CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, November 1, 2010

Aku Mahu Tinggalkan Dunia Dalam Sujudku.


SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"

Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.
Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."

Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.

Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.

Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.

Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"
Malaikat-malaikat itu menjawab:
"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."
Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"

Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"
Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.

Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"

Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."

Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."
Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.

Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama
lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.

Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.

Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.

Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.

Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...

Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.

Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.

Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

***********

Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?

Mengapa Perlu Usaha Sedangkan Semuanya Telah Ditentukan ?



Kenapa perlu susah-payah jika semuanya telah pun ditakdirkan? Kenapa harus kecewa sebelum bertemu gembira? Begitu juga para sahabat nabi, mereka pernah bertanyakan soalan yang hampir sama lebih 1400 tahun yang lalu.

Menurut Ali Abi Talib, pada suatu hari ketika para sahabat sedang menghadiri satu pengkebumian, Rasulullah datang dan duduk berhampiran. Para sahabat kemudian duduk mengelilinginya. Beliau menggenggam sebatang kayu kecil sambil menggores-gores tanah. Rasulullah kemudian bersabda, “Setiap daripada kamu yang diciptakan telah pun ditentukan neraka atau syurganya.” Bertanya salah seorang sahabat, “Kalau demikian, apa perlunya kita beramal ya Rasulullah?”

Mendengar sedemikan, Rasulullah bersabda lagi, “Beramallah, setiap orang akan dipermudahkan oleh Allah kepada jalan yang telah ditetapkan oleh-Nya.” Kemudian beliau membaca surah Al-Lail ayat 5 hingga 10” [1]

Di dalam surah Al-Lail ayat 5 hingga 10, Allah telah berfirman, “Adapun orang yang memberikan (menafkahkan hartanya) apa yang ada padanya ke jalan kebaikkan dan bertakwa (mengerjakan suruhan Allah dan meninggalkan segala laranganNya). Dan dia mengakui dengan yakin akan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesenangan (syurga). Sebaliknya orang yang bakhil (daripada berbuat kebaikkan) dan berasa cukup dengan kekayaan dan kemewahannya. Dan dia mendustakan perkara yang baik. Maka sesungguhnya Kami akan memberikannya kemudahan untuk mendapat kesusahan dan kesengsaraan. ”

Begitulah penjelasan nabi ke atas pengertian takdir dan amalan manusia. Beliau tidak menyuruh para sahabat mempersoalkan ketentuan tuhan, sebaliknya menyuruh mereka memberi fokus kepada usaha dan amalan semata-mata.

Firman Allah di dalam Surah Al-Mulk ayat 2, “Dia lah yang telah mentakdirkan adanya mati dan hidup (kamu) – untuk menguji dan menzahirkan keadaan kamu: siapakah di antara kamu yang lebih baik amalnya;”

Hidup ini adalah untuk berusaha dan beramal, bukan untuk mempersoalkan takdir.
Wallahu’alam.

SABDA Rasulullah s.a.w.: “Pada akhir zaman nanti akan ada satu golongan yang berbuat maksiat, kemudian mereka berkata: “Allah s.w.t. telah mentakdirkan kami melakukan perbuatan ini.” Orang yang menentang pendapat mereka (pendapat yang salah) pada zaman itu bagaikan orang yang menghunuskan pedangnya fi sabilillah.” (Riwayat Jabir).
Sejak sekolah rendah lagi kita diajar supaya beriman dan percaya kepada Rukun Iman yang enam. Di antara yang enam itu ialah percaya kepada takdir yang baik dan buruk daripada Allah s.w.t.

Sebagai Muslim kita wajib percaya bahawa segala sesuatu sama ada yang buruk atau baik, semuanya dengan pengetahuan Allah s.w.t.

Namun ia tidak bermaksud takdir itu suatu paksaan daripada Allah s.w.t. ke atas hamba-Nya yang terpaksa mengikuti apa sahaja yang telah digariskan-Nya.

“Takdir itu sebenarnya suatu pemberitahuan bahawa Allah s.w.t. mengetahui apa sahaja yang ada dalam perbuatan setiap insan. Dan ia timbul menurut takdir yang telah ditentukan oleh Allah s.w.t. sesuai dengan asal ciptaan-Nya, iaitu tentang baik dan buruk-Nya,” kata Imam Al-Khattabi.

Pengetahuan Allah s.w.t. Yang Maha Mengetahui ini, menurut Sayid Sabiq pula sedikit pun tidak akan memberi bekas atau kesan, dan tidak mempengaruhi kehendak seorang hamba itu. Ini kerana mengetahui itu merupakan sifat yang menyingkapkan atau menjelaskan sesuatu, bukan sifat yang memberikan kesan atau pengaruh.

