CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, February 11, 2013

Indeed.




Subhan'Allah .... No Doubt

Fa inna ma'al 'usri yusroo.
Inna ma'al 'usri yusroo.

94:5
94:6


Indeed, with hardship will be ease. 
For indeed, with hardship will be easee.



=')

Friday, February 8, 2013

Malaikat turun berbondong-bondong

bismillah



Di zaman Rasululullah s.a.w ada seorang sahabat yang bernama Usaid. Kelebihan Usaid ialah mempunyai suara yang merdu terutamanya sewaktu dia mengalunkan ayat-ayat suci Al-Quran. Kebiasaannya dia akan membaca Al-Quran di waktu malam, iaitu sebelum dia melelapkan mata. Pada suatu malam Usaid seperti biasa mengalunkan suara merdunya membaca ayat-ayat suci Al-Quran. Cuma pada malam itu bacaanya agak berbeza dari malam-malam sebelumnya. Ia sungguh merdu dan menyayukan sesiapa sahaja yang mendengarnya. Sedang dia khusyuk membaca tiba-tiba telinganya menangkap bunyi bising di luar rumahnya.bunyi jeritan kuda peliharaannya benar-benar membingitkan telinga. Namun dia masih tidak memperdulikan suara yg bingit itu dan masih meneruskan bacaannya.

Semakin lama suara jeritan kudanya itu semakin kuat. Usaid mula bimbang,hatinya tertanya-tanya apakah penyebab kudanya itu membuat bising. Namun Usaid masih tidak berhenti-henti membaca Al-Quran sehinggalah bunyi bising itu menjadi tidak terkawal, Usaid menjenguk ke luar tingkap rumahnya dengan perasaan gelisah dan ingin tahu tetapi dia tidak nampak apa-apa yang mencurigakannya. Matanya tiba-tiba mendongak ke langit...dia terkejut melihat di langit seakan-akan awan putih yang bercahaya seolah-olah cahaya lampu berkelipan terang,bergerak untuk turun ke bumi. Seumur hidupnya dia tidak pernah melihat cahaya putih terang seperti itu yang bergerak-gerak.kini Usaid menemukan sebab mengapa kudanya berterusan membuat bising di luar rumah.perasaan Usaid menjadi sangat takut,dan dia tidak jadi meneruskan bacaan Al-Qurannya,malah terus masuk tidur.

Keesokkannya Usaid pergi menemui Rasulullah s.a.w dan menceritakan kejadian yang dialaminya malam tadi. Rasulullah s.a.w tersenyum dan menjawab "wahai Usaid,itulah para malaikat.mereka turun kerana mendengar suara bacaanmu yang sungguh merdu. Sekiranya engkau meneruskan bacaanmu hingga ke subuh, nescaya orang lain juga akan dapat melihat para malaikat tersebut". 



Wednesday, February 6, 2013

y so pale


Oh Allah , forgive me for not take good care of my body.

I’m shoo tireddd.




Lailahailla anta subhanaka inni kuntu minazzalimin.

='(






Juga.

Ampuni aku yang masih lalai terhadap waktu dan amanah.







smileee. smile.

.business .FinalProject .QuantitySurveying

.hectic .life .student

.Spektrum .DUB

.but .get
















=')

Tuesday, January 29, 2013

Hai orang-orang yang merindu...

Orang-orang yang merindu, namun tetap menjaga kehormatan perasaannya, takut sekali berbuat dosa, memilih senyap, terus memperbaiki diri hingga waktu memberikan kabar baik, boleh jadi doa-doanya menguntai tangga yang indah hingga ke langit. Kalaupun tidak dengan yang dirindukan, boleh jadi diganti yang lebih baik. 



:)

Saturday, January 12, 2013

Surah Kekayaan



Fa ash-haabul maimanati maa ash-haabul maimanah.. 
(Sungguh mulianya golongan kanan itu) Al-Waqiah ..

Wa ash hababul masy -amati maa ash haabul masy-amah .. 
(Alangkah sengsaranya golongan kiri itu) Al-Waqiah..

