CLICK HERE FOR BLOGGER TEMPLATES AND MYSPACE LAYOUTS »

Thursday, November 2, 2023

Tentera Allah

#GAMBAR | Tentera Allah SWT di bumi, mereka itulah yang menjadikan sesuatu itu bernilai.


Rasulullah SAW bersabda, "Sentiasa akan ada sekelompok dari umatku yang berjuang bersama-sama kebenaran, mencabar dan menentang musuh-musuh mereka. Musuh-musuh mereka tidak dapat memberi mudarat kepada mereka sehingga Allah SWT mendatangkan keputusannya. Mereka tetap dalam keadaan demikian." Maka para sahabat bertanya, "Di manakah mereka?" Jawab Rasulullah, "Di Baitul Maqdis dan sekitarnya."
(Riwayat Al-Bukhari)

Sumber: Nablus Al-Hadath

#AmanPalestin 
#TaufanAlAqsa 
#TaufanBangkitMenghancurkan

Wednesday, November 1, 2023

Strategi ZiOnis

Dalam ucapan terkini Abu Ubaidah, beliau ada menyebut bahawa rejim penjajah Zionis sedang menggunakan "strategi bumi hangus" ke atas Gaza.


"Strategi bumi hangus" ialah satu strategi tentera yang melibatkan pemusnahan segala benda untuk melumpuhkan pihak lawan dari terus bertahan, termasuk air, makanan, manusia, haiwan, tumbuhan, dan sebarang alatan serta infrastruktur.

Dalam erti kata rejim penjajah Zionis sedang memusnahkan Gaza keseluruhannya supaya ia tidak boleh lagi didiami manusia dan melumpuhkan segala kemampuan penduduk dan para pejuang di Gaza.

Seterusnya strategi ini akan disambung dengan pemindahan rakyat Gaza ke Semenanjung Sinai, Mesir yang membolehkan Gaza dijajah sepenuhnya oleh Israel untuk membina wilayah baharu penempatan haram Zionis.

- Ahmad Nu'man Mazlan


Kisah Briged Al-Qassam dan Kurma

Kisah Al Qassam dan Kurma,

Peperangan Israel - Palestin 2014 di Gaza merupakan di antara peperangan yang paling dahsyat dan paling panjang, berlanjutan sehingga 40 hari.

Sekumpulan 23 anggota mujahiddin al Qassam yang berjihad di bulan Ramadan telah hilang dan terputus hubungan kerana pintu masuk dan pintu keluar terowong di antara Gaza dan Israel (Palestine-1948) terkambus setelah dibom Israel.

Mereka semua disangkanya telah syahid kerana terputus hubungan selepas terperangkap di dalam terowong.

Selepas gencatan senjata di permulaan aidil fitri, penggalian mencari jenazah syuhada' dimulakan.

Namun ditakdirkan Allah, kesemua 23 mereka dijumpai hidup sihat biar pun terkepung selama 13 hari.

Apa yang menakjubkan,

1- Mereka menerima bekalan air daripada sebuah mata air di terowong tersebut, kedalaman 25 meter bawah tanah.

2- Mereka hanya makan sebiji kurma sehari, separuh kurma untuk bersahur dan separuh lagi untuk iftar Ramadan.

Kisah dari Perang Gaza 2014,

via Prof Zainur Rashid Z


Wednesday, May 26, 2021

Aimi dan tidurnya..

Aku selalu cepat letih.. 
Aku nak gitau monolog dalaman aku.

"Kat Syurga nanti, aku nak tidur je..."
(Tu pun kalau masuk Surga)

Bagi aku cukup tidur tu dah syurga sangat, sebab tu aku cakap aku suka kalau aku dimasuk wad kan.. /hospitalised.. Aku akan tidur saja... Dan perkara tu berlaku hampir setiap tahun. 

Tapi seperkara, Allah cakap kat Syurga takkan ada tidur.. 😅 Kau Aimi cuma fikir dengan keterbatasan akal kau yang segala letih atas dunia ni terubat dengan tidur kat Syurga.. ,🤣

.

Saturday, March 31, 2018

#myloveletter 1



Jika dipuji...
kerana Allah sembunyikan aib kita.
Jika dikeji...
Kerana Allah sedang membuang ego kita.
Ketika berada...
Kerana Allah ingin menguji kesyukuran kita.
Ketika miskin...
Kerana Allah mendidik kesabaran kita.
Ketika sakit...
Allah ingin kita merintih kepadaNya.
Ketika sihat...
Allah ingin kita berbakti kepadaNya.

