CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, December 19, 2013

bidadari bumi




bismillah, 

1st of all, baca tajuk kan? bidadari bumi. mohon. mohon jangan salah faham gambar kat atas ni. konon-kononya si Aimi tu nak cakap yang dialah bidadari kat bumi ni, ampun. hahaha. jalan sensorang, terserempak dengan Cik Ruhil ni, kawan baik zaman sekolah, dah besar dah dia. dalam plastik yang Aimi pegang tu ada buku tapi bukan "Bidadari Bumi".. beli buku lain dah kenapenye pun tapi nak tulis review bidadari bumi... tak faham betul dengan perempuan ni.
-,-

rasa nak buat review buku ni selepas terbaca sinopsis "Bidadari Bumi" kat Popular sebab lepas baca buku tu, ada persoalan yang timbul. persoalan apakah itu?

baru baca sinopsis, dah terkesan. lepas baca sinopsis rasa saya masih belum mengenali diri sendiri, siapakah diri ini? rasanya saya masih mencari identiti sebenar. diri sendiri pun saya masih belum kenal, kalau ada yang boleh menilai kira hebatlah tu. rasa macam belum tahu apa yang saya kejar, apa yang saya nak kat dunia ni.

=')

back to the top, nak kongsi sinopsis yang membuatkan saya tak kenal diri sendiri.


bidadari bumi.
‘ustazah, aku harap ustazah berkenan menjadi saksi untuk ibuku.’ 
aku mendengarnya dengan lebih serius.
‘saksi untuk apa, wahai anak?’ 
‘selama ibuku hidup, beliau tidak memiliki apapun kecuali dua helai baju. satu dipakai sementara yang satu lagi dicuci. beliau juga hanya memiliki dua helai tudung, telekung sembahyang, sepasang sandal, sebuah sikat, cermin, piring, al-Quran, tasbih dan sejadah. beliau tidak memegang satu sen pun wang, tidak memiliki perhiasan, rumah, barang atau perabot apa pun. semasa tua, beliau tinggal dengan abang sulungku. apabila ada yang memberinya wang, maka pada hari itu juga wang tersebut disedekahkan. Dan ketika beberapa hari yang lalu seseorang memberinya hadiah selembar kain, beliau berkata: 

[jika umurku sampai Ramadhan nanti, jahitkan kain ini untuk pakaian solatku sebagai mengganti telekung yang lama. Namun jika tidak, tolong berikan kepada orang yang lebih memerlukannya sebelum kalian meletakkan jenazahku ke dalam kain kafan.]’” 

anak remaja di hadapanku menunduk. dia menyembunyikan air matanya yang perlahan-lahan menitis sebelum akhirnya kemudian berkata:

“ustazah...” 

panggilnya lirih.

“ibuku meninggal dunia tiga hari yang lalu. aku harap ustazah sudi menjadi saksi bahawa beliau telah berhasil menjalani kehidupan seperti yang diinginkannya..."



------------------------------------------------------------------




"Jika ingin merasakan CINTA AGUNG wanita abad ini kepada Allah SWT dan RosulNya SAW bacalah buku ini. Kita akan mendapatkan keperibadian cinta penuh ruhani dan akhlakul karimah seorang wanita yang kita idamkan"

Muhammad Assegaf




bidadari bumi
: 9 kisah wanita solehah :

by Halimah Alaydrus



Sunday, December 15, 2013

mahu pulang

bismillah ;



separah mana pun sayapnya patah,
sehina apa pun dia,

burung yang patah sayapnya itu
mahu pulang kepada Tuhannya
dengan hati seputih awan...







Tuesday, November 26, 2013

dan kerana Tuhanmu,



pesan Sang Cinta
Al-Muddatsir ; 

indah, terpujuk bukan?



bukankah ini cukup, untuk membuatmu terus bertahan walau peritnya menusuk-nusuk? ayat ini, adalah balm untuk bengkak dan lebam di hati. dah, lap air mata.





Saturday, November 23, 2013

final destination

bismillah.

we spend so much time living life, yet not enough time thinking about what are we doing alive. ponder over the purpose of life, our existence, who is responsible for our creation and what happens when we leave. if we don’t want to think about where we came from, at least think about where we are going to go when it’s all over.


ponder and reflect.


view from the grave.




close friends

bismillah.

hahai, macam biasa, mod blogging bukan pagi, bukan  petang, bukan malam.

