Thursday, February 27, 2014
Tuesday, February 25, 2014
pembinaan istana di syurga bermula di sini
bismillah;
keajaiban dhuha
sharing seorang kawan kepada saya, bercerita tentang youtube 'Ustaz Yusuf Wisatahati' mengenai seorang pengusaha di Indonesia.
"saya mahu bina sebuah istana di syurga. lantas saya istiqomah menunaikan solat dhuha setiap hari 6 rakaat. setiap hari saya akan melakukannya. saya cuma mahu istana di syurga. tetapi Allah swt beri saya 4 buah rumah di dunia."
subhanAllah. masyaAllah.
target akhirat. dapat dunia percuma tanpa diminta.
here.
istiqamah dhuha merupakan salah satu amalan yang ganjarannya dijanjikan mahligai di syurga. hidup di dunia tak selamanya, apalah sangat nilainya rumah gah di dunia kelak akan musnah juge.. yukkk! :)
apa yuk yuk?
................................................
golongan yang dijanjikan mahligai di syurga :
ini adalah dari sebuah buku karya Syeikh Muhammad Nuruddin dan Marbu al-Banjari al-Makki yang diterjemahkan oleh saudara Mohd Khairulzahir bin Md. Rawan daripada Madrasah Zubaidiyah, Merbok, Kedah. di dalam buku ini ada menerangkan tentang 16 golongan yang bakal termasuk dalam golongan seperti tajuk yang dinyatakan di atas.
1. orang yang membina masjid
jangan risau, bukanlah kita perlu bina sebuah masjid baru Allah akan binakan sebuah mahligai untuk kita di dalam syurga nanti. sebab kalau begitu, maka orang kaya sahajalah yang mampu. Allah itu adil. Walau sekecil mana pun sumbangan kita dalam pembinaan masjid,, hatta 50 sen sekalipun, jika hanya itulah yang kita mampu dan kita ikhlas melakukannya, maka Allah tetap akan kira. atau kalau kita tidak mampu dari segi wang ringgit, mungkin kita boleh membantu dari segi tenaga.
2. orang yang mengeluarkan kekotoran dari masjid
islam sangat menekankan kebersihan dalam setiap aspek kehidupan. apatah lagi jika kita menjaga kebersihan rumah Allah. oleh itu, akan datang kalau kita nampak ada habuk, atau batu, atau tahi cicak dalam masjid, kutip dan buanglah ia ditempat yang sesuai. hanya dengan berbuat begini saja Allah sudah janjikan sebuah mahligai untuk kita di syurga nanti. apatah lagi kalau kita membersihkan tandas masjid, menyental kolam untuk berwudhu, atau menyapu seluruh kawasan masjid. jadi, janganlah kita panggil Tok Siak kalau kita nampak ada kekotoran di masjid. bersihkanlah kalau nak mahligai.
3. orang yang memenuhi ruang kekosongan di dalam saf
antara perkara sunat yang penting dan tidak harus diabai dan dilalaikan ialah melurus dan merapatkan saf ketika solat berjemaah. Sebab itu Umar al-Khattab dulu siap lantik orang yang khusus untuk memeriksa saf. beliau takkan memulakan solat berjemaah selagi saf tak lurus. dan dalam bab memenuhi saf ni, kita kena pentingkan diri sendiri. maknanya, kalau kita nampak ada ruang kosong di depan saf kita, janganlah nak baik hati suruh orang sebelah pergi penuhkan. kita kena dulukan diri kita sebab ini perkara untuk mendekatkan diri kita dengan Allah. lainlah kalau kita beratur untuk makan di majlis rumah terbuka, atau ketika beratur untuk naik bas. kalau kita nampak orang yang tua atau uzur, sunat untuk kita dulukan mereka.tapi bab nak penuhkan saf ni kita kena dulukan diri kita.
