CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Saturday, June 11, 2011

Sesungguhnya Allah Menyayangimu




Sejak akhir-akhir ini, seorang teman rapat pernah mengadu kepada saya, mengapa dirinya tidak habis-habis ditimpa musibah dan masalah yang cukup berat didalam kehidupan beliau.

Memang hidup ini tidak akan pernah sunyi dari setiap dugaan dan ujian. Apa yang boleh saya katakan, sebagai umat Islam seharusnya kita yakin sesungguhnya setiap cabaran dan ujian hidup itu adalah bukti kasih sayang Allah terhadap kita.

Berdasarkan dalil daripada ayat 15-17, surah al-Fijr, kita harus fahami bahawa setiap kenikmatan dan kelapangan yang diberikan itu BUKAN bermakna Allah telah memberikan kemuliaan. Dan setiap orang yang diberikan ujian dan cubaan itu BUKAN bererti Allah telah menghinakannya.

Ibnu Qayyim dalam mensyarahkan dalil daripada ayat-ayat tersebut menyatakan golongan pertama itu sebenarnya telah diuji dengan beberapa kenikmatan dan golongan yang kedua itu pula telah dimuliakan dengan diberinya cubaan dan ujian.

Apa yang penting bersabar dan bermuhasabahlah selalu kepada Allah swt. Setiap orang yang beriman pasti akan menerima cubaan. Yang pasti, setiap ujian itu akan sentiasa kita alami sepanjang hayat, cuma tahap dan bentuknya mungkin berbeza-beza.

Sebagaimana yang diriwayatkan dari sebuah hadis,

Saad bin Abi Waqqas pernah bertanya kepada Rasulullah saw., Siapakah orang yang paling berat cubaannya ?

Jawab baginda, Di antara orang-orang  yang paling berat cubaannya ialah para nabi, kemudian mereka yang seumpama dan seterusnya. Seseorang itu diuji sesuai dengan kadar agamanya. Jika dia mempunyai kekuatan dalam agamanya, maka beratlah ujian yang diterimanya. Sekira agamanya lemah, tentu dia akan diuji sesuai dengan kadar agamanya. Ujian akan selalu datang menimpa seorang hamba selagi dia masih berpijak di atas bumi, dan sehingga tiada lagi kesalahan padanya.

(Riwayat Tirmizi)


Setiap kali diuji, walau seberat manapun cabarannya, ketahuilah... ianya akan menjadi kayu pengukur yang menentukan keteguhan iman seseorang. Pelbagai ujian dan dugaan yang diterima itu, adalah bukti kasih sayang pencipta terhadap hambaNya. Dan juga untuk memastikan kita semua memiliki iman yang lebih kuat selepas berjaya menempuhnya dengan penuh kesabaran. 

Imam Ghazali ada menulis di dalam kitabnya Mukasyafah Al Qulub,Sesungguhnya bala merupakan pelita bagi orang arif, menyedarkan orang murtad, memperbaiki orang mukmin dan menghancurkan orang yang lupa. Tidak seorang pun akan mendapat manisnya iman sebelum dia ditimpa bala, rela dan bersabar.

Selain bersabar. Apa yang paling penting ingatlah Allah dan berdoalah selalu. Doa itu adalah ubat yang paling mujarab. Menurut Ibn Qayyim di dalam kitabnya Ad Da Wad Dawaa, Doa adalah musuh segala bencana. Ianya dapat menolak malah dapat menghilangkannya. Ataupun sekurang-kurangnya doa itu akan dapat meringankan segala bentuk musibah yang datang.

Sesungguhnya berdoa itu adalah senjata orang mukmin. Sebagaimana sabda Rasulullah saw yang diriwayatkan oleh Al-Hakim di dalam kitab sahihnya yang berasal dari Ali bin Abi Talib ra., sabda Rasulullah saw,

Doa adalah senjata orang mukmin, tiang agama dan cahaya langit serta bumi. 


Akhir sekali, cuba baca perlahan-lahan dan hayatilah sabda Rasulullah saw dibawah yang maksudnya cukup indah dan mendalam sekali. Semoga ianya serba sedikit boleh menjadi penawar ataupun sekurang-kurangnya memberi sedikit suntikan kekuatan untuk kita di dalam menempuh apa saja ujian yang datang.

Janji Allah dalam sabda Rasulullah saw,

Tiada seorang Muslim pun yang ditimpa sesuatu yang menyakitkan berupa penyakit atau lainnya, melainkan kerananya Allah akan menghapuskan keburukan-keburukannya sebagaimana pohon yang menggugurkan daun-daunnya.

(Hadis Riwayat Bukhari)

Friday, June 10, 2011

Fesyen Tudung Masa Depan

Sekarang ni macam-macam sangat fesyen tudung kan ?  Yuna lah , Hana Tajima lah, Hada Tadiya lah , Fesyen Ikan Bawal macam na ? hihi. Lilit la kat mana pun, senget kah mesti ada ja orang nak tiru, gantung keychain beg segala. Tapi kan , kalau korang nak tak tiru fesyen tudung dari Jepun ni ?




Senang kan ? Gantung  bantal je, tapi susah pulak nak pakai helmet.