Dunia ini tempat hati mencari Allah. Bila sudah bertemu, ayuh segera kembali kepadaNya. Kita hanya musafir lalu...

- Pahrol Mohd Juoi -

#syukuralhamdulilah #marykayaimifeedback #myhappyconsultant #ilovemymarykay #myloveletter

Ini konsultant Cik Aimi, Cik Aimi akan bantu mereka dalam bisnes Mary Kay dengan sebaik mungkin, InsyaAllah...

Sunday, February 11, 2018

Minyak Kelapa Dara / VCO rawat psoriasis / ekzema / eczema


Assalamualaikum, artikel di bawah dari UTUSAN adalah tentang keberkesanan VCo @ minyak kelapa dara rawat sakit psoriasis, insyaAllah dengan izinNya..

............................

27 tahun derita psoriasis / ekzema / eczema


Oleh RABIATUL ADAWIYAH KOH ABDULLAH
adawiyah.koh@utusan.com.my
Terima kasih An Nabaat Sdn. Bhd., Bandar Baru Bangi, Selangor. (As Ad: 013-3112724/ Dali: 019-4504905)




KEHIDUPAN ceria seorang pelajar tingkatan tiga ini bertukar sengsara apabila dia secara tiba-tiba diserang penyakit kulit misteri dinamakan psoriasis . Akibatnya, Hazlinda mengalami simptom kulit mengelupas, kemerahan dan gatal, sekali gus menjejaskan rupa parasnya.

Akibatnya, dia hanya mampu duduk di rumah kerana kulitnya akan berasa sakit apabila berpeluh dan memakai baju. Itulah antara pengalaman yang dialami Hazlinda Ilias, 42 kira-kira 28 tahun lalu.

Penyakit yang dialami Hazlinda masih berlarutan sehinggalah dia melangsungkan perkahwinan.

"Saya mencuba pelbagai rawatan termasuk cara Islam dan tradisional. Saya juga mencuba suplemen farmasi. Ada yang berkesan tetapi tak sampai sebulan, penyakit ini datang semula. Sehinggalah saya mencuba sejenis ubat herba tradisional yang mungkin serasi dengan saya. Penyakit kulit yang saya alami tidak sembuh sepenuhnya tetapi ia semakin berkurang sehingga 60 peratus," ujarnya.

Menurut Hazlinda, disebabkan perasaan malu dan kurang pengetahuan tentang psoriasis, dia tidak mahu berjumpa doktor ketika mula-mula mendapat penyakit ini.

"Saya sangat stres. Masa itu saya baru berada di tingkatan tiga. Akibatnya, pelajaran dan rutin harian saya terganggu. Penyakit kulit ini menyebabkan rasa sakit, gatal dan malu.

"Akhirnya atas dorongan keluarga, saya berjumpa doktor dan diberi ubat," katanya.

Tahun lepas, atas izin Allah, dia dipertemukan dengan usahawan herba , Dr. Nurmawati Syakroni dan sejak itu mencuba herba minyak kelapa dara, alahan dan antivirus untuk merawat penyakit tersebut.

"Alhamdulillah ia sesuai dengan kulit saya," akuinya.

Tambah Hazlinda, walaupun kesan masih belum kelihatan tetapi ia membantu mengurangkan rasa sakit dan gatal terutama apabila cuaca panas dan melekit.

"Jika anda tanya, apa yang terjadi pada kulit saya 27 tahun lalu, susah saya nak gambarkan. Kulit menjadi gatal, bengkak dan alergi. Selepas berkahwin, suamilah yang banyak membantu dengan menyapu ubat di bahagian belakang. Seperti yang anda lihat sekarang, selepas mencuba ubat herba ini, yang tinggal hanyalah kesan parut. Walaupun saya belum pulih sepenuhnya, saya bersyukur kerana sekarang saya sudah tidak malu berjumpa orang ramai," ujarnya yang menjalankan perniagaan secara kecil-kecilan.

Ibu kepada empat anak ini mengakui, sebagai pesakit psoriasis banyak cabarannya.

Katanya, kulit akan menjadi kering apabila berada di dalam bilik berpendingin hawa dan tiada keyakinan diri apabila berjumpa dengan orang ramai.