Contohnya, Seorang ayah mengetahui bahawa anaknya adalah seorang yang cerdik dan pandai, tetapi pengetahuan seorang ayah tentang kecerdasan anaknya tersebut tidak akan dapat menolong anaknya lulus dalam peperiksaan yang akan ditempuhnya.

Oleh kerana itu kita tidak boleh berdiam diri dan menyerahkan semuanya kepada takdir tanpa berusaha lebih dahulu, kerana kita tidak tahu dengan pasti apakah takdir yang telah ditetapkan oleh Allah s.w.t. untuk kita nanti. Penafsiran yang salah mengenai pengertian takdir ini pernah berlaku dalam zaman pemerintahan Khalifah Umar al-Khattab.

Seorang pencuri yang telah tertangkap dibawa ke hadapan Khalifah untuk disoal siasat

Ketika Khalifah bertanya kepada pencuri itu, “Kenapa kamu mencuri?” Dia menjawab, “Allah telah mentakdirkan perbuatan ini padaku.”

Mendengar jawapan pencuri tersebut, khalifah menjadi marah dan memerintahkan supaya hukuman segera dijatuhkan kepadanya.

“Sebatlah pencuri ini sebanyak tiga puluh kali kemudian potong tangannya,” perintah khalifah.

Orang ramai yang berada di situ terperanjat dan merasa hairan dengan hukuman yang telah ditetapkan oleh Umar. Seorang di antara mereka bertanya: “Mengapa begitu berat sekali hukumannya?”

Umar menjawab “Itulah hukuman yang paling layak untuknya. Tangannya mesti dipotong kerana dia telah mencuri. Dan dia mesti disebat kerana telah berdusta atas nama Allah (mengenai takdir).”

Sayid Sabiq menjelaskan, takdir tidak boleh dianggap sebagai jalan untuk bertawakal tanpa berusaha dan dijadikan sebab untuk melakukan kemaksiatan.

Bahkan adalah salah sama sekali, jika kita menganggapnya sebagai suatu paksaan daripada Allah kepada hamba-Nya.

Sebaliknya takdir haruslah dianggap sebagai jalan untuk mewujudkan cita-cita atau tujuan yang besar daripada sekian banyak amal perbuatan yang besar pula.

Sesuatu yang telah ditakdirkan kepada seseorang dapat ditolak dengan takdir yang lain. Contoh yang paling mudah ialah apabila kita merasa lapar, maka takdir rasa lapar ini dapat dilawan dan ditolak dengan takdir makan.

Begitu juga takdir sakit dapat ditolak dengan takdir pengubatan diri sehingga sihat kembali dan seterusnya.

Dalam hal ini Abu Ubaidah al-Jarrah pernah bertanya kepad Umar al-Khattab ketika Umar keluar dari sebuah negeri, menyelamatkan dirinya daripada penyakit taun: “Mengapa tuan lari daripada takdir Tuhan?” Umar menjawab, “betul saya memang lari daripada takdir Allah untuk pergi kepada takdir Allah pula.”

Maksudnya di sini, Umar menghindarkan dirinya daripada takdir terkena penyakit dan menuju kepada takdir yang lain, iaitu takdir tetap sihat walafiat.

Rasulullah s.a.w. juga selalu memohon kepada Allah s.w.t. dan meminta perlindungan-Nya daripada kesengsaraan, kesedihan, kemalasan dan sebagainya.

Ini kerana orang yang hanya berdiam diri tanpa usaha, dengan membuat alasan “Sudah takdir Tuhan”, sebenarnya tergolong dalam kaum yang lemah dan putus asa.

Keimanan kepada takdir merupakan suatu kekuatan yang dapat membangkitkan kegiatan bekerja dan keghairahan berusaha, malahan menjadi dorongan yang positif untuk memperoleh kehidupan yang layak dan pantas di dunia, kata Sayid Sabiq.

Dengan kepercayaan ini seorang manusia akan dapat menghadapi setiap kesukaran dengan hati yang tabah dan berani, kerana setiap takdir yang datang dapat ditolaknya dengan takdir lain pula.

Pemahaman dan pengertian mengenai takdir ini cukuplah kita fahami secara umum berdasarkan keterangan al-Quran dan sunah rasul-Nya. Sedangkan apa yang ada di sebaliknya merupakan rahsia Allah yang tidak akan dapat dicapai oleh akal fikiran manusia yang cetek.

Rasulullah s.a.w. memberi peringatan kepada kita supaya menghindarkan diri daripada membahaskan masalah yang ada di sebalik takdir, sebagaimana yang diceritakan oleh Abu Hurairah r.a.

Ketika para sahabat berkumpul membincangkan dan berselisih pendapat mengenai takdir, tiba-tiba baginda s.a.w. datang menghampiri mereka.