tapi dua per tiga malam.
-,-

tapi sekarang dah jarang dengan semua ni. tulis pun pendek pendek jah sebab tak rajin. ada yang request suruh tulis artikel, mintak kongsikan artikel tapi masa tu tengah final exam. online pun dalam anset. semua tertangguh. terus lust contax. mohon maaf. jangan disimpan dalam hati. so this is where i start for this purpose. i wanna sketch my precious moment here. :)

imissyou doyah, hihi



aku tengok hang, hang tengok aku. acah-acah candid. gitchew




- kami bergaduh dengan mop lantai dan kain buruk dalam dorm.
- kami berebut kasut tandas sampai putus, masa tu dah pukul 3 pagi.
  (tandas hujung kot dekat blok sebelah, berebut kasut sebab tanak kena tinggal)
- dia tarik tudung aimi dengan kasar sampai terkeluar dari pemakaian.
   (kat dalam rumah kawan)
- dia arah aimi buat itu ini, itu ini. macam orang gaji tapi tak bayar pun.
- kita nak mandi dulu, dia yang kalut masuk tandas, dah lah mandi 2 jam

what else? what else?

tengok, keja kacau orang. stress.

yang last sekali sampai merajuk tak cakap dengan dia. dayah duk sediakan makanan dengan kekawan kat dapur. habis mandi lalu kat dapur, tak pandang dia langsung, terus aimi perform my solah. habis.

dayah datang kat aimi, dia tenung ke dalam mata aimi.
aimi malu.
angkat penumbuk.
okay. tak jadi merajuk.


orang dah tamau cakap dengan dia, nak pukau pulak.
bergaduh, teruk macam mana pun, baik jugak lepastu. macam kartun.




keesokan harinya, hari last kami sebelum kami empat sekawan bawa haluan masing-masing, dayah cakap :

"aimi, sapu serum kat rambut aku, 
nanti takleh manja-manja dah dengan hang"



*nangis*

rupa-rupanya dia saja buli aku.

.
.
.
.
.
.


thanks, jaga Subuhku. jaga makan la, sakit ke apa ke sumer thanks. takkan dapat dah rasa moment camni. cedih. ingat aku dalam doa. okay?


with luvly roomate.
nak story tapi satgi jadi panjang terlebih pulak pos ni. hehe.




.........................


diriwayatkan bahawa apabila penghuni syurga telah masuk ke dalam syurga, mereka tidak menemukan sahabat-sahabat mereka yang selalu bersama mereka dahulu sewaktu di dunia..

mereka pun bertanya tentang sahabat mereka kepada Allah swt,.

" yaa Rabb..
kami tidak melihat sahabat-sahabat kami yang sewaktu di dunia solat bersama kami, puasa bersama kami & berjuang bersama kami.."

maka Allah berfirman..

" pergilah kamu ke neraka, lalu keluarkanlah sahabat-sahabatmu yang di hatinya ada iman walaupun hanya sebesar zarrah.."
(HR : Ibnul Mubarak dalam kitab "Az-Zuhd").

Hasan Al-Basri berkata..
" Perbanyaklah sahabat-sahabat mukminmu kerana mereka memiliki syafa'at pada hari kiamat nanti.."

Ibnul Jauzi pernah berpesan kepada sahabat-sahabatnya sambil menangis..
"jika kalian tidak menemukanku nanti di Syurga bersama kalian, maka tolonglah bertanya kepada Allah tentang aku.."

" wahai Rabb kami..
hamba-Mu si fulan sewaktu di dunia selalu mengingatkan kami tentang ENGKAU..
maka masukkanlah dia bersama kami di Syurga-Mu.."

SAHABAT Ku..
Mudah-mudahan dengan ini, aku telah mengingatkanmu tentang Allah ..

agar aku dapat besertamu kelak di syurga & redha-Nya..
آمِيّنْ. يَا رَبَّ العَالَمِينْ

ya Allah

aku memohon kepada-Mu..
kurniakanlah kepadaku sahabat-sahabat yang selalu mengajakku untuk tunduk patuh & taat kepada syariat-Mu..

kekalkanlah persahabatan kami hingga kami bertemu di akhirat kelak...

oleh itu...

carilah seberapa ramai sahabat yang baik yang menunjukkan jalan-jakan ke syurga & jalan-jalan kebaikan..

WAHAI SAHABATKU
JANGAN LUPA BERTANYA TENTANGKU NANTI...
JIKA AKU TIADA DI SYURGA NANTI

(T_T)

.......................................


i choose my friends bcs.....


Close friends, on that Day, will be enemies to each other, except for the righteous. - Az-Zukhruf [verse 67] -




Friday, October 18, 2013

monologue of a sinner .

bismillah ;


.selekeh .sememeh
siapa peduli. hewhew



........................






Apakah yang paling indah pernah kamu lihat?



Aku tidak perna melihat apa yang lebih indah daripada yang melihat keseluruhan aibku, tetapi masih tetap menyayangiku.



