CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Monday, March 15, 2010

Peranan Juruukur Bahan

Susunan: Fara Ashikin Uyub, Chong Jia Yi & Chung Tzy Chi

Juruukur Bahan adalah merupakan pihak yang bertanggungjawab dalam memastikan kos projek tidak melebihi peruntukan (budget) yang ditetapkan oleh pihak majikan. Pihak Juruukur Bahan akan terlibat dengan sesuatu projek dari awal hinggalah ke peringkat akaun muktamad. Oleh itu maklumat dan objektif yang tepat tentang projek adalah penting untuk memastikan kos yang dianggarkan oleh pihak Juruukur Bahan ini adalah didalam lingkungan budget yang ditetapkan oleh pihak majikan. Tanpa objektif dan maklumat yang tepat maka anggaran kos yang akan dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan ini mungkin tidak setepat yang dikehendaki.

Oleh itu tanggungjawab asas pihak Juruukur Bahan didalam sesuatu proses pembangunan projek adalah seperti berikut:

1. Menyediakan kajian kemungkinan.

Untuk menentukan bahawa projek yang dirancangkan adalah sesuai dengan lokasinya maka dengan ini pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menyediakan satu kajian kemingkinan untuk projek yag terbabit. Dengan adanya kajian kemungkinan ini juga pihak majikan akan mengetahui kadar keuntungan yang akan diterima olehnya hasil daripada projek yang terbabit. Contonhnya kajjian kemungkinan ini diadakan untuk mengkaji kesesuaian untuk membina sebuah kompleks membeli belah di Skudai. Maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan kajian kemungkinan ini dan keputusan mengenai kajian kemungkinan ini akan dipersembahkan kepada pihak majikan.

2. Menyediakan dokumen tender.

Untuk memilih kontrakktor yang benar berkelayakan untuk sesuatu projek maka tender akan dibuka kepada kontraktor yang berminat. Antara aktiviti yang akan dilakukan diperingkat ini adalah seperti menyediakan senarai kuantiti berdasarkan lukisan dari perunding arkitek dan jurutera. Ketepatan dalam menyediakan senarai kuantiti ini adalah penting bagi mengelakkan timbulnya masalah apa bila proses pembinaan bermula kelak. Pihak Juruukur Bahan perlu menyatakan tarikh tutup bagi tender yang berkenaan.Pihak Juruukur Bahan juga hendaklah mengeluarkan tender ini dalam jangka waktu yang telah ditetapkan bagi mengelakkan kelewatan. Selain itu juga pihak Juruukur Bahanhendaklah memastikan bahawa dokumen tender yang dikeluarkan itu adalah dilengkapi dengan segala dokumen dan borang-borang yang berkaitan.

3. Analisis tender.

Setelah tender ditutup, pihak Juruukur Bahan akan membuat satu analisis tender bagi projek terbabit. Tujuan analisis tender ini dilakkukan adalah untuk memilih satu kontraktor yang benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja. Berkelayakan disini bermaksud mempunyai sumber kewangan yang mencukupi, mempunyai prestasi yang baik dan tidak mempunyai beban kerja yang banyak.

Setelah selesai proses analisis tender, maka Juruukur Bahan akan mengesyorkan melalui Laporan Tender kepada majikan/klien sesebuah kontraktor yang dianggap benar-benar berkelayakan untuk melakukan kerja yang dicadangkan. Namun begitu kuasa untuk memilih kontraktor adalah ditangan pihak majikan.

4. Menyediakan dokumen kontrak.

Setelah majikan membuat keputusan tentang kontraktor yang berjaya didalam tender tersebut maka pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak sebelum kontraktor memulakan kerjanya. Dokumen kontrak ini adalah perjanjian antara majikan dan kontraktor. Diperingkat ini pihak Juruukur Bahan akan menyediakan dokumen kontrak yanng lengkap dengan segala dokumen, borang kontrak, spesifikasi dan lain-lain lagi.

5. Memeriksa insurans.

Sebelum memulakan kerja pihak kontraktor hendaklah mengambil insuran yang berkaitan seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara samada Borang JKR atau PAM. Oleh itu Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk memastikan bahawa segala insuran yang telah diambil oleh pihak kontraktor tersebut adalah sah dan mencukupi. Jika perlu pihak Juruukur Bahan akan menghubungi pihak syarikat insuran terbabit bagi memastikan ianya bukan merupakan polisi yang palsu.

Selain itu juga Juruukur Bahan perlulah memastikan polisi insuran yang diambil oleh pihak kontraktor adalah dari syarikat yang dibenarkan oleh pihak Arkitek. Pihak Juruukur Bahan juga perlulah memastikan polisi insuran tersebut adalah meliputi jangka waktu yang telah ditetapkan. Juruukur Bahan perlulah memastikan nama didalam polisi insuran tersebut adalah betul. Jika berlaku kesilapan maka pihak kontraktor semestinya tidak akan menerima pampasan dari pihak insuran jika berlaku perkara-perkara yang tidak diingini.

