CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, July 10, 2015

bebaskan.







memaafkan tanpa meminta gantirugi pada kerosakan harta,
memaafkan diringi linangan air mata...



semoga di bawah naungan Allah kelak...




Saturday, January 10, 2015

Because...






Ai dun wanna break their trust on me...:)




Further my studies?



Bismillah ;


Further my studies, and now I've been thinking about it lately, does it ever drive me crazy? What do you tink? Ini mungkin akan jadi kenyataan atau hanya mimpi sahaja... 




Mana awak hilang pelangi? Puas saya cari.
#perempuanKecil




Half of my conversation between me and my couzie :

Sedara mara sebelah abah panggil Mija okay, hahaha. 
Nama manja aku macam-macam jugak.


Angah : Ok. Why not buat full. 2 tahun. Sabar sket.. Malam buat la part time keje..

Mija : 2 tahun eh? Tapi Mija takmau lepas kerja ni... Lepas dapat kerja ni baru berasa nak sambung stady.. Kalau tak, Mija mana ada hati nak sambung...

Angah : Ohhh. Buat kat USM la.. Ade part time?

Mija : Alrite, tumpang duk bujang... Dah kawin ada nak mau belajaq.. Muahaha..

Angah : Sayaaanggggg.. Angah waktu belajar bertunang kawen pregnant n buat thesis waktu Qawiem baru lahir ok.. Challenge me dik.. I know u can...

Mija : Yaka... Tak tau .. Hehehe.. Lagi berkobar 

Angah : Hahaha ..Waktu anak no 3 yg angah gred pre master tu angah dalam pantang.. 


Mija : Dulu.. Orang memanjang suruh sambung stady.. Mija pikir.. Kenapa la depa ni sibuk2 suruh sambung entah... Pasal tak minat sama Kot.. Lepas keja dengan environment yang best.. Minat to mai..

Angah : Bagusss.. Minat tu mai jgn kill the desire.. Org suh sambung sbb xmo kite hilang momentum.. Tell u part time kt uitm very tough.. Kelas habis kul 11 mlm everyday tu biasa je.. Bile pikir balik nk nangis.. Hahahha.. So ape tunggu lagi...
Pergi USM tanye awak nak sambung n ape yang dia bole tolong.. Good luck couzieeee...


Suka Angah ni, she's my couzie and she is a strong woman, bila aku cakap payah sambung belajar bila dah kahwin, takda dia bash aku pun. My negative thought, dia positifkan..





Jangan amek serius sangat sebab aku suka memain... Satgi ada jugak masuk minang terus dah aku takmau kahwin lagi... Muahaha.. Pais ada nasihat pikir elok elok, nanti kena selalu turun KL bukan keja senang.

PLK vs PJJ.  

PLK (Pengajian Luar Kampus)
Jadual macam orang full-time tapi lepas opis hour.
Butterworth - KL. 
Stay KL bolehlah aku ambil PLK.
Tak munaSarawak untuk aku yang kerja dekat Penang dengan jurusan yang hanya ada dekat KL. Masalahnya aku takmau full-time sebab takmau terlepas kerja.

PJJ (Pengajian Jarak Jauh)
Untuk orang bekerja jugak tapi kelas weekend, sesuai la untuk yang kerja kat Penang tapi ambil kursus kat KL.





Muda gi kekakak kekabang, marilah tuntut ilmu sampai lebam... Persetankan kata-kata mereka yang sekarang ni


"susah nak dapat kerja, belajar teruk-teruk apanya? Berlagak kerja dalam aircond duit takdak jugak. Ikut sunnah Nabi, berniaga, kaut 9/10''


Tapi perlekeh orang tuntut ilmu? Ikut sunnah apa ni? Perlekeh jurutera jurutera yang makan gaji tapi tak fikir pulak bangunan yang dia jejak tu hasil titik peluh jurutera. Rasa hebat bila pikir dapat kaut 9/10? Yang makan gaji perlekeh yang bisnes, yang bisnes perlekeh yang makan gaji, aku perati ja perangai hangpa ni. You just do what you love. Thats it.





