CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 6, 2012

Kitab Cinta Yusuf dan Zulaikha


"Kalau kamu jatuh cinta, jadilah perempuan baik yang bercinta."



"Saya takut menjadi musyrik. Saya takut menyekutukan Cinta saya kepada Allah karena cinta saya kepada Yusuf. Saya rindu untuk bisa dibelai Allah, tetapi hati saya dipenuhi pula kerinduan kepada Yusuf. Apakah saya sudah menjadi manusia musyrik, ya Ustadz? Tolonglah saya! Demi Allah, saya tidak kuasa untuk memilih satu dari cinta dan kerinduan ini. Rindu saya untuk menggapai Wajah Allah seiring rindu saya menggapai wajah Yusuf?."


Rintihan Zulaikha merobek-robek angkasa malam. Cinta dan kerinduannya kepada Yusuf demikian mendalam. Inilah kitab cinta sang wanita muslimah kepada Yusuf? Seorang pemuda Muslim yang diberkati wajah yang bercahaya. Akankah takdir Yang Maha Kuasa membimbingnya menyatukan jiwanya dengan jiwa Yusuf, sekalipun jalan cinta yang harus dilalui oleh sepasang insan ini demikian berliku? Cinta, keimanan, kerinduan, keindahan, mengamuk bersama nyala api kecemburuan, iri, kebencian, kekecewaan, kepedihan, nafsu dan amarah. Sangat mendera iman?




Inilah novel spiritual cinta dan iman berasaskan kisah al-Qur'an yang telah dieksplorasi ke dalam beragam karakter hidup, pengalaman dan perilaku umat kontemporari. Sebuah inspirasi hidup bagi kaum muslimin/muslimat dalam menjalin ibadah, cinta dan obsesi hidupnya. Sebuah mahakarya novelis Muslim terkemuka saat ini, Taufiqurrahman al-Azizy, yang telah berhasil membangkitkan ranah sastra religius Indonesia melalui Trilogi Makrifat Cinta (Syahadat Cinta, Musafir Cinta dan Makrifat Cinta).


Kisah bermula dengan kehadiran tujuh orang mahasiswa dan mahasiswi untuk membuat kajian di Kampung Telagasari. Kumpulan tersebut terdiri dari Rindu,Dewi, Intan, Zulaikha, Dicky, Doni dan Rangga. Di sana mereka telah bertemu dengan dua orang sahabat yang cukup akrab Umar dan Yusuf. Umar merupakan seorang mahasiswa sebuah universiti di kota manakala Yusuf hanyalah seorang pemuda yang mengabdikan diri pada kampung sahaja oleh kerana dihimpit kemiskinan.

Cinta Zulaikha terhadap Yusuf dinyatakan melalui surat-surat Zulaikha yang dikirimkan kepada Yusuf sekembalinya ke kota. Namun Yusuf dengan berhati-hati membalas surat tersebut agar tidak memberikan pengharapan mahupun tidak melukakan hati Zulaikha.

Namun begitu tanpa disedari, Atikah teman sekampung serta jiran Yusuf turut mencintainya secara senyap-senyap. Perkara ini menjadi buah mulut orang kampung mengenai dua gadis yang mendambakan cinta Yusuf. Ianya membuatkan Yusuf dan ayahnya Ya'kub menjadi serba salah. Apatah lagi Atikah dan ibunya menggunakan pelbagai cara untuk menawan hati Yusuf. Maka timbulah fitnah yang diada-adakan oleh ibu Atikah terhadap Yusuf yang menyebabkan dia membawa diri jauh ke kota demi mengelak berlakunya fitnah yang lebih buruk.

