasan Kampung Pantai, Kuala Besut, Besut masih ditempatkan di pusat pemindahan Balai Raya Kampung Pantai sejak Isnin lalu.
http://www.utusan.com.my/

0 Orang Terkentut:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...