Kenapa Hati Ini Kaku



Saya bukanlah orang yang terbaik memberi tazkirah. Orang yang dekat dengan saya sangat arif dengan saya dan kelemahan saya, tentunya kata-kata saya boleh dipersoalkan kerana banyaknya dosa-dosa yang masih berbekas dalam diri saya. Saya berkata ini bukan untuk membersihkan diri saya, apatah lagi mengatakan saya bagus, tapi itulah hakikatnya. Ada beberapa perkara yang saya rasa sangat sukar untuk dicabut dari dalam hati saya kerana hati saya masih asyik melakukannya...
Berkata seorang ulama;

Bagaimana akan dapat terangnya hati seseorang itu yang gambar dunia ini terlukis pada cermin hatinya? Atau bagaimanakah akan dapat menuju Allah padahal dia masih terikat dengan nafsu syahwatnya?Atau bagaimana akan dapat memasuki hadrat Allah taala padahal dia belum suci dari kelalaiannya( janabah)? Atau bagaimana dia berharap akan dapat mengerti rahsia-rahsia yang halus padahal dia belum bertaubat dari kekeliruannya?
rasanya kalau dapat baca text Arab tentu akan lebih faham apa yang penulis ini maksudkan..
katanya juga: Takkan mungkin berkumpul dua perkara yang berlawanan dalam satu tempat dan masa, mustahil akan terkumpulnya jahat dan baik, begitu juga mustahil akan terkumpul diam dan gerak, cahaya dan kegelapan. Demikian pula nur (cahaya) iman berlawanan dengan kegelapan akibat masih bersandar kepada sesuatu selain dari Allah. Demikian pula berjalan menuju Allah haruslah bebas dari belenggu hawa nafsu.

FirmanNya:
'Bertaqwalah kepada Allah dan Allah akan mengajarkanmu '
Rasulullah sendiri bersabda:
'Siapa yang mengamalkan apa yang telah diketahui maka Allah akan mewariskannya apa yang tidak diketahuinya'
Sahl bin Abdullah Atustary r.a berkata: kebaikan itu terhimpun dalam 4 pekara, dan dengan itu akan tercapai peringkat kewalian:

a) Lapar
b) Diam
c) Menyendiri
d) Bangun malam...
Innallaha ghafurun rahim.. sesungguhnya Allah penerima taubat dan penyanyang.. mungkin orang yang mendengar adalah lebih baik dari yang memberi...
Wallahualam..


Biodata Kolumnis

Nur Aisyah Zainordin merupakan seorang doktor di Royal Alexandra Hospital, Paisley, Scotland. Penulis yang berasal dari Gombak ini merupakan graduan perubatan dari University of Dundee dan kini merupakan Timbalan Presiden Majlis Syura Muslimun cawangan Scotland. Beliau aktif dalam aktiviti dakwah dan kemasyarakatan di United Kingdom dan Ireland.

Thursday, June 9, 2011

Pengumuman ! Pengumuman !

Dengan ini dimaklumkan bahawa aku sedang merajuk nak mati ! Adik makan sampai habiss.. Lapaq~



Belagaknyaaaa

But I dun mind  ):


"Please unfollow me . Thank you"


Aku pun 'unfollow..

Takpelaa , mungkin dia bagus :)
-
-
-
-
-

Kejadian ini berlaku di TUMBLR saya .


Credit: nenystory.blogspot.com


Monday, June 6, 2011

Kau Gelabah


Pabila gelabah, dengan serta mertanya otakku berhenti berfungsi ?

Entri apakah ini ? 

Alkisah tersebutlah Cik Memy yang keluar membeli makanan bagi stok makanannya di bilik. Setibanya aku di kaunter bayaran, harga menunjukkan 27.45RM. Makcik di barisan yang belakang dengan lantas datang untuk membayar. Aku dah gelabah. Duit yang sepatutnya 30RM aku kasi menjadi 35RM. Achik kehairanan melihat gelagat aku.

Masakan aku ni tak reti nak kira duit ? Atau tak habis silibus Matematik masa sekolah dulu ? Penangan gelabah , terus jammmmm . Matematik tak Matematik . Lagi satu aku tak suka buat kerja dalam keadaan kelam kabut . Automatik hasilnya kelibut . Pentingnya ayat ni “Take your time”.


 
Pabila gelabah, dengan serta mertanya otakku berhenti berfungsi ?

Test JPJ.

Yang aku perasan, sampai je kat bukit, selepas melalui Pacik JPJ, dengan serta mertanya aku terlepas brake dan clutch (betul ke eja?) . Hal ini menyebabkan kereta yang aku pandu menuruni bukit dari arah belakang .
Retest buat kali ke 2 pun aku failed kat bukit .

Mungkin .

3 kali baru cukup syarat ? Atau berkat ? Rasanya ini mungkin penangan aku lari dari JPJ setiap kali ada rOadblock . Yelah . Naik moto takde lesen  . Sampaikan nampak JPJ terus gelabah mak nenek .
                                                                   



Sunday, June 5, 2011

Kesian kau .

Patutla ketat semacam masa aku nak tutup pintu toilet tadi, rupa rupanya aku terkepit sekali dengan katak.

Kesian . Sakit kot..



Friday, June 3, 2011

Nak macam ni :P


Thats a totally beautiful body…now this is what i need for holiday still got curves but flat and toned <3


Planking

The Crazy New Trend Taking Over the World!

Tau tak pasal trend terbaru ni ? Planking namanya, jadi ikutan dah sekarang ada jugak artis kat Eropah yang dah terikut trend ni, asal dari Australia. Shematt jugak aku tengok, tapi yang pakai tudung tu kalau buat huduh siattt :P



It's hilariously stupid. Just be careful where you do it :)
Shematt memang la shemat walaubagaimanapun polis mengingatkan agar pelaku2 berhati hati kerana planking boleh menyebabkan kematian, Opsss





The reason is ?

Thursday, June 2, 2011

Atau Bodoh ?

Sila klik gambar untuk memahami :P
Dah lekat tapak kasut, kalau buka kasut lekat pulak tapak kaki ?

Aku tak faham !

Lah weyyy , awad bill Maxis aku mai lagu ni ?

Dak .

Bukan apa . 
Nama aku bukan Ahmad Razali bin Ahmad !

Jauh beza jantinanya . grrrrrrrr !




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...