Al-Waqiah, Surah yang ke-56
Di dalam Quran, surah al-Waqiah berada pada kedudukan ke-56 iaitu selepas surah ar-Rahman. Namun asbabun nuzul menjelaskan, surah al-Waqiah diturunkan selepas surah Taha. Ia dinamakan surah al-Waqiah yang bermaksud ‘hari kiamat’ kerana di dalamnya banyak menceritakan perihal kiamat.
Kandungan utama surah al-Waqiah adalah penjelasan berkenaan terjadinya hari kiamat, gambaran syurga dan neraka, serta perihal orang yang banyak melakukan kezaliman dan keingkaran. Tidak ketinggalan juga ia mengandungi maklumat mengenai orang yang beriman. Dalam penjelasannya yang lebih terperinci, ia menerangkan manusia terbahagi kepada tiga golongan pada hari akhirat iaitu:
  • Golongan yang segera melakukan kebaikan.
  • Golongan kanan iaitu orang yang beriman.
  • Golongan kiri iaitu orang yang mengingkari Tuhan.
Surah al-Waqiah menjelaskan, golongan orang yang segera melakukan kebaikan adalah golongan para nabi yang selalu bersegera mengamalkan ibadah kepada Allah dengan penuh tawaduk.
Golongan kanan pula adalah orang yang soleh iaitu mereka yang bertindak sesuai dengan tuntutan Quran. Ahli tafsir Quran menggambarkan golongan kanan sebagai ashabul yamin atau ashabul mujahadah iaitu orang yang berjihad, orang yang mahu berjuang dan sabar dalam menanggung penderitaan.
Golongan kanan memperoleh kemenangan walaupun mereka ditimpa pelbagai ujian dan kegelisahan. Mereka menyedari kehidupan ini adalah ujian dan ia penuh dengan penderitaan. Kelak, mereka pasti mendapat balasan kebaikan daripada Allah. Mereka melalui semua ujian dengan penuh kerelaan dan keikhlasan seperti Nabi Muhammad yang sering menerima ujian, namun beliau tetap ikhlas dan sabar.
Golongan kiri adalah orang yang mendustakan ayat-ayat Quran. Dengan demikian, mereka adalah orang yang sesat. Mereka mengingkari kebenaran yang datang daripada Allah dan mendustakan agama tauhid. Mereka termasuk dalam golongan orang yang sesat. Mereka mengingkari apa yang sebenarnya dipandang benar oleh hatinya hingga segala kebaikan terasa seperti duri yang menyeksa diri. Inilah manusia sesat yang mendapat balasan neraka pada hari kiamat kelak.

---------


Sabda Rasulullah s.a.w.: 
“Sesiapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap hari, ia tidak akan ditimpa kefakiran.”

Sabda Rasulullah s.a.w. : 
“Siapa membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam, dia tidak akan ditimpa kesusahan atau kemiskinan selama-lamanya. (Diriwayatkan oleh Baihaqi dari Ibnu Mas’ud r.a.)

Sabda Rasulullah s.a.w. :
 “Ajarkanlah surah Al-Waqi’ah kepada isteri-isterimu. Kerana sesungguhnya ia adalah surah Kekayaan.” (Hadis riwayat Ibnu Ady)

Sabda Rasulullah s.a.w. : 
“Barang siapa yang membaca surah Al-Waqi’ah setiap malam maka dia tidak akan tertimpa kefakiran dan kemiskinan selamanya. Dan surah Al-Waqi’ah adalah surah kekayaan, maka bacalah ia dan ajarkan kepada anak-anakmu semua.”

--------------------------------------------------------------------------------------------

Menurut fatwa sebahagian Ulama’ katanya: “Barangsiapa membaca surah Al-Waqi’ah pada setiap hari dan malam dalam satu majlis sebanyak 40 kali, selama 40 hari pula, maka Allah akan memudahkan rezekinya dengan tanpa kesukaran dan mengalir terus dari pelbagai penjuru serta berkah pula.”



-





  • Bila di baca 14 kali setiap selesai solat Asar, maka orang yang membacanya itu akan memperoleh kekayaan yang berlimpah ruah.

