CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Tuesday, September 11, 2012

senyum je, duit mana?

kisah senyum by Mr. Drama.

;p

Ada sorang budak darjah 1 ni. Dia selalu senyum kat tabung masjid.

Perilaku budak tu dilihat oleh imam dan imam tu berasa hairan.

Suatu hari imam bertanya kpd budak tersebut

“Kenapa adik senyum kat tabung tu?”

Budak tu pun jawab.

“Cikgu saya pesan, senyum itu sedekah.

saya takda duit nak sedekah, jadi saya senyum jelah kat tabung tu..
 


=)


oke tak cengini? gigi bukan aurat.


;D


Wednesday, September 5, 2012

Aimi Ai.


hey si Gadis yang Maniss.!
















































senyum di bibir terlukisss..


























ambe mohon, jangan tertipu…

:-/



























































Apa Khabar 360 Sendi Saya?


Biasanya, solat dhuha memang sinonim dengan pintu rezeki dan dipermudahkan segala urusan. Kalau setiap hari dibuat, Insya-Allah, lapang jeh hidup ni.

demi duha;

Pak Hamdal, seorang pencari barang terbuang. Dia hidup serba daif bersama isteri dan dua orang anaknya. Anak gadisnya sedang belajar di pesantren (madrasah Islam) dengan biasiswa, manakala anak lelakinya masih bersekolah menengah. Kehidupannya penuh dengan hinaan dan caci maki dari orang-orang sekeliling dek kerana kedaifannya. Tapi, Pak Hamdal tak pernah lupa untuk menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang Muslim. Pak Hamdal menunaikan solat duha setiap hari, tandanya sebagai sedekah kepada 360 sendi tubuhnya.


terpegun dengan kata-kata Pak Hamdal…

“Kita perlu melakukan sedekah, walau terhadap sendi-sendi kita sekalipun… kerana ketika di Padang Masyar kelak, tatkala mulut terkunci untuk berkata-kata… sendi-sendi inilah antara yang akan menjawab persoalan dari Allah… maka dengan itu bersedekahlah kepada setiap sendi-sendi kita dengan melakukan solat Dhuha.



Badan yang Aimi pinjam dan sewa dari Allah ni....
apa yang Aimi dah gunakan? untuk tujuan kebajikan? atau sebaliknya. Kesian kat sendi-sendi badan ni. Kalau nak ikutkan, kena buat 360 kebajikan sebagai bayaran kepada sendi-sendi yang kita sewa ni, tapi solat duha dua rakaat sudah mencukupi sebagai sedekah kepada sendi-sendi, Insya Allah.


saja buh gambar ni sebab ada matahari senja tu,
macam sama jeh dengan waktu matahari naik ;
demi dhuha
hikhikhik.
;D

Pak Hamdal bertemu dengan seorang pemuda yang bernama Ilham. Ilham seorang pemuda yang terumbang-ambing hidupnya selepas kematian kekasihnya. Sejak dulu memang hidupnya bebas dan tak kisah halal dan haram, sementelah ibu bapanya juga tidak kisah bab-bab agama terutamanya solat. Sejak Ilham bertemu Pak Hamdal, dia terbuka pintu hati untuk berubah. Dia ambil keputusan untuk belajar di madrasah bersama kawan lamanya, Irham. Di sana, dia jatuh hati pada Marhamah, seorang ustazah yang cerdik pandai dan cantik. Tetapi, dia tidak berani mendekati gadis itu, sedari dirinya tidak layak untuk bergandingan bersama ustazah rupawan lagi bijaksana.

Semuanya berkenaan solat duha.
Yakin dengan Allah, bukan dengan makhluk.
Minta dengan Allah, bukan dengan makhluk.

Soal rezeki semua asalkan kita berusaha dan tawakal, insya-Allah sentiasa cukup. Dalam cerita ni juga, dikatakan doa orang yang teraniaya insya-Allah dimakbulkan Allah. So, beware ye. Hehe, semoga yang teraniaya mendoakan yang baik-baik sahaja. 


