CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, May 17, 2012

Kota Keriangan kami

bismillah,

entri ni dirancang 18 hari sebelum berakhir Latihan Industri pada 18 May 2012 dan akan diterbitkan betul betul dengan tarikh 18 May 2012. sebelum tu, segala kekurangan yang ada adalah kerana kaburnya mata pemikiran aku. teguran membina sangatlah aku perlu. bila-bila masa sahaja kita boleh dijemput-Nya tetapi tulisan akan kekal selama-lamanya dan aku taknak tulis sesuatu yang membuatkan aku menderita di sana walau hakikatnya tak semua yang dilalui indah indah belaka. dan sudah semestinya aku akan malu bila baca post yang lama.

=p

maklumat di mana kami menjalani Latihan Industri tak perlu dinyatakan kerana aku ingin menceritakan serba sedikit apa yang pernah kami lalui….:’)


aku berkawan dengan Am (rakan sekerja) dari semester 1 lagi tapi kami tak pernah berjumpa, kami cuma berhubung dalam laman muka buku dan SMS sahaja, tiga semester perkenalan kami tidak pernah bersua sampai… semester tiga, kami dikehendaki mencari tempat Latihan Industri dan aku mendapat tempat yang mana mereka meminta seorang lagi rakan lelaki. memandangkan aku tiada kawan lelaki sekelas yang tinggal di Pulau Pinang, aku teringat sorang kawan yang aku tak pernah jumpa dari PSAS. aku mencadangkan dia menjalani Latihan dengan aku, Am hapy sangat sebab tanpa perlu dia cari, tawaran datang begitu saja plus ada gang kan. sampai suatu hari, aku meminta pengesahan daripada firma tersebut, mereka menyatakan yang mendapat tempat Am sahaja bukan aku. sedihkan? macam kejam pun ada, dah aku dapatkan sorang pekerja lelaki, aku dibuang begitu saja. not bad, aku khabarkan, Am pergi saja, aku akan cari tempat lain, tapi Am tak setuju, mungkin dia rasa bersalah, dia nak jugak LI dengan aku. kali ni Am cakap, biar dia yang cari.


tak beberapa hari lepastu, firma tersebut menelefon aku dan memaklumkan yang aku dan Am mendapat tempat di sana. kejap dapat, kejap tak, apekehenyeyo? tanpa pertimbangan lain, aku setuju saja tapi bukan Am, dia kurang bersetuju. katanya. sudahlah cuba tempat lain tapi alasan aku, kalau tempat lain belum tentu kita boleh LI sama-sama. alang-alang dah dapat tempat, kita setuju saja. maka dengan itu sama-samalah kami LI.

cerita pasal Am aja, Atin camna? Atin ni kawan sekelas je..  kisah dia awal lagi aku post di sini…
http://aimiamiza.blogspot.com/2012/02/kepada-aimi.html




begin with a single step  ;)

sebenarnya post ni dah siap lama dah tapi tak publish pun, selepas beberapa kali pertimbangan nak terbitkan pos ni, aku buang kisah yang tak berapa nak indah dalam post ni. kalau tak, memang panjang karangan aku tapi dipendekkan, itu kisah dugaan, biar la kami yang lalui J

apa gunanya catat kat sini sebab apa pun yang dah berlalu bukan sedih yang akan dikenang, tapi keindahan J




Am cakap
‘’tulah Aimi, Am ajak pi BEQS takmau,




ada lagi no BEQS dalam anset

Am, i’m surry for troubling you about five months.


aku ceritakan kat Atin penyesalan aku bawa Am datang sini, sekurang-kurangnya aku dah menyusahkan hidup dia. Atin cakap ;

“takpelah Aimi, sabar, kita susah masa LI, sapa tahu kita senang masa kerja?”

kata-kata ni aku pegang sampai sekarang…:’)
bukan QS saja yang kami praktiskan di sini, betapa beruntungnya kami..



gambar hiasan ihsan Google

bukan itu sahaja, 6 bulan bekerja gaji kami dapat hari terakhir Latihan Industri dengan cek RM400
jatuh RM66 sebulan. J
ada ja yang merungut dapat gaji sebulan RM100. setiap bulan tu.

sebelum LI, mesti berangan kan, dapat elaun, nak jimat duit PTPTN, tapi kita hanya mampu berangan.

