.bismillah ;
Tuesday, April 29, 2014
Sunday, April 27, 2014
sama-sama
.bismillah ;
"TERIMA KASIH MUSLIMAT !!
terima kasih kerana menutup aurat sehingga tutup dada mu , kerana kalian telah membantu kami sang lelaki mengawal hawa nafsu
terima kasih kerana kalian menjadi sedikit sombong , kalian menyelamatkan kami dari semakin menghampiri mu secara tidak terhormat.
terima kasih muslimah kerana kalian tidak melayan mesej-mesej dari kami , kalian menyelamatkn kami dari zina hati
terima kasih muslimah kerana kalian menjaga diri sebelum bernikah, pasti kelak suami mu tidak resah kerana beristerikan wanita yang menjaga kehormatan dirinya.
terima kasih wahai muslimah !
kalian tidak sengaja melenggokkan suara dan tubuh mu.
kerana kalian tahu, kelemahan seorang lelaki pada pujuk rayu seorang gadis
tetapi KETAHUILAH kalian muslimah !!
kalian akan menjadi KEKUATAN buat lelaki SETELAH BERGELAR SEORANG ISTERI RASULULLAH SAYANG AKAN MUSLIMAH
**MUSLIMAH SOLEHAH LEBIH BERHARGA DARI DUNIA DAN SEISINYA"
-Pencetus Ummah Rahmat Ikhsan
here
Terbitan Pesona Algebra at 7:45 AM 0 Orang Terkentut
Saturday, April 26, 2014
cerita raya 2013
.bismillah ;
.hey
i got nothing to talk to tapi nak jugak menulis lepas godek-godek folder lama , banyak ja gambar yang boleh dibuat caption macam karangan , tapi aimi pilih gambar masa 1st Aidilfitri 2013 ;)
.so this is me .balik sembahyang raya ,patutlah ada sorang mamat ni ushar pelik ,mungkin dia heran kenapa teruk sangat awning tudung aimi terpleot sedangkan ini first day raya .tudung adik aimi kot ,tu pun depa dah tak mau pakai .masa tu aimi kat kubur .kubur tok .setiap kali raya ,takmau raya ,nak puasa ja ,boleh macam tu? baju raya pun takmau ada ,ini baju kuliah ,pakai masa raya .tatahu kenapa baju raya is nothin for me .hari raya tapi apa-apa aja .mungkin sebab dah dewasa? .perempuan mesti nak lawa lawa ,perempuan kena kemas-kemas ,jangan sememeh macam aimi .ada macam saya tak? this is not good okay
.yang menyibuk tu aimi nadirah .iftaruddin kat rumah tok wan .Kepala Batas ,Penang .26th ramadhan 2013 is am not mistaken ,yang pasti masa ni ramadhan dah nak tinggalkan saya .setahun selepas itu baru upload gambar
.takdaa la karangan sangat post ni ,makin dewasa makin takda apa nak cerita ,makin takda rasa
Terbitan Pesona Algebra at 10:53 AM 0 Orang Terkentut
Sunday, April 20, 2014
ini baru betul-betul terowbek
bismillah ;
godek godek lappy ,terserempak dengan gambar-gambar zaman diploma .acewah padahal tak sambung degree pun ,haha
rindunya my roomate ,ya Allah
=')
.kadang dia tengok tempat aimi serabut sangat ,dia yang kemaskan meja .terobek hatiku mengingati segala kebaikannya ,hewhew .tapi gambar hat bawah ni kitew kemas sendiri
.tak sedar dah pukul 4 pagi
T___T
#throwback
Terbitan Pesona Algebra at 1:21 PM 0 Orang Terkentut
Saturday, April 19, 2014
mc collection cover and treatment (mcct)
.bismillah ;
.sorry for the late entry dear Naturactor Original Jepun Borong
.sesiapa yang pernah guna atau familiar dengan naturactor pasti tidak asing lagi dengan meiko cosmetics ni,
.mc collection ni keluaran terbaru meiko cosmetics, betullah cakap orang MC lebih baik daripada naturactor dan octard, aimi tak pernah lagi guna octard, aimi ada baca review pengguna yang octard ni sesuai untuk kulit muka kering, kulit aimi jenis yang berminyak, sensitif. mc suit my sensitive skin :)
.when think back, kenapalah meiko cosmetics ni tak keluarkan mc collection ni awal awal dulu lagi? aimi dah berhabis banyak duit beli macam-macam foundation tapi tak sesuai. *nangis
beli, tak pakai.
beli, tak pakai.
beli, tak pakai.
