CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Friday, April 15, 2011

Al-Mulk (Kerajaan)

Kelebihan Surah Al-Mulk


SURAH Al Mulk (beerti Kuasa Pemerintahan) merupakan Surah yang ke-67 di dalam Al Quran, mengandungi 30 ayat. Di antara isi kandungannya ditegaskan tentang kekuasaan mutlak Allah s.w.t. iaitu menguasai pemerintahan dunia dan akhirat. Seluruh alam telah diciptakan-Nya begitu rapi tanpa sebarang cacat celanya.

“Sesungguhnya di dalam Al Quran terdapat tiga puluh ayat yang kandungannya akan memberi syafaat kepada orang yang membacanya sehingga ia akan mendapat keampunan dosanya iaitu Surah Al Mulk.”

"Pernah suatu ketika setengah para sahabat berkhemah di atas kubur. Mereka sebenarnya tidak menyangka tempat itu adalah kubur. Setelah beberapa ketika berada di dalam khemah, mereka tiba-tiba terdengar suara orang membaca Surah Al Mulk dari mula hinggalah akhirnya. Suara itu datangnya dari dalam tanah. Tahulah mereka, sebenarnya mereka sedang berkhemah di atas kubur. Kemudian hal itu diadukan kepada Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam lalu baginda bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk adalah surah pelepasan kerana ia menghindar pembacanya dari azab neraka."
“Itulah yang menahan (Al-Maa’inah) dan yang menyelamatkan (Al-Manjiah) dia dari siksa kubur.”
(HR At Tarmizi)

**Daripada Jabir r.a., sesungguhnya Rasulullah s.a.w. tidak akan tidur sehingga baginda membaca surah Alif Lam Miim Al Sajdah dan Al Mulk.
(HR At Tarmizi)

**Daripada Anas Ibnu Malik berkata, Rasulullah s.a.w. bersabda: “Satu surah di dalam Al Quran menghadiahkan kepada pembacanya sehingga memasukkannya ke dalam syurga iaitu Tabarak-al-llazhi.”(Surah Al-Mulk)
(HR At Tabrani)

**Tentang surah ini ada satu riwayat yang lain menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w. bersabda: “Hatiku menghendaki supaya surah ini berada didalam setiap hati orang-orang yang beriman.”

Mengikut satu hadis, seseorang yang membaca dua surah iaitu Tabarak-al-lazhi dan Alif-Lam-Mim-Sajdah di antara sembahyang Maghrib dan Isya adalah seumpama sesorang yang berdiri sembahyang untuk sepanjang malam Lailatul-Qadar. Adalah diberitakan juga bahawa jika seseorang itu membaca dua surah ini, tujuh puluh kelebihan akan diperolehinya dan tujuh-puluh dosa-dosa akan dihapuskan. Mengikut riwayat yang lain, jika seseorang itu membaca dua surah ini, ganjaran pahalanya adalah menyamai orang yang berdiri sembahyang sepanjang malam ‘Lailatul-Qadar’. Ini juga telah disebutkan di dalam Mazahir.

Ta’us rahmatullah ‘alaih telah berkata: “Kedua-dua surah ini mendatangkan enam-puluh kelebihan-kelebihannya yang mengatasi daripada segala surah-surah.”

Siksaan di dalam kubur bukanlah satu perkara yang biasa. Setelah meninggal dunia, tingkat pertama seseorang itu mesti lalui ialah alam barzakh. Apabila Saidina Uthman r.a. berdiri diatas sebuah kubur, ia akan menangis dengan begitu sekali sehinggalah janggutnya dibasahi air-matanya. Seseorang telah bertanya kepadanya mengapakah menangis begitu rupa jika disebut kubur daripada disebutkan Syurga atau Neraka.


Ia menjawab, “Aku telah mendengar dari Rasulullah s.a.w. bahawa kuburlah tempat persinggahan yang pertama untuk menuju akhirat. Barangsiapa terselamat daripada azabnya , peristiwa-peristiwa selanjutnya akan mudah baginya. Dan sesiapa yang tidak selamat daripada azab di dalamnya, kepadanya peristiwa yang akan datang kelak menjadikan lebih sukar sekali. Dan daku juga mendengar bahawa tidak ada satu gambaran yang lebih menakutkan dan menggerunkan selain daripada apa yang ada didalam kubur.”