    Amalan orang-orang sufi, supaya dilimpahkan rezeki. Hendaklah berpuasa selama seminggu bermula pada hari Jumaat. Setiap selepas solat fardhu bacalah Surah Al-Waqi’ah ini sebanyak 25 kali sehinggalah sampai pada malam Jumaat berikutnya; pada malam Jumaat berikutnya itu, selepas solat Maghrib bacalah surah ini sebanyak 25 kali, selepas solat Isya’ bacalah surah ini sebanyak 125 kali diikuti dengan selawat keatas Nabi sebanyak 1000 kali. Setelah selesai, hendaklah ia memperbanyakkan sedekah. Kemudian amalkanlah surah ini sekali pada waktu pagi dan petang. Insya’Allah berhasil.

    Surah ini jika dibaca disisi mayat atau orang yang sedang nazak, insyaAllah di permudahkan untuk roh keluar dari jasadnya. Jika dibaca disisi orang sakit, diringankan kesakitannya. Jika di tulis, kemudian dipakaikan kepada orang yang hendak bersalin, InsyaAllah segera melahirkan dengan mudah. Boleh juga dibaca disisi orang yang hendak bersalin sebagai selusuh.



 Berkata Masruq: “Siapa ingin mengetahui cerita orang-orang terdahulu dan orang-orang terkemudian, serta cerita ahli surga dan ahli neraka, penduduk dunia dan akhirat, maka bacalah surat Al-Waqi’ah”. (Tafsir Jamal, Juz IV halaman 269)

Imam Ja’far ra. berkata: “Barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi ketika keluar dari rumahnya untuk bekerja, atau untuk mencari keperluan. Maka Allah Ta’ala mempermudah rezekinya dan mendatangkan hajatnya. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah pada waktu pagi dan petang, maka ia tidak akan kelaparan atau kehausan, dan tidak akan takut terhadap orang yang akan memfitnah, sedangkan fitnahannya kembali pada orang itu”. (Khazinatul Asrar Kubra, hal. 360)

 Disebutkan dalam Khawashul Qur’an, siapa yang membaca surat Al-Waqi’ah sebanyak 41 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Dan barangsiapa membaca surat Al-Waqi’ah sesudah sholat Asar sebanyak 14 kali dalam satu majlis, maka didatangkan hajatnya, terutama urusan rezeki. Aturan tersebut adalah mujarab. Jika menginginkan datangnya rezeki dari Allah dengan tak terkira-kira datangnya, maka bbacalah surat Al-Waqi’ah selama 40 hari berturut-turut jangan terputus, dan setiap harinya dibaca 40 kali.

Dengan mewiridkan surat Al-Waqi’ah sebagai bacaan rutin setiap hari dan malam, maka Allah menjauhkan kefakiran selamanya. Sa’d Al Mufti mengatakan, bahwa hadist ini shahih.

 Rasulullah bersabda:
Man qara’a suratal-Waqi’ati lam yaftaqir abada.

Ertinya:
“Barangsiapa (membiasakan) membaca surat Al-Waqi’ah,
 maka ia tidak akan kefakiran selamanya.”


Sunday, December 23, 2012

I love you for the sake of Allah because...

bismillah.

Bila seseorang pos dekat wall saya atau sesiapa pun yang datang khabarkan yang dia suka baca blog saya, automatik blushing, malu, tersipu-sipu, 
terkupu-kupu.



Tolong. 

Minta tolong.
Kalau suka, pls. Just keep it to yourself. 
Tak perlu beritahu saya, baca senyap-senyap. Hehe.



What a great day! ;)
Thankiu Wan.
#since 2006

Akan ada persamaan pada kami. Sesuatu yang tak diingini berlaku padanya, dan pada masa yang sama, terjadi pada saya juga. Begitu juga sebaliknya, khabar gembira menyapa Wan, khabar gembira juga datang menyapa saya pada waktu yang sama. Hairannya dari zaman sekolah lagi. Mungkin cuma persamaan? Dan persamaan itulah yang buatkan kami lebih serasi semakin bersahabat. :)
Pasti ada sebab kenapa kita bertemu kan...


