bismillah ;
GANGGUAN WAS-WAS
Syaitan telah merosakkan sesetengah orang dengan menjadikan mereka merasa was-was terhadap ibadah mereka seperti was-was ketika berwuduk, solat, puasa dan lain-lain. Sehingga semasa solat ada yang sering berhenti kerana merasa terkencing ataupun terkentut sekalipun dia tidak pasti benarkah begitu. Nabi s.a.w mengajar kita agar perasaan was-was seperti ini tidak diambil kira. Dalam hadis al-Bukhari, “Seorang lelaki mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia merasa sesuatu semasa dalam solatnya, apakah dia patut berhenti?. Jawab Nabi s.a.w: “Jangan sehinggalah mendengar bunyi (kentut) atau mendapati bau (kentut)”. Maksudnya, Nabi s.a.w mengajar agar seseorang yang merasa terbatal wuduknya secara was-was atau tidak pasti dia jangan berhenti dari solat sehingga beliau benar-benar yakin terbatal. Solatnya tetap sah, mainan perasaan tidak diambil kira. Termasuklah dalam hal ini mereka yang terasa macam terkeluar air kencing, tetapi tidak pasti samada hanya perasaan atau benar-benar berlaku, maka solat masih dianggap sah. Melainkan dia yakin tanpa ragu bahawa angin atau air kecil benar-benar telah terkeluar.
Sempena menjelang Ramadan yang mana setiap kita akan membanyakkan ibadah maka pastikan perasaan was-was syaitan itu jangan dituruti.
.astaghfirullah
0 Orang Terkentut:
Post a Comment