Meskipun begitu, Surah Al Mulk juga mempunyai kelebihan-kelebihan yang lain. Di sini penulis bentangkan sebahagian daripadanya sahaja. Diantaranya:

1. Abu Hurairah meriwayatkan hadis, katanya yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran itu, ada satu surah yang mengandungi 30 ayat, ia mensyafaat bagi lelaki yang membacanya. Maka selagi mana lelaki itu membacanya, selagi itu pula ia meminta ampun unutuknya. Surah itu ialah surah Al Mulk."

2. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Surah Al Mulk itu memelihara dan menghindarkan pembacanya dari azab kubur."

3. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Aku sungguh gembira, sekiranya orang mukmin sentiasa membaca surah Al Mulk sehingga seolah-olah surah itu tertulis di dalam hatinya."

4. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk setiap malam, diselamatkannya dari azab kubur."

5. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesiapa membaca surah Al Mulk pada mana-mana malam, nescaya datang ke dalam kuburnya surah itu sebagai pengganti untuk bersoal jawab dengan Munkar Nakir.

6. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sesungguhnya di dalam Al-Quran ada satu surah yang terkandung 30 ayat. Surah itu ialah surah Al Mulk. Ia akan datang kepada pembacanya untuk membantu bersoal jawab dalam kubur sehinggalah mereka selamat masuk ke dalam Syurga."

7. Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam bersabda yang bermaksud: "Sebahagian surah-surah yang terdapat di dalam Al-Quran ada satu surah yang mengandungi 30 ayat. Surah itu surah Al Mulk. Ia memberi syafaat kepada orang yang membacanya dengan mengeluarkannya dari Neraka dan memasukkannya ke dalam Syurga."

8. Ulama berkata: "Sesungguhnya Rasulullah Shallallahu 'Alaihi Wasallam tidak akan beradu melainkan setelah membaca surah As Sajadah dan surah Al Mulk."

9. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Al Mulk itu melepaskan pengamal-pengamalnya dari kena azab. Ia akan bersoal jawab pada hari kiamat di hadapan tuhan kerana menuntut kelepasan mereka yang mengamalkannya dari azab api Neraka."

10. Saiyidina 'Ali berkata: "Barangsiapa mengamalkan surah Al Mulk, nescaya dibawa ia pada hari kiamat di atas sayap malaikat serta wajahnya yang cantik seperti nabi Yusuf."

11. Ulama berkata: "Sesungguhnya surah Yasin dan surah Al Mulk terkandung di dalamnya beberapa rahsia dan kelebihan. Barangsiapa mengamalkannya nescaya ia mendapat rahsia-rahsia dan kelebihan-kelebihan itu serta dikasihi oleh semua manusia dan juga menjadi hebat pada pandangan makhluk."

12. Saiyidina 'Abdullah bin Abbas berkata: "Barangsiapa membaca surah Al Mulk sehingga menjadi amalan wiridnya, nescaya ia mendapat bantuan dan pertolongan dari Allah Subhanahu wa Ta'ala di dalam kuburnya. Bila azab hendak datang ke pihak kepala, terdengar satu seruan: "Tidak boleh engkau datang ke pihak kepala ini kerana ada surah Al Mulk."
Begitulah keadaanya bila azab itu pergi ke pihak kaki dan perutnya. Kerana semuanya mengandungi surah Al Mulk."



Monday, April 11, 2011

-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-
-




Wednesday, March 23, 2011

Awak Cantik .

Betul.




Tak tipu .




































Fitrah manusia menyukai kecantikan dan inginkan kecantikan. Cantik itu adalah anugerah. Namun, percaya atau tidak, cantik itu juga sebenarnya merupakan satu ujian. Tetapi perlu diingat bahawa cantik itu adalah amat subjektif.