.sampai kat rumah aimi ada satu kotak aimi simpan barang muka yang aimi beli tapi tak sesuai dengan kulit aimi. see? membazir sangat kan? korang beli mc collection ni tau, recommended sangat, alhamdulillah. kalau meiko cosmetics keluarkan awal-awal mc collection ni, takdelah aimi membazir sampai dah boleh buat muzium barang muka yang tak dipakai. *ehhh hahaha
.haha ,ekot suka hang la aimi ..melaram dalam bilik amir, mujur dia tak balik kerja lagi, ekekek .mata memang macam tu, tak reti lukis, takda eyeliner apa. turun tingkat bawah kot kot boleh jumpa eyeliner mak, mak pun takda benda alah tu. habis kuat foundation saja, but nvm, senang sikit nak cuci untuk wuduk.
-
-
MCCT ni ada 8 color tones - lebih banyak pilihan warna yang sesuai dengan tone kulit asia. pilihan tone warna adalah seperti berikut:
.korang boleh beeli kat sini
https://www.facebook.com/naturactororiginaljepunborong?fref=ts
.aimi dah survey, kat sini paling murah, dorang direct terus dari Jepun.
:)
tips aimi :p
- .disebabkan kulit muka aimi jenis berminyak dan sensitif. aimi lock dulu dengan biore perfect face milk untuk foundation tahan lebih lama. nanti kita review biore perfect face milk pulak tau?
- disebabkan kulit muka aimi jenis berminyak dan sensitif, kalau tersilap sikit, hmmmm. aimi amalkan memakai bedak sejuk 20 minit sebelum tidur, perasan tak, orang yang pakai bedak sejuk ni kulit muka kurang bermasalah? kalau apa-apa jenis foundation yang tak sesuai pun yang menyebabkan jerawat kat muka, yang jerawat nak naik, bila pakai bedak sejuk jew, jerawat tak jadi naik, haha.
.panjangnya mencarut kat blog, sorry na. apa pa pun thanks layan kebebelan kitew. ='D
ehhhh, satu lagi, korang, mc collection ni full coverage tau, sapu sikit ja dah cukup, tapi bila solat, cuci muka betul-betul k, sebab mc ni melekat kuat kat muka, tahan lama.
.astaghfirullah
Terbitan Pesona Algebra at 5:16 AM 0 Orang Terkentut
Labels: mc collection, mcct, meiko collection, meiko cosmetics, naturactor
Thursday, April 10, 2014
rezeki dari hujung dunia
Aimi tetap bertanya walaupun aimi tahu tweet aimi takkan dilayan memandangkan akaun Salman Al-Odah punya pengikut berjumlah 5.4 million...setahun selepas tweet tu, aimi dapat reply daripada seorang hamba Allah yang membaca pertanyaan aimi. katanya, dia akan cuba dapatkan buku tu. tak kisahlah. tapi pelik jugak, tweet tu dah setahun yang lalu, tweet will sank dalam masa seminggu ja kalau tuan aktif, akaun Salman Al-Oadah plak tu. tweet yang dah setahun ada respon?
lepas dia dapatkan buku tu, hamba Allah ni tweet Aimi, dia cakap dia nak kirimkan buku tu kat Aimi so Aimi pun kasi la alamat. tak percaya sangat selagi tak dapat..
Terbitan Pesona Algebra at 8:37 AM 0 Orang Terkentut
Tuesday, March 25, 2014
doll skin foundation by sendayu tinggi
Terbitan Pesona Algebra at 6:23 AM 0 Orang Terkentut
Saturday, March 22, 2014
akibat mendedahkan rezeki yang diperolehi
bismillah ;
tazkirah hujung minggu.