Manakala Zulaikha pula oleh kerana kerinduan cintanya kepada Yusuf, telah mengambil keputusan untuk pergi menemui Yusuf di desa Telagasari. Namun, ternyata kedatangannya itu agak terlewat kerana Yusuf telah pun membawa dirinya ke kota. Maka Zalaikha nekad untuk tinggal di desa itu demi menjaga Ya'kub, ayah Yusuf walaupun ditolak orang tua itu. Zulaikha tinggal bersama Atikah dan ibunya tanpa mengetahui bahawa Atikah dan ibunya telah merancang untuk menghancurkan cinta Zulaikha dan Yusuf dengan memasukkan Umar, sahabat baik Yusuf sendiri sebagai orang ketiga. Maka oleh kerana kesunyian tanpa Yusuf, cinta Zulaikha telah beralih arah kepada Umar.

Di kota, Yusuf bekerja sebagai tukang pengilap kasut disebuah Masjid. Dia juga turut mendapat kepercayaan tuan imam untuk bertugas secara sambilan sebagai muazzin dan penceramah. Disitulah yang membawa kepada pertemuan dengan Ahsin Wijaya, ayah Zulaikah tanpa pengetahuannya. Pak Ahsin begitu tertarik dengan akhlak Yusuf sehinggakan dia menawarkan Yusuf untuk bekerja dirumahnya sebagai tukang kebun. Pak Ahsin telah menguji keikhlasan dan amanah Yusuf dengan beberapa kejadian, namun ternyata Yusuf adalah kuat imannya.

Di desa Telagasari, penduduk heboh memperkatakan bahawa Zulaikha dan Umar akan berkahwin. Ramai penduduk yang mengutuk serta membenci Zulaikha dan Umar. Bagi mereka, Zulaikha merupakan seorang yang munafik dalam cintanya terhadap Yusuf. Manakala Umar pula merupakan penjahat yang sanggup menikam sahabatnya sendiri Yusuf dengan merampas cinta Zulaikha.

.
.
.
.
.
.


Tapi segala-galanya terbongkar pada hari pertunangan antara Umar dan Zulaikha. Bersaksikan semua hadirin termasuk Yusuf dan ayahnya, Umar mendedahkan bahawa Umar sengaja berbuat demikian seolah-olah mencintai dan akan mengahwini Zulaikha demi keselamatan Zulaikha sendiri. Umar tahu perancangan jahat Atikah dan ibunya, lalu berpura-pura mencintai Zulaikha agar Zulaikha terselamat dari perancangan yang lebih jahat lagi. Umar memberitahu dia sekali-kali tidak akan tergamak untuk menghancurkan cinta sahabatnya sendiri. Lalu menyerahkan Zulaikha kepangkuan Yusuf dengan selamatnya.

tahniah Taufiqurrahman Al-Azizy !


Sunday, April 1, 2012

Coretan Mayu

-ini post serang balas-

dapat sms from Mayu : "tengok blog tami :)

terharu sesangat, deaktif FB la kononnya Mayu ni, tapi duk baca status saya semua dari mananya? uwekk. hihi.

kalau rindukan seseorang, Amalkanlah doa ini :
"Ya Allah, Sampaikanlah salam rinduku kepada.....
(nama penuh insan tersebut) sehingga aku menjadi kerinduannya. Aaminn.."
* Doa Nabi Yusuf kepada Zulaikha

status yang saya update pada 1 April 2012 dibacanya lalu doa itu disampaikan kepada saya ;


;masuk ke blog Mayu bertajuk CORETAN MIMI


cantiknya, bunga Ros sungguh!

"Ya Allah, Sampaikanlah salam rinduku kepada AIMI AMIZA BT ADNAN sehingga aku menjadi kerinduannya. Aaminn.."
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
.
lalu kubalas dengan entri CORETAN MAYU

bunga taik ayam 


"Ya Allah, Sampaikanlah salam rinduku kepada ROSIDAYU BT ROSLI sehingga aku menjadi kerinduannya. Aaminn.." 


terima kasih Cinta.
terima kasih doakan saya.