Nak habaq kata aku tak ambik lagipun diploma aku... 
Jangan mereput dah la.. Bukan senonoh sangat aku pun, kuliah kok tingkap ja, Muahaha... Mengenang zaman belajar dulu-dulu... Zaman kerja baru dapat kesedaran pentingnya tuntut ilmu, bukan saja-saja Allah hantar kita kat bidang tu. Semoga kejujuran kita juga menjadi sumbangan untuk Islam. Tapi tuntut ilmu bukan dekat institusi saja kan? Di mana mana sahaja pun boleh. 
.
. “Indeed what is to come will be better for you than what has gone by.” [Ad-Duha, 93:4]






Aku cakap kat Ms. Ho nak sambung belajar, berubah air muka dia. Dia ingat aku nak berhenti keja? Haha. Dah dia treat aku macam anak dia. Aku tau, dia nak aku stay. Aku pun okay kerja situ. Bila cakap kelas weekend, dia memang galakkan aku sambung. Asalkan jangan benti keja. 



Butterworth - KL.


Spesifik untuk binaan tak dibuka di utara untuk PJJ, buat masa ni lah, ke depan aku tak tau. As a single wowan kelas weekend, Isnin terus kerja. Banyak buruk dari baik so Ai decided not to further my study yet. Takat sini atau tahap tinggi lagi? Apa pun Aiman tak kesyah... Sebab apa yang Allah tentukan untuk aku, itulah yang terbaik.


=')







Wednesday, November 26, 2014

Dunia.









dunia.

#perempuankecil




Thursday, August 28, 2014

penyebab aku solo sampai sekarang...


bismillah





macam duduk sebelah Gergasi, kata Perempuan Kecil itu.
next mission ---> JAKEL


ini Dr Shamsiah.
salah sorang daripada manusia manusia yang menyayangiku..
kalau ada mana mana laki yang nak kawan dengan aku, Dr. Shamsiah ni akan siasat latar belakang laki tu, kalau laki tu laki yang dia tak suka / tidak memenuhi kriteria, dia akan halang aku dari berkawan... dia cakap jangan kalau dia tak restu

sampai dia pernah katakan :

"Aimi kalau hang nak kawin tapi takda calon, habaq kat aku, aku carikan"

.Dr. Shamsiahlah  penyebab aku solo sampai sekarang...
Zzzzzzzzzzz ,beri alasan untuk tutup segala pertanyaan ,haha


jaga hati untuk Allah..


Firman Allah s.w.t., :

“Mereka dikelilingi pemuda-pemuda yang tetap muda, dengan membawa gelas, cerek dan piala berisi minuman yang diambil dari air yang mengalir.” (al-Waqiah: 17-18.)


Wildan Mukhalladun itu untuk siapa?

;)



Wednesday, August 27, 2014

o Allah, I messed up... again



At times, 
so much happens in our lives that maintaining a positive attitude becomes difficult, but it definitely pays to keep trying.


ME: I messed up.. again.
GOD: Come to Me.

ME: I'm worthless.
GOD: Come to Me.

ME: You couldn't possibly love me after what I've done.
GOD: Come to Me.




Wednesday, August 20, 2014

tak payah nak wordless wednesday sangatlah

bismillah ;

godk godek lappy ,jumpa ini  header yang tak dipasang ni, 

-,-

zaman bila entah








Tuesday, August 19, 2014

asalkan bukan construction?