Sebaik sahaja baginda mengetahui pokok perbincangan yang sedang diperdebatkan ketika itu, wajahnya menjadi merah kerana terlalu marah. Nabi bersabda: “Untuk inikah aku diutuskan kepada kamu semua? Sebenarnya yang menyebabkan rosaknya keyakinan orang-orang yang sebelum kamu dulu, ialah ketika mereka memperdebatkan persoalan ini. Aku berharap sangat supaya kamu semua tidak memperdebatkan lagi hal semacam ini.”

Oleh kerana itulah setelah kejadian tersebut, Abu Hurairah selalu menghindarkan diri daripada pertanyaan-pertanyaan yang rumit dan perbahasan yang mendalam mengenai takdir.

Apabila ditanya, beliau akan menjawab “itu jalan yang gelap, jangan anda lalu di situ.” jika ada yang bertanya lagi, beliau menjawab, “itu laut yang sangat dalam, jangan anda terjun ke dalamnya”, dan jika ada juga yang memaksanya supaya menerangkannya, dia menjawab “itu adalah rahsia yang dimiliki oleh Allah Taala, oleh itu janganlah anda cuba menyingkapnya.”

Tuesday, October 26, 2010

School in Palestine


The journey starts here in Hebron.


The children starting their day going to school to be faced with a checkpoint






The soldiers prevent them from passing and give them orders to go home


The children try to challenge the soldiers and pass the checkpoint







They end up having their classes in the street by the checkpoint





What an amazing spirit




The boys try a little bit harder they got shot at, and some arrested







Yet in their eyes you see determination and dignity








If you have a heart at all you will pass this on to all your loved ones and friends and MAYBE someone will realize

what Palestinians go through every day!!!

kawan? ouh..


taktahu ape dosa aku kat dia sampai dia buat aku cam ni.
Apa sebenarnya yang dia nak. Tanx Puan Nuzaimah .
She said 'life is about learning'.. Jangan bersedih dgn ape yang telah terjadi.
Just halalkan. Kalau tak sebab hari ni, kamu takkan tahu macam ni lah kawan yang kamu sayang. Boleh datang cakap dengan aku buat macam takde pe yang berlaku. Aku taktau camner nak berdepan dengan dia dah. zzzzzzzzz!

crows 0.takiya genji.
p/s by Aimi Nadia;
be what u are n don't ignore people that going to let u down.
remember.even your best friend that you might love will make u frustrated n down, one day.
WHO KNOWS?
                                                                

Thursday, October 21, 2010

11 Jenis Manusia yang didoa Malaikat

PERCAYA kepada malaikat adalah antara rukun iman. Ada malaikat yang ditugaskan berdoa kepada makhluk manusia dan sudah tentu seseorang yang didoakan malaikat mendapat keistimewaan. Dalam hidup, kita sangat memerlukan bantuan rohani dalam menghadapi ujian yang kian mencabar. Bantuan dan sokongan malaikat sangat diperlukan. Ketika itulah sewaktu kita menghadapi masalah, kerumitan, keperluan dan bimbingan, bukan saja kita perlukan kekuatan doa dari lidah, tetapi juga sokongan malaikat.
Antara orang yang mendapat doa malaikat ialah :

1. Orang yang tidur dalam keadaan bersuci.
Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya : "Sesiapa yang tidur dalam keadaan suci, malaikat akan bersamanya di dalam pakaiannya. Dia tidak akan bangun
hingga malaikat berdoa : "Ya Allah, ampunilah hamba-Mu si fulan kerana tidur dalam keadaan suci."





2. Orang yang sedang duduk menunggu waktu solat.
Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Tidaklah salah seorang antara kalian yang duduk menunggu solat, selama ia berada dalam keadaan suci, kecuali kalangan malaikat akan mendoakannya : 'Ya Allah, ampunilah ia. Ya Allah, sayangilah ia.'"



3. Orang yang berada di saf depan solat berjemaah.
Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat ke atas (orang) yang berada pada saf depan."
 
4. Orang yang menyambung saf pada solat berjemaah (tidak membiarkan kekosongan di dalam saf).  Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya : "Sesungguhnya, Allah dan kalangan malaikat selalu berselawat kepada orang yang menyambung saf."




5. Kalangan malaikat mengucapkan 'amin' ketika seorang imam selesai membaca Al-Fatihah.

Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Jika seorang imam membaca...(ayat terakhir Al-Fatihah sehingga selesai), ucapkanlah oleh kamu  'aamiin' kerana sesiapa yang ucapannya itu bertepatan dengan ucapan malaikat, dia akan diampuni dosanya yang lalu."