Ini adalah berdasarkan kepada kes Macaura Vs Northen Insurance Co (1925AC619) dimana pihak plantif mempunyai syarikat pembalakan dan mengambil insuran atas namanya dan bukan atas nama syarikat. Apabila berlaku kebakaran keatas syarikatnya maka pihak plaintif telah membuat tuntutan kepada pihak insuran. Didalam kes ini pihak mahkamah telah menetapkan bahawa plantif tidak dapat untuk membuat tuntutan kerana insuran yang diambil itu adalah atas namanya dan bukan atas nama syarikatnya kerana ianya tiada kepentingan kepada syarikatnya.

6. Penilaian kerja.

Antara tanggungjawab Juruukur Bahan adalah untuk membuat penilaian kerja-kerja yang dilakukan oleh pihak kontraktor. Tujuan penilaian kerja ini diadakan ialah untuk memberikan bayaran kepada kontraktor terhadap kerja-kerja yang dilakukan. Namun begitu kerja-kerja penilaian kerja ini hendaklah dilakukan oleh pihak Juruukur Bahan dan disertai oleh pihak wakil kontraktor.

Selain daripada itu, ianya juga akan dapat memberikan gambaran tentang kemajuan kerja yang telah dilakukan oleh pihak kontraktor pada bulan yang terbabit. Juruukur Bahan juga adalah dengan ini bertanggung jawab untuk mengeluarkan Perakuan Interim dalam jangka waktu 14 hari selepas penilaian kerja dilakukan. Ini seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.

7. Mengira perubahan kerja.

Jika terdapat perubahan kerja semasa proses pembinaan maka pihak Juruukur Bahan adalah bertanghgungjawab untuk menilai semula kerja-kerja yang terbabit. Dengan mengira perubahan kerja terbabit pihak Juruukur Bahan akan dapat mengetahui kos sebenar kerja-kerja terbabit sama ada ianya bertambah ataupun berkurangan daripada kos yang asal. Ini adalah seperti yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.

8. Mempertimbangkan tuntutan kontraktor.

Jika pihak kontraktor membuat tuntutan kepada pihak Juruukur Bahan akibat daripada pematuhannya kepada arahan Pegawai Penguasa/Arkitek seperti yang dinyatakan dalam Borang Kontrak Setara, maka adalah menjadi tanggungjawab Juruukur Bahan untuk memastikan bahawa tuntutan itu adalah benar. Selain itu juga ianya dapat memastikan bahawa kos yang ditanggung oleh pihak kontraktor tersebut akibat daripada arahan tersebut adalah benar-benar merugikannya disini pihak kontraktor adalah berhak untuk menerima segala dokumen dan resit-resit pembayaran yang menunjukkan bahawa pihak kontraktor adalah menanggung rugi akibat daripada pematuhan arahan Pegawai Penguasa/Arkitek.

9. Lanjutan masa.

Di samping itu juga pihak Juruukur Bahan adalah bertanggungjawab untuk menganalisa segala alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor untuk meminta lanjutan masa seperti mana yang dinyatakan didalam Borang Kontrak Setara.. Jika didapati alasan yang diberikan oleh pihak kontraktor iitu adalah munasabah maka pihak akan Juruukur Bahan memberikan persetujuannya kepada pihak Pegawai Penguasa/Arkitek untuk mengeluarkan arahan bagi meluluskan permintaan kontraktor untuk lanjutan masa tersebut.

10. Akaun muktamad.

Setelah pihak kontraktor mendapat sijil perakuan siap kerja
(iaitu selepas kontraktor membaiki segala kecacatan yang ada),
maka pihak Juruukur Bahan adalah dengan ini bertanggungjawab untuk membuat akaun muktamad. Akaun muktamad ini adalah bertujuan untuk mengetahui jumlah sebenar wang yang digunakan didalam projek itu samada ianya mengikut peruntukan (budget) yang telah ditetapkan oleh pihak kontraktor ataupun melebihi peruntukan tersebut.

Posted by ukur bahan : quantity surveying at 10:05 PM

http://ukurbahan-qs.blogspot.com/2007/06/peranan-juruukur-bahan.html

Saturday, February 27, 2010

tush

https://online.mohe.gov.my/upu/emas/index_epanduan.php

Friday, February 26, 2010

sampah

http://www.rahsiablog.com/index.php?ref=freepercuma

Tuesday, January 19, 2010

momy...




Aku nampak dari jauh kawan aku ni. Cepat2 aku lari masok stor. segan. he2. aku nampak nanie, haha. Yg sebenarnya, aku dah nak brenti keja toh.Keja dah jadi tak seronok semenjak kawan aku kena marah depan orang ramai sebab sembahyang. solat? Bos Jepun cakap
'no'... takde kompromi ah.. Memang betol kerja pun suatu ibadat tapi ape makna bila dah jd cm ni? Aku tawu aku tak 'perfect' tapi aku nak cuba buat yg terbaik. Aku letak jawatan walaupun baru je naik pangkat. Harap ape yang aku buat ni betul. Memang naya kerja kat cito.
mcm2 tapi malas lah nak cerita.. Pape pun trima kasih kat Abg Shahril yg tolong adjust register toilet..HQ telefon pun dia yg bnyk bela.
nak resign dorg nak potong 10 hari gaji aku. nangis2 depan Shahril.
aku keja truk2 nak potong gaji plak, oh selama ni aku pegi keja mghabis duit mak pak aku jer.. makan, duit minyak semua.. takpe ah btahan sikit hari lagi nk dpt gaji..hmmmm
Abg Shahril pun nak resign jugakk katanya..
30 Jan 2010 aku start kerja dengan Maxis Broadband. Bnyk beza ah.
Bos maxis offer transport lagi. tak usah aku ckp. Katanya jangan bahaya kat Highway...