Amm, Atin, mungkin kita rasa dizalimi. mungkin gaji kita murah, tapi ilmu yang kita dapat mahal daripada kawan kawan yang lain.

mungkin di situ adilnya J
bersyukurla, rezeki kita takat itu sahaja.

bole je nak tulis emo. malas nak banyak songeh. muha3.



selamat datang ke Kota Keriangan kami ;’)

bukan Planking.







Atin,
 sampai sekarang Aimi terfikir, kita akan rapat macamni lagikah dekat kelas nanti sebab Aimi akan balik dengan puak sebelum, ingat lagi kan post kepada Aimi, perbezaan pendapat juga adalah salah satu ujian dalam sebuah pertemuan..

Am,
nanti kita balik tempat asal, walaupun kita dah tak belajar sekali, semoga kita tetap saling tolong menolong, macam sebelum ni..

mesti rindu…


=)





Thursday, May 10, 2012



terlihat sekeping gambar... dan terjatuh cinta. oh my dear~~

*__*






Wednesday, May 9, 2012

selamat pagi

bangun awal pukul 5 pagi siapkan coding yang bukan kerja aku. emm. burung bangun awal lagi kep? pukul berapa eah? kalau awal lagi, tunggu esok aku tanak tidor. tak abis abis cakap pasal burung.. burung ada cakap pasal aku? 

sambung pasal kerja, tinggal nak baca plan, alahai… seminggu lagi…sabar…

# selamat pagi

walaupun dah petang
(baru nak wish)

=p


cukkkk cakkk..~


Sunday, May 6, 2012

liar

#  there are only TWO persons I trust in this world, one is me and another one is not YOU !!


Muahaaha....


* everybody lies

.

Saturday, May 5, 2012


dear time why no you leave me in peace ?
FOREVER ALONE

T_T

.

Thursday, May 3, 2012

doakan aku

"hang doa kat aku, hang tak doa siap hang"

   

macam neh pun ada? paksa paksa agar didoakan, adalahkan setelah diadakan, papelah, janji comel.. jarang sekali dia nak telefon, kerapkali kalau kat tempat study, teruk sangat kot dia rasa sampai cakap macam tu.. teringat aku lettew~ suara pun serak sangat, kesian.. dear fiends out there, he is 

Mohd Hafiz bin Othman 
(kawan baikku yang jahat) 
ikut dan hampa la nak bagi hat mana, 

dah empat hari demam panas, lets pray for him :)

,

Tuesday, May 1, 2012

bukan saja-saja



bukan saja-saja Allah meletakkan kamu dalam 'bidang' itu
bukan saja-saja Allah mengurniakan kamu 'kepakaran' itu
bukan saja-saja Allah memasukkan kamu 'kelemahan' itu
bukan saja-saja Allah memberikan 'ujian' sebegitu
bukan saja-saja Allah biarkan kamu mengemudi dalam 'keadaan' begitu

;
;

melainkan Allah tahu kamu akan memberikan sesuatu dalam bidang itu
melainkan Allah tahu kamu bakal membiakkan ilmu-ilmu itu
melainkan Allah akan temukan kamu dengan insan ikhlas membantu
melainkan Allah mahu menguatkanmu
melainkan Allah mahu kamu tahu betapa tingginya kasih sayang-Nya padamu

,

salahkah angan ini ?

 

Kalau di beri peluang, China atau Jepun yang awak pilih?

China?
atas alasan tertentu. sekarang saya bercakap tentang Jepun. kakak yang dapatkan aku Naturactor dari Jepun memperlawa aku ke sana, suaminya tak ikut serta, alasan kerja.


