CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Sunday, February 23, 2014

sundate with gegurls


bismillah,

rindu.


harini dikejutkan siti tru phone call pada pukul 7:48 a.m *jejoget. ahahah. aku dah kunci jam pukul 6:00 a.m tapi snooze. bak kata pepatah arab. "you snooze, you loose." kami plan nak keluar daripada rumah pada pukul 7:00 a.m tapi macam ni jadinya. wella, seriously bila aku sebagai perempuan sedang uzur, disiplin aku memang ke laut. sebab aku fikir aku tak boleh solat, aku tidur suka hati, tak kisah pukul berapa. and i feel like i lost myself, i miss the quran. sepatutnya disiplin tidur awal tu bukan hari boleh solat saja, badan juga perlu rehat yang cukup. cuba.  lagi satu, when i can't recite my favourite surah, aku suka hidangkan jiwa aku dengan lagu yang melekakan, sedar-sedar dari lamunan, jiwa aku kosong sangat. apapun, aku sentiasa cuba elak perkara macam tu... aku tak sepatutnya hidangkan jiwa dengan makanan yang leka.

:)

siti cakap' "takpa hang siap lekas kami tunggu"
baiknya kawan aku, bila tau aku belum breakfast, dorang bawak aku breakfast dulu sebelum dorang kembali ke klinik pakar kulit untuk tunggu turn, huhu.

o Allah, terima kasih pinjamkan aku orang baik-baik. hehe. 


leha : "aimi tu buat muka kesian dia ingat orang nak bagi makanan kat dia?, mai ambik sendiri la.!"

pic atas tu muka sebelum makan, pic bawah dah kenyang, takda beza kan. padanlah orang cakap aku takda perasaan. so leha, kata lagi kat aku. kan aku dah buat betul-betul. hihihi.

.picnic. .sundate. .heaven.


hey am not ready. 
.sundate. .ggl.

selekeh gila aku, entahla. kekadang aku rasa aku lawa, 
kekadang aku rasa aku tak lawa. ahahahah. 

huhu. aku cuma nak lawa di hadapan-Nya.



kawan yang baik tutttttttttttt. haha

.


kat sini aku nak share tips bahagia, ada kena mengena ker dengan tajuk entri? 


eh sukahatilah blog aku.

tips ni aku tersermpak kat FB sorang businesswoman. 

.

*jadilah diri kita sendiri 

motibasi iman 8 - sepuluh sebab hati tidak tenang (siri 1)
pada kesempatan kali ini kita akan membincangkan mengenai 10 sebab kenapa hati tidak tenang. Ini kerana, sedar atau tidak sebenarnya, ramai orang yang hilang ketenangan hatinya sekalipun duduk di rumah yang besar, berpangkat besar, kereta besar dan mempunyai isteri atau suami yang besar.

saya banyak bertemu dengan berbagai golongan, dari yang kaya hingga yang biasa. perkara yang sering ditanyakan ialah:-

"ustaz, hati saya rungsinglah, tak tahu sebab apa"

kadang-kala mereka meluahkan,

"saya ni semua ada, tapi tak tahu lah kenapa hati saya tak tenang, ustaz ada nasihat tak?"

ini ayat-ayat yang sering saya jumpa. InsyaAllah, kita akan membahaskan kenapa hati tidak tenang. semoga Allah memberikan saya dan pembaca sekelian ketenangan hati, satu perkara yang tidak dapat dibeli dari kedai sekalipun kita mempunyai jutaan wang.

ada 10 sebab kenapa hati tidak tenang.

sebab pertama

hati tidak tenang kerana seseorang itu merasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia lain.

bagaimana perkara ini boleh berlaku? perkara ini boleh berlaku apabila seseorang suka membesarkan keaiban dirinya kemudian membandingkan kebahagiannya dengan orang lain.

hari ini, Allah telah berikan berbagai nikmat padanya. tetapi dia merungsingkan jerawat yang timbul di mukanya. dia malu pada jerawat dimukanya. sedangkan jika dia mengeluh ia tidak merubah apa-apa. dia malu seolah-olah jerawat itu menghilangkan hidungnya, matanya., dagunya. dia besarkan keaiban yang ada pada dirinya. akhirnya hilang ketenangan pada diri. kemudian dia bandingkan pula dengan muka-muka artis yang ada pada majalah. ahh.. tertekan dengan jerawat.

hari ini, seseorang malu dengan umurnya telah lanjut, mukanya yang telah berkedut, rambutnya yang telah beruban, kakinya tak cantik, kukunya pecah. untuk apa kita malu dan besarkan perkara itu. kita usaha perbaiki tapi jangan rungsing dengan perkara itu. Ia hanya akan membuatkan kita hilang ketenangan.

hari ini dia kena berhenti kerja, dia malu jika orang lain tahu. sebab apa? sebab sebelum ini agak sombong dengan kedudukan yang ada. untuk apa malu, terima sahaja hakikat dan usaha semaksima mungkin. berhenti kerja tidak menyebabkan kita mati. masih banyak lagi usaha yang boleh dibuat.

hari ini kereta kena tarik, rumah nak kena lelong. kenapa malu? itukan harta kita. kita nak beli atau kita dah tak mampu nak bayar itukan hal kita. jangan rasa rendah diri. Allah beri kita rumah itu awal untuk rasa selesa sekejap. hari ini dia tarik untuk kita lebih hargai nikmat itu. nanti kalau beri lagi alhamdulillah, kita akan lebih bersyukur. jangan sebab rumah nak kena lelong hilang ketenangan diri.

hari ini kita mungkin berpisah dengan isteri, dengan suami, untuk apa malu? itukan telah berlalu. bina semula dan jangan rasa rendah diri terhadapa apa yang berlaku.

kenapa kita selalu rasa rendah diri pada unsur keduniaan terhadap manusia? kerana kita membandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain.

jangan sekali-kali kita bandingkan kebahagiaan kita dengan orang lain. orang lain ada rumah besar, kita bandingkan rumah kita yang kecil. walaupun dia ada rumah yang besar, dia juga ada masalahnya sendiri. mungkin rumah sahaja besar, tetapi isterinya sering merungsingkannya, mungkin anaknya yang selalu tak balik, mungkin masalah kesihatannya yang teruk.

semua orang ada masalah, kesamaannya ialah masalah itu menghimpit hati, bezanya ialah bentuknya. jadi jangan kita rasa rendah diri pada keduniaan terhadap orang lain. orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang kita tidak tahu.