Demi Duha
Penulis : Muhammad Makhdlori
Terbitan : PTS


Ada satu babak dalam novel ni, Pak Hamdal terjumpa dompet yang dicuri oleh penyangak. Isteri Pak Hamdal mendesaknya menggunakan duit itu untuk kegunaan mereka. Pak Hamdal serba salah. Dalam masa yang sama, dia teringatkan kekuasaan Allah. Walaupun mereka miskin, tapi janganlah miskin hati. Bukan alasan miskin, untuk dia mencuri hak orang lain. Akhirnya, isterinya mengalah dan kesal dengan kata-katanya. Pak Hamdal ambik keputusan untuk pulangkan dompet tu pada tuan punya. Memang susah nak tetapkan hati, kalau memang takda duit, jumpa pulak duit banyak, tak tahu siapa punya.

Tips untuk murah rezeki juga ialah dengan solat dhuha. tak semestinya murah rezeki dari segi rumah besar, bisnes besar semua. ada juga yang Allah bagi macam tu. Tapi, ada juga yang miskin tapi murah rezeki. Murah rezeki ni luas maknanya - duit sentiasa cukup, makan pun cukup, hati sentiasa gembira dan tenang, keluarga bahagia, sentiasa diberi petunjuk daripada Allah, urusan dunia dan akhirat dipermudahkan. Bukan tertumpu pada duit yang banyak jeh.

Novel ni juga mengajar kita supaya tak berdendam. Apabila kejahatan dibalas dengan kejahatan, maka yang membalas sama saja tarafnya dengan si pelaku..

setiap detik kehidupan lelaki itu berisi penderitaan semata-mata. meskipun miskin harta, Pak Hamdal tidak pernah mengeluh termasuklah ketika dia dan keluarganya dicaci, dianiaya sehingga dia dihukum penjara. namun, pada waktu matahari naik sepenggalah, nikmat solat dhuha membasuh seluruh laranya. menerbangkannya ke puncak penghambaan yang sempurna di hadapan Sang Khaliq. rahsia ketenangan Pak Hamdal yang dikagumi watak lain seperti Ilham dan Tuan Saleh terletak pada kesungguhannya menjaga solat dhuha saban hari.


apa khabar 360 sendi kita? 

;)



Monday, September 3, 2012

kisah malaikat bersama-sama orang yang sabar


bismillah.

Dari Abu Hurairah r.a. .meriwayatkan bahawa, satu ketika seorang lelaki sedang mencerca Saidina Abu Bakar r.a. sedang Nabi saw duduk di hadapannya. Orang itu terus mencacinya sedangkan Saidina Abu Bakar r.a. dan Nabi saw terus bersabar mendengarnya. Lantas Nabi saw tersenyum. Apabila orang itu mencacinya dengan keterlaluan, lantas Abu Bakar r.a. menjawab cacian itu. Mendengarkan akan jawapan itu, Nabi saw begitu marah, lalu meninggalkannya. Abu Bakar r.a. menyusul Nabi saw di belakang dan berkata, “Ya Rasulullah saw, apabila orang itu terus mencaciku engkau masih tetap duduk dan apabila aku menjawabnya, tuan nampak marah dan bangun”.

Nabi saw menjawab, “Semasa kamu diam dan bersabar mendengarnya, seorang malaikat bersama denganmu yang mana sedang menjawab caci maki orang itu bagi pihak kamu, tetapi apabila kamu menjawab semula, malaikat itu meninggalkanmu, dan syaitan telah datang di antara kamu, dan aku tidak mahu duduk bersama dengan syaitan, oleh kerana itu aku meninggalkan kamu”.  (Hadis Riwayat Ahmad)


“Dan taatlah kamu kepada Allah dan RasulNya dan janganlah kamu berbantah-bantahan; kalau tidak nescaya kamu menjadi lemah semangat dan hilang kekuatan kamu dan sabarlah (menghadapi segala kesukaran dengan cekal hati); sesungguhnya Allah berserta orang-orang yang sabar”. (Surah Al-Anfal, ayat : 46)



*Semoga kisah ini dapat mengajar kita untuk mengawal kemarahan.