Itulah Tuhanmu.



.malu



Selamat tidur semuanya.


:)



Sunday, October 13, 2013

Bidadari untuk sahabat Rasulullah, Saidina Umar r.a.

Bidadari Untuk Sahabat Rasulullah Saidina Umar r.a | Saidina Umar r.a. adalah salah satu dari sahabat Rasulullah SAW. Semenjak ia memeluk islam kaum muslimin seakan memperoleh suatu kekuatan yang sangat besar. Sejak itulah mereka berani solat dan tawaf dikaabah secara terang-terangan.

Saidina Umar r.a. adalah seorang yang warak, ia sangat teliti dalam mengamalkan Islam.Saidina Umar r.a. mempelajari surah Al-Baqarah selama 10 tahun, ia kemudian melapor kepada Rasulullah SAW, “wahai Rasulullah SAW apakah kehidupanku telah mencerminkan surah Al-Baqarah, apabila belum maka aku tidak akan melanjutkan ke surah berikutnya”.

Rasulullah SAW menjawab, “sudah…”!. Umar r.a. mengamalkan agama sesuai dengan kehendak Allah SWT. Karena kesungguhannya inilah maka banyak ayat di Al-Qur’an yang diturunkan Allah SWT berdasarkan kehendak yang ada pada hatinya, seperti mengenai pengharaman arak, ayat mengenai hijab, dan beberapa ayat Al-Qur’an lainnya.

Rasulullah SAW seringkali menceritakan kepada para sahabatnya mengenai perjalannya mikraj menghadap Allah SWT. Beliau SAW sering pula menceritakan bagaimana keadaan syurga yang dijanjikan Allah SWT kepada sahabat-sahabatnya. Suatu hari ketika Rasulullah SAW dimikrajkan menghadap Allah SWT malaikat Jibril AS memperlihatkan kepada Beliau SAW taman-taman syurga. Rasulullah SAW melihat ada sekumpulan bidadari yang sedang bercengkrama.

Ada seorang bidadari yang begitu berbeda dari yang lainnya.
Bidadari itu menyendiri dan tampak sangat pemalu. 
Rasulullah SAW bertanya kepada Jibril AS, “wahai Jibril AS bidadari siapakah itu”?. Malaikat Jibril AS menjawab, “Bidadari itu adalah diperuntukkan bagi sahabatmu Umar r.a.”. Pernah suatu hari ia membayangkan tentang syurga yang engkau ceritakan keindahannya. Ia menginginkan untuknya seorang bidadari yang berbeda dari bidadari yang lainnya.

Bidadari yang diinginkannya itu berkulit hitam manis, dahinya tinggi, bahagian atas matanya berwarna merah, dan bahagian bawah matanya berwarna biru serta memiliki sifat yang sangat pemalu. Karena sahabat-mu itu selalu memenuhi kehendak Allah SWT maka saat itu juga Allah SWT menjadikan seorang bidadari untuknya sesuai dengan apa yang dikehendaki hatinya”.






Sunday, September 1, 2013

menjadi perempuan

agaknya menjadi perempuan memang begitu
selalu ditinggal beribu batu
sering ditipu bertalu-talu
sanggup telan perit hempedu

mampu bertahan sampai kematu
senyum di wajah
hati siapa yang tahu


dear brother #2


bismillah ;


nak ikut sangat, risau katanya :p
.brother .bodyguard




Monday, August 26, 2013

taktau tajuk.

..sesiapa yang berdoakan kepada Allah dengan iman dan harap akan melihat keajaiban..pabila tiba masanya, doa itu akan hadir dalam hidupnya.. kemakbulan akan menjelma di hadapannya.. sekalipun pada andaian manusia dan akal biasa doa yang dipohon itu mustahil terjadi..namun apabila Allah mengkehendaki maka ia akan muncul menerusi pelbagai cara, warna dan rasa..disangka dan tidak disangka..namun kesemuanya itu adalah inti kemustajaban pemintaan kepada Tuhan Yang Maha Berkuasa atas segalanya..alhamdulillah atas segala kurniaNYA..