"jommm Aimi"


betul kak neh?
*_*
(mata berpinar-pinar)




:
:
:
:







betulla, tapi kak tak sponser, hahaha.


nak gi sana ribu ribu la, duit nak ke sana adala. kalau Aimi pegi sana, Aimi tak balik dah, kerja dulu bagi cukup duit tiket nak balik, haha.


lalu aku ceritakan pada Mak,
"Mak, nanti habis diploma, kak nak pegi Jepun.."


kakcik mencelah,
hang pi sana mesti mak suruh hang kawin dulu, bahaya.


ceq nak cari duit bukan nak kawin lagi.
okay simpan dulu hujah anda yang cakap kahwin pun bole cari duit. simpan. tengok tengok habis diploma dah kawin, hahahaah.. cerita ni sampai ke pengetahuan paktam yang baru mendapat gelaran Doktor, alhamdulillah. tumpang gembira buat paktam.. kata paktam, tunggu paktam kerja dua tahun dulu, kita pergi sama-sama, kawan paktam pun ada kat sana ..


ada intention nak sambung degree in Quantity Surveying tapi entah..

the road will taken is..

masa akan jawab nanti..

:)


salahkah angan ini?

,

Monday, April 30, 2012

sale sale sale

bismillah.

i cant beliv dat im strong enogh !

camni la jadi post tak tahwan. kalau tak bole lelama kat rumah, mesti nak keluar, takda duit pun takpe, tengok tengok je, ahah. tapi walau praktikal tak dapat elaun tapi tak tau lah kot kot ada ihsan kesian kat kami yang menyumbang tenaga tanpa mengharapkan balasan. kawan kawan yang seangkatan lain bising elaun masuk lambat, tapi...

tapi cukuplah kami nak cenyomm ja , hahahahah.


resah
mula mula resah bila dapat tau tak dapat elaun tiap tiap bulan.

tak berniat sangat nak bergelumang dengan duit tapi just taknak duit PTPTN habis licin, bermodalkan serendah RM150.

sebab resah tu lah lahirnya
http://viaimi.blogspot.com/

sambil promote 
=p

sesapa berminat nak beli banyak Naturactor dengan Aimi boleh beli dengan harga borong, Aimi dapat betul betul dari Jepun, ada postel parcel code sebagai bukti shipping ..
bukan Naturactor saja, Dermafal, Catalyst pun ada :)

tiba tiba


betul sangat janji Dia, buat post ni dengan mata berkaca kaca.

='(

sekarang duit tak pernah tak ada,
Alhamdulillah, walau tak banyak, cukupla.
rezeki Allah beri.

dengan ini :


bersyukur pada orang yang menyakitiku
kerana dialah yang menabahkan hatiku


bersyukur pada orang yang tak mengendahkanku
kerana dia yang memupuk berdikariku


bersyukur pada orang yang menjatuhkanku
kerana dialah yang memperhebatkan ablitiku


bersyukur pada orang yang menyeksaku
kerana dialah yang menguji kesabaranku


bersyukurku kepada Allah
kerana DIA Maha Mengetahui apa yang terbaik buatku

ada lagi senonoh?
semua orang kontrol cun **bosann**


Padini sale 70% baq hiang.
gila jahanam duit aku.

,

Friday, April 27, 2012

something is missing

bahan binaan masa depan.

there's too many bad things happened to me today.

i'm thinking for more than twice...

daripada tempat kerja, sampai balik rumah, tak tahu apa, tapi yang pasti semua buruk itu, aku.

 ='(

struktur bangunan kehidupan semestinya belum utuh untuk terus bertahan.

kerana campuran konkrit yang tidak sekata dan bahan binaan yang digunakan tidak berkualiti.. 





tak pernah tak senget,
siapa tahu impian nak bawak lori tercapai suatu hari nanti.


what is the purpose of my life ?