;)

Thursday, August 23, 2012

takkan pernah


bismillah.

kalian yang pernah mesra
yang simpati , yang pernah baik padaku
tegaklah ke langit luas dan awan yang mendung

kita tak pernah menanam apa-apa
...kita takkan pernah kehilangan apa-apa



dan apabila

bismillah


dan apabila lelaki temankan perempuan shopping tudung...
bagaimanakah tahap kesabarannya...
just asking...

uptown Perda, 
11:00 pm, 2 hari sebelum Raya



Eau Thermale Avene Thermal Spring Water

bismillah.


Hmmm, it says for "sensitive skin" 

I've been updating my skincare, getting more into searching for great products, especially as everyone seems to be, French Pharmacie products. They seem to be much more suited to my skin which can be often sensitive. I have seen many people recommending using spring water before applying powder foundation, and when reapplying make up. However, I never tried it until I got this bottle of Eau Thermale Avene Thermal Spring Water.

I have not been a fan of 2-way cake foundation, because I somehow just could not get the powder nice and sticking to my face without looking cakey. Then, now, I spray this spring water on my face first before applying 2-way foundation. To my surprise, the powder sticks to my face comfortably without looking cakey at all.

And my make up lasts longer than usual without feeling oily. I am going to buy another bottle of this to carry it everywhere I go. A 50ml bottle priced at RM18.90, sometimes you see promotions at Guardian where twin bottles are cheaper!

;)


weeee~

Wednesday, August 22, 2012

hari raya kedua ; 2012

Raya ke-dua dengan baju kuliah,
janji ada baju nak pakai.
:3

-
-
-


hai, saya Mimi,
raya ke dua atas titi





jangan nak lalu sangat.! 
letak duit raya dulu..


Sunday, August 19, 2012

berdiri sendiri


jangan pegang langkahku, kuingin bergerak
jangan genggam tanganku, biarkan terbuka
hingga waktu tak terkira, sampai hati tak bergetar
bebas kemana pun takkan terluka, terserah ini aku
TAKKAN TERLUKA...






selamat malam, namamu tetap dalam doa


;)


Lebaran Ini



indah suasana dalam senyuman
seluruh alam turut raikan
mengucapkan salam lebaran
daripada kami anak-anak Adnan

;)



salam Aidifitri daripada saya, 
Preity Zinta dan Arjun Rampal..


-2012-









ada orang beritahu, ada yang cakap something bad tentang Aimi.
Aimi maafkan, 
sudah sudahla fikir kisah orang.

maafkan kesalahan, kebodohanku.

:)


Thursday, August 16, 2012

Aku Bukan Malaikat

bismillah.


dari dwilogi Aku Bukan Malaikat , 
Aku Bukan Malaikat adalah keluaran pertama disusuli Dia Bukan Nabi ;)

Rentetan kisah hidup seorang lelaki bernama Qimiel yang penuh dugaan. Akibat personalitinya, dia hidup bergelumang dengan cercaan dan penghinaan.
Pola hidupnya tidak pernah lari dari pengkhianatan. Dia bergelar suami dan ayah tanpa diduga. Dia bergelar duda sebelum merasai nikmat rumah tangga. Namun dia pasrah dengan segala ketentuanNya.
Aku Bukan Malaikat sebuah kisah yang sarat dengan pertembungan jalan hidup yang berbeza. Menjelaskan Allah itu Maha Adil. Memberi dugaan pada hambaNya tanpa mengenal pangkat, darjat dan keketurunan. Namun, yang pasti Allah tidak akan memberi dugaan yang melampaui batas kemampuan hambaNya



Aemy Ammelia

bismillah.

sebelum ni ada post pasal Amy nak kahwin
http://aimiamiza.blogspot.com/2012/03/sayang-sayang-amytapi.html



kenangan~




Amy ngandung baby kembar, weeeeeeeeee~

ehh kenapa orang lain yang excited ni. 


-.-'

tengok suami Amy, macam Chinese, Amy pulak cantik. 
mesti anak diorang macam kacukan, heee. 
bahagia Amy, kahwin dengan orang yang dia sayang , 
tak semua yang bercinta akan kahwin dengan pasangan tu. 
ada juga


"bercinta dengan orang lain, 
kahwin dengan orang lain"

apa pun, hakikat

*dear Allah , pls tell me that Your plans are better than my dreams*


;)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...