6. Orang yang duduk di tempat solatnya selepas melakukan solat.
Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya : "Kalangan malaikat akan selalu berselawat kepada satu antara kalian selama ia ada di dalam tempat solat, di mana ia melakukan solat."





7. Orang yang melakukan solat Subuh dan Asar secara berjemaah.
Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Kalangan malaikat berkumpul pada saat solat Subuh lalu malaikat (yang menyertai hamba) pada malam hari (yang sudah bertugas malam hari hingga Subuh) naik (ke langit) dan malaikat pada siang hari tetap tinggal.

"Kemudian mereka berkumpul lagi pada waktu solat Asar dan malaikat yang ditugaskan pada siang hari (hingga solat Asar) naik (ke langit) sedangkan malaikat yang bertugas pada malam hari tetap tinggal lalu Allah bertanya kepada mereka: "Bagaimana kalian meninggalkan hamba-Ku?"

Mereka menjawab, "Kami datang sedangkan mereka sedang melakukan solat dan kami tinggalkan mereka sedangkan mereka sedang melakukan solat, ampunilah mereka pada hari kiamat.'"





8. Orang yang mendoakan saudaranya tanpa pengetahuan orang yang didoakan.
Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya : "Doa seorang Muslim untuk saudaranya yang dilakukan tanpa pengetahuan orang yang didoakannya adalah doa yang akan dikabulkan. Pada kepalanya ada seorang malaikat yang menjadi wakil baginya, setiap kali dia berdoa untuk saudaranya dengan sebuah kebaikan, malaikat itu berkata 'aamiin dan engkau pun mendapatkan apa yang ia dapatkan.'"




9. Orang yang membelanjakan harta (infak).
Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya : "Tidak satu hari pun di mana pagi harinya seorang hamba ada padanya kecuali dua malaikat turun kepadanya, satu antara kedua-duanya berkata: 'Ya Allah, berikanlah ganti bagi orang yang berinfak...' "


10. Orang yang sedang makan sahur.
Rasulullah S.A.W. bersabda maksudnya : "Sesungguhnya Allah dan kalangan malaikat-Nya berselawat kepada orang yang sedang makan sahur."

 
 
11. Orang yang sedang menjenguk (melawat) orang sakit.
Rasulullah S.A.W. bersabda, maksudnya : "Tidaklah seorang mukmin menjenguk saudaranya kecuali Allah akan mengutus 70,000 malaikat untuknya yang akan berselawat kepadanya di waktu siang hingga petang dan di waktu malam hingga Subuh."


Wednesday, October 20, 2010

Graf Al-Quran



Lihat foto di atas dan kaji. Ini merupakan graf surah-surah dalam Al-Quran beserta bilangan ayatnya. Jika diplotkan,


inilah yang terhasil. Subhanallah.



Berikut serba sedikit info mengenai isi kandungan Kitab pegangan kita ini. Di dapati banyak perkara telah disentuh dan telah dibuat kajian oleh manusia seperti nombor, astronomi, angkasalepas, perubatan, geologi, kejuruteraan, minda dan sebagainya. Al-Quran sudah lama membuktikan banyak perkara sains ketika manusia baru menemuinya.

Bilangan tentang perkara yang disebutkan di dalam Al-Quran :



DUNIA - 115 kali
AKHIRAT - 115 kali

MALAIKAT - 88 kali
SYAITAN - 88 kali

HIDUP - 145 kali
MATI - 145 kali

FAEDAH - 50 kali
KERUGIAN - 50 kali

UMMAH - 50 kali
PENYAMPAI - 50 kali

IBLIS - PENGHULU SYAITAN - 11 kali
MOHON PERLINDUNGAN DARIPADA IBLIS - 11 kali

BALA/MUSIBAH - 75 kali
BERSYUKUR - 75 kali

BERSEDEKAH - 73 kali
BERPUAS HATI - 73 kali

ORANG YANG SESAT - 17 kali
ORANG YANG MENINGGAL DUNIA - 17 kali

MUSLIMIN - 41 kali
JIHAD - 41 kali

EMAS - 8 kali
KEMURAHAN HIDUP - 8 kali

KEAJAIBAN - 60 kali
FITNAH - 60 kali

ZAKAT - 32 kali
BERKAT - 32 kali

MINDA - 49 kali
NUR - 49 kali

LIDAH - 25 kali
SUMPAH - 25 kali

NAFSU - 8 kali
KETAKUTAN - 8 kali

BERCAKAP DI KHALAYAK RAMAI - 18 kali
BERDAKWAH - 18 kali

KESUSAHAN - 114 kali
KESABARAN - 114 kali

MUHAMMAD - 4 kali
SYARIAT - 4 kali

LELAKI - 24 kali
PEREMPUAN - 24 kali

SOLAT (SEMBAHYANG) - 5 kali

BULAN - 12 kali
HARI - 365 kali

LAUTAN - 32 kali
DARATAN - 13 kali

LAUT dan DARAT = 32 + 13 = 45



Justeru itu, peratusan laut = 32/45 x 100 = 71.11111111 peratus
Peratusan daratan = 13/45 x 100 = 28.88888889 peratus
JUMLAH = 100 peratus
Kajian sains oleh manusia telah membuktikan bahawa air meliputi 71.111 peratus daripada bumi dan tanah meliputi
28.889 peratus.
Begitulah kebesaran dan keagungan ciptaan Allah SWT!!!