;)

Tuesday, March 27, 2012

Tolonglah...

ya...ya..
aku masih hidup.



sapa cakap aku mati?




Shetoooon!

baru dua hari aku deaktif  FB, aku tak aman, aku dikhabarkan kawan-kawan yang merinduiku. jejak aku sampai ke lubang cacing. bukti?


bagaimana nanti jika aku tiada? belajarlah untuk tidak merindui aku, belajar dari sekarang, jangan biarkan aku sedih jika kutahu kamu semua tidak bisa hidup tanpaku…

tolonglah, hidup tanpa aku.



maaf dah lama tak updet padahal baru dua hari lepas updet.
kenapa mintak maaf? ada ke yang merayu suruh updet?

ada juga manusia macam ni, halang aku buat kerja semata-mata nak baca blog aku.



aku aktifkan FB saja nak gitau updet dah siap kat blog ni, nanti aku deaktif balik, aku rimas diserbu macam ni. takde privacy so please. 



jika umur panjang, insya-ALLAH Sakinah updet lagi, walaupun Sakinah tade, Allah kan ade, jaga diri baik-baik, jangan sedih-sedih.

got to go nOw~


:)



Sunday, March 25, 2012

selagi tak dapat !
aku masih tegar~
Alhamdulillah, enam minggu menanti tanpa jemu, 
dapat juga baca akhirnya.
tak terfikir apa yang aku nak dapatkan ada dalam code sebenarnya :)
haha.

takut

Bismillah.

jangan mengajar hati "takut" dinilai manusia kerana dia selamanya tetap manusia, punya penilaian yang pasti ada kekurangan dengan ilmu dan akal yang terbatas..

namun...

didiklah hati agar sentiasa gentar dinilai ALLAH setiap detik hidup ini kerana penilaiannya bakal menetukan kehidupan di sana...

then she is clothed in strength and dignity, and she laughs without fear of the future.


agak-agak Allah bagi tak 'A' di HARI PENILAIAN SEBENAR, di persimpangan jalan di sana... dah tak lama dah ni...

Friday, March 23, 2012

suatu hari nanti

SATU HARI nanti kau akan
MENANGIS untuk aku
seperti aku menangis
untuk kau,

SATU HARI nanti kau akan
MERINDUI aku seperti aku
merindui kau,

SATU HARI nanti kau akan
MEMERLUKAN aku seperti
aku memerlukan kau,

SATU HARI nanti kau akan
MENCINTAI aku TAPI aku
tak mungkin mencintai lagi

Allah selalu ada untukku,
untukmu, dan untuk kita
semua ~ Alhamdulillah! :)




Tuesday, March 20, 2012

ceria

Bertam Perdana Fasa 7

aku tak faham awat dua ketul jerawat ni pilih lokasi tu sebagai tapak pembinaan, pepun, ceria di pagi hari. peace, haha.
.

when you see a girl...

post ini mungkin bermanfaat pada mana-mana jejaka durjana yang punya niat tak baik terhadap seorang perempuan.

dah besaq dah pun Arjun Rampal dengan Preity Zinta tu~ 
maaf hidangkan pic basi, dah lama aku masak.

ini merupakan satu draf yang telah tercatat tahun lepas, setahun selepas itu baru diterbitkan iaitu hari ini :P mungkin ini kebaikan apabila tidak terus menzahirkan  api kemarahan. apabila aku baca semula draf itu, masa aku luangkan untuk baca satu per satu perasaan yang tercatat dalam bentuk digital. beraneka rasa perasaan. dan apabila sampai pada satu draf. aku malu.

malu pada diri sendiri. pernah rasa bagaimana rasanya?