4. orang yang memelihara 12 rakaat sunat rawatib
solat sunat rawatib ini ialah solat sunat yang mengiringi solat fardhu. banyak hadith2 Nabi SAW yang menekankan perihal solat sunat ini. ada riwayat mengatakan bahawa perkara pertama yang akan dihisab di akhirat nanti ialah solat. jika didapati solat seseorang hamba itu kurang, akan dilihat pula adakah terdapat solat2 sunat yang dilakukannya dulu, agar dapat menampung kekurangan ini.
5. orang yang memelihara 4 rakaat sebelun fardhu asar
selain subuh, solat asar merupakan solat yang sukar untuk kita lakukan kerana tuntutan kerja. menurut hadith yang diriwayatkan oleh at-Tirmizi, Allah SWT mengasihi seseorang yang mengerjakan solat sunat empat rakaat sebelum solat fardhu asar.
(aku aimi akui, aku pernah lalui kesukaran untuk asar atas dasar tuntutan kerja.)
6. orang yang menunaikan solat sunat awwabin
solat sunat awwabin ialah solat sunat sama ada 4 rakaat dengan 2 salam, atau 6 rakaat dengan 3 salam, yang dilakukan selepas solat maghrib sebelum kita berkata2. namun ada juga hadith yang mengatakan 20 rakaat. sebenarnya kalau bab2 sunat ni, tak kisahlah berepa rakaat pun. sebab ia bukan wajib. lagi banyak lagilah bagus.
7. orang yang mengamalkan solat sunat dhuha
ini adalah solat sunat yang boleh dilakukan bermula sekitar jam 7 pagi dan berakhir sebelum zohor iaitu dalam lingkungan pukul 1 tengah hari. namun yang paling afdhal ialah seperti sepotong hadis Nabi s.a.w. yang dirakamkan oleh Zaid bin Arqam. Rasulullah s.a.w. menjelaskan: “solat dhuha ini afdalnya ketika matahari telah meninggi dan kian panas sinarnya.” Imam Nawawi menghuraikan masa tersebut sebagai masa berlalunya seperempat tempoh siang hari iaitu pukul 10 pagi hingga 1 petang (kitab al-Majmu’ karangan Imam Nawawi). ia boleh dilakukan sekurang2nya 2 rakaat dan paling banyak 8 rakaat. namun menurut sesetengah qaul, i a boleh dilakukan sehinga 12 rakaat.
8. orang yang membaca surah Ad-Dukhan pada hari Jumaat dan malamnya
Ad-Dukhan bermaksud asap. ia dinamakan sedemikian kerana surah ini mengandungi amaran Allah SWT terhadap kaum kafir musyrikin bahawasanya mereka akan ditimpa azab sengsara semasa langit membawa asap kemarau yang mengakibatkan kebuluran yang dahsyat kerana menentang Nabi SAW. Ia merupakan surah ke 44 dalam al-Quran dan mengandungi 59 ayat. Antara intipati surah ini ialah:
- malam al-Quran pertama kali diturunkan.
- segala perkara yang berhubung kait dengan kehidupan makhluk seperti hidup, mati, rezeki, nasib baik, nasib buruk dan sebagainya
- bencana kelaparan yang menimpa kaum Quraisy kerana mereka menentang Nabi Muhammad SAW.
9. orang yang meninggalkan perbalahan walaupun di pihak yang benar
islam melarang umatnya daripada berbalah di antara satu sama lain sehingga menimbulkan permusuhan. islam juga melarang umatnya menggunakan kekerasan dan paksaan dalam menyampaikan dakwah. Rasulullah SAW memberi jaminan kepada umatnya yang meninggalkan perbalahan yang boleh mendatangkan kemudaratan dan boleh menyebabkan terputusnya tali silaturrahim dengan menjanjikan sebuah rumah di dalam syurga.
akan tetapi, sekiranya perdebatan atau perbalahan itu dibuat dengan tujuan untuk memahamkan atau menjelaskan kebenaran dan dilakukan dengan cara yang baik, maka ia amatlah digalakkan. perdebatan seumpama ini merupakan salah satu cara yang dianjurkan dalam berdakwah.