Barangkali ada yang memiliki wajah cerah dan licin tetapi tidak nampak seri, barangkali ada pula yang gelap dan biasa sahaja tetapi begitu manis dipandang.

Cahaya iman mungkin?

Berbalik kepada tajuk. Cantik adalah ujian. Mengapa begitu?

Cantik sebagai anugerah

1. Meningkatkan rasa syukur
2. Keyakinan diri tinggi
3. Sedap mata memandang
4. Maintanance rendah (sepatutnya)
5. Apabila dikecapi apabila sebelumnya biasa-biasa

Si cantik yang mempunyai wajah licin bersih, pastinya akan bersyukur kerana tidak perlu berat kepala memikirkan bagaimana untuk mengatasi masalah kulit sekaligus mengurangkan kos perawatan muka dan sebagainya. Begitu juga akan membolehkan si cantik yakin melangkah.

Dan paling boleh dianggap sebagai anugerah sekiranya mereka yang boleh dianggap biasa sahaja sebelum ini, kini dianugerahkan dengan rupa paras menarik. Pasti ramai yang mula tertarik.

Cantik sebagai ujian

1. Dijadikan bahan komersial
2. Disayangi hanya kerana rupa
3. Menimbulkan riak dalam hati
4. Apabila nikmat cantik ditarik sekelip mata

Si cantik biasanya menjadi pilihan untuk melariskan pelbagai produk di pasaran. Tidak kira bagi pengiklanan produk kecantikan, produk kesihatan hatta produk deodorant lelaki pun menggunakan si cantik sebagai pelaris, tidak semena-mena sahaja deodorant itu perlu diedarkan oleh si cantik sebelum sampai ke tangan si lelaki pemakainya.

Si cantik juga seringkali menjadi mangsa jerat cinta si jejaka yang mementingkan rupa semata-mata. Apabila cantik itu hilang, maka hilanglah cinta Sang Pencinta juga. Bukankah itu juga satu ujian? Lebih baiklah mereka yang sederhana paras rupa, yang diyakini disayangi bukan kerana rupa semata-mata.

Riak pula? Seringkali wujud rasa iri hati di kalangan sesetengah individu yang berasa kurang senang dengan kecantikan yang dimiliki orang lain, dan seringkali juga wujud segelintir si cantik rupa yang memandang rendah pada yang lain hanya kerana mereka memiliki aset wajah menarik.

Apa pun, ujian terbesar ialah apabila kecantikan itu ditarik dan hilang sekelip mata. Hilanglah keyakinan diri, hilanglah semangat, dan tidak mustahil hilanglah sebahagian besar mereka yang seringkali menjadi pendamping selama ini.

Kesimpulannya, bersyukurlah dengan apa yang ada kerana semuanya tidak kekal selamanya.




*sekadar gambar hiasan.

Thursday, February 10, 2011

Tiru yer .


Tak boleh la awak, kalau awak nak tiru..kan.. Awak menyorok bawah mOtor boleh ?

Cara-cara Halus Menghalau Roomate Yang Haprak .



1. Setiap hari Jumaat, pack segala barang kau dan bagitau kat roommate kau nak balik kampung. Selepas sejam, balik ke bilik & terangkan bhw takde org kat rumah. Unpack segala brg kau & pegi tidor.

2. Setiap kali roommate kau balik, jerit sekuat hati" horee...kau dah balik". Lepas tu menari dlm 5 minit. Lepas tu, tenung jam lama2 dan tanya dia "Sepatutnya kau dah belah dah skrg"

3. Buat2 terjaga pd tengah malam, jerit kuat2 " Tolong, kat mana aku berada ni?" dan lari keliling bilik tu. Kalau bilik kau kecil, cukuplah sekadar melompat 2-3 kali. Kemudian, sambung tidor. Esoknya, kalo dia tanya, pura2 tak tahu apa yg dia cakap.

