CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, January 13, 2011

Salar De Uyuni

Ingatkan laut. Inilah keindahan alam. Salar De Uyuni terletak di

BOLIVIA

dan kawasan ini dikatakan ’cermin’ yang paling besar di dunia kerana sifat pantulan yang ada padanya. Kawasan ni juga dikatakan tempat di mana sempadan bumi dan langit bersambung/bertemu sebab seakan tiada garisan sempadan di antara bumi dan langit.
(Kalau tengok gambar).












Menang Tanpa Bertanding

Tahniah kepada Nur Syahid bin Anwarnumushha Dar kerana telah memenangi Pilihanraya bagi Kerusi Jabatan tanpa bertanding. Syahid sangat terharu dan berterima kasih kepada saya sebagai Pencadang dan Naemah sebagai Penyokong.
Tak payah susah-susah belanja aiskrim lah Syahid. Pizza cukup.

Tuesday, January 11, 2011

Ditimpa bala akibat 15 jenis maksiat

DARIPADA Saidina Ali bin Abi Thalib ra Rasulullah bersabda:

“Apabila umatku membuat 15 perkara, maka bala pasti akan turun kepada mereka iaitu:

1. Apabila harta negara hanya beredar pada orang tertentu.

2. Apabila

dijadikan suatu sumber keuntungan.

asal? mengamuk Aimi?? Aku pelik kat sini, kawan macam tettttttttt. Hihi..Yang ade terambil duit kelas tOo, terguna @ tersengaja, tolonglah, berbalik kat perkataan yang besar gajah tu, heran aku. Duit PT tak cukup agaknye.

3. Zakat dijadikan hutang.
4. Suami memperuntukkan kehendak isteri.
5. Anak derhaka terhadap ibunya.
6. Sedangkan ia berbaik-baik dengan kawannya.
7. Anak suka menjauhkan diri daripada ayahnya.
8. Suara ditinggikan di dalam masjid.
9. Orang menjadi ketua bagi satu kaum adalah orang yang terhina di antara mereka.
10. Seseorang dimuliakan kerana ditakuti kejahatannya.
11. Khamar (arak) sudah diminum di merata tempat.
12. Kain sutera banyak dipakai (oleh kaum lelaki).
13. Artis disanjung-sanjung.
14. Muzik banyak dimainkan.
15. Generasi akhir umat melaknat (menyalahkan) generasi pertama (sahabat).

“Maka pada ketika itu hendaklah mereka menanti angin merah atau gempa bumi ataupun mereka akan diubah menjadi makhluk lain.”

Sucikanlah 4 hal dengan 4 perkara :

-"Wajahmu dengan linangan air mata keinsafan,
-Lidahmu basah dengan berzikir kepada Penciptamu,
-Hatimu takut dan gementar kepada kehebatan Rabbmu,
-dosa-dosa yang silam di sulami dengan taubat kepada Dzat yang Memiliki mu."

Akukah itu ?

Menunggu Taklimat Senior Kamsis. 9.00 p.m. kunun. Janji manismu! Sementara menunggu taklimat, mari meronggeng.


Yang kat belakang tu,
"Jangan pandang-pandang. Boleh renggang-renggang" :P
Yang 2nd tu, cekak pinggang lagi, ingat takut ke ??



"Aimi, betul tu kau Aimi! Setelah beberapa kali aku menidakkan kata-kata mereka. Rakan-rakan mengesahkan, aku agak terleka kerana sedang mendengar lagu Anuar Zain bukan Maher Zain. Agak TAKASIMA
apabila terlihat gambar aku yang memakai baju bengkel sedang berjalan dengan RUMET kesayangan masuk slideshow terpampang kat depan tu. Agak-agak ape kesalahan aku kat situ? Hmmn. Ada juga dalam 2 or 3 kawan aku masuk slideshow. Dorang lagi lah. Muka lagi terpampang. Menyesal sudah. Mari berubah.



Aku dah baca, tapi tak habis, korang bila lagi????

Thursday, December 30, 2010

Bersihkan hati dengan secawan CLOROX .

Tetiba tergerak nak posting nih. Melopong? Aku bila dapat tau kisah nih. jeng3.

::::::

:::::

::::

:::

::

:

Masa dekat dekat final last Sem. Sem 1 la. Sapa budak tu weyh? Takya taw Aa. Ayatnya berbunyi:

"Alaa buatpe solat solat hajat ni, nak tunjuk baik la tu! Aku percaya result aku berdasarkan usaha-usaha aku, aku 4 flat dah"..


Belum lagi final dah 4 flat. Sejauh manakah "kebeneren" kata-katanya? Baru aku tau solat hajat bertujuan nak TUNJUK BAIK.
result time. Dia punya result tak sampai 3 pun, ada Carry Module lagi. 4 flat konon? haha. Ish! tak baik gelak. Aku pun ade Carry Module gak..hihi.. Aku dapat tengok muka dia mase result hari tu. Jatuh air mukanya. Sudah semestinya malu. Tanyalah siapa dirimu begitu sombong? Lebih baik kau minum je air clorox tuutt.
Dah lama terjumpa ayat nih:
Dalam hadis sahih ditegaskan yang bermaksud:

"Tidak akan masuk syurga orang yang dalam hatinya terdapat kesombongan, meskipun hanya sebesar biji sawi".

takut..takut ada sifat ni.