.bismillah ;

,dulu aku benci dengan construction, belajar 3 tahun tapi takmau apply, dapat offer kerja aku tolak, tapi aku hairan dari mana datangnya semua offer tu sedangkan aku tak pernah minta untuk kerja dalam construction,  dapat offer kerja kat KL, masa tu belajar pun tak habis lagi dah dapat offer, aku tak terima offer tu, bagi alasan macam-macam sebab nak elak, cakap nak jadi cleaner lah, orang hairan ada pendidikan tapi nak jadi cleaner. hehehe, hairan, yang dapat offer masa tak habis belajar lagi tu pun aku hairan,  kot dia nak offer kat membe aku hat dekan, aku jangan nak dekan, fail subjek core lagi ada lah, hehehe. Lepastu, dipanggil untuk temuduga di Sungai Petani, pun aku tak pi, lepastu pak nakan rekemen aku kat satu syarikat binaan kat KL, aku tolak dengan alasan takmau keluaq Penang, bapak kerek pompuan ni, tolak macam-macam offer, aku tak ingat offer mana lagi,  tapi yang aku cerita ini yang aku highlight.


2010

.

Zaman belajar dulu pun, sem last,  aku takda mood pon nak habiskan pelajaran aku, masuk kelas main handset, asyik kantoi dengan En Basri ja, huhu, lepastu masa studio work,  orang lain sibuk dengan drawing, aku dengan kawan gitau lecturer kononya nak pergi tandas, padahal kami balik hostel, balik tidur. Tidur itu lebih baik daripada studio work, haha, NATES weh! Konvo pun aku takda hati nak pi, tapi aku sedih ='( 

,,,,,,,,,
Habis belajar, aku kerja macam2, asalkan bukan construction. apa yang tak buat?, kerja kilang lah, kerani lah, berkuli lah, jaga kedai runcit lah, Masa aku kerja dengan mekanik dulu pun, aku dapat bos yang kaki maki, sergah orang saja, memalam tipon sergah orang, pukul 3 pagi pun aku tak tidur sebab terkejut, apa yang aku nampak? Walau aku cuba lari dari construction, kerja yang aku dapat pun pasti ada yang tak kena,  seolah-olah Allah nak hantarkan aku dalam construction,,,,




.
sampai offer tu mai lagi, kali ni Aunty Sarah dari syarikat Property Development & Construction, rezeki ni misteri ek? ?kali ni aku pergi ja temuduga tu sebab aku hairan, kenapa yang dok mai kat aku still construction walaupun dah berkali-kali aku tolak construction, okay done interview, dalam banyak-banyak form interview yang bertindan itu, aku terpilih kat syarikat tu, hehehe? .kau pelik tak? Aunty Sarah siap pesan buat kerja jujur dan amanah. 
Jangan buat kerja lot laq (bahasa Penang) = tak senonoh. 
Ya, aku memang jujur dan amanah tapi Aunty tu macam tau tau yang aku ni buat kerja tak senonoh, hehehe, siap pesan awal awal lagi, tetiba aku teringat kelaku aku zaman study dulu, disebabkan aku takmau further in construction lah aku buat kelaku macam tu. Mau takmau Allah dah tuliskan aku dengan ini, Aunty siap pesan lagi kat aku, huhuhu!

.

!aunty sarah mesej aku dari aku tak sampai opis lagi,  bila aku habis interviu, pesan take care berkali-kali, kirim salam kat Mak, sampai aku di pertengahan jalan nak balik rumah dia telefon bagitau yang aku dapat kerja tu,  she so excited, tapi aku tak rasa apa apa pun, sebab aku dah banyak kecewa, kenangkan doa aku yang tak dijawab, bukan ini yang aku nak. malam dia mesej lagi suruh aku tengok laman web. lepastu dia call pulak bergayut dengan aku, tanya macam mana environment tempat kerja, "rasa-rasanya Aimi boleh sesuaikan diri tak?" MasyaAllah. Kalau orang lain dapat kerja, ada tak orang lain buat macam tu? Ampa nak kerja ampa punya pasai lah, tapi aku? I am welcomed there, MasyaAllah. Bos pun baik yak amat. PemberianNya dtang kepada aku dalam keadaan manja manja...