10. orang yang sembahyang malam pada bulan Ramadhan
Pada bulan Ramadhan, solat sunat dikira sama pahala dengan solat fardhu. solat fardhu pula akan dilipat gandakan pahala sehingga 70 kali ganda berbanding pada bulan2 lain.
11. Orang yang berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat
Anas bin Malik meriwayatkan baginda Rasulullah SAW pernah bersabda bahawa sesiapa yang berpuasa pada hari Rabu, Khamis dan Jumaat, akan dibinakan oleh Allah untuknya sebuah mahligai di dalam syurga daripada permata yaqut dan zabarjad. Dan dituliskan baginya kelepasan daripada api neraka.
12. Orang yang beriman dgn Nabi SAW dan Islam serta berhiirah dan berjihad ke jalan Allah
Fadhalah bin 'Abid (ra) meriwayatkan beliau pernah mendengar Nabi SAW bersabda:
"aku menjadi ketua dan ketualah yang akan membawa masuk ke dalam syurga bagi sesiapa yang beriman denganku serta Islam dan berhijrah, nescaya dibinakan baginya rumah disekitar syurga dan dibinakan rumah di tengah syurga, dan aku menjadi ketua bagi sesiapa yang beriman denganku serta Islam dan berjihad pada jalan Allah, dibinakan baginya rumah disekitar syurga dan dibinakan rumah di tengah syurga dan dibinakan baginya sebuah rumah yang mempunyai bilik yang paling tinggi di dalam syurga, maka sesiapa yang melakukan perbuatan tersebut, dan dia tidak sekali-kali meninggalkan kebaikan yang dituntut dan ia mengelak dari berlakunya kejahatan, nescaya ia akan mati sebagaimana yang ia kehendaki"
13. orang yang membaca surah al-Ikhlas
surah yang juga dikenali sebagai surah at-Tauhid ini sangat banyak fadhilatnya. menurut hadith yang diriwayatkan daripada Muaz bin Anas al-Juhni, sesiapa yang membawa surah al-Ikhlas sehingga tamat sebanyak sepuluh kali, Allah akan membina untuknya sebuah mahligai di dalam syurga. oleh itu, rebut dan carilah keberkatan dengan melakukan sebanyak mungkin amal ibadah mengikut kemampuan kita.
Terbitan Pesona Algebra at 9:25 AM 0 Orang Terkentut
Monday, February 24, 2014
sentap terus
bismillah ;
TANDAS 20SEN
==========
suatu hari ketika seorang warga emas masuk ke dalam sebuah tandas awam untuk membuang air, dia ditegur oleh seorang pemuda yang menjaga tandas tersebut.
"pakcik, kalau nak masuk tandas bayarlah dulu,
dua puluh sen..jer." sapa pemuda tersebut.
tiba-tiba bercucuran air mata warga emas tadi tersentak dgn teguran yang diterimanya....teguran yang membuatkan hatinya juga turut menangis.
ini membuatkan si pemuda yang menjaga tandas tadi jadi serba salah.
"errrmmmm, janganlah menangis pakcik, kalau pakcik tarak duit tak mengapalah, masuk je lah, tak payahlah menangis..." kata pemuda itu.
sambil mengesat air matanya, warga emas tadi berkata "nak...aku bukan menangis kerana tiada duit untuk masuk ke dlm tandas ini, tp krn aku terfikir jika tempat jijik seperti ini perlu dibayar, bagaimanakah pula dengan syurga Allah nanti ?"