Nasihatnya kepada pesakit-pesakit lain supaya bersabar dan tidak berputus asa.

"Kita perlu percaya setiap penyakit ada ubatnya. Saya bersyukur mempunyai keluarga yang memberi kekuatan untuk terus tabah," katanya yang kini hidup gembira.



Artikel Penuh: 
http://ww1.utusan.com.my/utusan/Kesihatan/20120805/kn_03/27-tahun-derita-psoriasis#ixzz56ogDJd8e

© Utusan Melayu (M) Bhd 


Untuk awak dapatkan minyak kelapa dara / VCO boleh dapatkan dengan saya, saya jual dalam bentuk liquid dan kapsul ya.. Hubungi saya 

AIMI di talian 
whatsapp 012-4033922

INSTAGRAM : @aimiwellness
FB PAGE : Minyak Kelapa Dara - VCO Catalyst




.......





Saturday, December 23, 2017

Tentang Saie

bismillah, 
post daripada Ust Pahrol letak sini untuk rujukan saya, chill..


Kenapa sampai tujuh kali Siti Hajar berulang alik dari Safa dan Marwah?

Allah kurniakan kita akal dan ikhtiar, cuma jangan bergantung kepada keduanya. Yang memberi bekas Allah jua.

Berusaha sehabis daya tetapi jangan bergantung kepadanya. Pada kali pertama, kedua, ketiga, keempat, kelima, keenam dan ketujuh...hati Siti Hajar masih bergantung kepada makhluk.... kalau ada kafilah yang datang, jika ada manusia yang singgah.

Tapi selepas itu... harapannya musnah, dia tidak mengharap lagi kepada dunia dan manusia. Hatinya 'dipaksa' bergantung hanya kepada Allah.

Dan pada ketika itulah bantuan Allah datang dengan cara yang paling mudah. Hanya dengan hentakan kaki bayi kecilnya Ismail...lalu terpancarlah air.

Zam zam, zam zam, berkumpul, berkumpul...berkumpullah segala keberkatan dan kebaikan.

(Kata yang empunya riwayat, pada kemuncak tauhid itu lupalah Siti Hajar kepada persaingan madunya Siti Sarah, kesedihan ditinggalkan oleh suaminya Ibrahim...kerana hatinya puas dengan Allah!)

Zam-zam, zam-zam, berkumpullah kebaikan dan keberkatan... bila hati dipenuhi iman. Dan jalan ke situ dipenuhi penderitaan!



Allah mendidik kekuatan melalui perpisahan. Allah mengajar cinta melalui derita...

Begitulah di Saie itu pada Siti Hajar dan Ismail. Begitulah jua pada Ibrahim ketika meninggalkan mereka...

Agar seluruh dan sepenuh cinta hanya untukNya...kerana Tuhan sangat cemburu!

Sunday, November 12, 2017

VCO for Ekzema



Anak anda ada ekzema? 
Sebagai ibu dan bapa mesti anda risau bukan? Yelah anak masih kecil, segala jenis cream dah sapu.. smasih tak berhasil :(. Risau dengan eczema, risau dgn krim kimia yg disapukan ke kulit baby :(

Apa itu ekzema?
Ekzema bermakna penghalang kulit tidak berfungsi sebaik yang sepatutnya. Ini boleh membuatkan kulit bayi anda lebih senang diserang infeksi dan alergi yang boleh membuat keadaan lebih teruk.

Apa yang menyebabkan ekzema?
Radang ekzema boleh berlaku jika ada iritasi kulit yang disebabkan oleh kimia, seperti bahan pencuci dalam mandian buih, syampu, serbuk cuci dan pelembut fabrik. Ini diberi nama ekzema sentuhan iaitu mendapat alergi kerana kulit terdedah dgn bahan2 tadi. Kanak-kanak yang menghidapi ekzema atopik boleh mendapat ekzema sentuhan juga, jadi kedua-duanya boleh menyerang serentak.
Ada juga yang mengatakan ekzema berpunca dari susu yang diminum oleh bayi. Masalah ruam tetap akan berlaku sama ada bayi minum susu secara campuran iaitu susu ibu dan susu formula ataupun menyusu badan. Ini kerana berkemungkinan bayi terbabit mengalami alahan kepada susu formula yang diambil juga daripada pemakanan si ibu.