PHD.
atas niat apa pun tidak sewajarnya kita mendedahkan rezeki yang diperolehi kepada awam. ini untuk menjaga diri sendiri dan umat agar tidak terdedah kepada PHD - penyakit hasad dan dengki. kalau Rasulullah s.a.w. sudah menasihatkan umatnya dengan lafaz yang mulia - فان كل ذي نعمة محسود - "kerana sesungguhnya yang memperolehi ni'mat itu akan didengki (oleh manusia lain)." itu tandanya baginda sayang kepada umatnya. mencegah mudarat ke atas umatnya. teman-teman usahlah bercerita soal perolehan ni'mat dan rezeki di FB ini walaupun niatmu untuk membangkitkan semangat orang lain kerana kelak dirimu jua yang akan menjadi mangsa PHD ini. kamu tidak seharusnya membangkitkan PHD di dalam jiwa-jiwa muslum mu'min.
pesanan ikhlas temanmu yang dhaif.
Terbitan Pesona Algebra at 9:59 AM 0 Orang Terkentut
5 pesanan Syeikh Ahmad Yassin kepada pemuda & pemudi
bismillah ;
Syeikh Ahmad Yassin (1938-2004)
- wahai anak-anakku, telah tiba saatnya kalian kembali kepada ALLAH swt dengan meninggalkan pelbagai keseronokan dan kealpaan kehidupan dan menyingkirkannya jauh daripada kehidupan kalian. telah tiba saatnya kalian bangun dan melakukan solat subuh secara berjemaah. sudah sampai saatnya untuk kalian menghiasi diri dengan akhlak yang mulia, mengamalkan kandungan al-Quran serta mencontohi kehidupan Nabi Muhammad saw.
- aku menyeru kalian wahai anak-anakku untuk solat tepat pada waktunya. lebih dari itu, aku mengajak kalian wahai anak-anakku, untuk mendekat diri kepada sunnah Nabi kalian yang agung.
- wahai para pemuda, aku ingin kalian menyedari dan menghayati makna tanggung jawab. kalian harus tegar menghadapi kesulitan hidup dengan meninggalkan keluh kesah. aku menyeru kalian untuk menghadap ALLAH SWT dan memohon keampunan dari-Nya agar Dia memberi rezeki yang berkat kepada kalian. Aku menyeru kalian supaya menghormati orang yang lebih tua dan menyayangi orang yang lebih muda.Aku ingin kalian tidak tertidur oleh alunan-alunan muzik yang melalaikan, melupakan kata-kata yang menyebutkan cinta kepada manusia dan dunia serta menggantikannya dengan kata amal, kerja dan zikir kepada ALLAH. Wahai anak-anakku, aku amat berharap kalian tidak sibuk dengan muzik dan tidak terjerumus ke dalam arus syahwat.
- wahai puteriku, aku ingin kalian berjanji kepada ALLAH akan mengenakan hijab secara jujur dan betul. aku meminta kalian berjanji kepada ALLAH bahawa kalian akan mengambil peduli tentang agama dan Nabi kalian yang mulia. jadikanlah ibunda kalian, Khadijah dan Aisyah, sebagai teladan. jadikan mereka sebagai pelita hidup kalian. haram hukumnya bagi kalian untuk melakukan sesuatu yang boleh menarik perhatian pemuda supaya mendekati kalian. kepada semua, aku ingin kalian bersiap sedia untuk menghadapi segala sesuatu yang akan datang. bersiaplah dengan agama dan ilmu pengetahuan. bersiaplah untuk belajar dan mencari hikmah. belajarlah bagaimana hidup dalam kegelapan yang pekat. latihlah diri kalian agar dapat hidup tanpa elektrik dan peralatan elektronik. latihlah diri kalian untuk sementara waktu merasakan kehidupan yang sukar.