satu ketika, seorang sahabat telah dileteri oleh isterinya. dia sangat sedih dan ingin mengadukan perkara ini kepada Saidina Umar r.a. dia rasakan Umar selaku pemimpin negara sudah tentu dapat menyelesaikan masaalahnya.

kenapa sahabat ini sedih, kerana dia cuba membayangkan dan membandingkan keadaannya dengan Saidina Umar.

ketika sampai di rumah Saidina Umar, dia mendengar dari luar rumah, Saidina Umar sedang dileteri oleh isterinya.

cepat-cepat dia berpaling dan meninggalkan rumah Saidina Umar. ketika itu Saidina Umar nampak dan menegurnya dan Umar menasihatinya mengenai rumah tangga.

cuba lihat, ketika kita membanding kebahagaian kita dengan orang lain, maka kita akan membesarkan keaiban diri kita, kita akan menjadi malu, kita akan tertekan, kita rasakan orang lain cukup bahagia.

sedangkan orang lain juga punyai masalahnya sendiri yang mungkin lebih menekan hidupnya. kalau bukan sama seperti kita, pasti dalam ruangan yang lain.

oleh itu, hati tidak tenang apabila kita membesarkan aib diri kita dan bandingkan dengan orang lain.

kita perlu perbaiki keadaan diri kita tetapi jangan sampai ia membuatkan hati kita hilang tenang.

ketenangan inilah kebahagiaan. saya, anda dan semua orang mahukan ketenangan ini, tetapi tidak semua orang berjaya mendapatkannya.

kerana apa? kerana sebab yang pertama, selalu mengukur kebahagiaan diri dengan orang lain.

jadi, terimalah hakikat diri kita sebaiknya, baiki keadaan, terima kekurangan diri, jangan berpura-pura pada orang lain, jangan bandingkan kebahagaian dengan orang lain dan nanti anda akan keluar dengan penuh ketenangan dan kebahagiaan.

tarik nafas panjang-panjang hari ini, doa agar Allah beri kita kekuatan untuk menerima hakikat diri dan beri jalan keluar pada permasalaan kita. mudah-mudahan Allah yang empunya ketenangan, akan menitiskan ketenangan ke dalam hati-hati kita.


....................................



23022014

:)



Wednesday, February 19, 2014

a-dha skin care


bismillah ;

ingin wajah mulus, cantik tanpa pakai bedak? a-dha skin care menawarkan perawatan wajah secara semulajadi.

a-dha beauty care merupakan produk farmasi yang telah lulus uji di Lab UI dan Lab Sucofindo dan dinyatakan aman dan tidak berbahaya. sudah dipatenkan di HAKI (Hak Kekayaan Intelektual) dan saat ini sedang dalam proses sertifikasi kosmetik aman dari Depkes, sertifikasi halal dari LPOM MUI.


a-dha pink
untuk ( usia 20 tahun ke atas )

RM110 semenanjung
 RM120 sabah / sarawak
1 krim siang
1 krim malam 
1 sabun wajah
1 serum vit



 a-dha hijau
untuk ( usia 40 tahun ke atas )

RM110 semenanjung
 RM120 sabah / sarawak 
1 krim siang
1 krim malam
1 sabun wajah
1 serum vit


''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''''


hal-hal yang perlu diperhatikan :
usaplah wajah dengan lembut saat menyapu cream, jangan digosok-gosok pada saat mencuci wajah dengan sabun. selama awal perawatan tidak diperbolehkan memakai kosmetik seperti bedak tabur / compact powder. hindari wajah dari terdedah kepada matahari terlalu lama. tidak berenang selama awal perawatan.
pada masa adaptasi (1 minggu) jika kulit memerah dan terasa gatal adalah normal kerana kulit wajah sedang mengalami pengangkatan sel kulit mati. kulit sensitif, gunakan sabun terlebih dahulu selama 3 hari untuk membersihkan. selanjutnya, gunakan cream siang selama 1 minggu. setelah itu, boleh gunakan keseluruhan produk mengikut aturan. kulit berjerawat, bersihkan wajah dengan sabun lebih sering.

1 paket cream a-dha algae herbal tahan sebulan tapi bergantung pada pemakainnya, jika boros 3 minggu saja boleh habis, hehe.

serum berfungsi memudahkan regenerasi kulit.

:)


.................................


reaksi yang mungkin timbul
gatal, kulit agak merah, dan terasa kering (reaksi normal) kerena saat itu kulit sedang proses penggantian dari sel kulit yang lama dengan sel kulit yang baru. kulit mengelupas, ini merupakan penggantian sel kulit yang lama (mati). pengelupasan ini disebut pengikisan, karena prosesnya tidak segera dan memerlukan waktu yang agak lama (sampai 1 bulan). yang pernah perawatan di klinik kecantikan yang mahal pasti mengerti fasa ini. muncul jerawat, merupakan proses toksifikasi atau pengangkatan racun yang terdapat pada jaringan kulit disebabkan oleh pemakaian kosmetik, polusi atau pun zat-zat kimia lainnya yang sudah mengendap lama di dalam jaringan kulit. ;)

efek terhadap matahari
untuk awal perawatan, tidak dibolehkan terkena sinar matahari terlalu lama. jika pekerjaan menuntut untuk di lapangan, disarankan memakai topi dengan pelindung yang besar (topi golf), sehingga wajah terlindung, karena saat itu kulit wajah kita sedang tipis dan sensitif diakibatkan penggantian sel kulit lama dengan yang baru. namun jika masa perawatan telah selesai, aman-aman saja jika terkena matahari lebih lama. tetapi kalau bisa tentu saja dihindari.










persis Fathia Latiff. :)



...............................................


sabun :
sabun a-dha berguna sebagai peneutral wajah dari pemakaian make up sebelumnya dan sesuai juga untuk mengurangi timbulnya jerawat, mengangkat kotoran pada wajah sehingga wajah lebih bersih dan cerah, tidak membuat kulit kering dan mencegah timbulnya jerawat dan sesuai untuk semua jenis kulit.





serum vitamin c & e + collagen :
merupakan serum perawatan kulit yang berguna memperlambatkan proses penuaan dini dan menyamarkan kedutan atau lebam di bawah mata..