Tahukah anda?
Ekzema amat sulit dihindari kerana bayi akan menggaru dan menyebabkan infeksi hingga boleh mengganggu tidurnya! kasihan anak kita :( ada kanak2 yang sudah sampai keperingkat serius sehingga memerlukan pembedahan kulit.

Kini, melalui pelbagai kajian dan dapatan dari seluruh dunia akhirnya kita menemukan Virgin Coconut Oil yg mempunyai seribu satu khasiat utk dalaman dan luaran tubuh manusia.. bukan sahaja mereka yg muda belia, malah dari seawal baby sehingga menginjak ke usia warga emas juga boleh menggunakannya.

Dengan 100% sumber asli tanpa sebarang bahan tiruan Treenea lahir dengan produk minyak kelapa dara VCO yang lebih tinggi antioksidan.VCO ini telah terbukti membantu anak2 kecil ini bagi mengatasi masalah ruam dan ekzema..

Bagaimana caranya?
Ambil vco liquid Catalyst, titiskan sedikit dalam susu baby.. 3 titik dah cukup.. sehari sekali.. kemudian baki minyak tadi di sapu pada kulit baby. In shaa Allah.. kulit dan alergi ruam tersebut akan semakin pulih. Hasilnya kulit yg semakin cantik dan semakin kuat 'rintangan' terhadap virus, kuman, kulat, alergi dan sebagainya.
Semoga anak kalian cepat sembuh :)



Untuk menempah VCO
whatsapp Aimi

012-4033922


.

Saturday, October 28, 2017

I'll kill my darling


...

KILL YOUR DARLING

Dalam penulisan, sering terjadi sesuatu frasa yang kita anggap paling indah, bernas dan hebat sebenarnya tidak sebegitu dalam realitinya.

Walaupun selalu diingatkan supaya kita melakukan “self editing” tetapi frasa yang kononnya sangat indah itu tidak akan kita buang. Munasabahkan kita membuang sesuatu yang kita sayang?

Justeru, kita perlukan orang lain menyunting tulisan kita. Dan hanya pada ketika itu sahaja frasa “kesayangan” kita dipotong atau diperbaiki.

Kill your darling, itu istilah yang selalu digunakan dalam bidang penulisan. Hasilnya, hasil tulisan kita akan menjadi lebih baik, bernas dan tepat.

Teman, kekadang kehidupan seperti itu juga. Sentiasa ada individu, sikap, pendirian atau pandangan hidup yang kita anggap benar tetapi hakikatnya tidak.

Walaupun kita cuba bermuhasabah, ia tidak akan kelihatan juga sebab ia sudah terlalu dekat dengan diri kita.

Cuba dekatkan sedekat-dekatnya tapak tangan kita ke mata sendiri. Semakin dekat, semakin kecil radius penglihatan kita dan ia menjadi semakin kabur.

Maka begitulah sikap, pandangan dan individu yang terlalu hampir dengan kita... kekadang sudah terlalu hampir hingga kita menjadi “buta” untuk melihatnya.

Boleh jadi dia seorang teman yang rapat. Tetapi dia hakikatnya dia adalah musuh mu yang ketat. Tetapi oleh sebab terlalu sayang, onarnya kabur di mata kita.

Mungkin kerana pandainya dia melayani perasaan dan impian kita, lalu kita letakkan seluruh kepercayaan, padahal dia sedang bersiap sedia mengkhianati kita.

Mungkin ia sebuah buku, yang kita kelek ke sana ke mari. Kita baca berulang kali, lalu pengarangnya kita sanjung dan junjung. Namun hakikatnya, buku itu jauh dari hidayah, tersasar dari taufik Allah.

Sedangkan bertahun-tahun kita sudah berhujah, membuat keputusan dan bertindak atas suluhan buku yang kabur itu.

Mungkin juga dia sebuah organisasi atau syarikat yang kita anggap payung dan pelindung, tetapi sebenarnya ia adalah penyekat karier dan kerjaya kita untuk pergi lebih jauh.

Kita sangkakan ia pelindung dari hujan dan mentari, tetapi rupa-rupanya tidak... ia adalah hijab fikiran dan minda kita untuk melihat horizon peluang dan ruang yang lebih luas dan dalam.