So which of the favors of your Lord would you deny? 
-ar-Rahman 55:38

akhirnya....... terima saja construction dengan redha,  tak mampu nak tolak lagi,  mungkin rezeki aku tertulis dalam construction,, setiap apa yang jadi pasti ada hikmah, daripada benci jadi suka terus sebab perkara-perkara aneh yang jadi macam ni, pandang ini sebagai limpahan kasih sayangNya, baikkan Allah? Walaupun aku kerek, tolak pemberianNya berkali-kali tapi Dia tetap limpahkan kasih sayangNya tanpa jemu, pasti ada sebab kenapa Allah tujukan  untuk aku, walau sejauh mana aku cuba lari, construction tetap kejar aku 
;)

"Nasihat untuk para sahabat... Kalau kita ada rancangan... Allah juga ada rancangan untuk kita.. Maka semestinya rancangan Allah lebih baik... So jangan bersedih jika rancangan kita tak menjadi...." 






.walaupun dari kos pembinaan tapi rasa macam "starts from zero" huhu , kat dunia ni takda yang bukan ujian pun :) #bismillah 





2014

.semakin meningkat  usia aku, aku semakin mengecik  . 
bukan nak membesaq.
.petanda makin comel.



 .aku tak patut gundah gulana, sedih bila aku ingatkan doa aku yang Allah tak bagi, sebab pemberian yang Allah bagi selama ni aku tolak! Kenapa aku tak ingat semua tu?  Aku sedih fikir doa-doa aku, impian yang aku nak, sedangkan pemberian Dia dengan penuh kasih sayang aku tak terfikir. Yeah,  oh Allah if i lose my hope,  remind me that YOur plans are better than my dreams.

.abis cerita muhung , ikut ampa la nak percaya ka tak .

adiOs.




Monday, August 18, 2014

we are all Al-Qassam

Jadilah kita semua Al-Qassam bermula hari ini





Melihat Al-Qassam daripada aspek gerakan ketenteraan semata-mata adalah satu pandangan sisi yang kurang tepat. Hakikatnya Al-Qassam adalah lebih luas daripada itu.

Kita biasa membaca berkenaan dengan pemilihan ahli-ahli Al-Qassam yang mempunyai syarat-syarat yang amat ketat dan tidak sekadar meliputi kemampuan tubuh badan yang pada kebiasaanya menjadi penilaian gerakan ketenteraan biasa. Al-Qassam menyedari kemampuan tubuh badan tidak menjamin apa-apa tanpa adanya kekuatan ruh dan jiwa, yang menjadi asas kepada sebuah perjuangan Islam. Dengan kekuatan inilah, para pejuang Islam mampu untuk mengalahkan gerombolan tentera yang lebih ramai dan mempunyai kelengkapan persenjataan yang lebih hebat:


قَالَ ٱلَّذِينَ يَظُنُّونَ أَنَّهُم مُّلَـٰقُواْ ٱللَّهِ ڪَم مِّن فِئَةٍ۬ قَلِيلَةٍ غَلَبَتۡ فِئَةً۬ ڪَثِيرَةَۢ بِإِذۡنِ ٱللَّهِ‌ۗ

Berkata pula orang-orang yang yakin bahawa mereka akan menemui Allah: Berapa banyak (yang pernah terjadi), golongan yang sedikit berjaya menewaskan golongan yang banyak dengan izin Allah

 (Surah Al-Baqarah: 249)



Kemenangan itu datang daripada Allah SWT, Tuhan sekelian alam yang menyusun segala aturan di bumi dan di langit daripada sekecil-kecil perkara hinggalah kepada sebesar-besar perkara. KepadaNyalah segala yang dilangit dan di bumi, dan tenteraNya bukan sahaja manusia, bahkan segala apa yang berada di langit dan di bumi.

وَلِلَّهِ جُنُودُ ٱلسَّمَـٰوَٲتِ وَٱلۡأَرۡضِ‌ۚ وَكَانَ ٱللَّهُ عَزِيزًا حَكِيمًا

Dan Allah menguasai tentera langit dan bumi (untuk menyeksa orang-orang yang derhaka) dan Allah adalah Maha Kuasa, lagi Maha Bijaksana.