- biasakan diri kalian agar dapat melindungi diri dan membuat perancangan untuk masa depan. berpeganglah kepada agama kalian. carilah sebab-sebabnya dan tawakal kepada ALLAH.
here
Terbitan Pesona Algebra at 9:31 AM 0 Orang Terkentut
Thursday, March 6, 2014
being strong
bismillah ;
"have patience with what they say,
and keep away from them in a good way." [73:10]
strong people forgive.
intelligent people ignore.
and i choose to be intelligent.
surry and goodbye.
Terbitan Pesona Algebra at 7:29 AM 0 Orang Terkentut
Thursday, February 27, 2014
Tuesday, February 25, 2014
pembinaan istana di syurga bermula di sini
bismillah;
keajaiban dhuha
sharing seorang kawan kepada saya, bercerita tentang youtube 'Ustaz Yusuf Wisatahati' mengenai seorang pengusaha di Indonesia.
"saya mahu bina sebuah istana di syurga. lantas saya istiqomah menunaikan solat dhuha setiap hari 6 rakaat. setiap hari saya akan melakukannya. saya cuma mahu istana di syurga. tetapi Allah swt beri saya 4 buah rumah di dunia."
subhanAllah. masyaAllah.
target akhirat. dapat dunia percuma tanpa diminta.
here.
istiqamah dhuha merupakan salah satu amalan yang ganjarannya dijanjikan mahligai di syurga. hidup di dunia tak selamanya, apalah sangat nilainya rumah gah di dunia kelak akan musnah juge.. yukkk! :)
apa yuk yuk?
................................................
golongan yang dijanjikan mahligai di syurga :
ini adalah dari sebuah buku karya Syeikh Muhammad Nuruddin dan Marbu al-Banjari al-Makki yang diterjemahkan oleh saudara Mohd Khairulzahir bin Md. Rawan daripada Madrasah Zubaidiyah, Merbok, Kedah. di dalam buku ini ada menerangkan tentang 16 golongan yang bakal termasuk dalam golongan seperti tajuk yang dinyatakan di atas.
1. orang yang membina masjid
jangan risau, bukanlah kita perlu bina sebuah masjid baru Allah akan binakan sebuah mahligai untuk kita di dalam syurga nanti. sebab kalau begitu, maka orang kaya sahajalah yang mampu. Allah itu adil. Walau sekecil mana pun sumbangan kita dalam pembinaan masjid,, hatta 50 sen sekalipun, jika hanya itulah yang kita mampu dan kita ikhlas melakukannya, maka Allah tetap akan kira. atau kalau kita tidak mampu dari segi wang ringgit, mungkin kita boleh membantu dari segi tenaga.
2. orang yang mengeluarkan kekotoran dari masjid
islam sangat menekankan kebersihan dalam setiap aspek kehidupan. apatah lagi jika kita menjaga kebersihan rumah Allah. oleh itu, akan datang kalau kita nampak ada habuk, atau batu, atau tahi cicak dalam masjid, kutip dan buanglah ia ditempat yang sesuai. hanya dengan berbuat begini saja Allah sudah janjikan sebuah mahligai untuk kita di syurga nanti. apatah lagi kalau kita membersihkan tandas masjid, menyental kolam untuk berwudhu, atau menyapu seluruh kawasan masjid. jadi, janganlah kita panggil Tok Siak kalau kita nampak ada kekotoran di masjid. bersihkanlah kalau nak mahligai.
3. orang yang memenuhi ruang kekosongan di dalam saf
antara perkara sunat yang penting dan tidak harus diabai dan dilalaikan ialah melurus dan merapatkan saf ketika solat berjemaah. Sebab itu Umar al-Khattab dulu siap lantik orang yang khusus untuk memeriksa saf. beliau takkan memulakan solat berjemaah selagi saf tak lurus. dan dalam bab memenuhi saf ni, kita kena pentingkan diri sendiri. maknanya, kalau kita nampak ada ruang kosong di depan saf kita, janganlah nak baik hati suruh orang sebelah pergi penuhkan. kita kena dulukan diri kita sebab ini perkara untuk mendekatkan diri kita dengan Allah. lainlah kalau kita beratur untuk makan di majlis rumah terbuka, atau ketika beratur untuk naik bas. kalau kita nampak orang yang tua atau uzur, sunat untuk kita dulukan mereka.tapi bab nak penuhkan saf ni kita kena dulukan diri kita.