Ah, boleh jadi ia satu amalan, yang kita anggap sangat menyelamatkan. Mungkin juga satu gelar kesolehan, “status ibadah” atau status sosial yang begitu menenteramkan, melegakan, namun tanpa disedari itulah terowong bagi ujub, riyak dan sum’ah mencelah.

Rasa baik, tenteram dan aman yang “dihadiahkan” oleh amal dan gelar itu rupa-rupanya membawa kita ke daerah “rasa tidak atau kurang berdosa” – satu jurang yang paling ditakuti oleh para solihin dan mukminin.

Cari-carilah di mana kecintaan mu yang mungkin membutakan mata hati mu. Belajar dari kesah Nabi Ibrahim AS yang diperintahkan menyembelih kecintaannya Nabi Ismail AS – seorang anak yang soleh, taat dan setia manakan mungkin menjadi hijab cintanya kepada yang Esa?

Namun, Allah menguji Nabi Ibrahim AS, agar mengutamakan cinta Allah daripada yang lain. Siapa sangka Ibrahim yang pernah tega “menyembelih” kebencian pada wajah ratusan berhala, kemudian di perintahkan menyembelih “kecintaan” di wajah anaknya sendiri?

Teman, aku seperti kamu. Kerap dibutakan oleh cinta. Siapakah “Ismail-Ismail” dalam hidup kita? Carilah semua itu di sebalik pendirian, prinsip, gelaran, jawatan, amal, isteri, teman dan segala yang menjadi kesayangan mu.

“Sunting” tulisan hidup mu dengan imbasan dan suluhan doa. Mudah-mudahan Allah akan memberikan kita panduan dan keberanian untuk jadi seperti Ibrahim AS... “Kill your darling” dalam kehidupan!

Sering kita alpa, bahawa yang paling kita cinta itulah kerap menjadi hijab untuk mendapat CINTA. Bukan untuk menimbulkan dikotomi (pertentangan) apalagi dilema) antara cinta manusia dengan cinta Allah... tetapi selalunya begitulah kita teruji.

Lepaskanlah cinta yang kecil untuk mendapat cinta yang lebih besar. Apabila kita mendapat cinta yang besar, cinta yang kecil akan menyerah dengan rela.

Apakah nabi Ibrahim AS kehilangan Ismail yang rela dikorbankannya? Tidak, bila dia “melepaskan” Ismail, Ismail kekal menjadi anak yang dincintainya. Malah dia dikurniakan seekor kibasy yang gemuk sebagai hadiah dan barakah kesediaannya mengorbankan Ismail AS.

Allah mengajar kita supaya “kill your darling” bukan untuk mendera, tetapi begitulah yang dinamakan cinta... sentiasa menagih ujian.

Selepas diuji layaklah seorang hamba mendapat cinta dan CINTA kerana berjaya “mengorbankan” cinta demi CINTA!

(PETIKAN DARI BUKU "DI MANA DIA DI HATI KU")

-Pahrol Mohamad Juoi

Saturday, September 16, 2017

Cause am feelin drained.


The time delay in introvert relationships.


Even with the people that I trust and care about, it takes time for me to open up. It can take a lifetime to reveal the depth of who I am. The right people will understand that slowly peeling back the layers of my personality is a privilege.


The poem “Mon Semblable” by Stephen Dunn beautifully expresses the merits of “holding some back”:

Anonymous among strangers
I look for those
with hidden wings,
and for scars
that those who once had wings
can’t hide.
Though I know it’s unfair,
I reveal myself
one mask at a time.
Does this appeal to you,
such slow disclosures,
a lifetime perhaps
of almost knowing one another?
I would hope you, too,
would hold something back




I require periodic alone-time 
in order to function properly.



Tuesday, March 28, 2017

24 Pesanan Dr Hamid Arshat ini dikongsi lebih 7000 orang dalam sejam!

بِسْمِ اللهِ الرَّحْمٰنِ الرَّحِيْمِ


( Perkongsian oleh Dr Hamid Arshad )

PESANAN KEPADA WANITA DAN PESAKIT-PESAKIT SAYA

1. Jagalah kesihatan anda sebelum ditimpa penyakit. Tiada harta dan wang ringgit yang bertimbun banyaknya pun yang bolih menebus kesihatan bila sudah dilanda penyakit kronik.