kandungan:
azelaic acid, bete hidroxyacid, corbomer, aqua D,M, sodium metabisulphite, ethoxydiglicol, disodium EDTA, methylidbromo, glutaronitril, phenoxyethanol, octaxynol-11, polysorbate 20, hyaluronat sodim, vitamin c, d-phantenol.

cara pmakaian :
titiskan 2-3 titis cerum pada telapak tangan, kemudian usapkan pada kulit wajah yang berjerawat. untuk pencegahan jerawat, serum dapat digunakan pada seluruh wajah.


boleh ke vitamin c serum ni mencerahkan kulit muka?
dengan adanya fungsi whitening/lightening effect yang diperoleh dari kolagen, sememangnya vitamin c serum sangat membantu.

betul ke vitamin c serum boleh merawat masalah yang terdapat pada kulit muka?
sedia maklum vitamin c serum berupaya untuk merawat kulit muka yang bermasalah, kulit kusam dan tidak sekata agar wajah menjadi tampak lebih putih dan sekata.
selain itu, vitamin c serum juga mempunyai bahan anti oksidan ataupun anti-aging yg boleh mencegah radikal bebas seperti debu, asap serta melambatkan proses penuaan pada kulit. this serum also can reduce eye bags.

kalau nak nampak awet muda sentiasa, dapatkan serum vitamin c ni dan pakaiiii selalu, penggunaannya haruslah teratur. jangan kejap pakai, kejap tak… hihi


........................................................................


kandungan krim siang / malam :

malaleuca alternifolia
berfungsi sebagai bahan aktif untuk pengelupasan kulit secara semulajadi. berfungsi sebagai agen anti bakteria dan acne. untuk mengelakkan jerawat yang di sebabkan oleh bahan comedogenic. mengeringkan jerawat dan menghilangkannya dari wajah. bekerja sebagai antibiotik yang sebenar. mampu membunuh banyak bakteria dan virus.

hammamelis virginiana
berfungsi sebagai anti oksidan yang sebenar. memiliki kesan menenangkan anti iritasidan anti inflamasi, dan mengurangkan luka bakar yang dirasakan atau kemerahan yang di sebabkan oleh exfoliating kesan / pengelupasan.untuk radang kulit dan mencegah infeksi. membantu mengencangkan pembuluh yang lebar dan mengembalikannya ke struktur normal. meredakan ketegangan mata, menghapuskan kerutan /eye back/ garis halus di sekitar mata

ganoderma lucidum
sejenis keluarga cendawan, sering disebut sebagai "raja cendawan" (cendawan lingzhi) sudah dikenal ribuan tahun lalu sebagai nutrisi terbaik untuk memperbaharui sel-sel di dalam tubuh dan boleh mencegah penuaan




crystal clear~~


kandungan bahan utama :
mineral oil : pelembab semulajadi yang membantu melembutkan dan melenturkan kulit, juga sebagai zat yang membuat kulit fresh sepanjang hari.


ini penting :
saat ini cream a-dha algae herbal yang asli masih dalam tahap pendaftaran BPOM, reseller kami dapat menunjukkan SCAN Sertifikat Aman Sucofindo. ragukan apabila ada yang mempunyai produk sejenis dengan menyertakan BPOM. hati-hati dengan produk palsu yang sudah banyak beredar.
silakan minta info sejelas-jelasnya sebelum membeli produk kami.



terus order kat aimi

sms / whatsApp

012-4033922

:)






Friday, February 14, 2014

tips : teguh iman qiyamullail


bismillah ;

kenapa kita dianjurkan bangun malam?

persoalan ini akan terjawab jua~~
jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri~~

qiyamul-lail merupakan media seorang muslim dengan RabbNya. dia akan merasakan manisnya berdoa, beristigfar, memuji dan bermunajat kepada sang penciptanya. dengan demikian, ia akan mendapatkan kemudahan dari Allah dalam setiap aspek kehidupannya, baik pribadi, keluarganya, masyarakat maupun negara. begitu juga dalam aspek dakwah, pendidikan, ekonomi, sosial, budaya, dan politik.

orang yang istiqomah mengerjakan qiyamul-lail pasti dicintai dan dekat dengan Allah Subhanahu Ta'ala. dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam ahmad bin Hambal Rasulullah bersabda: " Lazimkan dirimu solat malam, karena solat malam adalah tradisi orang orang solih sebelummu dan dapat mendekatkan diri kepada Allah, menghapus dosa dan menolak penyakit dan mencegah dari dosa".

dari sini dapat kita fahami, bahawa qiyamul-lail, selain dapat mendekatkan diri kepada Allah, juga dapat mencegah kita dari segala penyakit dan mencegah kita dari melakukan dosa. seseorang yang ingin mulia disisi Allah dan disisi manusia hendaknya ia membiasakan qiyamul-lail. tapi hal ini tidaklah mudah dilakukan. tidak semudah apa yang kita bayangkan. kita harus melewati tips tips yang harus kita jalani.

diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu yang berkata, “sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda, ‘Allah Subhanallahu wa Ta’ala akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman, ‘barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan menerima permintaannya dan siapa yang meminta keampunan dari-Ku maka Aku akan mengampuninya’.” (Diriwayatkan Bukhari)

anggun wajahnya,,, mashaAllah...

dalam tafsirnya, Al-Qurthubi menukil perkataan Ibn Abbas mengenai ayat di atas: "iaitu kerana qiyamull lail"

Hasan Al-Basri r.h. pernah ditanya : "kenapa orang yang bertahajjud pada malam hari adalah orang yang paling elok wajahnya?" dia menjawab : "ini kerana mereka menyendiri dengan Allah yang Maha Pemurah di malam yang gelap sehingga Dia memakaikan sebahagian dari cahaya-Nya pada mereka." 


--------------------


Nabi shallallahu ‘alaihi wasallam juga bersabda:

أَقْرَبُ مَا يَكُونُ الرَّبُّ مِنْ الْعَبْدِ فِي جَوْفِ اللَّيْلِ الآخِرِ فَإِنْ اسْتَطَعْتَ

أَنْ تَكُونَ مِمَّنْ يَذْكُرُ اللَّهَ فِي تِلْكَ السَّاعَةِ فَكُنْ.

Maksudnya:
saat yang paling dekat di antara Allah dan hamba-Nya adalah pada tengah malam terakhir, apabila kamu boleh menjadi sebahagian daripada mereka yang mengingati Allah pada saat itu maka lakukanlah. – Hadis riwayat Imam al-Tirmidzi dalam Sunannya, Kitab al-Da’waat, no: 3503.