4. orang yang memelihara 12 rakaat sunat rawatib
solat sunat rawatib ini ialah solat sunat yang mengiringi solat fardhu. banyak hadith2 Nabi SAW yang menekankan perihal solat sunat ini. ada riwayat mengatakan bahawa perkara pertama yang akan dihisab di akhirat nanti ialah solat. jika didapati solat seseorang hamba itu kurang, akan dilihat pula adakah terdapat solat2 sunat yang dilakukannya dulu, agar dapat menampung kekurangan ini.
5. orang yang memelihara 4 rakaat sebelun fardhu asar
selain subuh, solat asar merupakan solat yang sukar untuk kita lakukan kerana tuntutan kerja. menurut hadith yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi, Allah SWT mengasihi seseorang yang mengerjakan solat sunat empat rakaat sebelum solat fardhu asar.
(aku aimi akui, aku pernah lalui kesukaran untuk asar atas dasar tuntutan kerja.)
6. orang yang menunaikan solat sunat awwabin
solat sunat awwabin ialah solat sunat sama ada 4 rakaat dengan 2 salam, atau 6 rakaat dengan 3 salam, yang dilakukan selepas solat maghrib sebelum kita berkata2. namun ada juga hadith yang mengatakan 20 rakaat. sebenarnya kalau bab2 sunat ni, tak kisahlah berepa rakaat pun. sebab ia bukan wajib. lagi banyak lagilah bagus.
7. orang yang mengamalkan solat sunat dhuha
ini adalah solat sunat yang boleh dilakukan bermula sekitar jam 7 pagi dan berakhir sebelum zohor iaitu dalam lingkungan pukul 1 tengah hari. namun yang paling afdhal ialah seperti sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “solat dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi). ia boleh dilakukan sekurang2nya 2 rakaat dan paling banyak 8 rakaat. namun menurut sesetengah qaul, i a boleh dilakukan sehinga 12 rakaat.
8. orang yang membaca surah Ad-Dukhan pada hari Jumaat dan malamnya
Ad-Dukhan bermaksud asap. ia dinamakan sedemikian kerana surah ini mengandungi amaran Allah SWT terhadap kaum kafir musyrikin bahawasanya mereka akan ditimpa azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang mengakibatkan kebuluran yang dahsyat kerana menentang Nabi SAW. Ia merupakan surah ke 44 dalam al-Quran dan mengandungi 59 ayat. Antara intipati surah ini ialah:
- malam al-Quran pertama kali diturunkan.
- segala perkara yang berhubung kait dengan kehidupan makhluk seperti hidup, mati, rezeki, nasib baik, nasib buruk dan sebagainya
- bencana kelaparan yang menimpa kaum Quraisy kerana mereka menentang Nabi Muhammad SAW.
9. orang yang meninggalkan perbalahan walaupun di pihak yang benar
islam melarang umatnya daripada berbalah di antara satu sama lain sehingga menimbulkan permusuhan. islam juga melarang umatnya menggunakan kekerasan dan paksaan dalam menyampaikan dakwah. Rasulullah SAW memberi jaminan kepada umatnya yang meninggalkan perbalahan yang boleh mendatangkan kemudaratan dan boleh menyebabkan terputusnya tali silaturrahim dengan menjanjikan sebuah rumah di dalam syurga.
akan tetapi, sekiranya perdebatan atau perbalahan itu dibuat dengan tujuan untuk memahamkan atau menjelaskan kebenaran dan dilakukan dengan cara yang baik, maka ia amatlah digalakkan. perdebatan seumpama ini merupakan salah satu cara yang dianjurkan dalam berdakwah.