DrMAZA.com


Saturday, June 15, 2013

Indeed #2



"The creation of the Heavens and the Earth is indeed greater than the creation of mankind; yet, most of mankind know not." 
[Al-Qur'an 40:57]. 


selamatkah kita, perempuan?



bismillah ;

 ni kisah beberapa bulan lepas daa, tapi baru rajin nak menulis sebab tak bolih tidur ni.. 4:30 pagi see? ummm.  ceritanya begini… masa tu minggu study week untuk final exam… kelas Structure if am not mistaken..  yup kelas Stucture laa. lecturer Aimi keluar g pejabat nak potostat kertas test, Aimi lari ke belakang bagi beg kat kawan suruh jaga beg Aimi. Aimi nak g toilet sebenarnya, tak tahan dah, hahaha.

nak dijadikan cerita kawan yang Aimi suruh jaga beg tu pun nak ikut gak.. dia pun nak g tandas sama, bolih laa. di pertengahan jalan nak g tandas, Aimi selisih dengan sorang laki ni.. Aimi pun senyum la, rasa macam kenal selalu nampak kat kafe dengan CC. dia tak pandang Aimi langsung, dia jalan cepat cepat, cemas cemas macam something wrong, nvm. dia mungkin kejar sesuatu.
sampai ke toilet, biasalah. habis semua keluar nak balik kelas, Aimi jalan pandang depan, sampai kat tangga Aimi terpandang ada orang kat tangga tu tengah tunggu, terkejut sangat bila nampak kelakuan dia yang tak senonoh tu. dia dah londehkan seluarnya dan tunjukkan apa yang sepatutnya laki malu. kawan Aimi tak pandang arah tangga masa tu. masa Aimi ternampak tu Aimi blur, lama jugak Aimi blur, bila Aimi nak gitau kawan, laki terus lari. lelaki tu berjaket hitam, yup...



tahu tak laki tu lah laki yang Aimi selisih masa nak g toilet tadi, yang cemas cemas tu, rupanya dia memang dah plan rasanya… dia memang dah ikut awal dari Aimi g toilet. huhuhuh,, balik bilik bolih tak nangis bila Aimi ingat Aimi nak g tandas sorang sorang, apa jadi kalau laki tu masuk toilet apa dia buat, Alhamdullillah kawan Aimi nak ikut Aimi g tandas masa tu,  bangunan memang sunyi sebab study week, masa tu kelas Aimi ja yang kat bangunan tu… teringat balik selama ni gerak sorang sorang jaa, nak gi bank sorang, beli barang kat pekan sorang, nangis lagi. ingat kalau dekat dengan abang, nak g mana pun semua abang teman.. sebab jauh dari abang jew


berikutan kejadian tu, nak balik bilik pun asyik terkejut, even masuk toilet asrama perempuan pun terkejut, lepastu nak g bank pun dah ajak kawan, kawan sampai gelak gelak cakap Aimi buang tebiat keluar bawak membe, seminggu nampak laki pun asyik terkejut. mujur masa tu seminggu lagi ja Aimi kat Jitra sebelum cuti sem..


.tak tahu apa motif laki tu samada dia tuntut ilmu pelik atau dia physcho, sebab bila aimi pandang semula arah tangga, dia ghaib, lajunyer lari, haha .tunjuk kemaluan dekat orang macam tu, patutnya malu, lol



~kawan sempat menyakat kat insta


-


~apa yang jadi sekarang ni


-

~nasihat daripada lecturer aimi kat sana, 
klik untuk tumbesaran yang lebih dahsyat


-
-
-


I always work and travel alone. some people are lucky to hav a partner that's always have the time to accompany them. well for me, balik kelas, solat. tinggal telekung tak lipat atas katil, gegas ke pejabat pos, buat itu  ini sebab nak kejar masa. pos barang dengan motor, bayangkan bila berkotak-kotak barang nak kena pos tapi hanya ada motor masa tu, kotak besar-besar pulak. nothing is easy in life. hidup boleh feeling feeling glam, high heels tinggi make up tiga inci. but beneath all that is pure hardwork and perseverance. I don't care if others work a little and gain a lot. I know that i work hard and i will only work harder. If only, all this perogol pembunuh pensyaiton ni takde. all girls would be at much better ease. 


baru Aimi faham kenapa perempuan tak boleh jalan sorang sorang
sebab selama ni rasa bebas, nak jalan ke mana-mana feel free like a baby, takda masalah. langsung. semua nak sorang taknak susahkan orang lain kan... tapi sebagai perempuan kita kena ingat zaman sekarang bukan macam zaman dulu lagi. zaman sekarang orang lebih takutkan orang berbanding hantu tahlul. bahlul. tahyul? tak dapat nak hadam bila fikir masa tu kalau kawan Aimi tak ikut sama masa Aimi ke tandas, Allah.

baru Aimi faham kenapa perempuan tak boleh jalan sorang sorang
dekat tempat belajar yang tertutup gitu dan dijaga pengawal keselamatan pun bolih berlaku perkara sebegitu rupa, selamatkah kita, perempuan? 


apa apa pun

"HasbunAllah Wani'mal Wakeel" (3:173)
.Allah alone is sufficient for me 

thanks Allah sebab sudi tolong Aimi ^^
:)



Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...