" katakanlah lagi (kepadanya): "adakah sama orang-orang yang mengetahui dengan orang-orang yang tidak mengetahui?"
Al-Zumar (ayat 9)


tips agar mudah qiyamul-lail
dibawah ini adalah tips tips yang harus kita lakukan supaya bisa bangun malam. diantaranya;

--------------------

amalkan surah Ali-Imran ayat 190-194
khasiat (teguh iman qiyamullail)
source.

--------------------

1. tidak banyak makan
sebagian ulama berkata kepada murid muridnya, " wahai murid murid! janganlah kalian memperbanyak makan, karna banyak makan akan menyebabkan banyak minum, banyak minum akan menyebabkan kantuk dan banyak tidur. banyak tidur akan menimbulkan kerugian".

2. tidak melakukan pekerjaan berat disiang hari
Aktifitas padat akan menyebabkan badan menjadi lesu dan lemah. dengan kondisi tubuh yang lemah, kita akan tidur dengan pulas, sehingga akan sulit bangun dan melakukan qiyamul-lail

3. tidur qoilulah
tidur qoilulah adalah tidur sebentar disiang hari, biasanya dilakukan sebelum matahari bergeser kearah barat dari titik istiwa'. orang yang melakukan tidur qoilulah kondisi tubuhnya akan lebih siap untuk melakukan ibadah di malam hari.

4. menjaga hati
Rasulullah bersabda: "ketahuilah, bahwa didalam tubuh ada segumpal daging. Apabila segumpal daging itu baik, maka baik pula seluruh anggota tubuhnya. apabila buruk, maka buruk pula seluruh anggota tubuhnya. ketahuilah, bahwa segumpal daging itu adalah hati".

menjaga hati agar tidak melakukan dosa dan kesalahan harus kita upayakan. karena perbuatan dosa menjadikan hati tidak baik. yang mengakibatkan tubuh kita enggan melakukan ibadah atau kebaikan. kalau kita sudah terlanjur melakukan dosa dan kesalahan maka kewajiban kita adalah bertobat dan berusaha tidak mengulangi kesalahan yang pernah ia perbuat. sebab, satu dosa kecil saja terkadang membuat seseorang tidak bisa melakukan suatu kebaikan selama berbulan bulan atau bahkan tidak melakukan kebaikan sama sekali. Sufyan Ats-Tsauri berkata: "Selama lima bulan, saya mengalami masa masa sulit. saya tidak bisa melakukan qiyamul lail  sebab satu dnsa yang saya lakukan".

5. mengetahui keutamaan qiyamullail
qiyamullail memiliki fadhilah yang sangat banyak, baik tinjauan agama maupun tinjauna medis. Dari tinjauna agama,  orang yang biasa melakukan sholat tahajjud dijanjikan tempat dan kedudukan yang mulia. orang yang biasa mengerjakan qiyamul lail, esok harinya wajahnya akan berseri seri. sedangkan dari tinjauan medis, qiyamul lail dapat membebaskan dari segala penyakit.

6. membaca sejarah orang-orang yang senantiasa menjaga qiyamullail agar lebih termotivasi.


-------------


dalil disyariatkan solat tahajjud ini adalah sebagaimana firman Allah subhanahu wa Ta’ala:

وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا

maksudnya:
dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. - al-Israa’ (17) : 79



------------------

tips kuat mental untuk tahajjud

antara ayat wanita salafus soleh :

- "wahai mata, aku hairan engkau ingin tidur sedangkan kau akan tidur selamanya nanti."

- "mengapakah kamu memejamkan mata sedangkan Allah sentiasa berjaga?"

- generasi salafus soleh tak terima tetamu malam kerana tahajjud.


------------------


tip 26
mengetahui betapa sedikit dan asing orang yang mengerjakan solat tahajjud... 

Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda yang bermaksud:

“islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil” 
[hadith Muslim no. 145]

pada hari ini, syiar solat tahajjud (qiyamullail) menjadi asing di kalangan kaum muslimin. kita berada di zaman langkanya orang yang memerhatikan syiar ini. orang yang menghidupkan syiar ini dalam diri, keluarga dan jiran tetangganya sangat sedikit. apabila syiar ini hampir lenyap dan dilupakan. berbeza dengan rumah generasi salafus soleh yang mulia. qiyamullail menjadi tanda bagi rumah mereka. bahkan, dari rumah mereka selalu terdengar suara al-quran, tasbih dan istighfar, seperti suara dengung lebah. sungguh, sangat jauh perbezaan antara generasi salaf dan generasi khalaf.

dari Abu Muslim, dia berkata : "aku bertanya kepada Abu Dzar r.a., 'qiyamullail manakah paling utama?' Abu Dzar menjawab, 'aku pernah bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w sebagaimana kamu bertanyakannya keepadaku. Baginda menjawab, 'pada satu pertiga malam yang gelap atau pada tengah malam ketika kurang orang melakukannya.'"

ulama kita terdahulu yang mulia mnjelaskan kepada kita keterasingan syiar ini di kalangan generasi akhir agar menjadi motivasi bagi kita untuk menjaga dan bersungguh-sungguh melaksanakannya.

Ibnu Umar r.aa mengatakan : "ibadah yang paling pertama berkurang adalah solat tahajjud pada waktu malam dan menguatkan bacaan al-quran ketika itu."

Abu al-Ahwas r.h. berkata : "apabila ada seseorang (pada masa tabi'in) mengetuk pintu rumah kerabatnya pada malam hari, dia tentu akan mendengar suara berdengung seperti dengungan lebah (kerana solat tahajjud yang merka kerjakan). lalu, mengapa orang-orang yang tidak mahu mengerjakan qiyamullail rasa aman, padahal mereka yang mengerjakan qiyamullail saja selalu rasa takut?"

Fudhail bin Iyadh r.h. berkata : "aku pernah bertemu dengan beberapa orang. mereka berasa malu kepada Allah jika  pada waktu malam tidur panjang. mereka  tidur di  atas pinggangnya. apabila terjaga dari tidurnya, mereka berkata, 'ini bukan bahagianmu. bangunlah dan ambillah bahagianmu di akhirat.'"

saudaraku! manakah orang-orang yang kuat menghidupkan malam? manakah orang-orang yang sama dengan Ibrahim bin Adham dan Fudhail bin Iyadh? meskipun kematian telah mengakhiri mereka, namun pujian telah menyebarkan nama baik mereka. betapa jauh jarak bumi dari bintang di langit. demi Allah, kamu bukan bahagian mereka dan tidak mengetahui siapa mereka. para pahlawan telah  pergi dan yang tertinggal adalah para penganggur. orang-orang yang berjiwa besar telah berlalu, sedangkan oran-orang yang tertinggal adalah orang-orang seperti bangkai.