Nota : Diterjemahkan daripada karya asal yang dipetik daripada "The Series Of The Scientific Miracles In Al-Quran,"
oleh Dr. Tariq Al Suwaidan.

Moga ada manfaat.

Firman ALLAH S.W.T. yang bermaksud "Dan apabila aku sakit, Dialah (ALLAH) yang menyembuhkan aku".
(As-Shu'araa : 80)
Sabda Rasulullah S.A.W. yang bermaksud : "Sesungguhnya ALLAH menurunkan penyakit dan menjadikan setiap  penyakit itu ubat, kerana itu hendaklah kamu semua berubat dan janganlah berubat benda yang haram."

Monday, October 18, 2010

Something





And so it came to be

this isolation that I am

I can only look to me

to find the way it all began -

this confusion, constant

hunger for something more than this

I strive to find this being

that I envision, yet seem to miss.

Could it be that I am empty-

or maybe a little lost?

Could it be that I am lonely,

or seek happiness at any cost?

This never-ending Something

that I am living deep inside,

depicts the illusion of myself

and all I have to hide.

Friday, October 15, 2010

15 Cara Menggunakan Bahasa Tubuh Dengan Baik

 

                                                  model:  Exaty Cidodot

 Memperbaiki bahasa tubuh dapat membuat perbezaan yang besar ketika seseorang menilai kepribadian anda. Bahasa tubuh yang baik dapat menunjukkan bahawa anda memiliki kecakapan, daya pikat dan suasana hati yang positif. Sebagai contoh : jika anda sering tersenyum, anda akan merasakan lebih bahagia. Jika anda duduk dengan tegap, anda akan merasakan lebih energik. Jika anda melambatkan gerakan anda (tidak terburu-buru), anda akan merasakan lebih tenang.


Secara garis besar, bahasa tubuh terdiri dari bagaimana cara anda duduk, cara anda berdiri, cara anda menggunakan kedua tangan dan kaki anda, serta apa yang anda lakukan ketika berbicara dengan seseorang.


Dibawah ini adalah beberapa bahasa tubuh yang perlu anda perhatikan ketika berbicara dengan seseorang :


1. Jangan silangkan kaki dan tangan anda.
Anda mungkin sudah sering mendengar bahwa menyilangkan tangan atau kaki dapat menunjukkan bahwa anda tertutup terhadap lawan bicara anda dan ini tidak menciptakan hubungan pembicaraan yang baik. Bukalah selalu posisi tangan dan kaki anda.


2. Lakukan kontak mata, namun bukan menatapnya.
Dengan melakukan kontak mata pada lawan bicara anda dapat membuat hubungan pembicaraan menjadi lebih baik dan anda dapat melihat apakah mereka sedang mendengarkan anda atau tidak. Namun juga bukan dengan menatapnya (terus menerus), karena akan membuat lawan bicara anda menjadi gelisah.
Jika anda tidak terbiasa melakukan kontak mata pada lawan bicara anda, memang anda akan merasakan ketidaknyamanan pada saat pertama kali. Namun lakukan saja terus dan anda akan terbiasa suatu saat nanti.


3. Buatlah jarak antara kedua kaki anda.
Memberi jarak antara kedua kaki (tidak dirapatkan) baik dalam posisi berdiri maupun duduk menunjukkan bahwa anda cukup percaya diri dan nyaman dengan posisi anda.



4. Santaikan bahu anda.
Ketika anda merasa tegang, anda akan merasakan juga ketegangan di kedua bahu anda. Biasanya terlihat dari posisi bahu yang sedikit terangkat dan maju ke depan. Cubalah untuk mengendurkan ketegangan dengan menggerakkan bahu anda dan mundurkan kembali posisinya ke belakang atau bersandar.










5. Mengangguk ketika lawan bicara anda sedang berbicara.
Mengangguk menandakan bahwa anda memang sedang mendengarkan. Namun bukan bererti anda mengangguk berlebihan (terus menerus dan cepat) seperti burung pelatuk , kerana anda akan terlihat seperti dibuat-buat.