mungkin kerana rasa yang tertulis itu berpaksikan emosi, dan ketika kalam sanubari itu terbaca, aku bukan lagi pada situasi tersebut. kerana kemarahan itu tidak memantulkan diri sendiri.
malam itu, dua hari sebelum raya, perlakuan abang aku membuatkan aku teringat pada satu draf yang aku karangkan dalam keadaan emosi tapi syukur tak publish. aku sempat baiki lagi emosi tercatat ditambah lagi dengan beberapa situasi yang tidak sesuai dibuang. dan tulisan inilah hasilnya. situasi yang bukan aku katakan bermula begini;

aku yang bermula untuk memulakan tugasan. ketika itu hampir pukul 2:30 pagi. aku di luar. sendiri. Abang keluar menemani. setelah mata aku memaksa untuk tidur, aku sempat berpesan pada abang, “tidur cepat, nanti susah pula nak bangun sahur.” melihat aku yang sedia untuk tidur, beliau pun segera berkemas untuk tidur. nampaknya dia tak biarkan aku sendiri di luar.

this story is based on pengalaman aku bersama tiga orang kawan perempuan. sekumpulan laki-laki. laki-laki tu macam otai sebab berkumpulan, kalau sorang for sure macam pondan. jangan ingat saya perempuan awak boleh buat apa yang awak nak. seminggu selepas itu, aku ceritakan pada teman sebilik aku. ketika itu aku sedang berjalan dengannya ke pasar malam.
katanya :

“sekarang kau rasa selamat tak jalan dengan aku?’’

geli hati rasanya bila dia khabarkan yang dia pernah belasah seorang budak lelaki dalam bas pada zaman persekolahannya.

awak lelaki itu, cuma ini yang saya nak cakap

“when you see a girl, remember yur mother, wife, sister or daughter and you will treat her with respect”

What The Freak~

I’m a girl. awak sebagai abang apa perasaan awak bila lelaki lain buat begitu pada adik awak? saya ada abang, dia jaga saya dengan baik, even nyamuk pun dia haramkan kat kulit saya. awak macam abang saya tak? tak. sebab awak takde adik perempuan kan? awak takde mak kan?


Monday, March 19, 2012

.
it is a matter of shame that in the morning the birds should be awake earlier than me :(


Saturday, March 17, 2012


ya Allah, if today i lose my hope, pls tell me that Your plans are better than my dreams (;


Friday, March 16, 2012

Mujurlah

9 Mac-14 Mac..2012..

dalam masa tak sampai seminggu, tayar motor aku pecah dua kali. the story begin ; apabila ketika hujan lebat, aku tetap meneruskan perjalanan, tiba-tiba motor yang aku bawa hilang kawalan, aku cuba cari apa yang sedang berlaku. tayar motor pecah.  syukur, tiada apa-apa kejadian yang tidak diingini berlaku.

Mujurlah.
tayar pecah bersebelahan dengan kedai motor 
                                                                                                                                                                  
selang lima hari, tayar motor pecah lagi. kejadian ini berlaku ketika aku dalam perjalanan untuk mengambil abang dari tempat beliau belajar. ya. hari hujan juga. 

Mujurlah.
tayar pecah berhampiran dengan tempat abang.                                                                                                                                                                   

dalam kesusahan, Dia sertakan kesenangan (;
                                                                                                                                                                                                                                                                                       
tujuan aku ke sana adalah untuk memintanya menemani aku mengambil stok barang untuk perniagaan online yang aku sedang usahakan. dijadikan cerita, aku tidak dapat mengambil barang kerana kesuntukan masa. terpaksa aku pergi dengan bantuan Maktih selepas motor dalam keadaan baik. dijadikan cerita untuk keberapa kalinya, duit aku untuk bayar stok barang tak cukup RM10. tiba-tiba aku teringat duit yang aku bayar untuk tayar motor siang tadi…ya betul-betul RM10 untuk kejadian siang tadi.

dan takkan ada istilah ‘kalaulah’….
^_^




Wednesday, March 14, 2012

site visit

sunburn.

tak jangka hari itu.
turun site pakai baju kurung dengan selipar okay what
-..-!

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...