Ashim berkata : "aku pernah bertemu sekelompok orang. merekamenjadikan malam kemudahan untuk mendekatkan diri kepada Allah."

Abu Hazim Al-A'raj r.h. mengatakan : "sungguh menyedihkan zaman ini. orang-orang soleh susah dicari. mereka bagaikan butiran sesudah dituai."

dari Hasan bin Soleh Hayi r.h. bahawa dia mejual hamba perempuannya. ketika si hamba itu telah berpindah ke  rumah orang yang membelinya, dia bangun pada satu pertiga malam untuk mengerjakan solat, dia membangunkan penghuni rumah itu untuk mengerjakan solat malam dan berkata kepada mereka : "solat! solat!" mereka pun bertanya : "apakah telah terbit fajar?" si hamba bertanya lagi : "belum! apakah kamu hanya mengerjakan solat wajib?" "ya, kami hanya mengerjakan solat wajib," jawab mereka. hamba perempuan itu kemudian kembali kepada Hasan dan berkata kepadanya : "wahai tuanku! engkau telah menjualku kepada orang-orang jahat. mereka tidak mengerjakan solat malam. kembalikanlah diriku kepadamu." mereka pun mengembalikan hamba tersebut kepada Hasan."

menarik di sini :

fadhilat solat tahajjud (2)
tips istiqamah qiyamullail



111 tips, dan buku ini sangat membantu. emotionally.

astaghfirullah.



Friday, January 31, 2014

fleet management

bismillah ;

kawan-kawan tanya update  aku, buat apa sekarang? kenapa senyap kalau tak, kecoh kat FB. yup. dulu masa aku kecik-kecik semua aku taruk FB, sekarang dah makin besar walaupun tak besar mana, dah rasa takda apa nak kongsi, semakin takda rasa nak kongsi, segan pun ada. hihihihi. ini update aku letak sinilah semua, anggap je aku tulis sorang-sorang takda sapa pun baca ok.


aku sorang perempuan yang kerja dengan mekanik, yang sorang lagi perempuan kat sini bahagian HR. dua orang je perempuan kat tempat kerja.

harini meeting aku kena marah bos sebab arrange servis untuk bas dengan van sampai 'rush' mekanik. mekanik jadi teruk la sebab kena servis van dengan bas yang banyak tu. aku ikut arahan dia untuk siapkan cepat sebelum semua mekanik cuti CNY. bila jadi masalah, bos salahkan aku, dia cakap aku tak ikut arahan, bos memang terkenal dengan caranya yang pandai putar belit cerita untuk tutup kesalahannya. dia betul, dia bos. okay dia tak boleh salah.



lepas tu, masa balik aku mesej mekanik cakap 
'sorry, my mistake arrange servis macam tu sampai dorang kena rush' aku gitau la yang aku ikut arahan bos tapi bos dah putar belit cerita untuk tutup salah dia bila timbul masalah.

mekanik terus telefon, cakap dengan aku, you noe what, mekanik cakap ngan aku :

"jangan nangis, bos memang macam tu semua orang dah faham, ang nangis tak? ang nangis tak?"

tanya aku sampai macam tu.
aku cakap, aku tak nangis

"semua orang yang urus sebelum ang mesti nangis, kalau ang tak nangis, ang menang"

pastu aku dengar orang laki duk gelak gelak kat belakang, geng-geng depa la tu, hahaha, geram betul. erghhh. 






aku tipu. aku tipu.

:)

aku nangis sebenarnya tapi alhamdulillah air mata tu mengalir atas sejadah. aku takmo nangis kat orang, mungkin sebab aku tak reti tunjuk kat orang. aku nangis bimbang kerana kelemahan aku, aku susahkan orang lain. thankiu Allah, sebab hadirkan rasa ini, ini yang aku nak bila ada masalah, crying to Him like a baby. aku nak nangis kat Dia, bukan manusia. thankiu Allah, walaupun aku dapat  kerja yang sangat pressure tapi dari sudut lain Dia bagi orang-orang yang memahami, yang selalu dan selalu back up aku kat tempat kerja, aku tak dibiar sorang-sorang. :)

maaf yang selalu foloe blog aku, aku selalu ulang ayat ni, dah memang ayat ini selalu ada kaitan dengan hidupku...


Fa inna ma'al 'usri yusroo.
Inna ma'al 'usri yusroo.

94:5
94:6

Allah mengulangi 2x berturut-turut dalam satu surah : 
dalam kesusahan disertakan kesenangan 
(jadi jangan putus asa)
-Fedtri Yahya-






dulu aku belajar estimate building kot, sekarang aku kerja dengan mekanik. apa kaitan? letih, memang letih. dah tak peduli dah kawan merajuk tak reply whatsApp / mesej segala. i'm so dead. jaga hati sendiri. pls. jangan harap orang okay? aku bukan kawan yang baik, aku tak selalu ada masa untuk kawan  aku.

:)


hidup ni memang satu proses pembelajaran, hari- harinye pun aku mesti ada perkara baru yang aku belajar, bersahabat dengan spanar segala spare part sekarang, hahaha.


atas kelemahan aku, aku ceritakan pada Yan, roomate aku semester akhir.


introvert itu aku, kadang-kadang aku rasa aku bodoh.



30012014


Thursday, January 30, 2014

Alfalfa Shaklee

bismillah ;

hahai, balik  keja, siap mandi, solat semua siap-siap nak update blog, tapi sempat pesan kat mak, kalau nak makan ajak kakak, so stop jap blogging, makan dengan mak dulu. itu penting. :)

then we may srart naw, hahaha. gelojoh menaip kan dah typo.


alfalfa shaklee
akar alfalfa yang tertanam jauh ke tanah mencari mineral penting yang tidak kesampaian oleh tumbuhan-tumbuhan lain, alfalfa adalah milk booster yang sekian lama digunakan di benua Amerika.