6. Jangan membongkuk, duduklah dengan tegak.
Membongkok menandakan bahwa anda tidak bersemangat, dan tegak disini maksudnya adalah tetap dalam koridor santai, tidak tegang.


7. Condongkan badan, namun jangan terlalu banyak.
Jika anda ingin menunjukkan bahawa anda tertarik dengan apa yang disampaikan oleh lawan bicara anda, condongkan sedikit tubuh anda ke arahnya. Namun jangan juga terlalu condong karena anda terlihat seperti akan meminta sesuatu.
Jika anda ingin menunjukkan bahawa anda cukup percaya diri dan santai, condongkan sedikit badan anda ke belakang.
8. Tersenyum dan tertawa.
BergembirLh, jangan terlalu serius. Santai, tersenyum bahkan tertawa jika seseorang menceritakan sesuatu hal yang lucu. Orang akan cenderung mendengarkan anda jika anda terlihat sebagai orang yang positif. Namun juga jangan menjadi orang yang pertama kali tertawa jika anda sendiri yang menceritakan cerita lucu nya, kerana anda akan terkesan gugup dan seperti minta dikasihani.
Tersenyumlah ketika anda berkenalan dengan seseorang, namun jangan pula tersenyum terus menerus kerana anda akan dianggap menyimpan sesuatu dibalik senyuman anda.


9. Jagalah posisi kepala anda tetap lurus.
Jangan melihat ke bawah ketika anda berbicara dengan seseorang. Anda akan terlihat seperti tidak nyaman berbicara dengan lawan bicara anda dan juga terlihat seperti orang yang tidak percaya diri.



10. Jangan terburu-buru.
Ini bisa berlaku untuk apa saja. Bagi anda yang mempunyai kebiasaan berjalan dengan cepat, cubalah sesekali untuk memperlambat jalan anda. Selain anda akan terlihat lebih tenang dan penuh percaya diri, anda juga akan merasakan tingkat stress anda berkurang.


11. Hindari gerakan-gerakan yang menunjukkan bahawa anda gelisah.
Seperti menyentuh muka anda, menggoyang-goyangkan kaki anda atau mengetuk-ngetuk jari anda di atas meja dengan cepat. Gerakan-gerakan semacam itu menunjukkan bahwa anda gugup dan dapat mengganggu perhatian lawan bicara atau orang-orang yang sedang berbicara dengan anda.
12. Efektifkan penggunaan tangan anda.
Daripada anda menggunakan tangan anda untuk hal-hal yang dapat mengganggu perhatian lawan bicara anda, seperti disebutkan dalam point 11 diatas, lebih baik anda menggunakan tangan anda untuk membantu menjelaskan apa yang anda sampaikan.


13. Rendahkan gelas minuman anda.
Seringkali kita berbicara dengan seseorang sambil memegang gelas minum di depan dada kita. Sikap ini agak kurang baik karena akan membuat ‘jarak’ yang cukup jauh antara anda dan lawan bicara anda. Rendahkan posisi gelas minuman anda, bahkan jika perlu anda memegangnya sampai di dekat kaki.


14. Jangan berdiri terlalu dekat.
 Orang yang merubah posisinya menjadi terlalu dekat pada lawan bicaranya dapat menandakan bahwa ia sedang menyembunyikan sesuatu atau mempunyai maksud tertentu. Selain itu tentu saja akan membuat lawan bicaranya menjadi tidak nyaman. Jagalah selalu jarak ’privacy’ antara anda dan lawan bicara anda.




15. Jagalah selalu sikap anda.
Apa yang anda rasakan akan tersalur lewat bahasa tubuh dan dapat menjadi perbedaan yang besar terhadap kualiti hubungan anda dan lawan bicara anda. Tetaplah jaga sikap yang positif, terbuka dan santai.