(Surah Al-Fath :7)



Itulah keyakinan al-Qassam. Al-Qassam mendidik ahlinya untuk menewaskan musuh yang berada dalam setiap jiwa daripada mereka sebelum menewaskan musuh yang berada di luar. Mereka amat yakin orang yang kalah dalam pertempuran di dalam jiwa mereka tidak akan mampu untuk berhadapan dengan musuh luaran. Mereka faham seperti mana yang disebut oleh Saidina Umar Al-Khattab dalam sebuah surat yang dihantar kepada Saad bin Abi Waqas yang berada dalam medan peperangan:

فإني آمرك و من معك من الأخيار بتقوى الله على كل حال، فإن تقوى الله أفضل العدة على العدو، و أقوى المكيدة في الحرب، و آمرك و من معك أن تكونوا أشد احتراسا من المعاصي منكم من عدوكم، فإن ذنوب الجيش أخوف عليهم من عدوهم، و إنما ينصر المسلمون بمعصية عدوهم لله، و لولا ذلك لم تكن لنا بهم قوة، لأن عددنا ليس كعددهم، و لا عدتنا كعدتهم، فإن استوينا في المعصية كان لهم الفضل علينا في القوة، و إلا ننصر عليهم بفضلنا، لن نغلبهم بقوتنا.

Aku  memerintahkan kamu dan orang-orang yang bersama kamu(tentera –tentera islam) agar bertaqwa kepada Allah dalam setiap perkara. Kerana taqwa kepada Allah itu adalah sebaik-baik kelengkapan perang melawan musuh dan sebaik-baik tipu helah di dalam peperangan. Aku (Umar Al-Khattab) memerintahkan kamu dan mereka yang bersamamu supaya sentiasa berjaga-jaga dan berwaspada daripada melakukan maksiat dan dosa.Kerana dosa-dosa para perajurit itu lebih aku takuti daripada musuh-musuh yang datang menentang. Sesungguhnya orang-orang islam mendapat kemenangan dengan sebab berlakunya maksiat di kalangan musuh-musuh mereka kepada Allah.Kalaulah bukan kerana itu,tentu sahaja tidak ada kekuatan bagi kita menghadapi mereka(musuh-musuh).Bilangan kita jelas kurang dari jumlah bilangan musuh dan kelengkapan perang musuh jauh lebih baik daripada kelengkapan perang kita. Jika kita sama melakukan maksiat seperti mereka, mereka akan mempunyai kelebihan ke atas kita kerana kekuatan mereka. Jika kita tidak melakukan maksiat (sedangkan mereka melakukannya), maka kita akan menang merana kelebihan tersebut. Sesungguhnya kita tidak akan mampu mengalahkan mereka kerana kekuatan kita”.

Inilah keyakinan al-Qassam. Keyakinan yang sehingga sekarang ini, tentera Isreal dengan segala kekuatan persenjataan mereka tidak dapat mengalahkan tentera Allah ini.

Penjara terbuka Gaza mengajar al-Qassam agar tidak menyerah kalah. Seterusnya, Al-Qassam mengajar kepada kita dan dunia seluruhnya akan erti kemerdekaan yang sebenar walaupun masih duduk dalam penjara terbuka Gaza ini. Kemerdekaan yang bertunjangkan kepada tauhid dengan menyerahkan segala urusan kepada Allah SWT walaupun seluruh dunia bersatu untuk menghancurkan mereka. Inilah ciri paling besar ada pada setiap jiwa-jiwa Al-Qassam, mereka telah membenarkan baiah mereka pada Allah SWT lalu Allah SWT menyempurnakan janji-janji mereka.