4. Ambil marker, buat bulatan kecil kat lengan kau. Besarkan bulatan tu setiap hari sambil berkata "Dah merebak- dah merebak"

5. Beli pepokok bonsai. Bercakap & tidor dengan pokok tu setiap hari. Selepas seminggu, bertengkar dgn pokok tu dan cakap "Aku tak boleh hidup sebilik dengan kau lagi" sambil keluar & menghempaskan pintu bilik dgn kuat...Buang pokok tu tapi biarkan pasu kat situ.

6. Beli pisau banyak-banyak. Tajamkan setiap malam sambil merenung roommate kau sambil berkata "Tak lama lagi...tak lama lagi"...

7. Duduk didepan papan chess dua-tiga jam tanpa buat apa2 atau cakap apa2. Lepas tu bangun secara tiba2 sambil berkata, "Siot betul, kalah lagi"

8. Setiap kali roommate kau balik, tutup lampu dan tidor. lepas dia keluar, bangun dan menjerit dgn kuat "Horee...". bukak lampu semula.

9. Pakai topi kertas. Bila dia balik, cakap "Selamat Datang ke McDonald. Booleh saya ambil pesanan anda..." Lepas tu buat muka bodoh, sambil berkata "Eh, kau rupanya..."

10. Kata kat roommate kau "Ada pesanan penting untuk kau". Lepas tu buat2 pengsan. Lepas 2-3 jam, bangun dan cakap kau dah lupa pesanan tu. Kemudian, cakap "Eh...aku dah ingat". Lepas tu pengsan balik.

11. Bila roommate kau balik, berpura2 tengah telefon. Caci maki dan menjerit dengan kuat kat telefon tu. Lepas tu letak telefon dan cakap kat roommate kau bhw yg telefon tadi adalah mak dia. Cakap mak dia akan telefon balik.

12. Kalau roommate kau suka gosok gigi kat sinki, perhatikan sampai habis. Lepas dia habis, cakap dengan dia bhw kau perlu ajar dia cara mengosok gigi dengan betul.

13. Edarkan risalah ke kawasan kedai/rumah kedai berdekatan rumah kau. Dalam risalah tu, nyatakan bahawa roommate kau hilang. Letak sekali gambar dia dlm risalah tu. Tawarkan hadiah kepada sesiapa yg menjumpai roommate kau.

14. Bila roommate kau tutup lampu pd sebelah malam, nyanyi lagu opera sekuat hati. Bila dia buka balik lampu, buat2 muka bodoh dan confused.

15. Duduk & renung roommate kau dlm 2-3 jam. Kalau boleh, bawa member2 sekali sambil makan kacang & popcorn. Buat macam kau tengah tengok wayang.

16. Masa roommate kau tiada, ambil deodoran dia/kau. Lepas tu sapukan pada seluruh dinding bilik. Bila dia balik, puji bahawa bilik berbau wangi. Lakukan selalu sampai deodoran tu habis.

17. Kalau roommate kau ada binatang peliharaan, spt kucing, offer utk beri makan kpd binatang tsbt. Cepat2 keluarkan botol gam atau minyak rambut sebelum dia beri persetujuan kpd kau.

18. Pegang & gosok-gosok rambut roommate kau sambil berkata "Rambut kau hitam, lurus dan berkilat la...Macam teknik rebonding...". Sekali-sekala buat masa dia tengah tidur.

Fikir-fikirkan dan SeLamaT bErAmal...!!!!

Wednesday, February 9, 2011

Dunia Terhenti

So immensely touched .
Juga buat aku...
Yang tengah leka buat masa ni...Huwargh .
p/s: Best view with Streamyx :P

Friday, February 4, 2011

Tis Is The Man Who Isn't There

Where'd He go :P
Can you see him ?
You might say Liu Bolin likes to blend in.

Tetapi, pelukis Cina ini hanya memakai teknik 'camouflage' dan berdiri di belakang semak, di depan bendera dan sebagainya dengan bantuan beberapa orang pembantu. Kreatif kan ?












Thursday, February 3, 2011

Jutawan Segera .

