CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, September 11, 2011

doley doley

Who's this? 
 this She is Doley Doley.
Dia cantik , saya rasa rendah diri , okay janganlah ketawakan saya  :')
-
-
-

Wanita yang baik
adalah wanita yang bangga dengan dirinya
dia menghormati orang lain
seperti menghormati dirinya sendiri
saya, hormat?

Wanita yang baik adalah
wanita yang kuat
dalam melewati
ranjau-ranjau yang menghadang dalam kehidupannya
saya, kuat?

Wanita yang baik adalah
wanita yang penuh dengan harapan
yang cukup kuat untuk membuatkan
semua harapan dan impian itu menjadi kenyataan
saya. ada harapan?

Wanita yang baik 
mengenal masa lalu
dia mengerti keadaan masa kini
serta bersedia menghadapi masa depan
saya, baik?

We are what we pretend to be, so be careful about what we pretend to be.
"I am not who I pretend to be"

because

I was born an original
I don't want to die a copy
 

Saturday, September 10, 2011

Masa Lalu Tertinggal

aku adalah jari jari memegang roda putar bumi
tenang disisi panikku mengetuk rasa membawaku

disini tersenyum
disatu diri kumelamun
terangi sisi gelapku merenung…
arah menuntunku
sedari langkahku, dicelah bumi ku terpaku
mencari erti hidupku yang baru,
relakan nafasku
kumenunggu datang terang
biarkan gelap menghilang
bantu aku tuk menunggu
roda membawaku

dan kini kubiarkan
masa lalu menghilang
 tanpa beban aku meninggalkan belakang

lalu kubiarkan
masa lalu menghilang
tanpa beban aku meninggalkan belakang



Thursday, September 8, 2011

Aku malu

Refer tajuk. Aku pemalu? Buat yang mengenali aku, Jangan gelak .

Okay, boleh kita mulakan? 
Kawan-kawan yang nak sangat baca post Pulau Terindah, buat aku rasa terharu. tersipu-sipu pun ade sambil pegang baju pusing badan kedepan ke belakang.  
Yang sebenarnya Memi, kau memang suka kan ada unique visitor, lepastu buat-buat tersipu malu, memang nak kena lempang!

Haritu, masa aku berjalan pulang dari kelas, Doley sempat beralih ke arah  belakang
“kami baca blog hampa, best”

Lain hari plak masa aku teman kawan aku pergi bilik JPP, MedeXx menyapa
“hai blogger”

Tak sangka, ada jugak orang baca blog aku yang picisan lagi hingusan, saya Aimi Amiza binti_____Apa? Nama penuh? Mai doploh sen! Dengan rasa rendah dirinya menyatakan blog saya picisan, Wahhhhh tadi kau cakap aku, sekarang saya pulak, tadi kau, satgi hang pulak.. Biar laaa, blog aku kan, aku dah cakap tadi, picisan .

Kalau nak story orang puji memang aku tak ingat sangat nak karang kat sini, lantaklah! Orang yang kutuk pun ada jugak, sepanjang tempoh aku aktif ni,  
ada yang tuduh aku blogger handalan. Sungguh, aku malu. bermacam-macam lagi tuduhan.


 Sampaikan aku tukarkan website kat personal Account aku. Aku malu.





Ada jugak yang cakap aku tipu notification tu, yang sebenarnya aku cuma bertuah di sini sebab di invite menjadi admin. Itu sahaja, dan tiada unsur photoshop pun kat pic di atas sebab notification tu memang tak terusik. Yang ni cerita page aku di invite. Sekarang dah 50k. berguna sangat kalau kau nak promosi barang2 ke hape ke.




Page blog aku sendiri, 4 sure aku tak aktif langsung kat page ni, aku tersilap daftar page tu dengan nama aku sendiri, sebab tu aku malas nak aktif dengan page ni. Lagipun aku ni bukannya artis pun nak ada page-page sendiri ni. Kau ingat artis je boleh ada page? Dasar kolot.  Liker dah 824, aku sayang nak delete, so biarkan sahaja. Liker page aku memang static sebab aku tak promote pun, yang aku perasan, yang like tu pun sebab singgah blog, sebab tu tak banyak.  Tapi yang tak puas hati tu, kenapa? Page tu memang untuk product, tak kisahlah kau nak publishkan website, jual barang ke, jual badan ke (haha, ade ke yang buat?) Cuma ada tolong kawan promote barang dia je, memang laku kat page 50k tu, Aku sayang nak delete page tu sebab nanti bila aku ada kesempatan nak jual barang aku boleh gunakan. Kau tu kolot sangatlah, page memang untuk promosi, faham?

Apa? Tak? Sila belajar  main Fesbukk lagi.
Kau tak puas hati lagi?
Aku rugi tak?  Tak kan?

“Semua benda nak cerita kat blog, show off doe dia ni”

Tak suka? Sila berambus.





Aku cakap berambus!