;)

Wednesday, April 25, 2012

tips penjagaan bibir

bismillah

Rosenah lepas baca post ni, jangan nak Justin Bibiaq sangatla.


sebelum ni ada post tentang penjagaan bibir tanpa gincu, malas nak letak link kat sini sebab aku akan malu bila baca post lama. pelik, malu apa pun tak tau. post tu ada dalam widget popular post cecece, gitau gak (sambil tutup muka)

tadi pergi Cosway dengan Atin, tolong ambil barang Puan ;)
pandangan terhenti kat ruang mekap, geram bila tengok warna gincu yang, erghhh.. tahan pliss tahan...


camna pun, nafsu bergincu terpaksa ditahan sebab masih lagi pegang pesan Mak dari beberapa tahun yang lalu,

 "kakak jangan beli gincu okay"

atas sebaris ayat di atas pastilah ada sebab kenapa Mak larang, kan? 
apa pun alasan, masing masing boleh fikir...

sebelum tu jom kita baca

antara penyebab bibir kering :
1. pencemaran udara dan debu.
2. perubahan suhu membuat bibir pecah.
3. makanan yang terlalu masam atau masin.
4. merokok.
5. kurang minum air putih.
6. bahan kosmetik seperti gincu yang mempunyai kimia.
7. kecenderungan menjilat bibir, air liur terdapat kelenjar enzim yang menyebabkan radang bibir, menjadikan ia lebih kering.

antara cara-cara mengatasi bibir kering :
1. elakkan berada di bawah terik matahari terlalu lama, sinar matahari menyebabkan bibir kering, if can gunakan pelembab bibir yang mengandungi pelindung sinar matahari, pelembab pun aku takde, perempuan apekah ini?
2. sebelum membeli gincu, pastikan kandungannya. sebaiknya mempunyai pelembab.
3. minum banyak air putih.
4. jauhi rokok kerana kandungan kimianya menyebabkan bibir hitam.
5. selain pelembab yang ada di pasaran, anda juga boleh menggunakan madu sebagai pelembab.
6. urut bibir dengan minyak zaitun bagi melancarkan peredaran darah.
7. sapu marjerin pada bibir sebelum tidur untuk mengekalkan tahap kelembapan bibir.
8. haaa! yang ni aku selalu buat ;

 setiap pagi aku akan berus bibir dengan berus gigi, 
boleh tanggalkan sel kulit mati :)

;
;





sesapa yang suka pakai gincu, kat bawah ni ada link cara nak solek bibir, best !


Friday, April 20, 2012

malu pada burung

 bangun awal harini  :-D
tapi masih lagi malu pada burung kerana ia lebih mendahului.



best tengok burung terbang. 

dari Umar ibn Khattab r.a, ia berkata Rasulullah saw bersabda, "Jika kamu semua bertawakkal kepada Allah seperti seekor burung diberi rezeki. Berpagi-pagi ia pergi dengan perut yang kosong dan pulang dengan perut yang kenyang." (Hadis Riwayat : Imam Tarmizi dan katanya hadis ini Hassan Sahih pada bab Tawakkal kepada Allah)

Berdasarkan hadis di atas, ianya menunjukkan bahawa sifat yang mulia ada pada seekor burung perlu diambil oleh seorang mukmin ialah sifat tawakkalnya kepada Allah, bukan itu sahaja malah ada lagi sifat mulia yang ada pada seekor burung, gambar-gambar di bawah sudah cukup memberi kesan mengenai sifat kasih sayang Allah yang melata bukan sahaja kepada manusia malah juga kepada binatang.


cuba menolong pasangan


namun akhirnya pasangan meninggal dunia


berteriak meminta pertolongan


akhirnya terpaku sedih di sisi jasad pasangan..

;
;

gambaran secebis dari sifat "rahmat" (kasih sayang) Allah yang diberi meskipun kepada binatang yang dibandingkan dengan manusia yang berakal.


dari Abu Hurairah r.a, dari Nabi saw, beliau bersabda, "Sesungguhnya Allah swt mempunyai seratus rahmat (kasih sayang). Dia turunkan satu rahmat sahaja di kalangan jin, manusia, binatang, dan juga binatang melata. Dengan rahmat itulah seekor binatang liar pun mengasihi anaknya. Dan Allah swt menangguhkan 99 rahmat lagi yang akan digunakan untuk merahmati hamba-hambaNya di hari Kiamat." (Hadis Riwayat : Imam  Muslim)

semoga Allah mencampakkan kepada kita semua secebis dari sifat kasih sayangNya...


bird photos credit to abunawaf.com







untunglah boleh terbang


T_T





,

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...