Friday, October 8, 2010

Pre Wedding Angkasawan Malaysia

 Datuk Dr. Sheikh Muzaphar Shukor & Dr. Halina Mohd Yunos





Thursday, October 7, 2010

101 Pertanyaan Hebat Untuk Membuat Hidup Anda Luar Biasa



Anthony Robbins pernah mengatakan dalam salah satubukunya bahwa berpikir sebetulnya adalah proses bertanya dan menjawab pertanyaan-pertanyaan. Beliau kemudian menambahkan bahwa orang-orang yang sukses adalah mereka yang selalu bertanya pada dirinya sendiri.
Berikut adalah 101 pertanyaan untuk membuat hidup anda luar biasa :
1. Apa yang saya inginkan?
2. Untuk hal-hal apa saja saya berterima kasih?
3. Apakah yang hilang dalam hidup saya?
4. Apakah saya melihat hal-hal baru di dunia ini setiap hari?
5. Apakah saya menyediakan sedikit waktu untuk mendengarkan orang lain?
6. Apakah saya cukup bersenang-senang?
8. Apa yang saya inginkan lebih dalam hidup?
9. Apa yang tidak terlalu saya inginkan dalam hidup?
10. Apakah saya selalu mencari peluang-peluang?
11. Apakah saya menangkap peluang-peluang yang ada?
12. Apakah saya mempunyai pikiran yang terbuka?
13. Apakah saya cukup fleksibel?
14. Apakah saya cepat menghakimi orang lain?
15. Apakah saya selalu memperhitungkan resiko?
16. Apakah saya tulus memuji orang lain?
17. Apakah saya menghargai apa yang orang lain lakukan untuk saya?
18. Ke tempat mana sajakah saya ingin pergi?
19. Siapa sajakah orang yang ingin saya jumpai?
20. Petualangan apa sajakah yang ingin saya ikuti?
21. Apakah saya peduli dengan apa yang orang lain pikirkan tentang saya?
22. Apakah saya cepat tersinggung?
23. Apakah yang membuat saya bahagia?
24. Adakah hal yang saya tunda?
25. Apakah saya selalu memikirkan diri sendiri?
26. Apakah saya suka menyimpan dendam?
27. Apakah saya selalu mengingat-ngingat masa lalu?
28. Apakah saya membiarkan pikiran negatif orang lain mempengaruhi saya?
29. Apakah saya bisa memaafkan diri sendiri?
30. Apakah saya cukup sering tersenyum?
31. Apakah saya cukup sering tertawa?
32. Apakah saya mengelilingi diri saya dengan orang-orang positif?
33. Apakah saya orang yang positif?
34. Apakah saya menyediakan cukup waktu untuk merawat diri?
35. Apakah ambisi rahasia saya?
36. Apakah yang ingin orang-orang ingat tentang saya di akhir hidup nanti?
37. Apakah arti sukses untuk saya?
38. Bagaimana saya dapat memberi arti bagi hidup orang lain?
39. Bagaimana saya dapat melayani sesama?
40. Hal apakah yang dapat saya lakukan lebih baik dibandingkan orang lain?
41. Apakah 3 kekuatan terbesar saya?
42. Apakah saya bergerak menuju ke pencapaian mimpi-mimpi saya?
43. Apakah saya menceritakan pada orang lain apa yang sungguh-sungguh saya inginkan dalam hidup?
44. Seperti apakah rupa hari yang indah menurut saya?
45. Ingin seperti apakah anda 1 tahun lagi? 5 tahun lagi? 10 tahun lagi? 20 tahun lagi?
46. Seperti apakah bentuk lingkungan untuk hidup yang baik menurut saya?
47. Apakah yang ingin saya perbuat jika saya tidak mempunyai rasa takut?
48. Apakah yang ingin saya perbuat jika uang bukanlah hal yang penting?
49. Alasan-alasan apa sajakah yang sering saya ucapkan?
50. Apakah saya menikmati apa yang saya lakukan sehari-hari?
51. Apakah saya berada di jalan yang benar?
52. Apakah saya meyayangi diri sendiri?
53. Apakah saya baik pada orang lain?
54. Apakah saya mengambil sesuatu tanpa imbalan?
55. Apakah saya sedang melakukan hal yang paling penting saat ini?
56. Apakah ada hal-hal dalam hidup yang perlu saya beri perhatian lebih?
57. Apakah saya sudah menggunakan waktu saya dengan sebaik-baiknya?
58. Apakah yang bisa saya lakukan saat ini yang dapat membuat perbedaan terbesar dalam hidup?
59. Apakah yang sedang saya hindari?
60. Hal-hal apa sajakah yang saya bisa bertoleransi?
61. Apakah saya membuat tujuan-tujuan yang jelas dengan batas waktu pencapaiannya?
62. Apakah saya memegang janji-janji yang telah saya buat pada diri sendiri?
63. Apakah saya memegang janji-janji yang telah saya buat pada orang lain?
64. Jika saya ingin kehidupan saya sempurna, apakah yang harus saya rubah?
65. Apakah yang sedang saya cari sungguh-sungguh saat ini?
66. Bagaimana saya membuat hidup saya lebih sederhana?
67. Kegiatan apa saja yang saya lakukan tetapi saya tidak menikmatinya? Apakah kegiatan tersebut sungguh-sungguh harus dilakukan? Dapatkan saya mendelegasikannya atau membayar orang lain untuk melakukan itu?
68. Apakah saya melihat diri saya sebagai seorang yang cukup kreatif?
69. Apakah saya membiarkan diri saya untuk menjadi orang yang kreatif?
70. Dapatkah saya menjadi seseorang yang spontan?
71. Apakah saya terlalu kritis pada diri sendiri?
72. Apakah saya terlalu kritis pada orang lain?
73. Apakah saya dapat melihat permasalahan dari sudut pandang yang berbeda?
74. Hal-hal apa sajakah yang telah saya selesaikan?
75. Hal-hal apa sajakah yang menjadi sumber stress dalam hidup?
76. Bagaimana saya dapat mengurangi stress dalam hidup?
77. Kemana sajakah uang saya dipergunakan?
78. Bisakah saya mengelola keuangan saya?
79. Punyakah saya rencana keuangan untuk masa depan?
80. Untuk apa sajakah waktu saya dipergunakan?
81. Sudahkah saya membuat sistim pengelolaan waktu yang efisien?
82. Apakah 3 prioritas terbesar saya dalam hidup?
83. Siapakah orang terpenting dalam hidup saya?
84. Siapakah yang mencintai saya?
85. Siapakah yang peduli kepada saya?
86. Untuk siapakah anda bekerja keras?
87. Apakah tempat tinggal dan lingkungan kerja saya telah diatur sedemikian rupa sehingga memberi kenyamanan pada saya?
88. Apakah saya mempunyai pola hidup yang sehat?
89. Apakah saya sering terbawa emosi?
90. Apakah saya dapat melupakan kesalahan-kesalahan yang telah saya buat di masa lalu?
91. Apakah saya mengijinkan diri saya untuk melakukan kegagalan?
92. Apakah saya mempelajari kegagalan-kegagalan saya?
93. Apakah saya cepat menanggapi ketika sesuatu berjalan tidak semestinya?
94. Apakah keyakinan-keyakinan saya telah bekerja dengan baik?
95. Apakah saya melonggarkan aturan-aturan yang telah saya buat untuk diri sendiri dan orang lain?
96. Apakah impian masa kecil saya yang terlupakan?
97. Siapa sajakah idola/tokoh yang saya tiru?
98. Apakah saya asli? Apakah saya menjadi diri saya sendiri atau sedang mencoba menjadi seseorang yang lain?
99. Bagaimana jika …?
100. Mengapa tidak …?
101. Bagaimana saya dapat …?
Pertanyaan manakah yang membuat anda paling tersentuh? Silahkan sharing kan disini, atau
Jika anda memiliki pertanyaan refleksi yang lain juga bisa disharingkan disini.