Ada blogger buatkan Aimi doodle

 Weeeeeee, shukaaanya.. Awat pasepa? Tak percayakah? Tak puas hati lagi sila masuk link bawah ni;


Kalau korang pun nak jugak boleh la request satu kat Ninie ok? Best kan doodle tu. Sebelum ni ada post Aimi tentang doodle.. Tapi tak berkesempatan nak belajar dengan Cik Lina. Cuti raya seminggu memang tak cukup !! Ditambah pulak dengan assignment yang bersepah-sepah :(
Tapi bawak balik jer assignment, bukan buat punn, HAHA.




Gigi kuning I yang menyerlahhh . HAHA.
Tima kacih Ninie.
Salam Ukhwah fillah :')

Wednesday, September 7, 2011

Ayuh

There's a voice that calls me
From somewhere deep inside
A voice that will not give me peace,
Until at least i've tried
To catch that bright elusive star,
Though foolish it may seem
To those not driven as we are
To hold on to a dream.
 
And then that voice inside of me
That others cannot know
Tells me that my chance will come,
That I must not let go.
And you'll know why I had to try
To hold on to my dream.

Entah kenapa semenjak dua menjak ni, rasa malas sangat, padahal nak sangat apa yang diimpikan.

Entah kenapa.


Ayuh..
Serpihan semangat itu












Masih tersisa ..
:'(





Monday, September 5, 2011

It's your day



I’m just creepin here to express my feelings.

Sometimes my feelings are so hot that I have to take the pen and put them out on paper to keep them from setting me afire inside; then all that ink and labor are wasted because I can't print the results.
I’m feelin so hard to say so...
Thank God.


What I’ve wanted  to say just smile :’)

And it’s my day..


Saturday, September 3, 2011

Four






Thursday, September 1, 2011

Aidilfitri 2011


Assalamualaikum? Jawabjawabjawab! Takut je nak update takut follower dah taknak baca entri Aimi sebab menipu update Kisah Raya di sini.. Follow jugakkan? ishh.

Aimi Nadia merangkap bibik yang tolong ironkan baju kami semua. Rasa macam orang kaya plak, haha.


Inilah masanya untuk menarekk, ronda sekampung ye Bang? Saya tak pedulikkk, janji masyukk..!!


Family first, bring your heart home.

Di kesempatan ini, saya memohon maaf kepada GGL kerana tidak bersama untuk berbuka puasa kerana terlalu seronok berbuka dan bersahur dengan keluarga :)

Terlalu. Bingit. Ini serius.



Alololo, hihi ;)

Haritu Aimi cakap nak kumpul pic kan untuk entri ni tapi kenapa pic sikit pulak? Maaf ek, aksi-aksi kami sesuai untuk tontonan 18 tahun dan ke atas sahaja. Takut reader [s] muntah hijau pulak. Maaf sekali lagi.


 Can you see pic dekat kubur? Ini kerja Aimi Nadia again and again. Haihhhhhh, kat kubur pun dia husung kamera, pic ni dekat Kepala Batas ketika kami menziarahi kubur Tok Wan Chinn.


 Ketika Aimi menadahkan tangan, ada seorang budak laki-laki turut serta entah dari mana arahnya.

Jatuh dari langit? Mungkinkah?

So cute, alang-alang dah ada kamera, apa lagi? Muka budak ni kemerah-merahan tanpa sebarang blusher. Ngehngeh. Perangai dia pun cute kejar-kejar Mak Aimi sebab nak salam, kan dah dapat duit raya, kan budak kan? Kankankan.


Inilah kisah Raya Aimi
dengan Sepasang Kurung Nan Biru. Kisah ini takkan berakhir selagi 
Tuhan sudi pinjamkan nafasNya.
 
Dan


kisah ini takkan pernah sempurna tanpa kehadirannya :') 


Tuesday, August 30, 2011

Kisah Raya di sini..

Kami tau kami hodoh tapi kami best.


Wekkkkk. Kena tipu kena tipu, sibuk-sibuk-sibuk pehal?? Bukak blog I sape suruh! Update ini nak ceritakan kisah pengembala kambing dengan serigala. Pengembala kambing ni suka berbohong. Mula-mula memang best kenakan orang. Lama kelamaan orang dah tak percaya lagi, kan dah termakan diri sendiri. Lepas ni mesti korang dah taknak buka blog Aimi kan.. kesah ke aku? hihihi. Tapi baru 1st time Aimi tipu kan? Pengembala kambing tu 3 kali baru orang dah tak percayakan dia. Lepas ni korang keep hangin on my blog lagi k? hihihihi...Memang nak update raya pun. Tengah kumpul-kumpul pic sekarang ni.

Apa kena mengena cerita raya dengan pengembala kambing?