AWAS!

tidak semua alfalfa adalah sama, alfalfa yang trdapat di supermarket adalah alfalfa sprout (biji cambah). alfalfa lain mungkin ditanam dengan kaedah yang tak mementingkan teknologi hijau. alfalfa shaklee dihasilkan daripada alfalfa bermutu tinggi yang ditanam di California, USA. ditanam tanpa pesticide, racun kulat, bactriosides, hormon sintetik dan bahan kimia.

alfalfa umpama kedai farmasi. kenapa?
- digelar raja segala tumbuhan kerana khasiatnya yang pelbagai.
-sejenis  tumbuhan / herba yang tak dijumpai di Malaysia
-akar tunjangnya tumbuh sedalam 6 meter ke dalam tanah membuatkan ia mampu menyerap pelbagai jenis zat dan mineral
-digunakan sejak sekian lama oleh Native American sebagai peenawar semulajadi.

vitamin yang ditemui dalam alfalfa :

vitamin A -  untuk penglihatan. Membina ketahanan terhadap jangkitan, terutamanya dalam saluran pernafasan; menggalakkan pertumbuhan sel; menggalakkan kulit yang sihat dan adalah penting semasa kehamilan.

vitamin E - melindungi sel-sel terhadap kerosakan daripada sinaran dan matahari dan pencemaran udara; kesihatan jantung, kardiovaskular dan kesihatan otot; memperbaiki fungsi imun; menguatkan otot di dalam badan; membantu membawa nutrien ke sel-sel dan membantu menguatkan dinding pembuluh darah; membantu fokus mata.

vitamin U - menggalakkan kesihatan badan untuk membantu mengatasi ulser peptik.

vitamin B6 - membantu asimilasi makanan dan metabolisme protein dan lemak; menggalakkan kesihatan saraf dan kulit; membantu mengurangkan loya.

vitamin K - penting bagi pembekuan darah; penting dalam fungsi hati; menyumbang kepada kecergasan dan panjang umur.

vitamin D - mengawal penggunaan kalsium dan fosforus di dalam badan dan oleh itu diperlu kanuntuk pembentukan gigi dan tulang yang kuat dan sihat.

mineral yang ditemui dalam alfalfa :

kalsium - membina dan mengekalkan tulang dan gigi; membantu darah membeku, membantu dalam kecergasan dan daya tahan; mengawal rentak jantung, melegakan saraf.

zat besi - diperlukan dalam pembinaan hemoglobin; membantu pengangkutan oksigen di dalam darah.

kalium - perlu bagi saraf otot, tindakan jantung dan tindak balas enzim; juga untuk digests lemak.

fosforus - diperlukan untuk tulang yang normal dan struktur gigi. Saling berkait dengan tindakan kalsium dan Vitamin D. Meningkatkan peranan tisu saraf.

klorida -  elektrolit penting yang membersihkan dan menyucikan badan; mengawal metabolisme lemak, gula dan kanji.

sodium - mengawal keseimbangan cecair di seluruh badan, meneutralkan asid, menghalang pembekuan darah, mengaktifkan limpa, usus dan fungsi perut.

silikon magnesium - membantu badan untuk menangani sembelit; ketahanan saraf; melindungi kulit dan badan, dan merangsang fungsi otak.

protein - (18.9% berbanding lembu, 3.3% berbanding susu dan 13.1% berbanding telur.






RM63 (300 biji)
RM107 (700 biji)

harga termasuk postage ke semenanjung.

tunggu apa lagi?
SMS @ whatSapp kiteww ke 012-4033922

:)

Monday, January 27, 2014

1001 Khasiat Minyak Kelapa Dara (VCO Catalyst)

bismillah,

ini vco, VCO tu Virgin Coconut Oil. dalam bahasa Melayu pulak Minyak Kelapa Dara.

"kenapa panggil minyak kelapa dara, kelapa tu belum ditebukkah?" terngiang-ngiang soalan Pali, classmatee aku masa diploma dulu, dengan lecturer duk membahan aku dalam kelas, haha...
"erm, aku laki so takleh makan la nanti tumbuh dara"
macam-macam budak kelas menyakat aku tau T_T

 namanya minyak kelapa dara bukan kerana kelapa tu belum ditebuk, kelapa dara bermaksud pemprosesan untuk dapatkan minyak tu tanpa menggunakan haba dan sebarang kimia... haaaa, pure punya kelapa, sebab tu namanya dara.

Packaging yang international, percayakah anda ini produk Bumiputera?
info :
VCO Catalyst disahkan HALAL oleh JAKIM (Malaysia) dan dikategorikan di bawah kategori makanan tambahan bukan ubat-ubatan(KKM). 

Numb KKM bagi Catalyst Collagen : KKM Ref : 163/S/25 Jld 125.
Buatan Malaysia & Keluaran Bumiputera


Minyak kelapa dara yang dihasilkan denganisi buah kelapa ini terbukti mampu memberikan 1001 khasiat kepada kesihatan manusia, bukan isi buah kelapa sahaja malah daun, air, tempurung, umbut, sabut dan juga batang kelapa mempunyai pelbagai kegunaan...
.........................


أَلَمْ تَرَ كَيْفَ ضَرَبَ اللّهُ مَثَلاً كَلِمَةً طَيِّبَةً كَشَجَرةٍ طَيِّبَةٍ أَصْلُهَا ثَابِتٌ وَفَرْعُهَا فِي السَّمَاء(24) تُؤْتِي أُكُلَهَا كُلَّ حِينٍ بِإِذْنِ رَبِّهَا وَيَضْرِبُ اللّهُ الأَمْثَالَ لِلنَّاسِ لَعَلَّهُمْ يَتَذَكَّرُونَ(25)

(Surah Ibrahim ; Ayat 24-25)

Maksudnya : “Tidakkah engkau melihat (wahai Muhammad) bagaimana Allah mengemukakan satu perbandingan, iaitu: Kalimah yang baik adalah sebagai sebatang pohon yang baik, yang pangkalnya (akar tunjangnya) tetap teguh dan cabang pucuknya menjulang ke langit. Ia mengeluarkan buahnya pada tiap-tiap masa dengan izin Tuhannya dan Allah mengemukakan perbandingan-perbandingan itu untuk manusia, supaya mereka beringat (mendapat pelajaran)”.