"berapakah bayaran yang perlu aku sediakan untuk memasukinya?"
https://www.facebook.com/photo.php?fbid=4007736007856&set=a.3286646301064.1073741825.1714887183&type=1
Terbitan Pesona Algebra at 11:06 PM 0 Orang Terkentut
Sunday, February 23, 2014
sundate with gegurls
bismillah,
harini dikejutkan siti tru phone call pada pukul 7:48 a.m *jejoget. ahahah. aku dah kunci jam pukul 6:00 a.m tapi snooze. bak kata pepatah arab. "you snooze, you loose." kami plan nak keluar daripada rumah pada pukul 7:00 a.m tapi macam ni jadinya. wella, seriously bila aku sebagai perempuan sedang uzur, disiplin aku memang ke laut. sebab aku fikir aku tak boleh solat, aku tidur suka hati, tak kisah pukul berapa. and i feel like i lost myself, i miss the quran. sepatutnya disiplin tidur awal tu bukan hari boleh solat saja, badan juga perlu rehat yang cukup. cuba. lagi satu, when i can't recite my favourite surah, aku suka hidangkan jiwa aku dengan lagu yang melekakan, sedar-sedar dari lamunan, jiwa aku kosong sangat. apapun, aku sentiasa cuba elak perkara macam tu... aku tak sepatutnya hidangkan jiwa dengan makanan yang leka.
Terbitan Pesona Algebra at 8:29 AM 0 Orang Terkentut
Wednesday, February 19, 2014
a-dha skin care
bismillah ;
ingin wajah mulus, cantik tanpa pakai bedak? a-dha skin care menawarkan perawatan wajah secara semulajadi.
a-dha beauty care merupakan produk farmasi yang telah lulus uji di Lab UI dan Lab Sucofindo dan dinyatakan aman dan tidak berbahaya. sudah dipatenkan di HAKI (Hak Kekayaan Intelektual) dan saat ini sedang dalam proses sertifikasi kosmetik aman dari Depkes, sertifikasi halal dari LPOM MUI.
malaleuca alternifolia
berfungsi sebagai bahan aktif untuk pengelupasan kulit secara semulajadi. berfungsi sebagai agen anti bakteria dan acne. untuk mengelakkan jerawat yang di sebabkan oleh bahan comedogenic. mengeringkan jerawat dan menghilangkannya dari wajah. bekerja sebagai antibiotik yang sebenar. mampu membunuh banyak bakteria dan virus.
hammamelis virginiana
berfungsi sebagai anti oksidan yang sebenar. memiliki kesan menenangkan anti iritasidan anti inflamasi, dan mengurangkan luka bakar yang dirasakan atau kemerahan yang di sebabkan oleh exfoliating kesan / pengelupasan.untuk radang kulit dan mencegah infeksi. membantu mengencangkan pembuluh yang lebar dan mengembalikannya ke struktur normal. meredakan ketegangan mata, menghapuskan kerutan /eye back/ garis halus di sekitar mata
ganoderma lucidum
sejenis keluarga cendawan, sering disebut sebagai "raja cendawan" (cendawan lingzhi) sudah dikenal ribuan tahun lalu sebagai nutrisi terbaik untuk memperbaharui sel-sel di dalam tubuh dan boleh mencegah penuaan
Terbitan Pesona Algebra at 9:25 AM 0 Orang Terkentut
Labels: adha beauty care, adha skin care, adha skin care original, adha skincare, adha skincare original
Friday, February 14, 2014
tips : teguh iman qiyamullail
bismillah ;
kenapa kita dianjurkan bangun malam?
persoalan ini akan terjawab jua~~
jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri~~
qiyamul-lail merupakan media seorang muslim dengan RabbNya. dia akan merasakan manisnya berdoa, beristigfar, memuji dan bermunajat kepada sang penciptanya. dengan demikian, ia akan mendapatkan kemudahan dari Allah dalam setiap aspek kehidupannya, baik pribadi, keluarganya, masyarakat maupun negara. begitu juga dalam aspek dakwah, pendidikan, ekonomi, sosial, budaya, dan politik.