"Saja nak menipu"

haihhh. Teringat zaman tadika dulu Cikgu Suriani ceritakan kisah ini. Tiba-tiba, hehe. Awak tak tahu ke kisah "Pengembala Kambing dengan Serigala" . Tatau sudaaa. So the moral of the story jangan berbohong lagi lepas ni ye Memi?

Ni post raya lepas hupdet, klik link bawah tOoooo;
http://aimiamiza.blogspot.com/2011/09/aidilfitri-2011.html


,

Sunday, August 28, 2011

Wahai Dirimu...

Wahai dirimu pemain cinta
Penikmat nafsu dunia
Walau dirimu begitu indah
Maaf kau tak pantas bagiku
Direlung kalbu yang terdalam
Getaran asmara masih tersisa
Memang dalam bermain cinta
Kadang kau terlihat sempurna
Eloknya parasmu rabunkan mata batinku
Ku harus berpaling meski kau memohon

; Ada Band , Pemain Cinta..


Wordless Monday

Engkau WW, aku WM !
Ade aku kesah??

Teheeeeeee! Susah kot nak tengok Ryo cenyomm.


Friday, August 26, 2011

Pulau Terindah

Kerana kamu memulau aku, aku tajukkan entri ni dengan 
"Pulau Terindah dalam hidupku" 


Bila diingat ada juga beberapa orang kawan aku yang bertanya ,
“Eh Aimi kau bukan dulu tiga sekawan ke dengan dorang”
Aku terdiam. Aku kelu, aku sendiri tak tahu jawapan kepada soalan tu, takkan aku nak cakap dorang yang pulau aku? Mungkin jugak salah aku, Tak tahu punca kenapa begitu. Tapi jawapannya hanya tersenyum.

Sungguh aku tak tahu.
Aku bercakap, tapi tak diendah.

Hebatlahhh kau, buat aku rasa bodoh. 


Semester satu aku dipulau tanpa aku tahu apa sebabnya. Semester tiga baru aku tahu punca. Aku didatangi salah seorang daripada mereka dan memohon maaf atas apa yang dia dah lakukan. Maaf kerana mendengar kata-kata tanpa menilai.
 Puncanya kawan ke tiga [bukan yang memohon maaf]
memburuk-burukkan aku dengan alasan aku ramai kawan lelaki.


Hebatlah kau, hampir tiga semester buat orang lain buruk sangka kat aku.
 

     Tapi aku yang dimaklumkan dengan alasan aku mempunyai ramai kawan lelaki menjadi sebaliknya kepada insan yang telah memburuk-burukkan aku sehingga aku dipinggirkan. Dia berubah seratus lapan puluh darjah! Dulu kau pulaukan aku dengan alasan aku kawan dengan ramai lelaki, tapi kau sekarang? Pulang ke rumah lewat malam,  menunggang  motosikal bersama dengan lelaki yang bukan siapa-siapa pun untuk kau. Kau yang pulaukan aku dengan alasan itu,
 “Ada pernah aku naik motor tak tahwan ngan mana-mana laki baq ang??”
Takde.

 Paham tak? [Ayat Penang hiihihi]

Maaf, aku takda hak nak cakap gitu , aku pun naik moto ngan laki gak, tapi abang aku laaaaa.


   
“ Jangan meludah ke langit’’
Aku kenal kau lebih lama daripada yang telah memohon maaf. Zaman sekolah menengah lagi. Tapi apa yang kau dah buat kat aku? Terima kasih untuk kenangan itu, sekurang-kurangnya aku dapat tahu pandangan kau terhadap aku. Mungkin aku dapat betulkan yang salah. Tapi dengan sejujur-jujurnya. Aku senang berkawan dengan lelaki. Mungkin aku :


-Dah biasa dengan perangai abang aku yang kadang-kadang pelik.

Aku dah flexible dengan laki tu dari zaman purba aku lagi kot, aku terbiasa.

Sampai sekarang. 

Perlu ke pulau aku kawan dengan laki? Oh takde laki yang nak kawan dengan kau kan.. Fineeeeeeeeee.

-Jarang jumpa lelaki yang hasad dengki
-Berterus terang walaupun percakapan mereka kasar, no biggie..Chill jyeah, hahaha.
-Bersifat melindungi. Betul, selama aku kenal abang aku 19 tahun.

Aku belum lagi ada Romeo. Kau untung ade BF, tu pun nak sangat pulau aku.
Best kan pulau orang?
Yang pasti, kau pulau aku, kawan aku lagi ramai kot, bertukar group lain and you see ramai kawan aku yang excited suruh aku publish post ni..
;] 
Berterima kasihlah pada orang yang telah mengkhianati mu.. kerana dia telah melatih kesabaran dan menguji kesetiaan mu..
Berterima kasihlah pada orang yang mengecewakan mu.. kerana dia telah melatih mu untuk lebih ikhlas..
Berterima kasihlah pada orang yang menjaga dan mengerti semua keadaan mu.. kerana di situlah Rahmat Allah ada bersama mu..
Ya, salah aku.
:(

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...