Saya Aimi pada kali ini membuat satu entri tentang Pokke .
Lee, Tykah dan kawan-kawan yang seangkatan dengannya tolonglah . Aku cuma Tokey . Apa yang korang nak sangat hah ? Duit ? Sudah2 lah korang semakkan wall aku dengan perkataan Pokke tu . Malu aih . hihihi . Entri yang memang serabut kerana Assignment Undang-Undang dah ting tOng . Okay, tersebutlah kisah Pokke, di sini saya entrikan juga buat Tasyrif . Rupanya masih ada yang tak kenal dengan Pokke ni yer . So Tasy, saye kenalkan awak dengan Encik Pokke so? Chekedout ! yOyO .



sila klik untuk tumbesaran yang lebih dasyat .


PENDANG: Segelintir penduduk kampung di beberapa daerah di negeri ini dikatakan sibuk mencari sejenis haiwan daripada spesies cicak sejak dua bulan lalu yang didakwa boleh dijual dengan harga mencecah RM30,000 untuk dijadikan ubat tradisional.
Namun, reptilia yang dikenali sebagai cicak gekko-gecko itu didakwa sukar dijumpai dan ditangkap, tetapi terdapat penduduk kampung yang berjaya menangkap dan menyimpannya.

Daud Derani, 50, dari Kampung Paya Mat Inson, dekat sini, adalah antara penduduk yang berjaya menangkap haiwan terbabit yang turut dikenali dengan nama ‘Pok-Ke’ di kalangan penduduk berikutan ia mengeluarkan bunyi seakan-akan namanya itu dan boleh didengari dalam jarak hampir satu kilometer.

Daud ketika ditemui berkata, dia menangkap haiwan itu di dalam hutan di sekitar Nami, dekat sini kira-kira dua bulan lalu, namun dia hanya memperoleh saiz yang kecil iaitu kira-kira 20 sentimeter panjang dengan berat kira-kira 80 gram.

Difahamkan, reptilia berwarna kelabu keputihan itu hanya boleh dijual jika beratnya melebihi 300 gram.

“Saya tidak ada niat untuk menjualnya kerana saiznya agak kecil, tetapi saya difahamkan ada penduduk di Gajah Mati, dekat sini yang berjaya menangkap haiwan itu dengan saiz yang agak besar ditawarkan harga kira-kira RM30,000 oleh seorang tauke dari Sabah dan Ipoh kira-kira dua bulan lalu.

“Saya tidak tahu untuk apa kegunaannya, tetapi saya difahamkan ia boleh dijadikan ubat untuk penyakit tertentu,” katanya. Daud berkata, penduduk di beberapa kampung di Sik dan Baling turut sibuk mencari haiwan terbabit, namun belum pernah mendengar mana-mana penduduk yang sudah menjual haiwan itu.

Sementara itu, Pengarah Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara (Perhilitan) Kedah, Rahim Ahmad berkata, cicak gekko-gecko bukanlah spesies yang dilindungi dan bukan menjadi kesalahan sekiranya ada individu yang menangkap dan membelanya.

“Habitat haiwan itu ialah di dalam belukar di sekitar rumah dan juga hutan, tetapi memang agak sukar dijumpai,” katanya. (Sumber: Metro 6/08/2010)

Ni ler Pokke, kalu yang baru nak kenalan tu, selamat berkenalan lah yer .

FB cutest faces .

Tetiba jer dapat tag photo dari sorang Minah ni nama dia
Ela Jane S. Gomez . Philipines .
Dia yang tag aku dia tanya aku pulak . tobat dia mesti nyampah .
Baca ape aku chat . Nah ambik . HAHA .


Ela Jane S. Gomez :
Are you the admin of fb cutest face ?
Aimi Amiza : Y u asked it
Ela Jane S. Gomez : Just want to know ? Are you ?
Aimi Amiza : Am i look so cute ?
Ela Jane S. Gomez : Y did u ask ?
Aimi Amiza : No . not me .
Ela Jane S. Gomez : Okay .




i want to submit the photo of my best friend.

http://www.facebook.com/timothyjohnhuey

he's name is TIMOTHY JOHN HUEY of makati.
he's nationality ; half filipino half german
age; 22.
height ; 5'10.
weight; 155lbs.
he's laguange ; english. german. a little bit of tagalog.

pls vote 4 him! :)) thankz a lot and godbless us all

sambil menulis sambil mempromot ye tak ?