orang yang istiqomah mengerjakan qiyamul-lail pasti dicintai dan dekat dengan Allah Subhanahu Ta'ala. dalam sebuah hadis yang diriwayatkan oleh Imam ahmad bin Hambal Rasulullah bersabda: " Lazimkan dirimu solat malam, karena solat malam adalah tradisi orang orang solih sebelummu dan dapat mendekatkan diri kepada Allah, menghapus dosa dan menolak penyakit dan mencegah dari dosa".
dari sini dapat kita fahami, bahawa qiyamul-lail, selain dapat mendekatkan diri kepada Allah, juga dapat mencegah kita dari segala penyakit dan mencegah kita dari melakukan dosa. seseorang yang ingin mulia disisi Allah dan disisi manusia hendaknya ia membiasakan qiyamul-lail. tapi hal ini tidaklah mudah dilakukan. tidak semudah apa yang kita bayangkan. kita harus melewati tips tips yang harus kita jalani.
diriwayatkan dari Abu Hurairah radhiyallahu ‘anhu yang berkata, “sesungguhnya Rasulullah shallallahu ‘alaihi wassalam bersabda, ‘Allah Subhanallahu wa Ta’ala akan turun ke langit dunia setiap malam ketika sepertiga malam yang terakhir, seraya berfirman, ‘barangsiapa yang berdoa kepada-Ku, maka Aku akan menerima permintaannya dan siapa yang meminta keampunan dari-Ku maka Aku akan mengampuninya’.” (Diriwayatkan Bukhari)
tips agar mudah qiyamul-lail
dibawah ini adalah tips tips yang harus kita lakukan supaya bisa bangun malam. diantaranya;
--------------------
amalkan surah Ali-Imran ayat 190-194
khasiat (teguh iman qiyamullail)
source.
--------------------
1. tidak banyak makan
sebagian ulama berkata kepada murid muridnya, " wahai murid murid! janganlah kalian memperbanyak makan, karna banyak makan akan menyebabkan banyak minum, banyak minum akan menyebabkan kantuk dan banyak tidur. banyak tidur akan menimbulkan kerugian".
2. tidak melakukan pekerjaan berat disiang hari
Aktifitas padat akan menyebabkan badan menjadi lesu dan lemah. dengan kondisi tubuh yang lemah, kita akan tidur dengan pulas, sehingga akan sulit bangun dan melakukan qiyamul-lail
3. tidur qoilulah
tidur qoilulah adalah tidur sebentar disiang hari, biasanya dilakukan sebelum matahari bergeser kearah barat dari titik istiwa'. orang yang melakukan tidur qoilulah kondisi tubuhnya akan lebih siap untuk melakukan ibadah di malam hari.
4. menjaga hati
Rasulullah bersabda: "ketahuilah, bahwa didalam tubuh ada segumpal daging. Apabila segumpal daging itu baik, maka baik pula seluruh anggota tubuhnya. apabila buruk, maka buruk pula seluruh anggota tubuhnya. ketahuilah, bahwa segumpal daging itu adalah hati".
menjaga hati agar tidak melakukan dosa dan kesalahan harus kita upayakan. karena perbuatan dosa menjadikan hati tidak baik. yang mengakibatkan tubuh kita enggan melakukan ibadah atau kebaikan. kalau kita sudah terlanjur melakukan dosa dan kesalahan maka kewajiban kita adalah bertobat dan berusaha tidak mengulangi kesalahan yang pernah ia perbuat. sebab, satu dosa kecil saja terkadang membuat seseorang tidak bisa melakukan suatu kebaikan selama berbulan bulan atau bahkan tidak melakukan kebaikan sama sekali. Sufyan Ats-Tsauri berkata: "Selama lima bulan, saya mengalami masa masa sulit. saya tidak bisa melakukan qiyamul lail sebab satu dnsa yang saya lakukan".