2. Pencegahan penyakit adalah lebih baik dari rawatan. Tapi bila sudah ditimpa penyakit perlu cari ubat dari peringkat awal. Cari ubat dari doktor bertauliah dulu. Rawatan alternatif dan tradisional bolih dikabungkan kemudian.

3. Berdoa kepada Allah SWT setiap hari dan setiap waktu dan ditempat yang makbul doa agar dikuatkan iman dan diberi kesihatan badan, jiwa dan panca indera. Jangan putus doa atau putus harapan. Allah Maha Pengasih dan Penyayang.

4. Kuasai, kawal dan urus diri untuk mengikuti caragaya, budaya dan tabiat hidup kearah sihat walafiat. Jangan asyik bergantung dengan ubat. Ubah minda dan ubah tabiat kepada ciri2 positif. Hapuskan kepercayaa dan amalan kuno yang tidak berasaskan ilmu pengtahuan.

5. Maksud hadis – pada akhir zaman (sekarang) dua perkara menjadi punca utama bagi berbagai penyakit iaitu makanan tidak seimbang dan gangguan jiwa dan rohani. Memang benar. Lain2 punca penyakit ialah keracunan dari berbagai punca saperti bahan2 kimia, radiasi dan pencemaran.

6. Penyakit timbul dari tabiat makan yang tidak sesuai serta pemilehan makanan yang kurang berkhasiat dan berzat. Sering berlebihan gula dan karbohaidret. Juga makanan yang munkin mengandungi toksin sebab diawet, diperoses, ditambaj perisa serta disimpan dalam tin. Jauhkan makanan2 tersebut dan juga makanan2 segera dan junk serta minuman manis dan bergas. Makan bahan2 yang mentah dan segar – bayakkan sayur2 dan buah. 70% dari makanan dari sumber tersebut. Kurangkan gula dan garam dalam masakan. Juga jangan memasak keterlaluan ( over cooking khususnya sayur2)

7. Makan bila lapar berhenti sebelum kenyang. Konyah makanan perlahan2 dan berulang2 sehingga makanan dalam mulut jadi lumat sebelum ditelan. Tebaik konyah antara 15 hingga 20 kali setiap suap makanan.

8. Mulakan makan dengan buah2an dan tunggu 15 hingga 20 minit sebelum makan nasi. Kalau bolih jangan tambah nasi; tambah lauk(perotin) dan sayur2 jika sajian pertama tidak mengeyangkan. Waktu selingan (tea dan coffee break) makan kacang badam, peanuts , gajus atau walnut berserta kismis, keroma atau berries yang dikeringkan. Biji2 kuaci, sunflower, labu, semangka, adalah makanan sihat. Disertai air kosong atau air teh hijau.

9. Kurangkan minuman kopi kepada satu atau dua kali sahaja dalam sehari. Biasakan minum juz buah2 yang segar. Jus air kelapa muda tanpa ditambah gula adalah juz buah yang terbaik dari segi kandungan zat, vitamin dan logam. Banyakkan minum air mineral atau air kosong. Mereka yang sering mengalami gangguan kencing dan lelehan lendir faraj amalkan minum juz cranberry, lemon , limau nipis atau kasturi.

10. Minyak kelapa dara (VCO) atau extra virgin olive oil adalah bail untuk fungsi otak dan jantung. Minumlah satu sudu pagi dan petang. Juga satu sudu madu lebah setiap hari.

11. Jadikan suka makan ulam dan salad sebagai satu tabiat dan budaya hidup. Ulam raja telah dikaji dan diboktikan sebagai antikanser. Begitu juga berbagai2 pucuk daun yang mudah ditanam disekitar rumah – sambung nyawa, misai kucing, kacang botor, tujuh jarum dll- mengandungi berbagai khasiat kesihatan ; mengawal kencing manis, darah tinggi serta meningkatkan fungsi otak dan jantung.

12. Bila sudah capai umor 50 tahun iaitu umor bagi kebanyakkan wanita capai menopos atau putus haid waspadalah tentang makanan. Ketika itu falsafah kita ialah makan untuk sihat bukan untuk menjamu selera atau untuk puaskan nafsu. Ketandusan hormon estrogen ketika menopos bolih beri kesan negatif kepada kesihatan. Banyak sayur2, bijiran dan kekacang saperti soya yang mengadungi phytoestrogen dan bolih dijadikan gantian. Jika mengalami gejala2 teruk akibat menopos sebaiknya makan pil hormon estrogen sebagai gantian.