did you know

Rahsia Khusyuk Dalam Solat





Seorang ahli ibadah bernama Isam bin Yusuf, dia sangat warak dan sangat khusyuk solatnya. Namun dia selalu khuatir kalau-kalau ibadahnya kurang khusyuk dan selalu bertanya kepada orang yang dianggapnya lebih ibadahnya, demi untuk memperbaiki dirinya yang selalu dirasakan kurang khusyuk.

Pada suatu hari, Isam menghadiri majlis seorang abid bernama Hatim Al-Isam dan bertanya : "Wahai Aba Abdurrahman, bagaimanakah caranya tuan solat?" Hatim berkata : "Apabila masuk waktu solat aku berwudhu' zahir dan batin."

Isam bertanya, "Bagaimana wudhu' zahir dan batin itu?" Hatim berkata, "Wudhu' zahir sebagaimana biasa, iaitu membasuh semua anggota wudhu' dengan air. Sementara wudhu' batin ialah membasuh anggota dengan tujuh perkara :-
1. Bertaubat

2. Menyesali dosa yang dilakukan

3. Tidak tergila-gilakan dunia

4. Tidak mencari / mengharap pujian orang (riya')

5. Tinggalkan sifat berbangga

6. Tinggalkan sifat khianat dan menipu

7. Meninggalkan sifat dengki 


Seterusnya Hatim berkata, "Kemudian aku pergi ke masjid, aku kemaskan semua anggotaku dan menghadap kiblat. Aku berdiri dengan penuh kewaspadaan dan aku bayangkan 
Allah s.w.t. ada di hadapanku, syurga di sebelah kananku, neraka di sebelah kiriku, malaikat maut berada di belakangku, dan aku bayangkan pula bahawa aku seolah-olah berdiri di atas titian 'Sirratul Mustaqim' dan aku menganggap bahawa solatku kali ini adalah solat terakhirku, kemudian aku berniat dan bertakbir dengan baik.

Setiap bacaan dan doa dalam solat kufaham maknanya, kemudian aku ruku' dan sujud dengan tawadhu', aku bertasyahhud dengan penuh pengharapan dan aku memberi salam dengan ikhlas. Beginilah aku bersolat selama 30 tahun." Apabila Isam mendengar, menangislah dia kerana membayangkan ibadahnya yang kurang baik bila dibandingkan dengan Hatim.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...