5. mengetahui keutamaan qiyamullail
qiyamullail memiliki fadhilah yang sangat banyak, baik tinjauan agama maupun tinjauna medis. Dari tinjauna agama, orang yang biasa melakukan sholat tahajjud dijanjikan tempat dan kedudukan yang mulia. orang yang biasa mengerjakan qiyamul lail, esok harinya wajahnya akan berseri seri. sedangkan dari tinjauan medis, qiyamul lail dapat membebaskan dari segala penyakit.
6. membaca sejarah orang-orang yang senantiasa menjaga qiyamullail agar lebih termotivasi.
dalil disyariatkan solat tahajjud ini adalah sebagaimana firman Allah subhanahu wa Ta’ala:
وَمِنَ اللَّيْلِ فَتَهَجَّدْ بِهِ نَافِلَةً لَكَ عَسَىٰ أَنْ يَبْعَثَكَ رَبُّكَ مَقَامًا مَحْمُودًا
maksudnya:
dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah "solat tahajjud" padanya, sebagai solat tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji. - al-Israa’ (17) : 79
Abu Hurairah r.a. meriwayatkan, bahawa Rasulullah sallallaahu ‘alayhi wa sallam telah bersabda yang bermaksud:
“islam bermula sebagai sesuatu yang dianggap asing dan ganjil. dan ia akan kembali sebagaimana permulaannya, dianggap asing dan ganjil. Maka, beruntunglah orang-orang yang ganjil”
[hadith Muslim no. 145]
pada hari ini, syiar solat tahajjud (qiyamullail) menjadi asing di kalangan kaum muslimin. kita berada di zaman langkanya orang yang memerhatikan syiar ini. orang yang menghidupkan syiar ini dalam diri, keluarga dan jiran tetangganya sangat sedikit. apabila syiar ini hampir lenyap dan dilupakan. berbeza dengan rumah generasi salafus soleh yang mulia. qiyamullail menjadi tanda bagi rumah mereka. bahkan, dari rumah mereka selalu terdengar suara al-quran, tasbih dan istighfar, seperti suara dengung lebah. sungguh, sangat jauh perbezaan antara generasi salaf dan generasi khalaf.
dari Abu Muslim, dia berkata : "aku bertanya kepada Abu Dzar r.a., 'qiyamullail manakah paling utama?' Abu Dzar menjawab, 'aku pernah bertanyakan kepada Rasulullah s.a.w sebagaimana kamu bertanyakannya keepadaku. Baginda menjawab, 'pada satu pertiga malam yang gelap atau pada tengah malam ketika kurang orang melakukannya.'"
ulama kita terdahulu yang mulia mnjelaskan kepada kita keterasingan syiar ini di kalangan generasi akhir agar menjadi motivasi bagi kita untuk menjaga dan bersungguh-sungguh melaksanakannya.
Ibnu Umar r.aa mengatakan : "ibadah yang paling pertama berkurang adalah solat tahajjud pada waktu malam dan menguatkan bacaan al-quran ketika itu."
Abu al-Ahwas r.h. berkata : "apabila ada seseorang (pada masa tabi'in) mengetuk pintu rumah kerabatnya pada malam hari, dia tentu akan mendengar suara berdengung seperti dengungan lebah (kerana solat tahajjud yang merka kerjakan). lalu, mengapa orang-orang yang tidak mahu mengerjakan qiyamullail rasa aman, padahal mereka yang mengerjakan qiyamullail saja selalu rasa takut?"