The day that Mufti Ismail Menk came to TTDI Masjid Taqwa, KL, I'm sho sad that I can't be there. I'm just waiting for trending on Twitter. He says on topic "Shade of the Day of Judgement."


"Give each other a lift towards Jannah by loving on another for the sake of Allah." #MuftiMenk #TTDI



Wan Asma Atikah binti Wan Kamaruddin, 
I love you for the sake of Allah because I wanna meet you again.
#There 

Allahumma Ameen

;)



Sunday, December 9, 2012

Aku hanya ingin menulis


Aku hanya ingin menulis

Tentang apa saja

Tentang aku, keluargaku, dia yang itu-itu saja

Atau tentang perjalanan, tentang pelajaran yang tadi baru aku fahami

Atau tentang hal-hal 'random' yang baru terlintas di kepala

Aku hanya ingin menulis

Apapun bentuknya seperti apa

Apakah puisi, cerita pendek atau hanya satu kalimat

Boleh juga novel atau esei ilmiah yang berat sekali pun

Aku hanya ingin menulis

Siapapun yang membaca

Boleh saja orang yang mungkin tak kukenal

Atau oleh temanku, kemudian dia mengejek

Atau tidak membaca sama sekali

Tak masalah

Aku hanya ingin menulis

Aku hanya ingin menulis



Biarpun ia sebuah impian



#Ameen 
#FutureInTheMaking
#Textgram

Talk to Allah, no bad signal, no pending, all messages sent 

:)

Pesanan Kekasih


1.


2. 
Rasulullah saw bersabda:


 Wahai kaum wanita, bersedekahlah dan banyakkan beristighfar kerana sesungguhnya aku mengetahui bahawa kamu golongan yang banyak sekali di antara ahli neraka..
 (Hadis riwayat Bukhari Ibn Majah)





Thursday, November 29, 2012

A reminder to myself.

bismillah ;

come and come reach to my random post.

it's true that looks can be deceiving. you can't judge a book by it's cover. but i oso tod that innocent-looking people or people who are always judged positively, are reallyy nice or OKAY, problem-free-sorta people, but i was definitely wrong. not all are like that but only a few, and they are hard to find.

from my experience, it's the people who are often judged negatively, are the nicest and most thoughtful people. that's why we must choose our friends, bestfriends and partners carefully.

but then again, it's not fun to play safe all the time. it's always good to experience some hardship. tak gitu kengkawan?


saya selalu termarah dia dengan tak sengaja, 
lepastu termenyesal sorang sorang,
jahatkah saya? 
:(







best enemy. best friend. and she's not my friend. (haha!)
sampai mati pun bukan. 


phewww phewww.



Thursday, November 22, 2012

Tawakkal


bismillah ;





gambar yang disertakan menunjukkan bayi yang baru sahaja lahir berserta kantung air ketuban yang masih dalam keadaan baik. gambar ini berbicara supaya kita semua berfikir bagaimana Allah s.w.t menjadikan lendiran itu sebagai wakil (asbab-pelindung) kepada seorang bayi tatkala ia berada dalam kandungan ibunya, di saat dia tidak punya siapa-siapa melainkan Allah.

seorang ulama pernah mnyebut : Tawakkal seorang bayi sangat tinggi melangit dibandingkan Tawakkal kita kepada Allah. bayi tidak mampu berbuat apa-apa, untuk dibuang, digugurkan, dibunuh dsb. tapi Allah Maha Pelindung. sekiranya berkehendak sebaliknya, maka dihantar malaikat penjaganya.

Wednesday, November 21, 2012

will you...

there's a place that i can show you
it's not beautiful there and few have ever seen
if i take you there now
will you run away and disappear?
or you will stop and stare
even if it hurts for you to see
even i try to push you out
will you return?
and remind me of who i really am when i'm with you
please remind me who i really am


i'm not a picture perfect


who i was..
and who i should be..
will you love me.. even with my dark side?





Friday, October 12, 2012

pujuk hati.





;)


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...