مِّنَ ٱلۡمُؤۡمِنِينَ رِجَالٌ۬ صَدَقُواْ مَا عَـٰهَدُواْ ٱللَّهَ عَلَيۡهِ‌ۖ فَمِنۡهُم مَّن قَضَىٰ نَحۡبَهُ ۥ وَمِنۡہُم مَّن يَنتَظِرُ‌ۖ وَمَا بَدَّلُواْ تَبۡدِيلاً۬ (٢٣) لِّيَجۡزِىَ ٱللَّهُ ٱلصَّـٰدِقِينَ بِصِدۡقِهِمۡ

Di antara orang-orang yang beriman itu, ada yang bersikap benar menunaikan apa yang telah dijanjikannya kepada Allah (untuk berjuang membela Islam); maka di antara mereka ada yang telah selesai menjalankan janjinya itu (lalu gugur syahid), dan di antaranya ada yang menunggu giliran dan mereka pula tidak mengubah (apa yang mereka janjikan itu) sedikitpun. (23) (Berlakunya yang demikian) supaya Allah membalas orang-orang yang benar disebabkan kebenaran mereka

(Surah Al-Ahzab 23-24)

Menjadi Al-Qassam adalah bermaksud membebaskan belenggu-belenggu hawa nafsu yang mengikat dalam jiwa kita, yang menghalang kita daripada berasa izzah dengan Islam .Berjihad sebagai seorang Al-Qassam pada seluruh umat Islam di seluruh dunia, bukanlah bermaksud mengangkat senjata persenjataan, tetapi tetap berjuang dan memelihara agama Islam daripada dirobek oleh musuh, sama ada dari sudut fizikalnya mahupun pemikirannya. Jangan salah faham. Kenyataan ini tidak sama sekali menafikan bahawa jihad secara peperangan adalah jihad yang tertinggi. Itu sudah pasti. Hanya jiwa Muslim yang tewas sahaja yang akan menafikannya. Namun, seperti mana kata Imam Hassan al-Banna, wasilah jihad itu pelbagai bersesuaian dengan keadaan dan suasana:

فأولها إنكار القلب، وأعلاها القتال في سبيل الله، وبين ذلك الجهاد باللسان والقلم واليد، وكلمة الحق عند السلطان الجائرولا تحيا الدعوة إلا بالجهاد

Peringkat pertamanya adalah mengingkari dari hati, peringkat tertingginya adalah berjihad di jalan Allah. Antara kedua martabat ini: Jihad lidah, pena, tangan dan perkataan yang benar kepada pemerintah yang zalim. Dakwah ini tidak akan hidup kecuali dengan jihad

Dengarkanlah kata Imam. “Dakwah ini tidak akan hidup kecuali dengan jihad”.

Menjadi Al-Qassam kepada kita bermaksud, kita mempunyai jiwa besar dan kental seperti mereka, menyelusuri jalan jihad seperti mereka. . Menjadi al-Qassam kepada kita ialah dengan mengikut jejak langkah mereka, sanggup menyerahkan segalanya untuk kemenangan dan kejayaan Islam, dan kita mestilah juga mempunyai cita-cita syahid seperti mereka.

 عن أبي ثابت، وقيل: أبي سعيد، وَقيل :أبي الو ليد، سهل ابن حُنَيْفٍ وَهُوَ بدريٌّ – رضي الله علنه – أنَّ النَّبي – صلى الله عليه وسلم -،قَالَ:”مَنْ سَأَلَ الله تَعَالَى الشَّهَدةَ بِصِدْقِ بلَّغَهُ مَنَازِلَ الشَّهَدَاءِ وَإِنْ مَاتَ عَلَى فِرَاشِهِ”. رواه مسلم

Daripada Abu Tsabit, ada yang mengatakan, Abu Said, dan ada pula yang mengatakan : Abu al-Walid, Sahal ibn Hunaif, iaitu seorang sahabat yang pernah menyertai Perang Badar (r.a), bahawa Nabi s.a.w bersabda:“Sesiapa memohon kepada Allah Ta’ala kematian secara syahid dengan benar dan jujur, maka dia disampaikannya kepada kedudukan para syuhada’, meskipun dia meninggal dunia di atas katil tidurnya.”