Fudhail bin Iyadh r.h. berkata : "aku pernah bertemu dengan beberapa orang. mereka berasa malu kepada Allah jika pada waktu malam tidur panjang. mereka tidur di atas pinggangnya. apabila terjaga dari tidurnya, mereka berkata, 'ini bukan bahagianmu. bangunlah dan ambillah bahagianmu di akhirat.'"
saudaraku! manakah orang-orang yang kuat menghidupkan malam? manakah orang-orang yang sama dengan Ibrahim bin Adham dan Fudhail bin Iyadh? meskipun kematian telah mengakhiri mereka, namun pujian telah menyebarkan nama baik mereka. betapa jauh jarak bumi dari bintang di langit. demi Allah, kamu bukan bahagian mereka dan tidak mengetahui siapa mereka. para pahlawan telah pergi dan yang tertinggal adalah para penganggur. orang-orang yang berjiwa besar telah berlalu, sedangkan oran-orang yang tertinggal adalah orang-orang seperti bangkai.
Ashim berkata : "aku pernah bertemu sekelompok orang. merekamenjadikan malam kemudahan untuk mendekatkan diri kepada Allah."
Abu Hazim Al-A'raj r.h. mengatakan : "sungguh menyedihkan zaman ini. orang-orang soleh susah dicari. mereka bagaikan butiran sesudah dituai."
dari Hasan bin Soleh Hayi r.h. bahawa dia mejual hamba perempuannya. ketika si hamba itu telah berpindah ke rumah orang yang membelinya, dia bangun pada satu pertiga malam untuk mengerjakan solat, dia membangunkan penghuni rumah itu untuk mengerjakan solat malam dan berkata kepada mereka : "solat! solat!" mereka pun bertanya : "apakah telah terbit fajar?" si hamba bertanya lagi : "belum! apakah kamu hanya mengerjakan solat wajib?" "ya, kami hanya mengerjakan solat wajib," jawab mereka. hamba perempuan itu kemudian kembali kepada Hasan dan berkata kepadanya : "wahai tuanku! engkau telah menjualku kepada orang-orang jahat. mereka tidak mengerjakan solat malam. kembalikanlah diriku kepadamu." mereka pun mengembalikan hamba tersebut kepada Hasan."
menarik di sini :
fadhilat solat tahajjud (2)
tips istiqamah qiyamullail
Terbitan Pesona Algebra at 9:19 AM 0 Orang Terkentut
Labels: qiyamullail, tahajjud, tahajud
Labels
- #alqassambrigade #brigedalqassam #alqassam #hamas
- #briged #brigade #alqassam #Hamas
- 9 kisah wanita solehah
- adha beauty care
- adha skin care
- adha skin care original
- adha skincare
- adha skincare original
- Al-Waqiah
- Alfalfa
- Alfalfa Shaklee
- alone
- Bidadari
- bidadari bumi
- C Bright
- Care
- Collagen Catalyst
- ekzema
- extrovert
- Exzema
- haji
- hajjah
- happynewyear
- haram
- haramain
- Introvert
- It's Empty
- kebaikan minyak kelapa dara
- loner
- lyric
- lyrics
- manfaat vco untuk ibu hamil
- manfaat vco untuk ibu mengandung
- masalah keguguran rambut
- masalah kelemumur
- mc collection
- mcct
- meiko collection
- meiko cosmetics
- Minyak kelapa dara
- minyak kelapa dara catalyst
- naturactor
- now playing
- perubahan selepas menggunakan tabita
- Produk Catalyst
- qiyamullail
- Rambut gugur
- rambut kering
- riak
- santai
- seksi ovari
- Shaklee
- Simply Siti
- supplement ibu hamil
- supplement ibu mengandung
- Surah Al-Waqiah
- Surah Kekayaan
- Tabita
- Tabita Skin Care
- tahajjud
- tahajud
- tanahsuci
- tengahdownteruk
- Terima Kasih Dato' Siti Nurhaliza
- Testimoni tabita
- Testimoni Tabita Skin harga tabita
- tips anti riak
- tips beranak
- tips melahirkan anak
- umrah
- vco
- VCO Catalyst
- vco rawat psoriasis
- VCO Treenea
- virgin coconut oil
- wanita hamil
- zinc
- zinc complex
- zinc complex shaklee
- zinc shaklee
- zink
- zink complex shaklee
- zink shaklee