13. Stress yang tidak terkawal dan berlanjutan adalah punca bagi 1001 jenis penyakit. Sukar untuk kita lari dari berbagai jenis tekanan fizikal, mental dan rohani kerana ia bolih timbul dimana2 saja. Tetapi kita bolih tangkis, atasi dan mengurus stress supaya ia tidak menimbulkan penyakit.

14. Kaedah utama mengawal stress ialah mengamalkan ibadah mengikut jadual dan arahan Allah – solat fardu dan sunat, baca quran, zikir dan selawat, puasa dan sedekah. Quran adalah satu mukjizat dan rahmat terbesar dari Allah dan didalamnya terdapat syifa iaitu penyembuh bagi segala penyakit. Baca quran setiap hari.

15. Senyum selalu, ucap salam kepada sesiapa kita bertemu, bersalaman mesra dan berkenalan, kawal marah, jangan menyakiti dan menghina orang lain, terima teguran, rasa tawaduk dan rendah diri. Terima segala jenis musibah dan ujian Allah sebagai ‘ qada’ dan kadar Allah ‘

16. Exercise tubuh badan juga satu kaedah kurangkan stress. Pilih saja apa jenis exercise sesuai dengan caragaya hidup kita selama 30 minit asalkan berpeluh – berjalan kaki, jogging, tunggang basikal, pergi gym, treadmill, taichi, silat atau yoga. Exercise hasilkan banyak khasiat kesihatan, menfaat dan kebaikkan bagi kehidupan sesorang; bantu kawal penyakit diabetes, darah tinggi dan serangan jantung dan angin akhmar.

17. Lakukan ‘deep breathing exercise’ dimana2 saja, sambil duduk atau berdiri; dipejabat atau dirumah ; dipejabat khusus setelah berjam2 buat kerja atau pandang komputer. Duduk dikursi, pusingkan menghadap kebelakang atau kesudut. Sedut nafas melalui hidung sedalam2 dan hembuskan keluar perlahan2 melalui mulut sambil baca subhanalla dan lafaz istigfar. Ulang beberapa kali selama 5 – 7 minit. Kaedah ini bolih meningkan bekalan oksijen sambil mengurangkan kabon dioksida dari otak menjadikan kita lebih segar dan lebih tenang.

18. Amalkan memeriksa buah dada sendiri waktu mandi untuk mengesan ketulan khususnya kanser payudara. Untuk periksa payudara kanan, angkat keatas tangan kanan dan guna tangan kiri untuk periksa. Ulang sebelah kiri. Juga rasa dan periksa celah ketiak untuk kesan ketulan. Picit puting jika ada keluaran lendir atau darah. Jika ada simptom2 tersebut terus jumpa doktor.

19. Buat ujian ‘pap smear’ khususnya wanita yang pernah melahirkan anak, yang mengalami lelehan keputihan , perdarahan selepas persetubuhan dan perdarahan lepas menopos. Ulang ujian setiap tahun. Ini bertujuan mengesan kanser pangkal rahim. Malah lebih baik dikesan sebelum jadi kanser.

20. Pantau berat badan. Sebaiknya jangan biarkan melebihi 60 kg. Memang mudah naik berat tetapi untuk menurunkan berat badan sangat sukar. Kawal makan khususnya gula dan karbohaidret. Lakukan exercise setiap hari.

21. Jadikan tabiat berjumpa doktor jika ada sesuatu kelainan dalam edaran haid . Buat scan peranakkan khususnya jika anda mengalami senggugut, perdarahan banyak, berpanjangan dan tak tentu masa atau merasai bonggol atau tumbuhan pada perut. Sila hubungi YJN untuk dapat temu janti buat scan peranakkan. http://www.jabalnur.net/376648669

22. Amalkan makan multivitamins (saperti obimin atau lain), fish oil, kalsium dan vitamin C terus menerus sehingga akhir hayat. Jangan berhenti selepas bersalin. Jadikan ia satu tabiat dan amalan harian.Makanan harian kita tidak dapat menampong keperluan vitamin untuk tujuan baik pulih tisyu dan organ penting dalam tubuh badan.Keperluan vitamin dan logan meningkat selepas bersalin, penyusuan bayi dan lepas bedan. Wanita juga kehilang logam iron ketika haid.