(Riwayat Muslim)

Simbol Al-Qassam bukanlah hanya senjata tetapi jiwa yang merdeka. Simbol al-Qassam bukanlah hanya senjata, tetapi jasad dan nyawa yang telah diberikan untuk dakwah dan jihad Islam ini. Simbol al-Qassam bukan hanya di Palestin, tetapi di seluruh dunia. Pemuda al-Qassam bukan hanya di Palestin. Pemuda al-Qassam juga ada di sini. Al-Qassam bukan hanya lambang senjata semata. Al-Qassam hakikatnya adalah lambang kemulian umat Islam hari ini!


.







Hadirkanlah al-Qassam itu dalam jiwa setiap kita. Kegemilangan Islam pasti akan dijulang apabila setiap seorang daripada kita adalah al-Qassam itu. Laungkan wahai saudara:

#weareallalqassam

Prof Madya Dr Aznan Hasan
Pengerusi Majlis Ulama ISMA (MUIS)

here


Friday, June 27, 2014

gangguan was-was

bismillah ;

GANGGUAN WAS-WAS

Syaitan telah merosakkan sesetengah orang dengan menjadikan mereka merasa was-was terhadap ibadah mereka seperti was-was ketika berwuduk, solat, puasa dan lain-lain. Sehingga semasa solat ada yang sering berhenti kerana merasa terkencing ataupun terkentut sekalipun dia tidak pasti benarkah begitu. Nabi s.a.w mengajar kita agar perasaan was-was seperti ini tidak diambil kira. Dalam hadis al-Bukhari, “Seorang lelaki mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia merasa sesuatu semasa dalam solatnya, apakah dia patut berhenti?. Jawab Nabi s.a.w: “Jangan sehinggalah mendengar bunyi (kentut) atau mendapati bau (kentut)”. Maksudnya, Nabi s.a.w mengajar agar seseorang yang merasa terbatal wuduknya secara was-was atau tidak pasti dia jangan berhenti dari solat sehingga beliau benar-benar yakin terbatal. Solatnya tetap sah, mainan perasaan tidak diambil kira. Termasuklah dalam hal ini mereka yang terasa macam terkeluar air kencing, tetapi tidak pasti samada hanya perasaan atau benar-benar berlaku, maka solat masih dianggap sah. Melainkan dia yakin tanpa ragu bahawa angin atau air kecil benar-benar telah terkeluar.

Sempena menjelang Ramadan yang mana setiap kita akan membanyakkan ibadah maka pastikan perasaan was-was syaitan itu jangan dituruti.





.astaghfirullah

Monday, June 16, 2014

the secrets of surah Al-Kahfi




.bismillah , subhanAllah
.betapa semua yang kat dunia ni ujian, baik kesenangan ataupun kesusahan

.tak perlu bangga kawan-kawan, harini kita berkuasa, berilmu, berharta berbeza daripada orang lain kerana Allah berikan peluang, bayangkan Allah ambil semula apa yang Dia pernah berikan pada kita... huhu, sederhana indah ;)



Ever wondered why Prophet Muhammad (SAW) asked us to recite Surat Al-Kahf every Friday?
Secrets of Surah Al-Kahf!! MUST READ..

This surah has four stories in it, having some morals, lets see them and understand what they are saying to us:

1) The people of the cave
It's the story of young men who lived in a disbelieving town, so they decided to migrate for the sake of Allah and run away. Allah rewards them with mercy in the cave and protection from the sun - they woke up and found the entire village believers.
Moral: trial of faith

2) The owner of two gardens
A story of a man whom Allah blessed with two beautiful gardens, but the man forgot to thank the one who blessed him with everything and he even dared to doubt Allah regarding the afterlife. So his garden was destroyed - he regretted ,but was too late and his regret did not bene?t him.
Moral: trial of wealth