Monday, January 11, 2010

hari 1st keja


sibuk2 nak keja, sibuk2 nak balik.
8 jam berdiri tak boley duduk. tetiba jer kaki aku vibrate.
anset bunyi weyh. dalam stoking.HAHA.
Lapaq nak balikk. tak mo rehat kat sini.
6.30? Eh aku belum Asar lagi nie.
Amik la register toilet. Kononnya nak pegi toilet?
mane ade register surau dekat cito
Bos Jepun tu ingat aku silap arah toilet la.
Hantar Kak Kalai kejar2 aku tunjuk arah toilet..wekk..
orang tak nak pegi toilet pun.
Bos Jepun tu strict gilaa. dah la cakap pun tak faham.
Kalai cakap esok dapat bos lain. slow cikit.
boley buli dia..

Tuesday, January 5, 2010

Azam baru~

Mat Azam to still yang lama. Keja dia nyibuk hal orang!
Dia cari aku kalo ade hal je.

*Kumpul duit untuk Nikon. HAHA.
Mlwk je.

me: Mak, duit keje nak watpe ek? Berjoli?
mom: haihh, taroh untuk masa depan.
me: ok3.

Monday, January 4, 2010

Turunkan Berat Badan dengan ketawa...heeee

aku dedahkan rahsia aku ramping~
hahak~
ta p jangan la selalu gelak..bahaya

WASHINGTON : Ketawa bukan hanya berfungsi sebagai penawar kesakitan tetapi turut berkesan mengurangkan berat badan kerana ia berupaya membakar sehingga 2.2 kilogram lemak setahun, kata saintis.
Sementara ketawa bersungguh-sungguh menggunakan tenaga sama untuk berjalan lebih 0.8 kilometer.
Ia didapati satu rangsangan menyebabkan banyak otot bergerak dan turut membantu jantung berdegup lebih laju.
Dr Maciej Buchowski, dari Universiti Vanderbilt [...]

Makna yang SEbenarnya.

.

Optimis: Orang yang jatuh dari Menara Eiffel, tapi ketika di pertengahannya berkata, "Tengok, aku tak cedera pun!"

Bapa: Pegawai bank yang tercipta secara semula jadi.

Konferen: Kekeliruan seseorang yang digandakan dengan berapa ramai orang yang menyertainya.

Air mata: Kuasa hidrolik yang terhasil akibat kekalahan tenaga.

Perbincangan berkumpulan: Suatu lokasi tempat semua orang bercakap, tiada seorang pun dengar dan akhirnya, tiada seorang pun setuju.

Klasik: Buku yang semua orang puji tapi tak seorang pun membacanya.

Senyum: Lengkungan yang boleh menyebabkan semua benda lurus kembali.

Dan lain-lain lagi: Suatu perkataan yang akan membuatkan orang lain fikir anda tahu banyak bendas lagi (walaupun sebenarnya tidak!).

Diplomat: Orang yang berkat, "Boleh blahlah dengan engkau' dalam cara diplomatsi dan halus, yang anda fikir ia bermaksud hendak membawa anda melancong ke negaranya secara percuma!.

ke mana.


elelelelehhh kontrol machoo

Sunday, December 27, 2009

countdown to twenty ten


Selamat menyambut tahun baru.
cepat3. start keja bulan satu. keboringan~
semoga 2o10 lebih bermakna meninggalkan 2009 yg penuh duka.
Aku harap 2o10 tak mematahkan semangat aku sepertimana pergelangan tangan aku dipatahkan oleh 2o09 yang kejam
pada saat-saat yang sangat genting.
.benci gilaaa nak mati .bye.

Friday, December 18, 2009

memories














































Bloggers tertua


Engkau, kalau senang2, pegi larh melawat blog nenek ni.
best..tapi aku tak faham pun bahase blog tu. Bahasa Sepanyol..he3..
ramai peminat. 'follower' dia beribu jugaklah..
telah pun meninggal dunia pada usia 97 tahun.
(bulan 10/2009)
ni link;
''Tiada sesiapa yang mempedulikan tentang wanita tua dan tiada sesiapa yang sayang
pada kami lagi. Namun saya amat terkejut kerana melalui internet, remaja
yang berumur 18, atau 14 tahun boleh berkongsidengan saya tentang kehidupan mereka,
apa yang mereka fikirkan dan meminta pandangan saya,'' katanya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...