selama aku jual, aku pun makan gak, aku menjual VCO ni dari zaman aku belajar sampai sekarang dah kerja pun, Alhamdulillah..VCO ini insyAllah orang akan cari sebab ini minyak terbaik dunia.. baby boleh makan, amalkanlah dari kecik, insyaAllah, sihat baby tu tau, laki semua boleh makan... surely :)

adik aku yang laki pun makan VCo, semenjak aku jual, alhamdulillah, dia tak letih letih, demam pun payah.. VCO liquid, kini boleh didapati dalam bentuk kapsul, lagi senang kan. Untuk baby pulak korang boleh titikkan VCO liquid dalam 3, 4 titik ke dalam susu dan digoncangkan. yang dah tua bangka ni amik lah yang kapsul. hahaha. beli liquid dan kapsul. senang. kalau kulit kering boleh sapu, yang liquid tahan lama sangat, 3 bulan kot, jimat tau...


bagi WANITA MENGANDUNG, sekiranya disapu pada bahagian perut, akan membantu mengurangkan strecthmark, boleh juga disapu selepas bersalin untuk menghilangkan semua parut yang ada disamping boleh juga dijadikan minyak urut selepas bersalin.

bagi BAYI / baby / kanak-kanak, boleh dijadikan sebagai pelembab agar kulit bayi lebih lembab dan halus, juga boleh disapu ketika membuat urutan bayi. bagi kanak-kanak yang eczema, VCO amat berkesan mengurangkan kegatalan dan kekeringan pada kulit.




Minyak kelapa dara boleh digunakan untuk mendapat tubuh yang langsing dan kulit menawan, ini kerana kandungannya yang tinggi nutrisi dan dihasilkan daripada pati kelapa dara organik yang bebas kolestrol. Penggunaan berterusan dapat mengurangkan kadar kolestrol yang tidak baik, Low Density Lipoproteins (LDL) dan meningkatkan kolestrol baik, High Density Lipoproteins (HDL)

Kesihatan dalaman (sebagai makannan tambahan) :
-sangat bagus diamalkan ibu hamil untuk memudahkan kelahiran
-memperbaiki kandungan asid di dalam rahim wanita
-melambatkan menopuase untuk wanita
-menstabilkan kitaran haid dan hormon
-meningkatkan kesuburan bagi lelaki dan wanita
-mengurangi masalah sengugut
-membantu sistem penghadaman dalam pencernaan dalam mengoptimumkan penyerapan asid amino dan vitamin.
-membantu menghilangkan keletihan dan badan yang selalu lesu dan mengantuk
-meningkatkan daya tahan fizikal dan mental
-melindungi tubuh dari risiko kanser, sakit jantung, tekanan darah tinggi, kolestrol berlebihan dll.
-menguatkan gigi dan tulang, melindungi diri dari serangan osteoporosis
-membantu mengurangkan berat badan dan meningkatkan metabolisme
-membekalkan tenaga segera
-melegakan pernafasan
-melawaskan pembuangan air kecil dan besar
-mengurangakan keadaan mudah lapar (bagus untuk mereka yang berpuasa)
-memusnahkan virus, kulat, bakteria (keracunan makanan)


Kegunaan luaran (sapuan pada kulit / tempat bermasalah) :
-menanggalkan sel-sel kulit mati dan menggalakkan sel-sel kulit baru yang sihat.
-mengekalkan kelembapan kulit, menjauhi kekeringan dan menyebabkan kulit anjal
-sangat bagus untukmasalah jerawat,memudarkan jeragat serta parut-parut lama
-mengurangkan infeksi, kegatalan pada kulit
-mengatasi masalah kulit berminyak
-mengurangkan kedutan halus dan kesan regangan kulit/ strecthmark

amacam bro? 1001 kegunaan kan? muhaha
ini lagi satu TIPS FOUNDATION TAHAN LAMA :

pernah baca tops ni kat satu ruangan paper mengenai khasiat VCO dan masa tu mereka (pakar) telah membuat satu tips berguna iaitu mencampurkan  oil tersebut dengan foundation, kulit bukan sahaja lebih sihat malah semakin glow, tak percaya? cubalah...




ada 2 kaedah :

1. pakai dulu VCO pada wajah, baru sapukan foudation / bedak minerals.
2. picit sedikit foudation dan mix dengan beberapa titik VCO, then sapu pada wajah, hasilnya kulit  nampak bercahaya dan lebih sihat.

siap! wehooo!

antara yang berpuas hati...:)





"Minyak paling menyihatkan di dunia..."


sebotol 60 kapsul untuk sebulan..

SEMENANJUNG
1 VCO RM47 include postage
2 VCO RM87 includ postage
3 VCO RM127include postage

SABAH / SARAWAK
1 VCO RM50 include postage
2 VCO RM100 include postage
3 VCO RM150 include postage

yang merah tu dalam bentuk kapsul, 
yang kotak biru tu liquid doe.

amboih, doe doe gitchew



untuk agen @ harga borong korang boleh klik sini --->
http://www.aimiwellness.com/2012/11/senarai-harga-agent-catalyst_30.html

 ^
 l
 l

untuk menempah  :

SMS / whatsApp ke
-total VCO
-nama penuh
-alamat penuh
-nombor telefon

ke
012-4033922


:)




Sunday, January 26, 2014

Tabita Skin Care

bismillah, 

maaf lama tak tak update. buzy kerja, buzy study. study sangat, haha! walaubagaimanapun, postage tetap berjalan seperti biasa, thanks kat Mak yang nak tolong buat postage, heeee. ni nak kasi testimoni skin care yang aku guna. Tabita Skin Care okayh. ngeee, yang bestnya kulit cantik, kulit sihat, urusan solat aku jadi mudah. eh. kenapa pulak?

gambar di atas menunjukkan keadaan kulit tanpa sebarang foundation atau baby cream. hihihi.


yelah, sebelum ni kulit aku sensitif / berminyak. sensitif sampai fobia skin care dan dulu aku takkan keluar rumah kalau tak pakai foundation, sampailah aku jumpa dengan Tabita, fall in love, hahah. okay berbalik cerita pasal kemudahan solat, dulu, aku kan takkan berhadapan dengan orang tanpa sebarang foundation so bila nak solat aku kena bersihkan muka dulu sebelum berwuduk, sebab kita kena bersihkan daripada bahan yang menghalang air sampai ke muka. habis solat pakai balik foundation, ya Allah lamanya aku take time nak solat tau, tu belum kira lagi lipat telekung. ehee tu dulu. sekarang lepas solat terus pakai tudung, tak pakai foundation apa dah. tu kalau kat tempat kerja la.