3) Musa (as) and Khidr (as)
When musa(as) was asked-“who’s the most knowledgeable of the people of earth?”” Musa(as) said: me…,but Allah revealed to him that there’s someone who knows more than him. Musa(as) traveled to the man and learned how the divine wisdom can sometimes be hidden in matters which we perceive as bad.
Moral: trial of knowledge

4) Dhul-qarnayn
It's a story of the great king that was given knowledge and power and was going around the world,helping people and spreading all that’s good. He was able to overcome the problem of Yajooj-Majooj and build a massive dam with the help of people whom he could not even understand.
Moral: trial of power

In the middle of the surah Allah mentions iblees as the one who stirs these trials:
Behold! we said to the angels “bow down to adam”: they bowed down except iblis. he was one of the jinns, and he broke the command of his lord. will ye then take him and his progeny as protectors rather than me? and they are enemies to you! evil would be the exchange for the wrongdoers!

Now let us see what’s the relationship between surat al-kahf and the dajjal (anti-christ)?
Dajjal will appear before day of judgement with the 4 trials:

A) He’ll ask people to worship him and not Allah: trial of faith.
B) He’ll be given powers to start/stop rain and tempt people with his wealth: trial of with his wealth.
C) He’ll trial people with the “knowledge” and news he gives them: trial of knowledge.
D) He’ll control huge parts of the earth: trial of power.

How to survive these trials? 

: The answers are in Surat Al-Kahf:


Survival kit 1: Good companionship
“and keep thy soul content with those who call on their lord morning and evening, seeking his face; and let not thine eyes pass beyond them, seeking the pomp and glitter of this life; no obey any whose heart we have permitted to neglect the remembrance of us, one who follows his own desires, whose case has gone beyond all bounds.” (Surat al-kahf, verse 28)

Survival kit 2: Knowing the truth of this world
“set forth to them the similitude of the life of this world: it is like the rain which we send down from the skies: the earth’s vegetation absorbs it, but soon it becomes dry stubble, which the winds do scatter: it is (only) Allah who prevails over all things” (Surat al-kahf, verse 45)

Survival kit 3: Humbleness.
[Moses] said, "You will find me, if Allah wills, patient, and I will not disobey you in [any] order." (Surat al-kahf, verse 69)

Survival kit 4: Sincerity.
“say: “i am but a man like yourselves, (but) the inspiration has come to me, that your Allah is one Allah whoever expects to meet his lord, let him work righteousness, and, in the worship of his lord, admit no one as partner.” (Surat al- kahf, verse 110)

Survival kit 5: Calling to Allah.
“and recite (and teach) what has been revealed to thee of the book of thy lord: none can change his words, and none wilt thou ? and as a refuge other than him.” (surat al-kahf, verse 27)

Survival kit 6: Remembering the Hereafter.
“ one day we shall remove the mountains, and thou wilt see the earth as a level stretch, and we shall gather them, all together, nor shall we leave out any one of them. and they will be marshalled before thy lord in ranks, (with the announcement), “now have ye come to us (bare) as we created you ?rst: aye, ye thought we shall not ful?l the appointment made to you to meet (us)!”: and the book (of deeds) will be placed (before you); and thou wilt see the sinful in great terror because of what is (recorded) therein; they will say, “ah! woe to us! what a book is this! it leaves out nothing small or great,but takes account thereof !” they will ?nd all that they did, placed before them: and not one will thy lord treat with injustice.” (surat al-kahf, verses 47-49)

here

Thursday, June 12, 2014

pemuda kahfi


.bismillah ;


anak muda yang betul-betul jihad, 
betul-betul jihad ke jalan Allah,

tengok dulu pukul berapa dia bangun pagi.

sebelum subuh kah ?
lima minit lagi nak syuruk kah ?
atau ketika matahari dah tepat-tepat atas kepala?

aku yang mana ? 
*nangis sorang-sorang di sudut penjuru katil.

payah.
memang payah nak bangun awal-awal.
dek selimut, katil empuk, dingin pagi.

jihad melawan hawa nafsu tu paling susah.



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...