10. orang yang sembahyang malam pada bulan Ramadhan
Pada bulan Ramadhan, solat sunat dikira sama pahala dengan solat fardhu. solat fardhu pula akan dilipat gandakan pahala sehingga 70 kali ganda berbanding pada bulan2 lain.
11. Orang yang berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat
Anas bin Malik meriwayatkan baginda Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, akan dibinakan oleh Allah untuknya sebuah mahligai di dalam syurga daripada permata yaqut dan zabarjad. Dan dituliskan baginya kelepasan daripada api neraka.
12. Orang yang beriman dgn Nabi SAW dan Islam serta berhiirah dan berjihad ke jalan Allah
Fadhalah bin 'Abid (ra) meriwayatkan beliau pernah mendengar Nabi SAW bersabda:
"aku menjadi ketua dan ketualah yang akan membawa masuk ke dalam syurga bagi sesiapa yang beriman denganku serta Islam dan berhijrah, nescaya dibinakan baginya rumah disekitar syurga dan dibinakan rumah di tengah syurga, dan aku menjadi ketua bagi sesiapa yang beriman denganku serta Islam dan berjihad pada jalan Allah, dibinakan baginya rumah disekitar syurga dan dibinakan rumah di tengah syurga dan dibinakan baginya sebuah rumah yang mempunyai bilik yang paling tinggi di dalam syurga, maka sesiapa yang melakukan perbuatan tersebut, dan dia tidak sekali-kali meninggalkan kebaikan yang dituntut dan ia mengelak dari berlakunya kejahatan, nescaya ia akan mati sebagaimana yang ia kehendaki"
13. orang yang membaca surah al-Ikhlas
surah yang juga dikenali sebagai surah at-Tauhid ini sangat banyak fadhilatnya. menurut hadith yang diriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhni, sesiapa yang membawa surah al-Ikhlas sehingga tamat sebanyak sepuluh kali, Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga. oleh itu, rebut dan carilah keberkatan dengan melakukan sebanyak mungkin amal ibadah mengikut kemampuan kita.
Terbitan Pesona Algebra at 9:25 AM 0 Orang Terkentut
Labels
- #alqassambrigade #brigedalqassam #alqassam #hamas
- #briged #brigade #alqassam #Hamas
- 9 kisah wanita solehah
- adha beauty care
- adha skin care
- adha skin care original
- adha skincare
- adha skincare original
- Al-Waqiah
- Alfalfa
- Alfalfa Shaklee
- alone
- Bidadari
- bidadari bumi
- C Bright
- Care
- Collagen Catalyst
- ekzema
- extrovert
- Exzema
- haji
- hajjah
- happynewyear
- haram
- haramain
- Introvert
- It's Empty
- kebaikan minyak kelapa dara
- loner
- lyric
- lyrics
- manfaat vco untuk ibu hamil
- manfaat vco untuk ibu mengandung
- masalah keguguran rambut
- masalah kelemumur
- mc collection
- mcct
- meiko collection
- meiko cosmetics
- Minyak kelapa dara
- minyak kelapa dara catalyst
- naturactor
- now playing
- perubahan selepas menggunakan tabita
- Produk Catalyst
- qiyamullail
- Rambut gugur
- rambut kering
- riak
- santai
- seksi ovari
- Shaklee
- Simply Siti
- supplement ibu hamil
- supplement ibu mengandung
- Surah Al-Waqiah
- Surah Kekayaan
- Tabita
- Tabita Skin Care
- tahajjud
- tahajud
- tanahsuci
- tengahdownteruk
- Terima Kasih Dato' Siti Nurhaliza
- Testimoni tabita
- Testimoni Tabita Skin harga tabita
- tips anti riak
- tips beranak
- tips melahirkan anak
- umrah
- vco
- VCO Catalyst
- vco rawat psoriasis
- VCO Treenea
- virgin coconut oil
- wanita hamil
- zinc
- zinc complex
- zinc complex shaklee
- zinc shaklee
- zink
- zink complex shaklee
- zink shaklee