ni kulit muka zaman dulu dolu, foundation dah cair kantoi la kulit muka sebenar, wuuuu T.T

sekarang tak pakai foundation pun takper dah, barang yang aimi jual kat aimiwellness.com bukan sembarangan barang aimi nak jual, aimi pun cuba dulu sebelum jual,

'
'
'

mine! 
mula mula dulu dengar nama Tabita aku tak amik kesah sebab namanya yang pelik macam Nobita 
sekarang jatuh cinta.
-,-'


tabita ni buang sel kulit mati kat kulit, tahukah anda pentingnya pengelupasan kulit wajah
pengelupasan kulit wajah penting untuk membuang lapisan atas kulit mati epidermis yang sentiasa terhasil setiap minit. dianggarkan sel kulit dibina sebanyak 1 juta per minit atau 5 bilion sel setiap hari. Pengumpulan sel-sel mati ini akan menyebabkan lapisan kulit kelihatan kusam dan tidak bermaya, malah menyumbang kepada pembentukan masalah umum kulit seperti jerawat, jeragat, ‘open pores’ dan ‘blackheads’.

antara penyebab utama sel kulit ini mati adalah disebabkan oleh kecederaan kesan kuat sinar UV matahari selain daripada kecederaan fizikal mahupun bahan-bahan kimia yang menyentuh permukaan kulit. Dengan mengamalkan perawatan pengelupasan kulit yang betul mengikut kekerapan yang dicadangkan, kulit akan sentiasa kelihatan segar, bersih, anjal dan mulus serta menyeimbangkan ton warna kulit.

Ohhh, sebab tu lah kulit muka kusam err? 

But dun wory, pedih pakai Tabita ni minggu pertama, kedua aja, lepastu tak dah, pemulihan kulit dalam proses yang biasa... semakin menghaluih...:)

TABITA Skin Care adalah produk kecantikan dari Indonesia & sangat terkenal di kalangan artis - artis Indonesia & Malaysia. Tabita Skin Care dapat mengatasi pelbagai masalah kulit

* Menghilangkan jerawat & parut bekas jerawat
* Menyamarkan & menghilangkan bintik - bintik hitam & putih di wajah
* Mengecilkan pori - pori
* Pigmentasi atau warna kulit tidak sekata
* Memutihkan & mencerahkan warna kulit
* Meremajakan & membuatkan kulit nampak bercahaya
* Menegangkan kulit muka, sehingga anda kelihatan lebih muda
* Menghilangkan kedutan
* Mengatasi masalah jerawat
* Mengatasi masalah jeragat
* Meyerikan kulit yang kusam

Zaskia Adya Mecca.



Cantik betul kulit Asmirandah kan? Hehe
Rahsia kecantikan kulit wajah artis Indonesia terbongkar!
:)


TABITA Skin Care menggunakan kolagen, serbuk mutiara, japanese tea & japanese papaya. Tabita boleh digunakan bagi kaum wanita & lelaki.

Kesemua produk-produk keluaran Tabita Skin Care sangat selamat digunakan tanpa kesan sampingan & sesuai untuk semua jenis kulit. Wajah anda akan menjadi cerah, bercahaya, tidak berminyak & tegang seperti kulit bayi. Dengan harga yang kami tawarkan & pemakaian yang konsisten, 1 set Tabita SkinCare boleh digunakan untuk 2 - 3 bulan. Namun hasilnya mula dapat dilihat dalam masa 3 minggu.

TABITA Skin Care menggunakan ekstrak papaya sebagai bahan utamanya. Ekstrak papaya sangat dikenali dengan khasiatnya untuk mencerahkan kulit & mengatasi pigmentasi serta menstabilkan keadaan kulit ( jika kulit berminyak akan menjadi normal, begitu juga dengan kulit kering & sensitif ). Ini membuatkan Tabita amat sesuai digunakan untuk semua jenis & masalah kulit.

Selain ekstrak papaya, Skin Care Tabita juga mengandungi vitamin A, C & E. Vitamin A dapat membantu untuk mengeringkan jerawat. Vitamin C sangat berguna untuk mencerahkan warna kulit secara semulajadi, sehingga warna kulit tidak kelihatan putih pucat tetapi putih merona dengan sentuhan segar agar kecantikan anda nampak asli & semulajadi.



After 2 months:Review Tabita Skin Care




Pada bulan pertama, kita perlu berpantang daripada memakai sebarang bedak. Mana la biasa keluar rumah tanpa memakai sebarang bedak kan? Rasa nak sorok je muka, dah la kulit wajah memang teruk masa tu... Saya kuatkan juga hati, habiskan pantang selama sebulan. Hari demi hari, saya mula nampak perubahan yang positif. Saya hanya mengalami kesan2 sampingan yang sedikit. Tiada sebarang pengelupasan. Setelah sebulan menggunakannya, MasyaAllah! hebat sungguh perubahannya.
-my customer-




Antara pengguna-pengguna Tabita yang berpuas hati ! :)

Lelaki pun menitikberatkan kehenseman...
Pastikan yang ori hanya daripada Aimi ! :)


CARA PEMAKAIAN TABITA SKIN CARE

FACIAL SOAP
- basah kan muka & picit kan facial soap ke tangan & gosok2 di muka.. jangan lap muka , biar kan kering dengan sendiri..

FACIAL LOTION
- masa muka lembap , pakai macam toner , titik kan 2 3 titik ke kapas & tekap2 di muka.. kalau sakit , boleh apply kan depan kipas utk kurang kan rasa sakit..

DAILY CREAM & NIGHT CREAM
- rata kan daily / night cream ke muka , cream yg melekit tu tak perlu pakai banyak , cukup supaya rata di muka

FOOT NOTE: ELAKKAN KAWASAN MATA KETIKA PENGGUNAAN FACIAL LOTION & KRIM MALAM

Sesiapa yang amalkan Nobita memang cantik kulitnya! Ehh. Tabita. Glowyy gitu. Hehe.



Tahukah anda Fasha Sandha juga ada menjual Tabita 
di Salon Chinta kepunyaannya..?


Tabita terbukti menghaluskan kulit...


TABITA SKINCARE :
harga sempena promosi sahaja! :)

SET EXCLUSIVE : RM340!! 
Normal Price: RM380

SET TRIAL : RM150 
Normal Price : RM200
.
.

boleh wasep wasep aimi untuk buat pembelian.

012-4033922. (for business purpose onlyy)
.
.

#PASTIKAN ANDA BELI PRODUK YANG ASLI SAHAJA...




Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...