HAntuu...

Seram ouh. pegy toilet sorang-sorang. Rumet balikkk. Aras sunyi doh..

Seronok ye?

MissCall banyak banyak kali camni .
Mungkin bapak dia baru belikan anset .

Thursday, December 23, 2010

Fasilitator MSK Sesi Dis 2010

Our team :P haha blagak tahap nak mampus kot.


AsSalamualaikum. Update jugak akhirnya aku. Ade lah orang tu tergedik-gedik sangat kan nk aku update :P hee jangan marah. Karang tak update nangis pulak, aku yang susah. Saje blagak jadi Akak Fasi padahal adik2 Junior sama umur je/ 2nd intake. Ternyata Kak Fasi kelihatan lebih kecil.

Ni, Atikah, seringkali kelihatan bersamaku kemana-mana sahaja termasuklah tempat tidur :P Buat keja buat keja. Kami kebal, Kata-kata makian dari senior adalah perkara biasa dan seharusnya melalui tanpa rasa tergugat sedikitpun. haha.



Fatin, i miss yu old badly :'(



Ada gaya Cleaner kan..



Meninggalkan kerja bagi pendaftaran Modul untuk semester 2.



Adapun sebarang bentuk penindasan, ketidakadilan yang berlaku, di sini bukanlah tempat untuk meluahkan perasaan. Dan apa yang penting?? KERJASAMA. Tolonglah, aku dah muak paham muak. Apa yang penting? TANGGUNGJAWAB. Entri yang tak banyak bercakap, maaf mungkin diam lebih baik daripada bersuara. Nantikan update Lawatan Penghargaan Fasi. heheehheh.

Tuesday, December 21, 2010

bukak jangan tak bukak

You are about to allow anybody to read your blog.
Agak bape lama tutup belok ni? Sat ja kOt. hihi.
Sorry ikmalhanis, masih belum ada update.
Dia rajin sangat tanya dan datang bertandang ke sini.
Entah kenapa aku MALAS SANGAT nak menghadap benda alah ni.
Padahal banyak benda yang nak pOsting.
Btw, thanks for your support :)

Sunday, November 21, 2010

Siapakah dia?


Saya telah mengikuti perkembangan beliau sejak beberapa tahun yang lalu. Mula mengenalinya di mySpace. Mula-mula ingatkan dia ni Chinese but she is Malay. Nur Amalina namanya.

●Ally Lilith
●Malaysia
●English
●Schizotypal
●Bipolar

SuicideALLY is an uncommon 16 year old lass known from Myspace back in '06 for her creativity and originality in photography for most and poetry for some. Apart from that, she is also known for her individuality and eccentricity. Her imagination got the best of her in everything she does. She is hated by most and loved by many.
untuk mengetahui tentangnya dengan lebih lanjut, sila klik Link di bawah.



























sili klik pada gambar untuk tumbesaran yang lebih dasyat!









Friday, November 19, 2010

Keporno-pornoan.

Aku dah tak approve orang yang add kat Facebook setelah hal itu terjadi. Aku dinasihatkan Mak Tih Maria agar membuka akaun baru @ mendelete semua kawan yang tidak dikenali. Uhuhuh? :-(
Tidak berbuat dmikian kerana malaslah. Just tak approve lagi pasni. Annoying jaa. Inih akibatnya meng'approve sesuka hati. Haha, balik Aidiladha aku ditertawakan mak2 dan pak2 saudare. Mengisahkan seorang lelaki yang men'tagg kan aku pada gambar seorang perempuan yang separuh bogel. Pelacur kut. Upss..




                                                        p/s; Tiada Porno di sini..

Monday, November 15, 2010

Justin Bieber dibunuh.


KISAH terbaru ini pastinya akan mengejutkan jutaan peminat Justin Bieber di seluruh dunia. Satu berita yang sangat mengejutkan dan pastinya ramai yang akan menangisi kehilangan penyanyi tersebut setelah mati dibunuh.


Bagaimanapun, para peminatnya tidak perlu berasa sedih atas pemergiaannya kerana kematian Justin sebenarnya hanya terjadi dalam salah satu episod dalam rancangan kartun South Park. Kartun berkenaan sememangnya cukup kontroversi kerana kerap memaparkan adegan ganas.

Dalam salah satu rancangan kartun tersebut, penyanyi cilik itu telah dibunuh oleh seekor raksasa ganas yang menyerangnya sewaktu beraksi dalam satu persembahan konsert ketika sedang menyanyikan lagi popularnya, Baby.

Raksasa yang dikenali sebagai Coon itu telah mengepit kepala Justin dengan jarinya sehingga pecah dan kemudian berlalu begitu sahaja setelah membunuh penyanyi tersebut dengan berasa bangga.

"Negara ini akhirnya akan terhindar dari segala kejahatan, tetapi apa yang paling penting sekali adalah dapat memusnahkan musuh yang paling jahat iaitu Justin Bieber. Untuk menyelamatkan dunia, makhluk kecil ini harus dimusnahkan," ujar Coon yang pastinya mampu mendatangkan kemarahan penyanyi berkenaan.

Kosmo
15 November 2010

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...