23. Supplements. Makanan-makanan tambahan yang mengandungi berbagai unsor saperti antioxidants, fiber, kolegen, peptides dan amino asid banyak dijual dipasaran. Saya sendiri mengambil extra virgin olive oil, grape seeds(mengandungi resveraterol untuk jantung dan otak), royal jelly dan honey dan habbatus sauda.

24. Jangan tanya saya ‘Apa pantang selepas bedah atau lepas bersalin” Tanya saya ‘Apa yang baik dimakan waktu pemulihan?’ Pertanyaan kedua lebih wajar dan positif serta proaktif.

Semoga Allah berkati hidup kita dengan keteguhan iman, kesihatan badan dan murah rezeki yang halal. Serta kejayaan dan kebahagian hidup didunia dan akhirat. Aamin





Sunday, March 5, 2017

Suka Bersendirian Adalah Ciri-Ciri Orang Bijak – Kajian

Seorang yang memiliki ciri-ciri ‘introvert’ antaranya bersikap lebih menyendiri dan tidak gemar bergaul dengan orang lain.

Menurut penulis artikel di HuffingtonPost, Carolyn Gregoire, berkata, bercanggah dengan perangai ekstrovert yang lebih mementingkan teman bercakap ataupun gemar berada di tempat ramai orang, si pendiam lebih berhati-hati memilih kawan dan hanya bercakap apabila perlu iaitu di hadapan rakan baiknya.


“Generasi muda yang introvert sebenarnya tidak gemar bercakap kosong dan lebih suka bersembang di media sosial yang mengutamakan sesi perbincangan atas talian tanpa perlu bersua. Mereka juga mempunyai daya pemikiran yang tajam dan selalu berfikir dengan teliti sebelum bercakap. Ini turut melabelkan mereka sebagai golongan cerdik pandai terutama apabila mereka sempat mengeluarkan kata-kata,” katanya.



Bukan antisosial.
Kebanyakan anak muda yang terbiasa dengan istilah ini pastinya melabelkan rakan mereka sebagai seorang yang bosan ataupun antisosial. Menurut Carolyn, tanggapan itu tidak berasas kerana bukan semua golongan introvert bersikap demikian. Ada saja antara mereka yang suka berkawan cuma ia bergantung sama ada mereka selesa bersama dengan individu yang baru dikenali itu ataupun sebaliknya.

“Di mana rata-rata anggapan menyifatkan golongan ini lebih suka menyendiri dan jadi antisosial, itu sebenarnya menunjukkan tanda-tanda di mana mereka perlu bersendirian untuk memperoleh idea dan menjana kreativiti. Itu sebabnya si pendiam lebih gemar berfikir daripada bercakap dan gemar berada di sekeliling rakan-rakan yang memahami.

Jelasnya lagi, kebanyakan mereka akan berasa letih dan tidak selesa apabila terlalu lama bersosial bersama ramai orang. Justeru, insiden itu menyebabkan mereka lebih gemar lakukan sesuatu perkara berseorangan. Namun, kini golongan berkenaan lebih tangkas mengatasi kelemahan mereka kerana terlalu banyak desakan daripada orang sekeliling dan juga sebagai langkah untuk menyesuaikan diri di tempat kerja.


Jati diri sendiri.
Tidak perlu rasanya kita ubah siapa diri kita semata-mata untuk mendapat perhatian orang lain. Menurut kajian yang dijalankan di Amerika Syarikat, 40 peratus tokoh yang berjaya seperti Bill Gates dan Mark Zuckerberg sebenarnya memiliki sifat-sifat ‘introvert’.
Justeru, setiap orang berjaya bukanlah bermakna mereka bijak bergaul mahupun banyak bercakap untuk menghiburkan orang lain tapi sebenarnya mereka yang selalu berhati-hati membuat penelitian. Namun, meneliti sikap yang dibincangkan di atas, tidak semuanya positif dan perlu dikekalkan.

Jika anda seorang yang pendiam dan terlalu suka bersendirian, itu juga menunjukkan tanda-tanda yang tidak elok pada karier dan perjalanan hidup.

Justeru, kekalkan beberapa ciri-ciri ‘introvert’ yang membawa nilai positif dan pada masa yang sama, ambil sedikit nilai ekstrovert iaitu berani dan gemar menambah kenalan untuk memperoleh ilmu pengetahuan serta memperluaskan pengalaman.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...