Monday, January 31, 2011

Akibat Tak Pernah Main Zaman KAnak-Kanak Dulu..

Entri ini bagi mereka di Facebook yang post kat wall menyatakan kerinduan mereka pada saya. Semoga kerinduan terubat jua .
(ayat bapak perasaan bukan perasan)




Ibu-ibu, bapak-bapak menggarukan kepala yang tak gatal kerana kehairanan melihat telatah kami. Ape Macik ?? Anak Macik panjat tangga tu.. WATCH OUT :P haha





Okay . Sampai di sini saja. Semoga ketemu lagi dilain hari .

Sunday, January 23, 2011

Menci ko . Dengar tu .

Argh ! Menci menci ! huhu..nape nan kau hah. Asik2 nak gaduh jer, ape yang kau nak, aku busan la. Cakap ler pe yang kau nak.! hum tedeyh . Malas nak buka Fesbuk dah, ada rayuan yg x nk aku deaktifkan. xpe, just fOo yu dear :P ade je hantu nk gaduh. Suda busan nk block orang ! Banyak lagi benda alah lain yang bole dibuat . bai. bai. Fesbuk . Nengoklah selama mana aku bleh bertahan tak buka Fesbuk . Nyiahaha .

Friday, January 14, 2011

Dimana Subuh Kita?


Satu peraturan baru di hostel memestikan kami solat subuh secara berjemaah. Seraya dengan itu jugakk ada yang sampai keluar hostel sebab tak tahan. Aku tak nyatakan nama jadi takde sebab nak terasa okay. Betapa jahilnya aku sebab tak turun berjemaah sebab:

1. Ambil masa yang agak lama.
2. Lagipun ada kelas pagi tu.
3. Aku bangun awal pagi untuk study tetiba jadik takde masa pulak.
(bukan study pun, bangun awal untuk terus tidur) :P

Jadi aku harap lepas ni aku boleh ikhlaskan hati untuk semua nih .
Aku selongkar laman-laman web dan terjumpa eni .

Antara kelebihan solat subuh berjemaah

Ganjaran pahala solat Subuh mengatasi keindahan dunia sebagaimana sabda Rasulullah S.A.W. lebih-lebih lagi apabila dilakukan secara berjemaah :

"Berilah khabar gembira kepada orang-orang yang berjalan ke masjid-masjid di waktu gelap bahawa dia akan mendapat cahaya yang sempurna di Akhirat kelak." (Hadith riwayat Abu Daud dan Tirmidzi)

Jagalah solat Subuh kerana ia menggerunkan kaum kafir kerana kesatuan kita dan menjadi lambang kekuatan kita umat Islam.

Rasulullah S.A.W. mendoakan umatnya yang bergegas dalam melaksanakan solat Subuh, sebagaimana disebutkan dalam hadis:

"Ya Allah, berkatilah umatku selama mereka suka bangun subuh (iaitu mengerjakannya)." (Hadis riwayat Tirmidzi, Abu Daud, Ahmad dan Ibnu Majah)

Sabda Rasulullah S.A.W. :

"Seseorang mukmin yang mengerjakan solat Subuh selama 40 hari secara berjemaah, akan diberi oleh Allah S.W.T. dengan dua kebebasan, iaitu :

1) dibebaskan daripada api neraka
2) dibebaskan daripada nifaq (sifat munafik)"

Diriwayatkan daripada Muslim daripada Uthman bin Affan berkata, Rasulullah S.A.W. bersabda yang maksudnya:

"Barang siapa yang solat Isyak berjemaah maka seolah-olah dia telah solat setengah malam, barang siapa solat Subuh berjemaah, maka seolah-olah dia telah melaksanakan solat malam satu malam penuh." (Hadis riwayat Muslim)

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...